Assalamualaikum kawan-kawan!
Hihi, blog bersawang kembali dikemaskini. Almaklumlah busy bebenor sekarang. Audit sana sinun,esok pun nak kena pergi audit lagi. So, update kejap la bagi melepas rindu korang semua :P (kononnnnn)
Hari Ahad yang lepas merupakan girlsss day out. Jadi kami ghadies ghadies bersepakat nak menonton wayang. Jadi ni la bahan tontonan kami pada hari kejadian:
WARM BODIES
Memula macam pelik je dengar tajuk. Sebab bila ditranslatekan, Tubuh Suam? Tubuh Hangat? Ahhhhhhh tolong jangan membirukan otakku yang murni ni :p
Bila tengok poster rupanya, genre Komedi Romantik Seram. Agak marvellous la style poster ni. Kebetulan daku memang suka warna merah :p
Baju pun ikot merah ok? |
Sinopsis citer ni :
Seorang mamat zombie, R yang sudah tangkap leleh sama gadis manusia, Julie. Kebetulan gadis tu dah berpunya, dan otak boifrennya tak sengaja dimakan oleh mamat zombie ni masa nak melindungi diri dari dibunuh. Adakah Julie itu tawu mamat zombie ni yang merobek otak pakwe nya? Sama sama kita nantikan jeng jeng jenggggg..
aweks ni iras Kristen Stewart kan? |
Tapi cantik lagi Kristen Stewart! |
Korang tengoklah sendiri!
Komen aku :
- Julie tu ada iras-iras Kristen Stewart. Cuma muka dia ada ekspresi berbanding awek Robert Pattinson tu. LOL
- Korang kena fikir xlogik sebab citer ni serius memang xmasuk dek akal. Tp besttT!
- Hero ni memula tengok tak hensem,lama2 not baddd. Macam Tom Welling Smallville pon ada gak. Tapi versi kurus la.
- Part kelakar masa si heroin ni pura-pura jadi zomba,eh zombie! Lawak gilersssss
- 4 bintang aku bagi.
- Kebetulan filem ni terbitan Summit Entertainment. So pelakon & lakonan mesti ada kaitan2 sikit dengan Twilight (drakula,hantu) n pelakon mesti ada iras-iras lebih kurang.
- Filem ni tak seram,so jangan gedik2 nak menjerit2 pulak.
So,secara tak langsungnya aku dah terminat dengan produksi/filem keluaran Summit Entertainment! Ngeeee. Ok bai!