Harini mood rajin kuasa dua, jadi saja up entry lagi 1 :)
(Jangan baca, entri panjang berjela!)
(Jangan baca, entri panjang berjela!)
HIV test ni dibuat sebulan yang lepas, baru je nak update sekarang. Jadi pada b2b kat luar sana tu, tempoh SAH HIV test ni adalah 6 BULAN. Jadi sesiapa yang dah nak kahwin bulan Disember dah boleh cepat-cepat ambil HIV Test.
Ini sebab, Kits kelengkapan HIV Test cepat sangat habis. Macam pisang goreng plak gayanya.
Ada yang tanya, kena ambil kursus kahwin dulu ke baru ambil HIV test?
Jawapannya, mana-mana pun boleh. Sebabnya, HIV Test valid 6 bulan, sijil kursus kahwin valid Forever & Ever (bagi yang belum berkahwin ye). Tapi seeloknya ambil la Kursus dulu, sebab prosedur pernikahan semua termaktub dalam kursus. Senang paham flow dia.
Kalau nak pergi buat HIV test, tips dia senang aja:-
- Dapatkan senarai Klinik Kesihatan Kerajaan yg berdekatan rumah. (google jer)
- Dah dapat senarai, call dulu Klinik tu. Ada klinik yang buat HIV Test pada masa-masa tertentu.
- Yang penting cakap yang kita nk buat HIV Test. Kalau tak,sia-sia je ambil half day. HIV Test xdibuat pada hari minggu ye. Harap makyong!
- Setelah berjaya confirm dgn Klinik tu, sila pergi pada awal pagi bagi mengelakkan full list.
Daku pergi dengan incik tunang. Senang nak synchronise pergi sama-sama. Memula eksyen nak pergi tempat sendiri. Tup-tup bila call je Klinik Kesihatan Kg Pandan tu, sebulan xde kits memanjang,terus tension dan lari ke Klinik Kesihatan (KK) Shah Alam. Pastu tunang mula la kutuk sebab kita pergi tempat dia. Cisbege sungguh.
Memula janji pukul 8. Encik tunang kata, senang nak pergi awal-awal,nanti ramai orang. Alih-alih dia lambat, puncanya Kelana Jaya tu jem. Kesiaaaan dia :p tak pasal-pasal kena marah.
Sampai-sampai kat KK tu dah pukul 9. Pastu kami terus ke kaunter yang buat HIV Test tu. Rupa2nya list dah nak penuh. Akak nurse tu tak kasi,disuruhnya kita pergi lain hari.
"Akak,tolong la kak, saya datang dari KL ke Shah Alam ni semata-mata nak buat HIV Test,kami ambil cuti harini" kataku sambil buat muka suci.
Kebetulan ada pasangan lagi sorang,tujuan sama jugak. Masing-masing merayu. Last-last, dapat la menyelit untuk slot petang.
Lepas da isi nama dalam buku daftar tu, kami kena isi satu borang wajib. Isi details pasal diri kita, termasuk berat,tinggi & macam - macam Q&A. Isi punya isi,kami turun bawah untuk ambil nombor giliran serah borang dan bayar RM2.00 (xsilap).
Haaa,lepas bayar tu, ada step lain lagi, kena pergi kat satu kaunter tu kemudian bagi borang yang kita isi tu jugak,kepada misiku Kuza kt satu area hujung untuk HIV Test.
Masa tulah misi tu suruh mengular dalam sejam dua, sebab memang memakan masa. Jadi kami pergila sarapan since perut da berkeroncong.
Boleh pulak jumpa geng GerbangCinta kat sini gak? Memang dah jodoh sangat! :D |
Habis sarapan apa semua, kami kembali ke KK Shah Alam, tunggu no. giliran dipanggil. Oh ya, no giliran ni no yang sama masa mula2 submit borang kat kaunter tadi. Bila no dipanggil jer, daku pun masuk, lalu berlakulah HIV Test tersebut. Cucuk darah apa semua, tunggu balik kt luar. Pastu selang 15 minit kemudian, dia akan serahkan slip HIV Test yang kita isi memula tadi, siap dengan chop pengesahan yang kita dah wat test.
Kalau nak tahu keputusan HIV Test korang senangjer. Bila dah dapat slip tu, dan dia xkata apa-apa,maknanya HIV korang negatif la tu. Kalau dia bagi slip dan ada bagitahu apa-apa,maknanya something wrong lah (Menurut brochure).
Kesimpulannya, datang pukul 9, habis test sebelum tengahari. Alhamdulillah xde la ramai sangat. Cuma semenjak dah ada walk in procedure,kena call tanya dulu,sebab walk in ni risikonya list dah penuh, xmacam dolu-dolu, kena set appointment.
Sedikit maklumat tambahan:-
- Masa aku g HIV Test ni, dia takde buat ujian Talasemia macam klinik lain. Pelik gak,sesetengah klinik ada buat. Tapi KK Shah Alam ni macam dtg hanya untuk HIV Test SAHAJA. So tak recommended la bagi b2b yang suka bertanya pasal pra-perkahwinan, ini bukan tempat yang sesuai.
- Kawan kat Melaka punya HIV Test pun lain juga, kena isi borang Pre-Pregnancy, sini takde. Lain klinik lain prosedurnya kot?
- Senang kata, KK Shah Alam ni umpama One Stop Centre utk HIV Test, pantas & tuntas. Mungkin sesuai untuk b2b yang rushing nak cepat =)
- Kalau nk tanya pasal Talasemia etc, better pergi Klinik Panel,jimat tak payah bayar ;)
Sekian itu sahaja dari honeylalala. Assalamualaikum~
1 comment:
ughhh malasnya nak ambik cuti nak buat hiv test ni >.<
Post a Comment