Tuesday, August 27, 2013

To Do List With Him! : 4 Days Left!

Orang lain mesti sekarang ni dah cuti awal, aku masih lagi kat opis. Hebak x? Hebak x?

4 hari lagi tinggal.

  • Rasa macam mata sembap bangun pagi tadi, padahal tido pukul 12 kot (bukan tahap awal ke? stok aku tido sebelum ni kol 1 pagi tau miahahaha)
  • Rasa macam muka lesu xbermaya, padahal dah start minum Inner Shine Izara Aishah dah dari minggu lepas (ko bajet leh cun melecun dalam tempoh singkat?)

Nak taknak, kena minta tolong berus ajaib la gamaknyer. (mekap la jijah oii)


Perasaan? Nebes wehhh. Nebes. Nebes. Nebes. 

Pastu mak aku marah;

"Ko nak nebes buatpe? Bukan ko kena salam tok kadi pon. Mak dulu rileks je masa kahwin ok,"

Fine, mak aku eksyen la sebab aku takde lagi di tempat kejadian -_-'

Kawan-kawan lain pulak;

"Ala ko duduk belakang bakal suami ko je nanti. Pastu tup2 dah selesai. Nak nebes menderr,"

Ye, ye baiklah korang. Baiklah. Kurangkan nebes ok.

Masa tengah cuba nak bertenang ni lah aku ade beberapa checklist yang selama ni aku memang nak buat selepas bergelar.. ehem.. cik puan. Jangan nak ber PUAN PUAN lagi ok! :P


  1. Travel jauh-jauh bersama : Ohh yang ni memang impian. Macam aku impian nak ke Kota Romantik (Paris). Macam dia impian nak beradventure bersama (Machu Pichu)
  2. Masak sama-sama : Aku tahu jugalah dia ada la (sikit) skill memasak. So tu pon salah satu impian lepas SAH nanti.
  3. Tengok Running Man sama-sama: Kenapa RM? Sebab kitorang berdua memang minat RM. Boleh tak macam tu? :P
  4. Aktiviti lasak bersama : Dulu masa kawan, kitorang pernah main ice skating & ATV jer. Itupon terbatas sebab takde ikatan lagi. So pasni memang dah banyak senarai aktiviti lasak aku da list down utk buat sama-sama nanti.
Setakat ni 4 jelah. Kita lihat dulu samada empat-empat ni dapat dibuat bersama xlama lagi. Ngeheheheehe.

Monday, August 26, 2013

Bridezemo : Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih.

Rasa macam nak meluah perasaan jap.

Lagi nak dekat majlis lagi cepat sensitip eh?

Sensitip dengan keadaan, sensitip dengan orang sekeliling..


-------

Tah la, kadang-kadang kita beriya2 nak attend sana sinun wedding orang, bila turn kita, ada je tak leh gi la sebab jauh, kerja la,kelas la bla bla bla..  kalau alasan konkrit takpe la gak. 



Tips kepada b2b akan datang nanti, Siapa2 nak kad dan CONFIRM HADIR, korang pos la kad. Dari pos sesaja tapi taknak datang. Hampa.

Selalu dengar ayat;
"Ko kahwin xbagi kad,aku xnak datang"
"Invite guna FB? Takde cara lain yang sopan ke?"

Kenapa tak guna ayat ni;
"Nak kad, pos ye kat alamat ni. Ko mesti tengah busy kan?"
"Terima kasih jemput.Emelkan map ye.Ni alamat emel aku"

Bukan nak berkira. Cuma consider la sikit kat orang lain beriya nak datang tak dapat kad tapi orang yang dapat kad xberiya pun nak datang walhal dekat jer.

Lagi satu nak luah.

Kenapa buat tarikh ni? Kenapa buat kat sini?

Kalau niat memang nak datang, rasanya takde persoalan-persoalan camtu. Bukan jauh hujung dunia pun. Tetap dalam Lembah Kelang,bukan ceruk rantau dalam hutan pun.

Manusia ni banyak sangat perangai dan kelecehan.

Bila membujang, tanya bila nak kahwin?
Bila nak kahwin, tanya kenapa buat tarikh ni? Kenapa jauh sangat?
Bila dah kahwin, tanya bila nak dapat anak?

Bla bla bla......

Sori, emosi tak menentu harini.

5 hari je lagi!


Pergi kerja dengan otak melayang kat tempat lain.

Buka PC, usya blog sendiri jap. Tengok tickers belah kanan;

5 hari je lagi wey! 5 haaari je lagi !T__T


Baru sedar yang:
  • Berkenalan dengan lebih mendalam selama 1 tahun 9 bulan 1 minggu
  • Bertunang 10 bulan ++
  • Dan...


Lagi 5 hari jer nak tukar status jadi binik orang, xlama lepas tu pula mak orang insyAllah :P

Pesan aku, tak payah bertunang lama-lama, sampai ber 2, 3 tahun bagai. Kalau kawan-kawan lama-lama xpe, bertunang xdigalakkan berlama-lamaan sebab melibatkan keluarga. Dugaan pun besar, cayalah.

---------------------------------------------------------------

Buat masa ni, kerja yang masih pending xsiap sebelum 5 hari kejadian ialah :-
  • Goodies dari Tapah expected to be deliver hari khamis
  • Bunga Telur dimana telur2 belum dibeli & direbus lagi
  • Dawai untuk ikat bunting penunjuk arah kat tiang
  • Buku Guestbook dari kawan sekolah. Till now tak dapat sbb dia sibuk! 
  • Prepare papan untuk lapik paip hos getah salur ke dapur katering belakang (tak lapik mau tetamu jatuh terkam jalan tar)
  • Pelamin akan dipasang hari Khamis nanti
  • Lekatkan duit kipas kat korsaj famili
  • Bunga tangan dari Ms Nelly (hadiah GA aritu maseh lagi xdapat2)
  • Dekorasi hantaran untuk majlis belah laki, xpe DIY slow2 bebehh.
  • Itinerary honeymoon lepas majlis tandang (malas amik pakej, hire driver je sudah)
So far yang lain insya Allah dah siap. Vendor yang lain-lain Alhamdulillah semua memberi kerjasama yang baik buat masa ni. Harap-harap masa majlis berlaku dengan lancar sekali. Aminnnn.

p/s: Baru-baru ni fitting baju, kena kecikkan lagi. Badan ai dah kurus! Yeay =P


Friday, August 23, 2013

Wedding Wishlistku!

Assalamualaikum semua! Alang-alang tengah rajin ni, hani nak up lagi 1 entry. Nanti malam dah mula sibuk balik nak wat persiapan!

Wedding wishlist, pernah dengar? Selalu hani dgr wishing tree je, itu pun Krismas. Tapi hani bukan ikut budaya omputih ye, ini pun terpengaruh dengan rakan-rakan blogger yang lain.

Wedding wishlist ni actually banyak membantu kita sebagai Pengantin dan Tetamu yang nak bagi hadiah - sebabnya nak elakkan bagi hadiah yang sama, bagi hadiah yang pengantin xperlukan (padahal hadiah mestila bagi barang keperluan kan haisyy) ataupun hadiah idaman pengantin (wow!)

Actually sebelum majlis ni pun Hani dah banyak berhabis duit. Dan yang merisaukan ialah takde duit nak beli barang-barang keperluan lepas kahwin! Iyelah, nak prepare majlis sehari ni sakit kepala sampai berbulan-bulan, majlisnya 1 hari je pun, hadoi la..

Ok,stop bebel. Just straight to tajuk asal. Wedding wishlist hani (macam lah ade orang nak baca :P ok Hani pastikan semua orang baca entri ni :P) ialah :-


1.  Barangan Perkakas Dapur
Nampak macam am sangat kan tajuk dia? Yelah, to be specific, hani kalau boleh nak diswashing rack xpun Set pisau atau sudu garfu (ewah banyak lak aku list kan ni :P)

2. Barangan Perkakas Memasak
Hani memang suka memasak kalau datang kerajinan. Apatah lagi kalau tengok blog masakan. Lagi best kalau dapat periuk nasikuali muali yang stainless steel (ewah!), senduk & sudip sekali. Kalau dapat set gas dapur lagi best! Ahaaaaa banyak cekadak si budak ni eh :p

3. Barangan Membakar
Dari masa bujang memang rumah tak pernah ada Oven. Sebabnya, parents hani xgemar memasak kek. Tapi anak dia pulak suka bereksperimen. Best jugak kalau dapat microwave oven kan? Nyehnyehnyeh

4. Cadar / Comforter
Selalu hani tgk gambar cadar tu mula la berangan-angan bilik macam gambar tu tapi hampeh je. Tapi memang peberet kalo katil hani yang QUEEN size ni bertukar-tukar baju. 

5.Barangan Santai Hiburan Hujung Minggu di rumah
Incik bakal suami asyik cakap nak dvd bluray je, lagipun dia memang minat layan citer movie. Nak minta TV atau set home theatre memang melampau lampau la kannn :P 

6. Pengisar Makanan a.k.a Blender
Ni wajib ada sebabnya, xlarat nak menumbuk pakai tangan kalo amaun bahan masakan tu banyak. Tapi kalo nak bagi lesung batu pon ok, buat sambal belacan je lah kan :p

7. Iron traveller @ Iron
Masa Hani keje AEON dulu, selalu usya kat bahagian iron tu, ada iron kecik boleh lipat untuk digunapakai masa outstation. Memandangkan hani & bakal suami ni kaki berjalan, sesuai kot pakai iron traveller. Pernah beli iron portable kat Mydeal tapi xboleh pakai pun :( Dia nak jugak iron gosok-gosok tu baru baju kemas & cantik (gediknyerrr :P)

8. Set gelas & Set pinggan mangkuk
Senang nak jamu tetamu makan nanti kan :P nak nak bila datang bulan Syawal taaaaaaak lamaaaaaaa lagi. 

9. Jam Dinding berlagu merdu & riang
Hehe epic kan tajuk dia? Actually hani selalu bangun pakai alarm phone letak kat kepala.. macam tak elok je kan,pastu snooze je. Kalau ada jam berlagu ni boleh terus bangun tak payah snooze,ngeeee :P :P

10. Pembakar Ajaib
Ohhhhhhh ni hadiah yang paling kepinginnnn nak sangat. Yang palingg femes orang panggil tu AREIKAN kan? Nak grill pon senang. Handy pon handy.

Actually banyak lah jugak kan senarai, tapi setakat ni lah Hani bagi untuk rujukan kawan-kawan yang berhajat nak bagi hadiah nanti. Yang taknak bagi tu, bagi duit kocek untuk honeymoon kami pun jadik ler. Hahaha muka xmalu betol :P




7 hari lagi............................. dup dap..............................


Kisah Baju Nikah Yang Boleh Tanda Noktah!

Assalamualaikum semua!  Dah makin hampir dengan tarikh keramat tu, makin berdebau debau rasanya. Dup dap tiap tiap hari, incik tunang apatah lagi kan :p

Ok, baju nikah akhirnya dapat jugak! Yeay! Tapi memang mencabar masa nak dapatkan ia. Entri sebelum ni kan aku ada mention nak ambil malam tu jugak kan? Dia tunda pula kata baju mak ku xsiap, so suruh ambil esok malam. So, aku pun akur la, sehari je leh tunggu. Then, esoknya pula dia mesej,suruh datang esok sbbnyer mak mentua dia sakit, so dia ada kt hospital. Aku macam.... *blur* jap. Nak marah takleh, sedara. So aku desak sampai lah hari seterusnya,awal pagi aku datang ambil baju tu. Alhamdulillah baju nikah aku muat & menepati citarasa. 


CUMA.....



Baju mak aku hancus. Lengan terbesar, terpanjang, gelebeh padahal mak dah bagi baju sample contoh sekali. Dan betul2 tak kena & xsama dengan mak aku nak. Nak alter? Bertambah banyak la masa nanti. Yang sedihnya, mak aku nangis sebab baju tu. Akhirnya mak aku terpaksa juga keluar belanja beli baju siap yang JAUH lebih cantik dari baju tempah. 


So, lepas ni serik dah nak tempah kat sedara tu.


Sudahnya, baju tempah tu aku cadang forward untuk tema raya tahun depan. Hantar je alter kat tailor lain,bayar lebih pun xpe. Janji tak cincai.


Nasib baik baju yang mak beli tu memang cantik. Silap2 tetamu tak boleh beza mana mak pengantin mana pengantin.

Abah? Mampu geleng kepala dengan kerenah isteri kesayangan dia tu. Hikhik. :P

Friday, August 16, 2013

Utusan Raja Sehari - U're Invited, Yes You!

Assalamualaikum..

Diakui memang aku jarang sikit update2 pasal preparation sebabnya aku nak share sume citer2 best ni lepas majlis, nak bagi nampak hasil tangan masa hari bersejarah. So mahap la ye, memang aku update pon pasal status terkini persiapan je.

Tapi jangan risau,memang akan update secepat mungkin, selepas majlis la ye!


Jadi dengan rasa hormatnya nak menjemput kawan2 blogger semua yang follow ataupun silent reader untuk ke majlis saya :


Tarikh : 31 Ogos 2013

Lokasi : Taman Putra Perdana, Puchong Selangor



Bukan taknak letak alamat penuh, tapi atas dasar-dasar keselamatan aku taknak mendedahkan terlalu banyak maklumat. Jadi, kepada anda semua yang mahu hadir, boleh emel ke sofahani87@gmail.com ye!

p/s: Banyak kawan-kawan xdpt hadir, sebabnya tarikh 31 Ogos tu memang ramai yang kahwin. Tarikh hot katanya. Bagi aku, ni tarikh lahir bakal suami aku. Kelassss x? :p


Thursday, August 15, 2013

15 hari lagi!

Pejam celik pejam celik, tinggal 15 hari jek lagi! Dan xlama lagi nak jadi binik orang. Waaaaaaaaaaaaaa rasa macam sekejapp je masa berlalu. Dulu aku ni anak gadis yang pagi2 mak yang kejut suh semayang subuh, kena lipat kain kat rumah, kena tolong masak, kena tolong buang sampah dan KENA lah!

Sekarang, aku bakal jadi ISTERI orang di mana semua yang aku buat masa zaman anak dara tu akan diapply bila dah upgrade status nih. Cuma tugas yang aku sandang ni naik pangkat macam mak aku. Aku kena
  • Kejut suami bangun semayang subuh
  • Lipat kain baju & basuh baju (Basuh baju pon mak aku yang tolong masukkan dalam mesin basuh ok)
  • Kena masak & sedia makanan untuk suami (Masak pun sampai ke hari ini mak yang masak)
  • Kena buang sampah ikot jadual (dulu jadual dengan adik kini dengan suami plak nanti)

Perasaan?? Nervous, sedih, gembira semua ada la!

  • Gembira sebab dapat berumahtangga dengan orang yang kita sayang.
  • Nervous nak pegang tanggungjawab baru, nak dapat ahli keluarga baru 
  • Risau bagaimana penerimaan bakal ahli keluarga baru nanti
  • Sedih sebab bukan anak mak & abah lagi dimana semua mak buat (mak masak je pun :P)
  • Lupa plak, Bengang sebab baju nikah xsiap lagi. Just imagine lagi 15 hari nak majlis baju Nikah xsiap-siap! Sedih weiii.. Baju dah lama hantar awal tahun kot, 7 bulan dah nape xsiap2?? Hmmmmmmmmmmm...
Nampak tu? Patutnya 15hb ni kena pickup baju nikah. Duk bertangguh dari berbulan-bulan. Tiap2 bulan follow up kot??

Memandangkan takut xmuat nanti baju sbb saiz fitting awal tahun so tkot nanti tersendat ke, kena la diet =(

Harap-harap dapat la pickup baju tu by TODAY! MESTI!!

Thursday, August 1, 2013

Rumah Sewa : Aku Hampir Ditipu!

Assalamualaikum semua.. alhamdulillah syukur kita masih di dalam bulan puasa  23 Ramadhan 1434 pada tahun ini. 

Setahu aku la,dalam pada bulan Ramadhan yang mulia ni, syaitan iblis sume dah kena GARI.. tapi xsangka masih ada lagi syaitan @ iblis berambut hitam yang tak kena gari.. bebas lepas di muka bumi ni..

Alkisahnya, aku memang tengah cari rumah sewa. Sekitar lembah pantai. So aku pun 'baik hati' mengiklankan bahawa aku nak cari rumah sewa.

Tup tup, less than 3 hours, aku dpt SMS.


Wah, menarik ni! Tuan rumah cari penyewa. Pastu berbaloi-baloi lak tu kadarnya. Laju-laju aku contact incik Syaaquan. Dia lagi suka, sebab tu lokasi yang kitorang duk bincang dari dulu lagi.

Aku pon ibarat mengantuk disorongkan bantal gebus laju2 balas sms dia. Dia pun balas;


Wah, bagus lagi akak ni! Siap suruh pergi alamat rumah tu. Tapi akak tu kat JB plak, kiranya akak ni dah jadi penduduk JB la sebab kerja kat sana kan (bersangka baaaaaaaaik)


Tetiba je akak tu tanya pasal nombor yang sms dia nk tgk rumah. Aku dah macam (Eh, dah pulak, ko nak bagi aku sewa pastu ko nak bagi orang lain pehal?) Aku macam xpuas hati la kan.


Aku duk tanya bila boleh jumpa tapi akak tu xmenjawab langsung dalam SMS tu. Setahu aku la, kalau nak bagi rumah sewakan kat orang, dia prefer jumpa. Sebab nak tgk bakal penyewa. Gila sporting ah Kak Mah ni, transaksi dari JB - KL jer ! Kelaaaaaaaaas sangat!


Masa aku dapat emel tu, pehhhhhhhhhhhhhhhh cantekkau xhengat! 

FLAT PANTAI PERMAI CANTIK LAKSANA KONDO! XPERCAYA? MEH SINI TENGOK






siapa siapa tengok memang menjejeh air liur kan? Katanya ni pic tahun 2012, masa dia cat baru. Yang menjadi kemusykilan misteri nusantara tu, gambar xsync. Dan Allah nak tunjuk masa tu gak, Blok rumah tu 1 blok dengan kawan U aku. So aku sembang2 dengan dia pasal kondisi rumah dia chanteque sangat ker??

Kawan aku cakap biasa je, sesuai utk start new famili, dapur pun kecik. Kalau reno mungkin nampak cantik. Ok masih lagi tak syak wasangka lagi.

Taaaaaaaaaaaaaaaaaaaapi....


Pabila dia emel sekali agreement, ada alamat rumah di Shah Alam, aku dah syak. Kemain kelasss akak tu banyak rumah sewa & bilik sewa area Shah Alam & Puchong. Aku macam dah... ok fine la whatever makcik banyaknye harta ko ye nak sedekah sewa murah-murah kat orang lain.



Hah,time ni akak tu guna teknik saikologi (eh lantak la nak eja camner kan) di mana,ada potential tenant lain nak tgk esok (Laaaaaaaaaaaah, dan dan esok gak ade kannnn) so aku masa separa bodoh tu semangat nak pi tengok gak lagi awal dari org tuh. 

So aku call trus akak tu nak tunjuk aku ni semangat nak menyewa rumah tu!

Akak tu kata, kalau aku btul2 nak sangat aku kena bayar harga booking iaitu separuh dr deposit. Wah, RM800 tu banyak weh, dah la face to face pun idok lagi, ko da menyongeh mintak duit kan?

Aku bincang ngan incik Syaaquan. Dia kata nak tgk btol ke x dia tu, mintak bil air/api/letrik. Aku pon mintak lerrr. Dia bagi bil astro kat emel aku.



Masa aku tgk je bil ni sekilas pandang, SAH akak ni edit bil. Korang cuba klik, apa kejadah kejap jelas kt nama akak tu kejap kabur kat scanned item yang lain??

Masa akak tu mintak bayar depo, aku memula macam setuju, nak. Tapi bila dah letak telefon,aku fikir balik. Tak jumpa nak bagi duit? Buat kena tipu?

Ok,kat agreement tu ada nama dia. So aku sesaja cari nama dia guna keyword

Penipuan Rumah Sewa Zatamah Yahya

Hamik ko!!



aku pun sesaja scroll bawah baca komen. Dipercayai yg komen ni semua mangsa2 akak ni.


Alhamdulillah! Allah gerakkan hati aku untuk semak nama dia! Memang terbukti dia penipu! So lepas je incik Syaaquan balik dari terawih,aku pun bagitahu dia bla bla bla..

Terus dia respon cakap, "Memang dah tak sedap hati dah masa dia mintak deposit tu"

So.. sementara game masih berlangsung,aku saja-saja main2 cakap nak Bankin kan duit.




Bila matchingkan dengan komen-komen kat hasil pencarian aku, sah makcik ni penipu! Malangnya dia gagal nak mencopet RM800 dari aku!

Takde duit raya untuk makcik ye tahun ni! Jangankan duit raya, bonus pun mimpiiii jek laaaaaaa..


Tu last mesej aku semalam, memang trus tak respon. Tergamam agaknya, bijak pulak bakal mangsa aku ni. Kensel mood nak membohong!

Ikotkan hati aku,nak hambur macam-macam, tapi ni kan Bulan Ramadhan, dia buat kerja jahat, aku xpayah nak teremo maki dia, nanti sama level la plak ngan makcik scam nih.


Alhamdulillah sangat2, bersyukur sebab aku tak terpedaya dengan makcik ni. Oh ya, makcik ni mesti pandai gugel2 kan, kalo terjumpa entri saya ni, saya nak cakap satu jer;

Makcik mungkin tak takut balasan tuhan sebab tu makcik berani menipu orang, tapi makcik mesti ada anak, ada ibu bapa, jadi kesiankan lah mereka makan duit2 haram hasil menipu orang ni. Penyapu sampah tepi jalan JAAAAAAAAUHHHHHHHHHH lagi mulia dari makcik.



Jadi Rule of Thumb sebelum nak bertransaksi online dari aku ialah :-

  • Jangan bayar online sebelum jumpa orang / pemilik harta tersebut
  • Nak elak ditipu, minta bil air/letrik/astro & wat semakan
  • Minta ic dan semak kat SPR. Memang akan keluar nama. Tengok muka dia sama x dengan ic. Face could be deceiving
  • Agreement mesti ada, semak kalo ada hidden agenda
  • Nak detect penipu senang jer, diorang DESPERATE NAK DUIT. kalo desak2 nak suruh bayar cepat, SAH PENIPU
  • Mintak segala mak nenek dokumen dari dia beserta dokumen ori. Potostat xdibenarkan since sekarang dunia canggih photosyop motosyop.
  • Kalo pemilik harta rasa tersinggung, cakap je saya pernah kena tipu, so saya nak elak dari ditipu je mesti diaorang paham.
Paling kesian, makcik tu salah orang nak kelentong. Dia nak kelentong auditor & akauntan. Silap besar makcik, silap sangat. Mohon Allah jauhkan makcik dari orang yang suci murni macam kami ni.

Sekian pesanan khidmat masyarakat dari aku!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails