Pergi kerja dengan otak melayang kat tempat lain.
Buka PC, usya blog sendiri jap. Tengok tickers belah kanan;
5 hari je lagi wey! 5 haaari je lagi !T__T
Baru sedar yang:
- Berkenalan dengan lebih mendalam selama 1 tahun 9 bulan 1 minggu
- Bertunang 10 bulan ++
- Dan...
Lagi 5 hari jer nak tukar status jadi binik orang, xlama lepas tu pula mak orang insyAllah :P
Pesan aku, tak payah bertunang lama-lama, sampai ber 2, 3 tahun bagai. Kalau kawan-kawan lama-lama xpe, bertunang xdigalakkan berlama-lamaan sebab melibatkan keluarga. Dugaan pun besar, cayalah.
---------------------------------------------------------------
Buat masa ni, kerja yang masih pending xsiap sebelum 5 hari kejadian ialah :-
- Goodies dari Tapah expected to be deliver hari khamis
- Bunga Telur dimana telur2 belum dibeli & direbus lagi
- Dawai untuk ikat bunting penunjuk arah kat tiang
- Buku Guestbook dari kawan sekolah. Till now tak dapat sbb dia sibuk!
- Prepare papan untuk lapik paip hos getah salur ke dapur katering belakang (tak lapik mau tetamu jatuh terkam jalan tar)
- Pelamin akan dipasang hari Khamis nanti
- Lekatkan duit kipas kat korsaj famili
- Bunga tangan dari Ms Nelly (hadiah GA aritu maseh lagi xdapat2)
- Dekorasi hantaran untuk majlis belah laki, xpe DIY slow2 bebehh.
- Itinerary honeymoon lepas majlis tandang (malas amik pakej, hire driver je sudah)
So far yang lain insya Allah dah siap. Vendor yang lain-lain Alhamdulillah semua memberi kerjasama yang baik buat masa ni. Harap-harap masa majlis berlaku dengan lancar sekali. Aminnnn.
p/s: Baru-baru ni fitting baju, kena kecikkan lagi. Badan ai dah kurus! Yeay =P
No comments:
Post a Comment