Friday, March 28, 2014

31 Weeks : Hati Sedih & Dilema

Assalamualaikum!

Ikutkan, banyak benda nak share. Tapi memandangkan sepanjang pregnancy ni ada je benda yang perlu difikirkan, hasrat nak share tu terbantut la gamaknyee. :(

Orang kata, ENJOY YOUR PREGNANCY!

Yes, memang aku enjoy pun, tapi dah mula risau, start scan baby masa minggu ke 18. Doktor scan kata uri di bawah.

Ok fine, masa tu xrisau lagi. Perjalanan masih panjang. Minta nasihat kawan-kawan, sujud lama-lama, sandar kaki ke atas rapat dinding, makan bendi. Dh buat.

Kemudian, dikejutkan pula dengan baby breech (songsang) masa scan 29weeks. Uri masih di bawah. Masa tu, perasaan Allah je lah yang tahu. Balik terus murung. Sampai rumah, nangis-nangis.

Mula lah menggoogle tips untuk baby songsang pula. Antaranya, sujud lama-lama, rebahkan diri bertentangan dengan posisi baby. Dah buat. Cangkung, pun dah buat. Cakap dengan baby? Hari-hari. Masa memandu, masa baring. Semua dah buat.

Semalam, check-up lagi. Doktor scan lagi. Alhamdulillah, baby dah berpusing ke bawah. Memang rasa bersyukur sangat! Malangnya, kawan baik si baby iaitu Miss Placenta tetap berada di bawah. Doktor kata maybe Placenta Previa type 2. Aku pun gugel lah ;



Type 1 - Low Lying = Uri berada di bahagian bawah rahim tetapi tidak berhubung dengan pintu serviks

Type 2 - Marginal = Uri berada di bahagian bawah rahim dan berada di pinggir pintu servik

Type 3 - Partial = Uri menutupi sebahagian pintu servik

Type 4 - Complete = Uri menutupi keseluruhan pintu servik

Masa kat Klinik Kesihatan tu, doktor assume aku punya PP type 2. Kawan-kawan yang berpengalaman kata, Type 2 masih ok lagi. Tapi masa doktor tu bagitahu, dia kata pada 31 weeks ni, agak susah nak naik kembali. Aku dah rasa down sangat-sangat. Siap bagitahu % harapan tu, 10% boleh naik.

Perasaan? Of course lah morale down habis. Walaupun disulami dengan berita gembira baby dah pusing, tapi uri tetap di bawah. Doktor siap pesan, jangan angkat benda berat, buat kerja berat. Nak kata benda berat yang aku angkat, takde lah pulak. Takkan la segelas air pun tak boleh angkat? T___T

Doktor dah bagi refer letter ke Hospital Ampang untuk set appointment supaya doktor leh diagnos & confirmkan which type Placenta Previa milikku.

Sekarang, tengah berkira-kira nak bedrest seminggu kat rumah. Taknak pergi opis, taknak fikir hal kerja. Isnin depan boss pulak last day sebab bersara, datang lah jugak. Bermula selasa lah kot nak mintak MC. Maaf geng carpool, kawan awak ni tengah lemah semangat sangat T___T


Usaha terakhir, doa,doa,doa. Pujuk baby sekerap mungkin. Harap-harap, naik lah ye!


Anak, kalau awak baca entry ni, hargailah ibumu ini ye.. kesian dia sepanjang mengandung duk risau je. 

Doakan saya ye kawan-kawan!

Ya Allah, permudahkanlah jalan untuk melahirkan zuriat kami. Amin :)

Tuesday, March 4, 2014

Ekspo Baby Datang Lagi.. Sesi Mac 2014!



Assalamualaikum semua!

Tengok gambar je bakal-bakal ibu semua teruja kan? Termasuk la diri ini, kehkeh.

Memandangkan pameran Motherhood minggu lps kat KLCC tu xpergi, so pameran yang kali ini memang azam nak pergi! WAJIB!

Sebab apa? Dekat sangat!


Rumah dah kat Shah Alam.. So, kalau tak pergi tu memang rugi la kan? Lagi pun sekarang dah 27 weeks, makanya wajib la menghadirkan diri sementara masih larat lagi ni. Karang dah 30 weeks++ maunye duduk & baring je. Tak larat nak jalan jauh dah nanti. =(

Dan yang penting, dah target yang ini ;



Memang bulat mata la nampak diskaun separuh harga tu. Kini, barulah aku paham perasaan mak-mak teruja nak beli pampers budak. Padahal anak yang pakai. Tapi maknye yang keluar duit, so kena berjimat!

Tak cukup dengan diskaun pampers super hebat ni, ada lagi ;


Cabutan bertuah berjumlah RM50,000! Mata duk target stroller baby tuuu je. Kalau dapat, Alhamdulillah la kan.. So ape lagi bakal-bakal mak & mak-mak? Jom serbu ke sana! Kut-kut ada rezeki anak kan?


Insya Allah kalau jumpa kat ekspo tu nanti, tegur-tegur la ye. Eh, mak ni bukan blogger feymes pun ... kosser sangat orang nak kenal khennn :P

Monday, March 3, 2014

Pembawakan Budak?

Assalamualaikum korang!

Daku tengah tertanya - tanya & serba nak tahu. Percaya tak dengan pembawakan budak? Dalam erti kata lain, apa yang kita alami terutamanya dari segi kesihatan/emosi/mental semasa mengandung berkait rapat dengan sepanjang tempoh kehamilan..

Selalunya ia terjadi kat ibu mengandung kan? Normal la.. dah ada budak dalam perut kan, dengan penatnya,mengah nya.. Bukan mengeluh tau, ni rumusan apa yang berlaku sepanjang proses membawa "si kecil" dalam perut ni.

  • Pening - tu memang selalu.. nak - nak awal trimester. Selaluuuuuuu je pening kepala. Tak cukup dengan tu, pakej migrain datang sekali. Memang masa tu baringggg je yang mampu.
  • Muntah - WAJIB! especially 1st trimester. Makan apa yang teringin. Balik rumah wajib muntah. Pernah masa nak balik rumah, perut rasa tak sedap. Elok je incik suami parking, buka pintu. Bluwekkkkkkk.. dah macam air terjun dah muntah tu. Laju meronta-ronta keluar. Nasib muntah luar kereta, bukan dalam kereta. Naya oo.. bau muntah sangat la a huge turn-off!
  • Mengah - ha, yang ni apa yang tengah dialami sekarang. Naik tangga mengah. Bawak barang mengah. Jalan pun mengah. Menurut pembacaan, bila perut makin membesar, saluran pernafasan jadi sempit maka sukarla si ibu nak bernafas. Demi mu sayang, ku relakan jiwa.. wakakaka~
  • Emosi - hah yang ni memang ye, kaum Adam mahupun Hawa (yang tak pernah mengalami) jangan kata "Mentang2 ko mengandung, emosi je memanjang.." xpun " Tahu la mengandung, tak payah la nak marah - marah". Jawapan aku pada orang yang berfikiran gini, korang cer try mengandung sehari pun takpela, dan rasakan bagaimana. Cuma kena kawal la emosi tu jangan terlalu terikut sangat. Macam aku, selalu sensitif. Tak dapat makan apa dihajati mula lah meleleh air mata... Drama Queen sangat kan! jangan la si kecik mengikut dah la.. :P
Anak, nanti dah pandai membaca, baca belog hemak okeh.. pastu sila terharu! ekekeke :P


Masalahnya... aku ingat aku sorang je terkena pembawakan budak ni.. rupa - rupanya ada lagi orang lain menumpang sama!!


-----> Encik Suami!! <------


Masa 1st trimester dulu, aku yang kena teruk. Dengan pening, muntah, migrain.. emosi jangan cakap la kan.


Sekarang ni si dia pula berjangkit sama. Tapi lebih kepada fizikal. Sakit belakang, sakit pinggang. Cuma muntah, pening + emosi je takde. Kalau ada, mau emosi jugak mak buyong ni nak melayan sama.. Haha..


Yang kesiannya, encik suami sakit - sakit sampai nak pergi kerja tak larat. Kalau sakit pinggang tu, dah macam nenek - nenek dah :p alahai mak buyong pulak pelik tengok pak buyong hover sakit dia. Dan nasib baikkkk la mak mertua memang pakar bab mengurut ni, bila urut - urut, banyak angin je. Pergi jumpa doktor, berubat bagai.. sama je. Last - last mak mertua kata'

"Ni pembawakan budak ni.."


Harap - harap sebab pembawakan budak la ye. Moga-moga lepas ni hilang la sakit kamu tu ye encik abang. Hehehehe~

Orang kata.. kalau suami terkenan pembawakan budak ni.. sehati sejiwa.. Wah, terharu!

Siap kata kat encik suami, ni baru sakit pinggang sebab badan bawak budak, belum sakit nak bersalin lagi ni yang...


"Kalau sakit bersalin awak pun abang kena gak, mau fengsannnnnn abang... "


:p

p/s: ada sesiapa pernah alami perkara ni jugak? Share meh!



#Balingbelakang jap gambar tahun lepas. Masa ni ada larian charity anjuran KFC. weeeeehu~ Tak sangka nak jadi mak bapak budak dah kita ni kan yang?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails