Assalamualaikum semua!
Dah lama tak up post, dan kalini kembali dengan post review.
Dah lama tak up post, dan kalini kembali dengan post review.
Harini kami sekeluarga (padahal 3 orang jerrr kot) pergi ke klinik gigi. Almaklumlah gigi dah berkarat barat, kekunun nak scaling la kan.
Sebenarnya ikutkan dah lama dah planning nak scaling ni, dari tahun lepas lagi. Tapi tak terbuat - buat sebab tak sempat. Setiap kali balik Shah Alam (rumah mertua) jer, mesti teringat nak buat, tapi tak jugak telefon & buat appointment.
Kemudian nak dijadikan cerita, pada beberapa minggu lepas kami pergi ke Grand Opening Fiska Shah Alam (akan ku up entry lain), masa nak naik lif tu, ternampak la iklan The Dentist Hub kat tepi pintu lif tu. Encik suami pun ajak la naik tengok.
Masa kami naik tu dah petang, kebetulan tak ramai orang. Kami pun masuk. Sembang sebaris dua kejap.
Rupanya klinik gigi ni baru je buka, jadi dia belum ada credit card merchant, cash basis lagi. Sambil tu isi maklumat dalam kad gigi, set appointment dan balik.
Tiba hari appontment, kami datang. Pukul 12 janji, 12.09 sampai. Dasarrrr janji melayu tul :P
Klinik ni berkonsepkan santai, butik & artistik. Tiada bau ubat gigi sepertimana klinik-klinik gigi tipikal yang biasa aku pernah pergi.
Siap ada sudut membaca - sekali lagi, bukan buku / majalah tipikal seperti majalah wanita, elle dan seangkatan ye, majalah kisah-kisah nabi, pahlawan zaman kegemilangan Khalifah Islam.
Tak dilupa juga, sudut bayi bermain.
Biar gambar yang berbicara. You decide. Chewah! :P
Sempat bergambar berlatarbelakangkan grafiti The Dentist Hub |
Ini hanyalah lakonan semata-mata. #babySS pun pandai berlakon! |
Encik Suami teruja bila buku permainan kegemarannya, LEGO ada di sini. |
Belakang tu ruang santai tengok TV. Betul-betul rasa macam di rumah sendiri. |
Sebenarnya dia nak ke plug belah kiri tu. Haih tak paham sungguh ummi dengan awak ni T_T |
Tiada momokan momokan yang menakutkan sementara menunggu giliran doktor panggil. Sempat menyusukan #babySS sambil tengok TV.
Ni kaunter. Siap ada miniatur watak-watak superhero lagi untuk tatapan |
Santai tengok TV rancangan Kalau Dah Jodoh- Ustaz Kazim Elias |
Mula-mula, encik suami yang dipanggil. So sempat la lepak santai main dengan si kenit ni. Lupa, ada playard untuk kanak-kanak, sempat la bagi #babySS main gelungsur dua tiga kali. Teruja sungguh dia. Haha
Kemudian, turn aku pula. Sebenarnya, boleh request doktor perempuan, tapi disebabkan encik suami tukar appointment lebih awal, dia lupa nak ingatkan balik. Jadi aku pun OK je la dengan doktor lelaki. (Sebenarnya aku segan doktor lelaki tengok karat-karat kat gigi aku ni, hahaha)
Masa scaling tu, pergh. Ngilu wei. Kalau korang pernah pergi klinik gigi mesti la rasa benda yang sama kan? Tutup mata jek laaaa buat2 kool padahal ngilu kaki terangkat-angkat. kehkeh!
Selesai sudah, masa untuk membayar.
Encik suami buat scaling dan tampal gigi, aku pula scaling sahaja.
Oh ya, scaling ni dia sekali dengan polishkan gigi. 1st time gigi kena polish so agak jakun di situ.
Caj dikenakan;
Encik suami - Scaling RM100.00, Tampal RM130.00
Aku - Scaling RM90.00
Suami - Kenapa ayang punya murah?
Aku - Sebab gigi ayang ni tak complicated macam gigi abang :P
Suami - Sampai hatiiiii T___________T
So far, layanan OK, mesra pelanggan. Oh ya, masa kami datang tu, kami berdua je yang ada. Memang cepat dan tak lama menunggu. Kalau menunggu pun tak kisah, leh layan TV, main dengan anak. Hehe.
Recommended sebab klinik gigi ni lain dari yang lain. Insya Allah, plan nak tampal gigi kat situ jugak, tapi next year la sebab peruntukan dah habis :D
Doktor pun ok, mesra & lemah lembut, tak garang & tak stress. Boleh buat sembang :D
Sesiapa yang berminat, boleh la hubungi mereka. Warga Shah Alam berdekatan dipersilakan :) :) :)
instagram - thedentisthub
Lokasi - Tingkat 2, satu bangunan dengan Fiska Shah Alam, Alam Avenue 2, Shah Alam.
Kalau tak tahu apa tu Fiska Shah Alam, boleh tengok instagram fiskashahalam. Butik blogger terkenal Irine Nadia Marcello, bangunan satu kawasan dengan butik SBU (Sincerlybyus) dan AbstraxJingga.
Hingga ketemu lagi! Assalamualaikum.
*Ini bukan review berbayar, review ikhlas dari hati*
No comments:
Post a Comment