Sunday, July 31, 2011

Melepaskan hajat sambil feeling Cowgirl



Setelah sekian lama melenyapkan diri.. daku kembali lagi!

Dah memang habit kalo malas, xde isu nak diutarakan,memang senyap la blog gue ni.. Tak pe,gue bukan gila glamor ok :p

Tengok tajuk entry pun dah tau, usai tayangan Harry Potter di Layar Putih, kami pergi ke tandas & surau. Masuk je tandas trus mulut membentuk huruf O.


Meh lihat meh..

















Marvellous kan? Sampaikan design dalam Jamban pun dititikberatkan,memang creative sungguh designer toilet ni!

Baru la semangat sikit nak 'melepas',ini tidak, asal masuk tandas je bau tengik, dengan pandangan yang kurang enak.. Eh, lupa nak bagitahu, tandas ni tandas awam, so no entry fee ok! =)

Bila mula menjejakkan kaki dalam toilet ni, feeling-feeling macam Cowgirl pulak,kadang2 macam Pirates of Carribean jugak bila nampak tong2 bersusun kat belakang tu (rujuk gambar)

Oh ya, korang mesti tertanya-tanya kan toilet ni kat shopping mall mana?

Viva Mall, tahu x?

Ala, mall yang dulu nama dia UE3 (Uncang Emas 3) dan berubah imej baru kepada Viva Mall. Mall ni macam IKEA wannabe la, tapi banyak kedai dan boleh pilih apa sahaja perabot,alat elektrik. Harga pun berpatutan. Eh, korang jangan cakap IKEA je ada meatball, Viva Mall pun ada ok! Malahan, meatball dia 2 kali ganda besar daripada meatball IKEA OK!



Betol tak tipu!

Nak bukti? Ok aku tunjukkan!

Jeng jeng jeng.........









Ha, besar tak meatball dia? Cuma ada tambahan mee/mihun/kuey teow. Tak de french fries sebagai side ordernya. Ini Bakso. Bakso Giant. Semangkuk RM6. Ok la tu, sepadan dengan kebesaran meatball nya. Aku makan pun tak habis. Membazir sungguh =_=''

Dan tak lupa juga pada dessert;


Ini ialah Macaroon. Colourful + Nyummeh~! =)

Thursday, July 21, 2011

Pilihan

Ada seorang sahabat, datang kat aku dan bertanya,

Aku tak tahu la, ditelan mati emak,diluah mati bapak

Kenapa? Tanya aku

Aku tengah pening nak buat pilihan

Cer citer cer citer, kataku

Ok,aku cerita;

Ada dua jenis barang yang mempunyai kegunaan

1. Tengok kat kedai, macam cantik dan menarik mata memandang. Tapi bila dah beli dan pakai, mencederakan tuan punya.

2. Tengok kat kedai. Biasa je. Xde la kelihatan banyak fungsi. Tapi bila didesak untuk membeli, rupa2nya berguna. Malah memberi keselesaan pada tuan punya barang tu.

Aku pun pelik. Kenapa ayat kawan aku ni penuh berkias?

Apa barang 1,apa barang 2?





Jeng jeng jeng...



1. Kasut Vincci.


2. Kasut Scholl.



Kasut Vincci nampak je cantik, warna menarik. Kalau pakai, kawan pun puji, eh cantiklah kasut kau ni. Mesti mahal kan? Tak pula ditanya kepada pemakainya, selesa atau tidak?? Bila dah xselesa, tuan sakit kaki, terpaksa beli yang baru. Ilang sudah kemenarikannya.

Kasut Scholl, memang mahal dan kurang menarik. Rekabentuk biasa2 je. Nak beli pun kena pikir dua kali. Tapi bila dah sarung kat kaki, sedap tak terkata. Bertahan sampai bila-bila. Berkhidmat selagi tuannya memerlukan dia.



Jadi mana 1 kah anda? Memilih bersandarkan kesedapan mata orang lain yang memandang, atau kesedapan tuan yang menyarungnya?


p.s: Kebetulan Jusco Maluri memang wat sales kasut sampai 31 Julai ni. Kasut kerja sekarang sudah rosak, habis dibantai bawak pergi merantau. haih!

Saturday, July 2, 2011

Short + Concise Update! (:

Assalamualaikum!

Sorry sebab terpaksa mungkir janji, insyALLAH dinner akan diupdate esok jika larat.

Overall, event going smoothly & havoc!





Mode: 6 hari lagi ke arah terapi menenangkan fikiran! =)

Thursday, June 30, 2011

Annual Dinner Kompeni! Ngaaaaa~


Minggu ni adalah minggu yang dinanti nantikan oleh semua staff kat ofis aku..

Semua orang dapat,aku pun dapat.

Dapat apa?

 
Ni dia.. kad jemputan. Nama terpaksa disorok untuk mengelak kena ambush.. Tetbe :p bila event ni????

ESOK

Aku dijemput ke mana???

 

Macam biasa la.. kalo zaman Universiti ada dinner.. Zaman kerja WAJIB ada yer..

Tema dia ;
A Nite Of Superstar
(aku pakai jubah jela...)


Menarik gila tak hadiah dia? Percutian ke Sydney, Bandung..

Set Home Theathre, Vacuum Cleaner, Barang Kemas..

memang W O W..

Yang paling best.. I Phone 4.. 

Sampai ade sorang colleague aku tu, siap berdoa(angkat tangan tak menahan tu),

" Ya Allah, semoga aku dapaaaat la I Phone 4 tu.. Amin.."

Siapa kah dia?

Sila tampil buat pengakuan.. :p

Esok akan update.. konpom kecewa la xdapat pape.. sbb aku mmg xpernahnye bertuah.. =)

Thursday, June 23, 2011

Doktor Itu Sungguh Kerek


Assalamualaikum!

Harini aku nak update semata-mata nak menceritakan pasal seorang doktor yang betul-betul wat aku kecewa, dan aku rasa dia tiada sikap profesionalism.


Untuk pengetahuan, bulan ni sahaja aku dah ambil MC 2kali (termasuk hari ini). Dan ini kali pertama dan kedua aku ambil MC sepanjang aku bekerja lebih setengah tahun ye. Rekod Bersih!

Sekali disebabkan keracunan makanan pada minggu lepas sebelum bertolak ke JB, dan hari ini disebabkan demam, batuk dan selsema. Directly lepas sampai ke KL dari JB,aku dah rasa tak sihat. Dalam bas semasa perjalanan ke KL pun aku dah batuk, rasa tekak sakit dan kesat. Ok,aku tahankan dulu. Maybe sakit tekak sebab banyak minum ais kot. Cool dulu.


Dan semalam, memang kemuncak sakit aku. Batuk non-stop sampai aku kena pakai mask jerebu dalam office. (muka aku memang muka selamber yaya, aku pakai mask,semua pandang dan aku buat tak reti je. So what? Aku bantu korang supaya tak dijangkit penyakit aku ye?)



Dan pagi tadi badan dah lemah, kepala rasa macam panas. Macam je. Tapi batuk dan selsema dah confirm dah ada. Oh ya, kat kawasan rumah aku ada dua klinik, Klinik Idzham dan Klinik Kita. Malangnya Klinik Kita bukan panel klinik kompeni aku. So paham2 lah ye klinik yang mana 1 aku pergi. Malas nak mention terang terangan.


Sampai, tunjuk Medical Card,isi borang, tunggu giliran.

Nama aku dipanggil,lalu aku pun masuk.

Encik Doktor: Ha, awak sakit apa ni? ( Wah, belum sempat duduk dah tanya camni. Kereknya)

Cik Honeylalala: Saya demam, batuk dan selsema (Kalau aku doktor baik aku xpayah jumpa ko kalau aku tau sakit aku wahai doktor!)

Encik Doktor ambil sejenis alat macam deodoran roller(pengesan demam barangkali) lalu golek-golek kat sekitar dahi aku.

Encik Doktor: Macam xdemam pun? (Beliau pandang aku pelik)

Cik Honeylalala: (Diam) Tapi saya rasa badan saya tak larat.

Sekali lagi ambil alat golek2 tu,roll pulak kat dahi belah kanan aku. Ambil pulak lampu picit,tak bernyala,dia merengus kencang.Bengang sebab lampu picit tu kurang bateri. Dia suruh aku nganga,aku nganga.
Kemudian dia ambil stestoskop, nak cek denyutan nadi aku. Ok,part ni doc ni da melampau. Dia macam nak ambil kesempatan kat aku. Bila aku buat muka tak selesa, cepat2 dia alihkan stetoskop tu. Nak tahu doc tu buat apa? Lebih kurang macam entry lama aku kena denggi tahun yang sudah.

Encik Doktor: (Diam kejap) Kalau macam tu saya bagi ubat je la ye. (Tak tanya aku ni larat ke tak nak pergi kerja)

Cik Honeylalala: Doc, saya tak larat nak pergi kerja harini. (Aku bagi hint nak MC. Terang2 batuk depan mata dia, takkan tak nampak kut?)

Encik Doktor: OKAY, IKUT SUKA HATI AWAK LA. TERPULANG.(Aik? Aku dah terkejut. Dia ingat aku kaki MC ke?? Ke maksud dia sukahati awak nak pergi kerja ke taknak, itu bukan urusan saya? Ok, nak try +ve thinking ni)

Cik Honeylalala: Okay, kalau macam tu doc tolong bagi saya surat cuti sakit ye.(Aku malas nak bagi hint. Terus terang je)

Encik Doktor tak pandang muka aku, senyum sinis sambil menulis.

Lepas aku cakap terima kasih, terus aku keluar. Geram! HHNNNGH

Tengah menunggu turn ambil ubat, tiba2 Encik Doktor keluar tergesa-gesa dengan bawak briefcase dan barang2 lain,keluar dari klinik.

"Dua kosong kosong tujuh, kaunter 1"

Aku diberi ubat, akak kaunter tu terangkan pasal pemakanan ubat. Aku tengok sijil sakit tu ada, tapi xde detail pasal sakit apa.

"Kak,kenapa takde tulis saya sakit apa?" Aku mula tak puas hati.


"Ohh, Doktor ni memang takkan tulis pesakit sakit apa"

Kini aku paham.

-----------------------------------------------------------------------------------
papepon, aku kecewa dengan sikap doktor tu. Doktor minggu lepas berkali2 baik dari doktor harini. Siap tanya aku mampu tak pergi kerja harini. Bukan aku ni diskriminasi gender, tapi mungkin perempuan lebih paham perempuan. itu yang pasti. =)




P.s: Tetap menghormati kerjaya doktor yang banyak membantu pesakit. =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails