Monday, September 19, 2011

Jawatan Cashier Yang Mencabar

Entry bersambung semula setelah lama menyepi, macam biasa, blog ni macam chipsmore,kejap ada entry,kejap takde langsung. But for now, aku nak sambung experience aku menjadi Cashier selama 3 hari berturut-turut. Penat? Sudah tentu yaw! Jadi kepada gentlemans dan laydies di luar sana sila jangan memandang rendah cashier-cashier yang ada kerana tanggungjawab mereka sangat berisiko dan mencabar!

Hari Pertama(Jumaat) : Teramat lah relaks kerana ditugaskan menjaga kaunter di bahagian makanan Jusco. Mostly makanan yang dijual termasuk sushi, bento, donburi dan segala macam makanan yang diproduce oleh Jusco sendiri. Kesedapannya sudah pasti! Dan kaunter yang kami jaga tu tak ramai customer sebab tersorok sikit. Jadi, xletih sangat sebab ada partner jaga sama. Cuma kaki lenguh sedikit sebab berdiri terlalu lama.

Hari Kedua(Sabtu) : Sekali lagi relaks, seperti yang korang sedia maklum Jusco dan mana2 pasar raya melancarkan kempen tiada beg plastik setiap hari Sabtu. Dan cashier yang terlibat adalah cashier yang betul2, jadi aku hanya tolong lekatkan 'sold tape' kat item yang dibeli sahaja. Sangat mudah.

Hari Ketiga(Ahad): Bermulalah kesengsaraan di hari terakhir menjadi cashier. Syif pula syif pagi, dan hari itu hari Ahad! Dan menambahkan drama sikit, aku incas kat express counter. Memang mati kering aku sehari tuh. Pelanggan tak putus-putus datang membayar.Dan aku..aku takde pembantu! Aku lah yang scan barang, aku la yang pack barang. Paling sakit ialah kena angkut sekampit beras masuk dalam plastik. Memang lenguh tangan!

Oh ya, kebetulan hari itu aku nak balik dengan family,so suruh mereka datang petang sikit, tapi tak sangka jadi buruan paparazzi ketika sedang bertugas. 

sibuk melayan customer. Tak sedar kena snap pic.

 Encik cashier baik hati menolong =)

 Dapat duit,terus key-in amount!

 Ish.. customer ni nak baki plak..keep the change je laaa.. =P

Nampak sangat senyum plastik!

As a conclusion, kalau dah join company,kita kena join apa sahaja aktiviti dia. Ini merupakan sebahagian aktiviti syarikat aku dimana pabila musim perayaan menjelang, berlakulah kurang kakitangan yang menjadi cashier disebabkan terlalu ramai customer datang membeli belah di sini. Dan aku akui,memang ramai,dan tak putus line customer yang membayar. Baik tua ataupun muda,cina,india,melayu,semua nak raya! The best part is, aku dah mula menyukai kerja sampingan aku ni, betul2 menguji iman dan baru kita tahu customer always right! Berada di frontline memang kena tebal muka,kena marah pun senyuuumm jer,tak boleh melawan. Tapi syukur alhamdulillah tak pernah kena marah customer selama 3 hari ni. ^_^


Masa berbuka puasa sudah tiba! Jom makan di The Chicken Rice Shop!


Lapar sampai tak nak pandang kamera dah ;p

p/s: ini adalah entry yang dh lama sepatutnya update :D

Thursday, August 25, 2011

Tiga Hari Bertukar Profesion

Esok bermulalah episod sedih dalam hidup aku kerana telah diturunkan pangkat.. Kalo turun sikit takpe gak.. Ni dah turun sampai dah takde kaitan dengan ijazah yang aku penat lelah belajar selama ni!

Serius tak puas hati!

Memang rasa nak buat aduan jer!

Nak mengadu kat mana? CAP? NUBE? PERKESO? 

Memang dah tahap terbakar gila dah ni.. Nak mengamuk depan management pun ada gak.. Tapi bila pendam lama-lama makin melampau pulak.. Ape salah aku diperlakukan begini? Tell me!!!.............................!! Why? Why? WHy?????





---------------------------------------------------------------------

Cut!

Hehe, ni propaganda jer.. Aku tak turun pangkat la,sebenarnya ini adalah sebahagian daripada aktiviti kompeni aku.. WAJIB JOIN walaupun hati separuh rela di situ.. What to do.. Aku kena jadi...

CASHIER

Ye, cashier kat supermarket tu. Yang scan-scan barang.. 

Dan tempat yang teramaaaatlah bertuah aku ditempatkan ialah di..


JUSCO ONE UTAMA (BANDAR UTAMA)

Mentang-mentang baru buat re-opening, aku jadi mangsa ditempatkan kat situ. Nape tak letak je aku kat Taman Maluri ke, Mid Valley ke. Confirm penuh dengan umat manusia.. Hari pertama re-opening pun dah dapat sales 3.2 billion.. What do you expect bila aku kena jadi cashier pada hari..

JUMAAT, SABTU & AHAD ni??

wait.. wait...


AHAD???????


*pengsan*




p.s: Kalo jumpa aku tengah busy scan barang tu tegur2 la.. budget artis tol..ahaks! :p
confirm patah kaki berdiri selama 10 jam tanpa duduk... 

Wednesday, August 24, 2011

Berbuka Puasa Bersama Teman Sekerja

Ya, kebelakangan ini aku memang menyepikan diri dari dunia blog. Nak kata busy, tidak juga. Nak kata free pun tidak juga, mungkin nafsu hendak berblogging sudah luntur??

Sekadar mencukupkan syarat, aku cipta satu tampalan baru mengenai aktiviti aku pada bulan Ramadhan. Baru semalam, aku dan rakan sekerja (rujuk entri makan2 di Al-Rawsha) berbuka puasa di Black Canyon, bertempat di Jaya Jusco Maluri.

Menurut akak amik order tu, kedai ni berasal dari Thailand. Semua peralatan pinggan mangkuk cawan hatta mangkuk hayun sekalipun(yang ni aku tipu) dibawa KHAS dari Thailand. So sila bangga makan atas peralatan MADE IN THAILAND. Cuma takde gadis seksi dan lelaki kacak je menemani. Ya, masih menerapkan norma-norma sopan di kedai ini.=P

nota: Kedai makan ni bawah office aku jer. =)


muka teruja. sentiasa bila di hadapan makanan

as usual, Janeeta watak permanent kat belog ini. Sebelah kiri gue ni akak senior, kini dah jadi pekerja KFC Holdings. Masyukk! 
p.s: Noor Hisham Saidin sila jangan jeles.

Eh, lupa pula. Ada lagi watak penting;

kak Hamadah. Bakal ex pekerja AEON mulai minggu depan. Dayah masih setia katanya. (yeke??)

Dah, dah. Mari tengok menu berbuka kami pada hari itu;

Empat orang order makanan ni. Yang ni paling berselera kata diorang. Alamak,aku xingat nama nasik ni. Yang aku ingat Nasi Amareka jer.

Air pilihan aku. Black Canyon Iced Coffee. Special menu. Memang terbaik!

Tuna Salad. Gigih aku ngan Janeeta nak makan. Sedap! Tapi sayur dia spicy. Siapa suka pedas, recommended. Aku suka ;D
plus Sos Thousand Island

Menu pilihan Janeeta. Dia je yang pilih selain nasi. Udon Tomyam. Pernah makan makanan Jepun mesti pernah dengan nama Udon kan?

Air pilihan Janeeta. Butterscotch Coffee. Dia kata sedap. Sedap aja dia ni.

Upload pinggan aku punya sebab makanan aku dapat lambat. Nasib baik ayam besar. Xjadi nak marah.

Special! Kak Lily bawakan Egg Tart khas dari KFC! :D

Serius Sedap. Tapi available kat certain branch je, kat Menara KFC, KFC UM,KL Sentral.. yang lain xpasti






 NEWS HIGHLIGHT:

Dayah yang terkenal sebagai "Ratu Maharani Sup" menunjukkan lakonan malu-malu kucing. Dia ni pantang tengok makanan berkuah/sup. Mesti wat special request. Xpercaya??

Janeeta hulur tomyam. Dayah xnak sebab depan kamera katanya. Dia masih mempunyai perasaan malu.


Tengok. Dia sorok mangkuk tomyam tu kat belakang kotak Egg Tart. Pastu buat2 makan bila aku nak snap.

Dah pindah ke depan pula. Tetap tak nak mengaku lagi dia yang nak tomyam tu. Buat2 baru duduk kat meja la konon =p


See!! Told ya! Sekelip mata dia dah hirup tomyam tu tanpa apa-apa kesan yang tinggal. Cuma tinggal minyak je. Jangan marah Dayah. =)


Kesimpulannya, aktiviti berbuka kami sangat meriah dan seronok!*ayat penutup macam karangan daaa*

Kalau rajin aku update pasal reunion dengan bebudak sekolah pulak.

Sunday, August 14, 2011

Satu Hari Dua Kejadian

Ini adalah gambar yang sempat ditangkap di hari kejadian;



11.30 a.m
Jalan Tunku Abdul Rahman a.k.a Jalan TAR. 
Ramai Orang + Panas Terik Gila! = Ragut + Peluh memercik! *sweating*








4.45 p.m
Bazaar Ramadhan PKNS - Banjir + Ribut = Khemah Terbalik + Makanan Basah Kuyup Lenjun. Win!


Sekarang ialah musim hujan pada bulan Puasa di Malaysia. Harap Maklum.

Tuesday, August 2, 2011

Berbuka puasa

Hari ini sudah hari ke 2 ramadhan menjengah. Memandangkan hanya negeri tertentu je yang dapat cuti 1ramadhan,maka aku sangat jeles!

Oh ya,bila mula puasa mesti ramai yang kuat berbelanja di bazaar ramadhan termasuk aku. Dan paling penting, aku dah set azam untuk mengawal nafsu makan di bulan mulia ini. Tapi satu je yang aku kalah. Awal-awal sudah surrender.


posted from Bloggeroid

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails