Monday, September 19, 2011

Jawatan Cashier Yang Mencabar

Entry bersambung semula setelah lama menyepi, macam biasa, blog ni macam chipsmore,kejap ada entry,kejap takde langsung. But for now, aku nak sambung experience aku menjadi Cashier selama 3 hari berturut-turut. Penat? Sudah tentu yaw! Jadi kepada gentlemans dan laydies di luar sana sila jangan memandang rendah cashier-cashier yang ada kerana tanggungjawab mereka sangat berisiko dan mencabar!

Hari Pertama(Jumaat) : Teramat lah relaks kerana ditugaskan menjaga kaunter di bahagian makanan Jusco. Mostly makanan yang dijual termasuk sushi, bento, donburi dan segala macam makanan yang diproduce oleh Jusco sendiri. Kesedapannya sudah pasti! Dan kaunter yang kami jaga tu tak ramai customer sebab tersorok sikit. Jadi, xletih sangat sebab ada partner jaga sama. Cuma kaki lenguh sedikit sebab berdiri terlalu lama.

Hari Kedua(Sabtu) : Sekali lagi relaks, seperti yang korang sedia maklum Jusco dan mana2 pasar raya melancarkan kempen tiada beg plastik setiap hari Sabtu. Dan cashier yang terlibat adalah cashier yang betul2, jadi aku hanya tolong lekatkan 'sold tape' kat item yang dibeli sahaja. Sangat mudah.

Hari Ketiga(Ahad): Bermulalah kesengsaraan di hari terakhir menjadi cashier. Syif pula syif pagi, dan hari itu hari Ahad! Dan menambahkan drama sikit, aku incas kat express counter. Memang mati kering aku sehari tuh. Pelanggan tak putus-putus datang membayar.Dan aku..aku takde pembantu! Aku lah yang scan barang, aku la yang pack barang. Paling sakit ialah kena angkut sekampit beras masuk dalam plastik. Memang lenguh tangan!

Oh ya, kebetulan hari itu aku nak balik dengan family,so suruh mereka datang petang sikit, tapi tak sangka jadi buruan paparazzi ketika sedang bertugas. 

sibuk melayan customer. Tak sedar kena snap pic.

 Encik cashier baik hati menolong =)

 Dapat duit,terus key-in amount!

 Ish.. customer ni nak baki plak..keep the change je laaa.. =P

Nampak sangat senyum plastik!

As a conclusion, kalau dah join company,kita kena join apa sahaja aktiviti dia. Ini merupakan sebahagian aktiviti syarikat aku dimana pabila musim perayaan menjelang, berlakulah kurang kakitangan yang menjadi cashier disebabkan terlalu ramai customer datang membeli belah di sini. Dan aku akui,memang ramai,dan tak putus line customer yang membayar. Baik tua ataupun muda,cina,india,melayu,semua nak raya! The best part is, aku dah mula menyukai kerja sampingan aku ni, betul2 menguji iman dan baru kita tahu customer always right! Berada di frontline memang kena tebal muka,kena marah pun senyuuumm jer,tak boleh melawan. Tapi syukur alhamdulillah tak pernah kena marah customer selama 3 hari ni. ^_^


Masa berbuka puasa sudah tiba! Jom makan di The Chicken Rice Shop!


Lapar sampai tak nak pandang kamera dah ;p

p/s: ini adalah entry yang dh lama sepatutnya update :D

1 comment:

Unknown said...

jadi cashier mmg penattt.....

berdiri all the time kn.
kat KFC disaster time mase lunch n ble bulan ramadhan is time buka puasa... berbuka pn just telan air je huhu

yg bestnye jumpa mcm2 jenis org =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails