Dah sangat lama aku tak update belog. Tak habis2 dengan sibuk kerja, as usual. Posting ni memang agak basi tapi tetap nak update sekadar mencukupkan kolumn menaip jer. hehe.
Kawan baik aku dah mendirikan rumahtangga bersama University sweetheartnya yang merupakan kenalan aku, dan aku telah menghadirkan diri pada majlis di sebelah lelaki sementelah aku xdpt hadir pada hari pernikahannya pada Hari Malaysia. Almaklumlah banyak program....
Dan aku telah diberi tugas yang pernah aku sandang sebelum ni, dan kali ini kali ketiga..
Guess what?
Flower Girl? Penanggar Girl? Power Puff Girl?
Semua salah :p
Aku kena jadi pengepit a.k.a pengapit. Sila rujuk entri lama, aku pernah jadi pengapit sebelum ni.
*berpeluh*
Apa perasaan jadi Pengapit? Semua orang cakap, " Ko jadila pengapit, nanti kahwin lambat padan muka ko"
takpun,
"Nanti hilang seri kat atas pelamin time ko kahwin tau"
Apa itu seri? Aku xtahu kalau pernah panjat pelamin, seri tu hilang meresap ke mana. Mengarut jer. Jodoh kan Allah yang tentukan, bukan di tangan pelamin atau tugas menjadi pengapit tu. Karut jer. Takkan tolong pegang payung sebelah pengantin boleh hilang seri? Merepek jer :p
Malas bebel, meh ni aku hadiahkan pic untuk tatapan semua. Tema hijau. Go Green! =)
depan rumah tumpangan pengantin. Pose sebelum beraksi :p
tunggu team kompang. Bahang panas mula terasa.
sesi memotong kek. Selamat Pengantin Baru kepada Noraini Dullah dan Naufal Bakhudin. =)
hadiah ciuman dari seorang sahabat
Lupa pula, pengantin perempuan a.k.a kawan baik aku ni merupakan roomate aku waktu final year di UM. Kami berkenalan waktu 2nd year semasa mengikuti program Kempen Derma Darah Rakan Muda UM sempena 50 tahun kemerdekaan. Yang mengeratkan kami menjadi kawan baik ni sebab kami mempunyai banyak sangat persamaan, antaranya ialah kami menunggang skuter yang sama sepanjang pengajian di UM. Pergi pasar malam sama-sama, dan macam2 lah peristiwa yang best-best time dia tengah bujang. Oh ya, dia tua 2 tahun dari aku, tapi aku selamba je ber-"aku kau" dengan dia sebab kami macam sebaya. Baru best =p
Singgah sebentar di Ayer Hitam. Nama timangan- 'Padang Besar' Johor.
Aku dan mak aku. Seiras x kami? =)
kalau singgah Johor wajib rasa menu ni. Mee Rebus Johor. Memang sedap!
kalau KL ada ice room, kat Johor ada Ice Sini. Menarik! Tapi xrasa pon. Hee =P
2 comments:
ok, ak bru tau aini tua 2 taun.. muahahaha.. n ak suka baju pengapit ko tue.. bru la nama pengapit n xd nmpk mcm pengantin.. kbykan org suka bg nmpk mcm ad 2 pengantin tp xleh ddk sebelah2.. kikiki..
muka mak hang macam muka hang... ehh.. silap.. muka hang macam mak hang.... huhuhuhu
Post a Comment