Thursday, January 3, 2013

22th Birthday GiveAway

Harini adalah hari join GA sedunia. Mood nak hapdet PIPE MEFA tergendala jap. Tunggu ye. Tengah kumpul ayat-ayat berapi sikit :p



Oh ya,ni juga GA yang dianjurkan oleh cik adik Anis Athia. Baiknya hati dia sebab banyak sungguh hadiah dia sponsor. Mesti fofuler kan dia ni kan? 
Nak tahu gimana sih mahu join ini GA? klik banner ni ok =)



Sebelum nak join GA ni,ikot dulu syarat dia ye =)

  • Follow blog anis (penting untuk tau latest update)
  • buat entry bertajuk "22th Birthday GiveAway"
  • copy banner di bawah dan link kan ke entry ini

Senarai hadiah yang akan diberi :-


  • Victoria Secret Love Spell perfume original
  • Beg
  • Tudung bawal rainbow pastel colour
  • Flower crinkle shawl
  • Fishtail skirt mint
  • Tudung sponsored by Paisley Paradise
  • Hot Perfume sponsored by Aisyah Taib (2 pemenang)
  • Topup RM10 sponsored by Muja
  • Topup RM5 sponsored by Farah Shahirah
  • Review blog by Farah Shahirah (2 pemenang)
  • Hadiah misteri (top referral)
  • 12 blog akan dipilih untuk dimasukkan dalam bloglist anis
  • Everyone get 22% off at Thianis Fashion Lab (from 22 December 2012 till 22 February 2013)

Berminat nak JOIN? jommmm =)

Fivers Hijabis Giveaway by MV

lalu lalang kat blog cik shau. Jumpa GA lagi! Adoi... da addicted sangat dah ni! =P

Semua arahan-arahan cik MV dah dibuat :-
  • Follow blog MV & Cik Amal [done!]
  • Follow Twitter @IzniNajwa11 [done!]
  • Tag kekawan [done!]
  • Hantar komen di entry MV [done!]



kalini ex-B2B ke,M2B ke sapa-sapa leh join, sebab tak tertakluk pada mana-mana kategori. 

Jadi saya mahu tag cik Wararies , AyongAtikah , Amieynna Amin &  Siti Rahmah :D

Jom join ya! Terms & Conditions semua kat sini 

Tarikh tamat GA - 23 January 2013

Siapa Nak Bunga Tangan Percuma Sila Angkat Tangan?

Assalamualaikum semua! :D 


Semalam kan,sebelum nak balik saja-saja jer usha blog. Kemudian ternampak entry cik orked violet mengenai free Give Away.. for B2B!  

salah satu contoh HB dari Mrs Nelly :)

*Mata sudah bersinar-sinar*

Hadiahnya sangat best.. iaitu Bunga Tangan a.k.a omputeh cakap, Hand Bouquet atau diringkaskan ke HB!

Jadi...................

Masih tinggal satu lagi slot untuk dapatkan free GA dari Mrs Nelly Bouquet

So sila browse kat entry beliau di sini ya untuk bagaimana menyertainya :D --> Free HB nak tak nak tak? 

Tinggal lagi 1 slot je kawan-kawan! Grab this opportunity okeh?


Saya dah dapat bunga tangan saya da.. so happy ^_____^

Thanks Mrs Nelly Bouquet!

Wednesday, January 2, 2013

2013 : Azam & Wishlist!




Semua orang bila masuk je tahun baru,mesti ada azam baru kan?

Aku? 

Semestinya ada.. Nak brought forward azam tahun lepas ke tahun 2013 plak. LOL

Azam ku pada tahun ini ialah... Jeng jeng jeng

*drumroll*

ka-ching! 

Eh jap,jap! Sebelum nak berazam bagai pada tahun 2013, harussslah menyemak kembali azam tahun lepas,2012 :D


1. Menaiki kemudahan awam ke tempat kerja 
    Yang ni ada la buat,tapi kadang-kadang dan jarang-jarang sebab selalu   
    bangun lewat pagi-pagi nak pergi kerja :p FAIL

2. Makan dalam kadar sedikit
    Haha,rasa nak guling guling sampai tergolek bila baca. Hangat-hangat tahi 
    telinga je azam ni. Before majlis e-day kemain jaga makan. Dah habis e-
    day,makan macam tak pernah makan! FAIL

3. Berbasikal selama sejam setiap petang (Jika balik awal)
    Ha,nasib baik ada pengecualian,jika balik awal. Sebabnya tak pernah balik 
    awal pon! Ade je keje kat opis ni. Miahahaha. NEXT!

4. Banyakkan aktiviti bersenam/riadah
    Yang ni pon sama. Semangat je di awal perkenalan dengan encik Tunang. 
    Sekarang?? Keje mengumpul lemak bersama-sama..dia pon da gemok! 
    Seluar dah sendat. kakakakaa =p


--------------------------------------------------------------------------------

Kesimpulannya azam 2012 FAIL TAHAP GABAN! Meraban je kejenya dalam blog tapi habuk xbuat =p so,kalini kena fokus ok,fokus! Sebabnya kalo xkurus-kurus dalam tempoh ditetapkan,mau meletup wedding dress nanti (masalahnye dah beli ke wedding dress? ahaks :P)

Berikut adalah senarai azam-azam baruku pada tahun 2013. Harap-harap tercapai. Amin!!
  1. Mengumpul duit sebanyak-banyaknya untuk membeli aset sendiri - Oh ini kena kompeten sebab kalo tak kumpul duit alamat berumah sewa la sampai beranak empat. ahaks :p
  2. Menguruskan badan ke berat 45kg (ni da berapa kali punya azam la masih tak kurus-kurus) -_-'' - rasa nak lempang diri sendiri jekk dengan azam tahunan ni. Tapi camner laaa nak kurus,asal nampak makanan je jadi tak tentu arah. wakakaka :P
  3. Melatih diri lebih banyak bersabar dan senang mengucapkan perkataan maaf -lebih-lebih lagi bila bersama encik Tunang. kesian dia asyik jadi bahan kena marah. Sorry ye awak,kita cuba jadi baik sket ye. Sikit je :p
  4. Meningkatkan skill masakan ke tahap serba boleh, bukannya serbaguna :p - Yang ni wajib! Sebab dah nak jadi bini orang takkan masak air je gheti? Mau kena sekeh lelaju dek mak mertua nanti ahaks!
  5. Rajin dalam setiap apa yang dihajati - Ni meliputi apa yang diazamkan la. Kena rajin dan fokus!
  6. Memastikan majlis yang bakal berlangsung adalah sharia-compliance dan berjalan lancar - Sharia-compliance tu penting sebab nak perkahwinan yang dibina ni diberkati dan dirahmati aaaaaminnnn~
  7. Tidak berasa bosan dengan incik bakal suami *wink* - Yang ni kena istiqamah jugak. Kena saling tegur menegur,saling wat kejutan alololo sweetnye rasa nak muntah! :p
  8. Sentiasa sistematik dalam apa jua perancangan supaya tidak tersasar! - Oh ya Microsoft Office boleh digunakan untuk jadi medium pelan ni ;D
  9. Kerjaya/karier yang mantap! - Ohhh,doakan la daku dapat kerja yang lebih baik,xpun naik pangkat/gred disamping dikurniakan bos baru yang baik lagi memahami aminnnn.

Tu je kot?? Banyak-banyak nanti kena brought forward ke tahun 2014 plak! :p

Wishlist 2013 pulak? :D

  1. Sebuah kereta idaman - Xkisah la kereta apa janji mampu milik Heeee :p
  2. Handbag idaman - Paling suka Braun Buffel, tapi kalo mampu milik Carlo Rino takpun Bonia pun takpe. Asalkan bukan downtown mali =p
  3. Kamera DSLR idaman - Padan la dengan hobiku GIGAM =p
  4. Laptop idaman (Kalau xdapat Apple Sony VAIO pun boleh) :p
  5. Jersi Liverpool (sorry ye Arsenal,saya kena taat dengan bakal suami saya dah )
  6. Blogshop idaman (oh yang ni kena ambil masa lama,nak jual apa? Tengah pikir-pikir)
  7. Gadget idaman (Note,digital organiser pun boleh laaaa. Baru la up-to-date!)
  8. Bakal Suami idaman (yang ni da jumpa,alhamdulillah harapkan sentiasa berkekalan bukan mula naik muak pula kalo dah 5 tahun bersama ok :p)
Semua ni kena seimbang dan counterback dengan azam no.1 tuh. Akan dihupdate dari semasa ke semasa :p


Okbye korang! :D

Malaysian Wedding Festival (MEFA) 2012 Contest - Part 1 Review

Assalamualaikum semua! Seperti yang anda semua tahu & maklum pada entri sebelum-sebelum ni,saya merupakan salah seorang peserta PIPE Malaysian Wedding Festival (MEFA) Edisi ke-2 2012. Ya,tidak dinafikan penyertaan agak ramai dan pada masa itu, 19 orang (refer link) peserta yang berjaya menyertai tugasan-tugasan yang diberi.

Diringkaskan,antara tugasan-tugasan yang diberi pada kami ialah;

  1. Mempromosi MEFA yang bakal berlangsung pada masa itu
  2. Mempromosi PENAJA hadiah 
Bagaimana cara kami mempromosi tu? Cer bagitau sikit?

Okay,cara-caranya ialah antaranya:-

  1. Mengcreate 'event' dan mengajak seberapa ramai kawan-kawan klik butang JOIN
  2. Mengajak kawan-kawan tekan LIKE pada gambar yang disediakan pihak penganjur
  3. Mengajak kawan-kawan SHARE gambar kitorang yang disediakan oleh pihak penganjur
Dan task itu adalah sebanyak 11 task. Berapa lama durasi pertandingan tersebut? 

Ya,3 BULAN. Bermula 8 Oktober 2012 sehinggalah 26 Disember 2012.

Lama kan? Iya lah,nak dapat benda percuma bukan senang. Kena bersusah payah.. betul x?

Sehinggalah saya mendapati status MEFA berbunyi bahawa ada sesetengah peserta yang disingkir kerana terdapat sebilangan yang tidak melakukan task diberi. Ya,dimaklumkan saya salah seorang peserta Top 10. Yeayyy! Happy tidak terkira.



Pada Task ke-7 sudah ada peserta disingkir sehinggalah task ke-11 yang terakhir dimana kami semua perlu membuat video promosi salah seorang penganjur dimana masa yang diberi hanyalah 2 HARI.





Hari yang dinantikan sudah pun tiba. Mari lihat sebentar :-

Hari Pertama di sana

oh,terujanya saya! Teruja ke?

Pukul 4.30,kami pergi mendaftar di kaunter pendaftaran. Dan pihak admin maklumkan task bermula pada pukul 6.30 petang. Ok,jalan-jalan pusing2 dulu tengok mana yang berkenan.

Katering hakak pun ada hokey, Nurul Izzah Catering you! :p

seronoknya! Abah pun datang bagi sokongan okeh? Siap bawa video cam lagi. Malu bila replay rakaman tu di rumah :p

Sementara menunggu giliran kami, ada satu slot dimana pada masa pertandingan PIPE MEFA berlangsung di Facebook,ada pertandingan kadkahwinMu di Facebook gak. Masa tu memang ada terfikir nak join,tapi xsempat. 

Ni majlis penyampaian hadiah KadkahwinMu :-

Tahniah! Dengarnya pemenang kedua KadKahwinMu ni adik ipar Irine Nadia. Untunglaaa :D
Kepada peserta yang kalah pun,ada habuan juga :D

Mereka dapat baucar hadiah sebanyak RM100 oleh penaja :-


Tak sia-sialah usaha mereka mempromote KadKahwinMu. Sekurang-kurangnya ada la juga ganjaran. Betapa penaja ni menghargai peserta-peserta mereka oke?

Eh,melalut-lalut pula entri ni. Ok,da tepat pukul 6.30. Nama-nama kami pun dipanggil naik pentas :D

Ada 9 pasangan tak silap. Semua ni finalis yang nak merebut hadiah bernilai RM15,000 tau!
Tup-tup, task akhir kami ialah task yang sangat senang dan unsangkarable. Guess what? 

Kami perlu ambil flyers penaja hadiah kami dalam tempoh 10 minit. Berpusing-pusing laaaa kami mencari booth2 penganjur yang baru je sebentar lalu. Tapi hilang ingatan sebab gemuruh sangat :p

Dan alih2,saya orang ke-5 yang berjaya menyerahkan flyers penganjur. Maaf incik tunang sebab agak emo masa explorace tadi. Terkeluar perangai xsemenggah tu :p


Dan apa jadi selepas tu? Kita jumpa di entri lain ok? Babaiiii~


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails