Sunday, January 31, 2010

Pabila kawan sekolah masuk tv :D

salam semua!

dah lama xberbelog. biasalah. xde cerita. mau belog apa? kan? kan? oh ya, minggu ni a.k.a bulan ni memang banyak sangat2 aktiviti di UM dan kolej kediaman aku.. kolej kediaman ke -12 di mana minggu lepas starting ari Jumaat lepas ada bazaar ala2 pesta konvo kat Kompleks Perdana Siswa..dan sorry kawan kawan! dah habis dah semalam(sabtu). Jangan marah! :D

dan latest story.. kat kolej kediaman aku ada event yang dinamakan Frenster 12.. Macam pernah dengar kan? mestila.. aplikasi @ laman jaring sosial yang kita selalu guna waktu zaman-zaman sekolah rendah dulu. aku ingat lagi, akaun frenster aku dicipta waktu aku form 1. haha.. ni la padahnya kalo pergi sekolah keje monteng jer.. :-p eh tak tak tak!

ok,berbalik pada Frenster 12.. ni adalah event tahunan kolej ke -12. dan kali ini aku rasa agak meriah kerana sound system mereka sangat2 laaaaaa kuat.. yela, bilik aku betol2 berhadapan dengan khemah2 Frenster ni. Frenster ni akan buka gerai banyak2, dan macam event ada.. dan macam2 barangan yang akan dijual e.g makanan,pakaian dan macam2 lagi..
dan yang menarik sempena Frenster ni ada PC Fair kat Dewan Gemilang kolej 12.. so rajin2kanlah diri anda ke kolej daku ini! :-)

maklumat lanjut sila ke sini :-)

oh ya, ada pertandingan photography..hadiah menarik! sapa tertarik? :-)

masih belum terlambat untuk aku ucapkan syabas dan tahniah kepada rakan sekolah aku, Maisarah Ismail kerana berjaya ke Top 3 My Starz LG.. dan sememangnya aku tak terkejut dia masuk TV kerana sememangnya bakat dia memang dah ditonjolkan dari sekolah lagi kerana dialah penyanyi kami waktu event sekolah dulu dan untuk majlis graduasi sekolah kami.. SMK Cochrane.. :-)

** aku ada pic dengan si Sara ni waktu sekolah dulu..tapi tah kemana tah.. (motif meletakkan pic kawan yang menjadi artis?)**

Tahniah Sarah walaupun dapat tempat ke-3! :-)

p.s : td Dato CT & KD nyanyi kat MyStarz LG.. sorry Dira..kureng di situ..tetttttt.. :-p

Blogger Templates

Blogger Templates



Thursday, January 28, 2010

geli hati

hahahaha.

hahaha.

haha.

ha.

ok2 xnak gelak dah. tapi siyes kelakar.baru bukak satu belog ni.die buat lawak la.sebab lawak sangat aku gelak.

=)))))))))

ok stop.

p/s: Penulis blog Aduka Taruna telah ditahan reman kerana menghina Almarhum sultan Johor.haih,sana sini kes. kes hina la,kes saman menyaman la. ish ish ish. manusia zaman sekarang suka wat statement sesuka ati je.belajar tinggi tapi IQ rendah.pelik pelik.Allah kan MAHA melihat walau manusia lain xdapat melihat =).

Wednesday, January 27, 2010

slurrrp

hari ini tiada posting menarik aku nak kongsi. biasalah kelas hari isnin dan selasa je. rabu hingga ahad cuti. gila bosan. part time? eh xnak la. serik. bahahaha.(xde motif tol aku ni) tapi aku nak kongsi satu klip video menarik ni. korang tengok k?

tengok la.

plis.

tengok ek?

betol ni?

yes. tenkyu. :)

aku tau Twilight new moon da expired da. tapi saje nak kongsi gak. ah xkire. :D




panas x? :D :D :D

slurrrrpp.. :))))

p/s: angin angin lintang memberitahu maybe 27&28 presentation SoftSkill.rumours sahaja. jika ada halangan,insyALLAH trip ini akan dibincang sekali lagi. sapa2 lagi yang xamik SoftSkill?

Thursday, January 21, 2010

sila terima akibat jika kamu buat status begini di facebook

"aku bengang betulla,nape pompan ske sgt menggatal dengan laki aku?"

kalo bengang sgtpun jgnla sampai ckp cmtuh. kan da ada group DELETE *** FROM FACEBOOK,group ANTI dia pun ada gak, haisy xpasal2 jer nama jadi busuk. ish3 *geleng2 kepala sampai teleng*.

dan ada kes terbaru dalam minggu ni, pelajar ASWARA ditahan reman/didakwa sebab komen kat facebook berkenaan kes kontroversi baru2 ni mengenai "penggunaan nama Allah". sebab beliau nak offer baling bomb je dah kena dakwa. haish! setiap ketukan keyboard di hujung jari tu berisiko tau x?

pengajarannya;

*kalo wat status,jangan igt kamu seorang yang baca status tu KECUALI friend kamu ZERO dalam facebook.miahahaha.
*kalo emo,jangan kaitkan suku sakat sape2. Malaysia kan berbilang kaum.Peace! =)
*kalo bengang sgt whatever sekalipun, jangan MENCARUT. ish,nak2 lagi perempuan. xmanis la dipandang. cuba sensored sikit. xtau? meh aku ajar. "wei,mulut ko cam l***k*** la!" paham ke idok ni? ;p
* berbudi bahasa budaya kita. watpe nak emo2 dalam status. nanti orang/kawan2 kita mesti pikir, eh budak ni hari2 nak emo. period ke ape? heh :p

dan sedikit tips honeylalala nak kongsi;

*kalo aku tengah marah,aku akan dengar lagu kuat2.hak3.xbaik untuk pendengaran sebenarnya.lebey baik daripada cari penyakit lain.:p
*luahkan amarah secara membuta tuli akan menampakkan kamu ni negatif. cuba kalo marah wat status "HEY SABO JE LA!" xpun "BAWAK BERSABAR,BBASYA!" so,kawan2 anda xdela memprovok anda supaya anda lagi naik marah dan mencarut xtentu pasal.
*anda sudah besar dan sudah tentu tahu menilai mana yang baik & buruk kan? ^_*

eh eh aku ni macam bgus sgt je nasihat orang kan? :D
kdg2 aku emo aku ade je wat status emo kat fb. hik3. cakk!! :p

p/s: kadang2 bila nafsu marah menguasai,orang sekeliling pun xdipeduli.. status dishoutout pun ikut sesedap rasa..dan akhirnya bila da nampak akibatnya,baru nak menyesal..=S

Sunday, January 17, 2010

i got a final warning !

udah seharian aku tidak mengupdate belog. ini semua gara-gara kertas survey yang aku dok tangguh2 dari bulan 12 aritu. benarlah kata emak

"kerja bertangguh xkan menjadi"

dan akhirnya dalam tempoh kurang dari seminggu berjaya juga aku siapkan key in data survey mendalahpfft ni sume(manual pulak tuh!!). haish naik bengkak bengkak mata aku ni,dah cam panda. 0_o''

persetankan ia,bukan ini menjadi persoalan aku dalam entry kali ini, cuma mahu berkongsi dengan kalian mengenai 'surat amaran' yang aku terima sebaik sahaja kaki aku menjejak ke bilik D308 dan jengjengjeng..

notis pertamanotis ke 2

yang hairan bin ajaib aku dapat dua2 notis ni btol2 kat bawah kaki sebaik sahaja tapak kaki aku memasuki bilik nih. eh eh? setau aku bilik ni mmg dak2 sekolah duduk waktu cuti sem baru2 ni,eh xkan la pulak dak sekolah ni warning aku? biar betik??

*repetition from the notes*

if you took the blanket which is white colour with pattern of bear & pillow cover yesterday. please return them to balcony soon.They are not belong to you. Dont keep them & wait until we knock your door!!!

Why you still want to keep my blanket & pillow cover? Please return them to bacony immediately.Otherwise I will call the police. This will be the final warning. Please think carefully about the result.



sah budak sekolah.

T_T

aku cek almari,cek bwh meja,cek bawah ketiak(ok ni tipu) dan cek punya cek punya cek, takdepon bendalah yang budak ni tulis dalam nota. ke die distribute nota ni banyak2 kat satu aras?

yang xmenahannya,siap nak panggil polis tu. aikkk..polis layan ke kes selimut corak2 beruang yang hilang? buang masa jerk dik nun oi.. >_<

ari pertama..serabut!! @_@ banyak tu..>200 forms dowh!

dah kemas dah.. alhamdulillah dah siap gak arini! ^_^

namun agak sedih kerana xdapat balik minggu ni semata mata nak habiskan mende ni.. huuu windu ika! T_T

hak3 perasan puteri gunung ledang tol la adekku ini! >.<

dah sahkan subjek?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails