Wednesday, March 31, 2010

Oh,katakanlah ini hanya mimpi! =S




"Saya berbangga untuk menyatakan bahawa saya ialah seorang lelaki homoseksual," katanya di dalam laman web rickymartin.com. kelmarin.

Goyangan pinggang dengan gerakan salsa yang menggiurkan membuatkan Ricky menjadi objek kegilaan jutaan peminat seluruh dunia terutamanya wanita.

Penyanyi pop Latin itu merakamkan banyak album dalam bahasa Sepanyol tetapi kemunculan lagu Livin' La Vida Loca pada tahun 1999 dan She Bangs pada tahun berikutnya telah menjadikan Ricky terkenal.

Martin, 38, memberitahu peminatnya bahawa keputusan untuk mendedahkan minat seksualnya telah menandakan satu peralihan dalam kehidupannya.

Menurutnya, hasrat untuk membuat pendedahan itu bermula beberapa bulan lalu apabila dia mula menulis buku mengenai memoirnya.

Dia berkata, rahsia dia menjadi gay terlalu berat untuk disimpannya.

Sebelum ini, dia membuat keputusan untuk menyembunyikan perkara tersebut kerana bimbang ia akan memusnahkan karier nyanyiannya.

Dia turut menyimpan rahsia itu kerana bimbang ia akan memberi kesan terhadap anak kembar lelakinya yang telah dilahirkan menerusi ibu tumpang.

Salah seorang peminat Martin mengucapkan tahniah di laman web penyanyi berkenaan kerana dia membuat pengakuan tersebut. - AFP

*sumber dari Kosmo Online*


Wahhhhh aku xpercaya!! *_*''

aku dah laaaa minat gila mamat nih!!*mantop*



Ok dah xminat dah.*tutup buku* T__T



Malu2 kucen tau.. ='>


Korang masih teringat tak zaman2 sekolah menengah dulu? Di mana cikgu tiba2 panggil HANYA pelajar-pelajar perempuan sahaja masuk ke dalam dewan tertutup. Kemudian memember2 lelaki yang lain terpinga-pinga, "eh ada spotcheck ke?" dan mula lah yang lain menggelabah simpan komik2 xpun jutaria yang disimpan dalam beg sekolah masing. ada yang sorok di dalam tong sampah, almari penuh buku kat belakang xpun berkomplot dengan pengawas sekolah.

Pintu dewan sekolah dikatup rapat, kalau boleh guru lelaki pun xdibenarkan masuk serta sama. Masing2 dah cuak,aku pun cuak jugak. Mana xnya,ape kes ni? Spot Check ke? Barang hilang kena curi ke? Macam2 perkara di benak ni menari2 mengikut pusingan jam. Kemudian ada sekumpulan kakak/makcik yang xdikenali datang ke arah barisan pelajar mengikut kelas memberikan satu paket benda yang dibungkus. Benda tu memang menarik hati,menarik minat, bermacam2 warna. Kadang2,sampai beri risalah tu. Risau dah tiada, teruja pula yang ganti. Wah, masa tu xsabar je nak jadi dewasa!

Kemudian kakak/makcik tersebut bagi penerangan. siap ada carta lagi.bila diorang tanya ada soalan,semua geleng2.tak tau nak tanya apa. aku pun malu nk bertanya. yela,tak tau apa2kan,nak tanya apa? dah habis sesi tu,kitorang semua dilepaskan balik ke kelas masing2.benda tu kitorang simpan kemas2 dalam beg.maklumlah sekolah campur.='>

Dah dapat hint?

Inilah benda yang dimaksudkan.


Wajarkah Pendidikan Seks diajar di sekolah? Even nak mengintroduce "benda" ni pun kena katup pintu dewan rapat2.=)

pi.es: Saja wat entry ni sebab tiba2 teringat zaman sekolah dolu2. Wah aku dah semakin berumur. =(

Sunday, March 28, 2010

this is what we call sacrifice =')

dah lama xpost entry jiwang kat belog ni. tapi xbermakna aku nak cerita pasal cerita cintan aku kat sini. but a must see video to all of you no matter you're in love@ not. Very Touching One yang pernah aku tengok buat masa ni =')



Benarlah bahawa kata-kata bahawa anda TIDAK TAHU apa yang anda miliki sehingga anda KEHILANGAN dirinya. Anda juga tidak tahu apa yang BELUM pernah anda miliki sehingga anda MEMPEROLEHNYA. =')

xsemestinya klip video ni untuk orang bercinta saja. Family,friends dan seangkatan dengannya. Oh ya,sila jangan bias disebabkan dalam klip video ni menggambarkan kesungguhan lelaki itu. Dua2 pun sama jugak. No sexist opinion ye! =D

Lagu background klip video ni pun sedap gak.

Skinny Puppy-Haze


Okeh,nak berangkat ke Malam Juara-Juara japgi.

Bye!

Saturday, March 27, 2010

i-city kota bercahaya


Salam rakan-rakan!

Kelmarin(Khamis) aku dan rakan-rakan ke Shah Alam melawat i-city(Ish mesti korang kata keluar lagi budak ni xhabes2 merayap). Inilah dinamakan menikmati saat-saat berfinal year bersama rakan-rakan. Ada siapa-siapa pernah pergi i-city? Sila hangkat kibod!(keyboard) :D

Menurut Wikipedia, i-city ni dahulu dikenali sebagai Sumur City(wah nama agak tak boleh blah ok) macam rasa nak nyanyi kalau ada Sumur di ladang boleh kita menumpang mandi. dah cukup2. i-city baru dibukak dan merangkumi shopping mall yang bakal dibuka xlama lagi dan tempat ni terletak kat Seksyen 7 Shah Alam dan rasanya dah lama dibuka untuk orang awam. oh ya, datang cepat-cepat,nanti korang akan dikenakan bayaran nak masuk sini. sekali nak tangkap gamba kena caj RM10.Ok tipu.:D

Antara gambar-gambar menarik kami di sana:-

oh ya,malas nak watermark gegambar harini. mood kurang rajin. perut sakit(mengadu la pulak)

aku tau muka aku macam nak tido. ni kat belah dalam bangunan. aircond nya MasyALLAH kuat!

lokasi yang agak menarik. Ramai orang yang datang.

bersama Senomen(Snowman)-ni Dira yang cakap ye. eheh ;p

konon2 berada di Oversea. siap lengkap dengan jaket.;p

cantik kan?

berehat sebentar

K.A.M.I

Pelan i-city
nak pergi tapi xtau? lawati laman ini

Jangan pergi lewat2 sangat. pukul 12 dah tutup dah. Pastu nanti pak gad tu halau2 korang. Jangan merungut2 pulak sebab salah korang la datang lambat kan.

Oh ya, ada sesetengah figura ni kita tak dibenarkan masuk ke kawasan tuk bergambar secara terlalu eksotik kalau tak nanti renjat dengan maha dahsyat dek elektrik pastuh kena pulak denda RM500. Mau bayar?Nyawa ke duit yang berharga?

Pasar malam pon ada jugak kalau lapar&lupa nak bawak makanan.
Sempat aku merembat bege,hotdog ngan bulat-bulat cucuk(orang kata bola-bola,eh bebola). dan parking jangan lupa naik ke G floor.kalau xnaik,jenuh laaa kome nak naik lif,menunggu la kome!

baideway, terima kasih kepada Ecah kerana akhirnya berjaya membawa aku ke sana setelah aku lama mengidam xtentu masa meroyan-royan nak ke sana. =)

terimalah sedikit pose menarik aku bersama rusa-rusa sesat di belakang.

Pulang Yok! (menghilang secara perlahan-lahan seperti makhluk halus)

pi.es.ai.lov.yu: Earth Hour juga akan diadakan harini(27 March 2010) di i-city jugak. Bermula 8.30 - 9.30. So marilah kita bergelap bersama-sama di sana ye rakan-rakan! Pastu kau kena culik dek makhluk halus kat sana den xmo nak nolong.Ayok tak tau. :D


eh malam esok(ahad) jom pergi Malam Juara-Juara kat DTC! =)

Friday, March 26, 2010

12 hours awesome day out!


Salam rakan-rakan!

Kelmarin( Rabu) satu konsert telah diadakan di Dataran Merdeka a.k.a Konsert TM sempena melancarkan HSBB(
High Speed Broadband). Dan kebetulan aku dan rakan-rakan baru pulang dari bersuka ria di Jalan TAR dan Redbox Sogo dapatlah flyers tentang ini. Apa lagi, join je lah!

Guess what, Faizal Tahir, Stacy, Aizat, Bunkface, Tomok pun ada! Paling aku minat mestilah Sam Bunkface kan. Mula-mula sampai cari parking amatlah susah. Itupun dah banyak sangat kereta parking tepi jalan. Jalan kat Bangunan Sultan Abdul Samad tu pun kena tutup. Last2,parking kat DBKL, trus menapak ke sana(sanggup tuh) dan berlegar-legar di dataran. Banyak jugak lah booth dibuka kat sana. Ada satu booth TM yang menarik minat kitorang. Kena log in Facebook pastu become a fan kat page ni:

Dah jadi fan baru boleh dapat goodies dari diorang.Apa dia? Biarlah rahsia. Hehe ;p

Booth Bunkface pun dibuka juga sempena album terbaru diorang
Phobia Honey. Wah nama aku tu! (ala sekali sekala nak perasan ape salahnye kan?kan?;p)

datang awal. so sempat la duduk depan sikit.

Fafau dan FBI jadi MC malam tu. Haii,kesian FBI asyik kena bahan jer dek Fafau. Kelakar!

Ramai betul. Hujan renyai pun xreti nak berganjak.(termasuk aku le tu):p

Sam Bunkface ni xreti nak duduk diam. Nasib baik ko cute.
K.A.M.I

Punya lah penat menunggu semua segala YB berucap kat depan. Nak tunggu Bunkface punya pasal sanggup!

Oh,sedikit info dipetik dari akhbar The Sun pasal HSBB ni:-

TM’s UniFi high speed broadband packages comprise triple-play services of high speed Internet, video (IPTV) and phone, at speeds of 5Mbps, 10Mbps and 20Mbps.The IPTV (Internet Protocol Television) service, which makes up part of the value-add bundled service, will be delivered via an 8Mbps connection exclusively and in addition to the data speeds subscribed by customers.With IPTV, customers can enjoy 22 linear channels, Video-On-Demand and interactive services such as games, tourism information and more, TM said.

Lepas tu kami balik sebelum sempat Faizal Tahir menutup tirai konsert. Ramai boyan-boyan(baca:Pendatang Indonesia) semakin menguasai tempat tu. Sebelum jadi apa-apa,baik blah dulu. Menakutkan betul! =(

Esoknya pula, tau2 je dah ada page ni:

Hai,sampah kat dataran tu belum habis kutip lagi dah ada fan page ni? Betul ke still lembab dan masih di Takuk lama?

Terima kasih rakan-rakan yang sudi meluangkan masa 12jam suntuk pada hari itu! =)

apa-apapun meh jom layan klip lagu ni:



Bunkface-Through my Window

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails