Sunday, November 28, 2010

Pabila berniaga online pun mau kelentong

Kadang-kadang pelik dengan kerenah peniaga di blog. Barang harga murah, dijual dua kali ganda. Mujurlah aku bukan pelanggan peniaga tuh. Tapi sangat kesian jugak lah kat customer yang beli tu. 

Berlaku baru-baru ni, sebagai contoh ;
Jumpa shawl tu kat jalan TAR RM 12.00, dijual nya RM 20++. Wahhh! Sangat Over the Limit lah! Pastu di caj nya postage fee. Makin kena tipu lah sang pembeli tersebut. Nak jual pun, jangan lah sampai melampau-lampau. Orang yang meniaga kat jalan TAR tu lagi kesian, berpanas terik. Ish, unreasonable sungguh! Xcukup dengan tu, siap state kain tu high quality la, ape la. sebab tu kasi high price! Marah nih!


Terpikir gak nak wat business online, tapi lebih prefer jual product custom made, sebab orang takkan compare harga produk kita kerana hanya jauhari yang mengenal manikam! :)

nak tau siapa gerangan & alamat blogshop tu? Xpayah lah..Peringatan je untuk kaki blogshop yang ada hati nak kencing pelanggan macam kami!

Sunday, November 21, 2010

Coolblog? So Cool okay!



Current update: Baru pulang sudah dari Melaka!

Melancong? Naaaahh.. pergi hari,balik hari. Ada kenduri anak buah jiran. So,saje-saje turun padang pergi kenduri orang, nanti xde la orang xkenal bila haku plak naik pelamin. Opssss!!

Phew,penat teramat! esok pulak kena kerja. Ayayai, beginilah life sebagai buruh pekerja berdedikasi.

Oh ya, malas lah nak cerita pasal kenduri kahwin, dah muak sangat update belog tak habis-habis pasal kahwin,kahwin,kahwin, sudahnya,aku ni xnaik pelamin jugak! Bila multi billionnaire nak datang menimang meminang haku neyh? Lalala~

Dan sebenarnya, eh, terperasan Yuna pulak. Tadi singgah rehat R&R (tah,xingat di mana) dalam perjalanan pulang dari Melaka, terjumpa satu kedai peberet niyh. Wah,baru merasa sekali da perasan ini peberet saya. haha :D


Coolblog. Pernah dengar? Rasanya dah top gila kot. Cawangan dah bersepah. Paling dekat dengan tempat aku pon kat Times Square dan Sungei Wang.

Nama macam belog yang kita online ni, tapi ni nama kedai minuman. Ala, yang bubble tea tu.
Bubble tea tu apa? Ala,yang bulat-bulat tu, leh kunyah2 lagi sedap dari cincau racik2 halus oleh peniaga kedekut tu,haha.. :p

Coolblog ni macam-macam ada. cakap lah perisa apa. Jenis pun variety habis. Ice blended, Yogurt, Bubble tea? Cakap je. memang ada!


Tadi order ini dengan Honey Dew Ice Blended.(bubble tu sebenarnya kat bawah)

Yang bestnya, penutup dia bukan ala-ala pasar malam punya stail tau, siap seal kat atas. so,xde la istilah tumpah sebelum cucuk dengan straw. Peh,kool giler!

hah,ambik kau. rambang mata x? haaaaaa.. :p
baik ngaku cepat!

malas nak resize. nyeh nyeh


Kepada die hard bubble tea, i recommend this! Mmg sdap dan yummy. Tapi kalo salah pilih perisa,jangan salahkan shaye ok! :p

p.s: jual air pun boleh buat duit taw! Asalkan kena dengan caranya. *wink*

"Kerja part time leh tuka henpon baru"- Kata Bebudak zaman sekarang



Zaman dulu-dulu, budak sekolah kerja part time bila tamat form 5 sementara nak tunggu result SPM keluar..

bila ditanya kenapa kerja?

" Nak tampung kos belajar kalau masuk U/Kolej nanti"

xpun,

" Nak ringankan beban mak ayah kat rumah tu, daripada takde benda nak wat di rumah"

Sekarang...

bila ditanya kenapa kerja?

" Nak tukar henpon, dah xup to date la, sekarang orang pakai BB(Blackberry), Iphone, HTC, sebab tu saya kerja. Dapat duit boleh beli henpon baru"

*jatuh pengsan*

Geleng kepala bila dengar.



p.s : aku dulu kerja jugak zaman abes sekolah. tapi zaman tu henpon takat tiga-tiga sekupang. nak tukar henpon pun pikir beribu kali. sekarang dah kerja pun, xpernah tukar henpon lagi. haish,inilah nama taiknologi menguasai bebudak kini!

errrr.. tapi kan,cantik gak henpon pink ni. Weh!! apesal tiba-tiba aku minat pink?? Dem!

Thursday, November 18, 2010

Tulang dicekik dengan jaya nya

Harini sengaja merajenkan diri menghupdate belog memandangkan tiba-tiba terasa nak update. Boley x?

Sebenarnya nak cerita, tadi tengah aku syok makan ini :

bukan yang belah kiri tuh, kanan tuh laaa
Baru sesuap nasik, tiba-tiba:



xde la muka haku sampai jadi cenggini, tapi aku tercekik!

Baru satu suap kot!

nak kata baca bismillah.. tak.. eh silap! Baca! Doa makan siap tuhhh..

Muka dah kebiruan..
Pastuh bos pulak suruh wat presentation. Hadoi. Cakap la dengan suara tersyepit-syepit sambil sengih2. Pastuh xdapat nak bangkang boss padahal ku present okeh saje.. adui! Bad day sunggoh!

Korang kalo tercekik time tengah mencekik camne solution nye a?

Aku dah:-
  • Kepal nasi sambil telan
  • Minum air manyak-manyak
  • Telan Air liur manyak-manyak
  • Jentik leher berkali-kali
Xjalan gak!!
Akhirnya.. Nak tau camne die turun? Baru 10 minit tadi ha..Aku telan air liur+minum air non stop macam orang gila kot! Dah la petang tadi tiba-tiba demam kura-kura menyerang sebab tercekik tulang ikan. Exaggerate sangat bukan?

Korang de tips x??

Kredit pic kepada pakcik google.

Saya tau entri ni tahape-hape. Sekian. ^^

Sebenarnya, nak test kat gengblogger. baru perasan GB ni dah okay balik. Dulu ada malware aku tanggal banner tuh. Skang dah ok mula la nak tayang balik. Heeeee =D

Welcome GengBlogger!

Monday, November 15, 2010

apabila niat berblogging disalah ertikan~

Salam semua! Hari ini minggu ke dua aku bekerja di tempat baru. Tapi,bukan pasal kerja aku nk ulas di sini. Tapi pasal entry ini(klik) yang aku buat dalam bulan lepas. merujuk pada ayat pembukaan a.k.a opening di entry tersebut, aku telah membuat ayat yang sangat metafora dan sinis,namun xbermakna aku menyindir siapa-siapa terutamanya rakan aku. nak2 rakan yang baru aku pulihkan persahabatan.

Biasalah,entry aku ni kan sekadar suka-suka, sindiran sindiran kan penambah perisa. Macaaaaamlah xpernah baca majalah hiburan kat ruangan Cik Gayah dan Miss Joyah tu. Ha, camtula kekdah nye konsep belog aku ni.

Mungkin aku yang cepat perasan atau aku alert. Apa yang aku nk sampaikan, sepuluh jari dipohon, minta maaf andai terasa. tiada niat nak sindir,perli-perli sapa, dan entry tu LANGSUNG TIDAK TUJU KEPADA ANDA. ni kes cepat terasa lah ni, aku tuju kat tang lain, hat lain tu pulak sentap. Adoiyai.

Raya korban dah nak dekat. Mari lah bermaaf-maafan ya? (:

gelak sikit? heeee..


p/s: susah rupanya menulis blog ni. banyak hati pulak terasa,tembak orang lain,orang lain pula yang terasa! ^^

khusyuk membaca blog ini. siapa benci MLM baca ini!(klik)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails