Tuesday, March 26, 2013

Tubuh Sejuk Hati Berbunga



Assalamualaikum kawan-kawan!

Hihi, blog bersawang kembali dikemaskini. Almaklumlah busy bebenor sekarang. Audit sana sinun,esok pun nak kena pergi audit lagi. So, update kejap la bagi melepas rindu korang semua :P (kononnnnn)

Hari Ahad yang lepas merupakan girlsss day out. Jadi kami ghadies ghadies bersepakat nak menonton wayang. Jadi ni la bahan tontonan kami pada hari kejadian:

WARM BODIES


Memula macam pelik je dengar tajuk. Sebab bila ditranslatekan, Tubuh Suam? Tubuh Hangat? Ahhhhhhh tolong jangan membirukan otakku yang murni ni :p

Bila tengok poster rupanya, genre Komedi Romantik Seram. Agak marvellous la style poster ni. Kebetulan daku memang suka warna merah :p

Baju pun ikot merah ok?
Sinopsis citer ni :

Seorang mamat zombie, R yang sudah tangkap leleh sama gadis manusia, Julie. Kebetulan gadis tu dah berpunya, dan otak boifrennya tak sengaja dimakan oleh mamat zombie ni masa nak melindungi diri dari dibunuh. Adakah Julie itu tawu mamat zombie ni yang merobek otak pakwe nya? Sama sama kita nantikan jeng jeng jenggggg..


Masa jadi zombie. Bajet kool konon!
Dah jadi manusia. Tetiba drooling! @_@

aweks ni iras Kristen Stewart kan?
Tapi cantik lagi Kristen Stewart!

Korang tengoklah sendiri!


Komen aku :

  • Julie tu ada iras-iras Kristen Stewart. Cuma muka dia ada ekspresi berbanding awek Robert Pattinson tu. LOL
  • Korang kena fikir xlogik sebab citer ni serius memang xmasuk dek akal. Tp besttT!
  • Hero ni memula tengok tak hensem,lama2 not baddd. Macam Tom Welling Smallville pon ada gak. Tapi versi kurus la.
  • Part kelakar masa si heroin ni pura-pura jadi zomba,eh zombie! Lawak gilersssss 
  • 4 bintang aku bagi. 
  • Kebetulan filem ni terbitan Summit Entertainment. So pelakon & lakonan mesti ada kaitan2 sikit dengan Twilight (drakula,hantu) n pelakon mesti ada iras-iras lebih kurang.
  • Filem ni tak seram,so jangan gedik2 nak menjerit2 pulak.
So,secara tak langsungnya aku dah terminat dengan produksi/filem keluaran Summit Entertainment! Ngeeee. Ok bai!

Friday, March 15, 2013

Kisah Butik Meloratttt!

Assalamualaikum kawan-kawan!

Memandangkan cerita ni masih FRESH dari OVEN, nak jugak taip kat sini. Nanti hilang semangat,malas nak menulis, tersadai la blog ni macam selalu daku buat. Hihi :D

Memandangkan lagi 160 hari plus plus plus yang tinggal,aku dengan selamba rileks nyer masih tak cari baju. Ya,dengan tahap kecerewetan yang konon2 tinggi,sampai sekarang tak jumpa berkenan. Kejap nak ungu, kejap nak hijau,lepas tu nak putih,sampai mak dah pening. Mak siap kata;

"Kau pilih jela mana ko suka. Kang mak pilih,ko tak berkenan, ko salahkan mak sampai ke anak cucu,"

Hamboi statement mak,mendalam sungguh! Yela,asal nak memilih baju je,bila aku berkenan,mak tak berkenan,bila mak berkenan,anaknya tak suka. Pendek kata memang serba tak kena la,susah nak dapat kata sepakat. Tapi siapa yang nak kahwin sebenarnya ni? Eh?

Dalam 2 minggu lepas, kami pergi la survey kat 1 butik ni,dekat ngan area rumah kami,tup tup,mak berkenan sungguh dengan baju kat patung tu. Cantik memang cantik,tapi masalahnya warna dah sama dengan warna team famili. So,agak kurang setuju di situ. Nanti nampak macam sesumpah. Tak glemer la ai. Baju masa nikah pun mak dah beli kaler hampir sama. Suka sangat nak overshadow tauuuu. 

Pastu ada la jugak baju lain,tapi mak tak berkenan,ok la letak balik kat hanger. Kecewa. Kebetulan butik tu ada buat promo, RM550.00 sepasang lelaki & perempuan. Tapi bila ditanya kalau nak book,dia minta RM400.00. Gila kawww? Kalau tetiba berkenan kat baju lain? Daaaah takleh kensel. Oh ya,mata aku ni memang gatal,suka sangat lepas book pi tengok butik lain. Sebab tu mak bising.

Ok,fine la masa dengar kena letak RM400.00 deposit tu. Telan ayaq liuq gak masa tu. 

Pastu sesajer la tanya,boleh try tak baju ni? Kut berkenan ke kan? Sekali dia jawab gini;

"Boleh,tapi kena book la dulu cik,baru leh try pakai"

Oh maiii.. 1st time pergi butik dengan terms & condition yang sangat berat sebelah. Butik lain punya elok kusarung baju. Dah 2 butik masuk bagi test drive,butik ni pulak tak kasi,pastu suh bayar RM400.00 untuk test drive, gila tak?

Yang tak munasabahnya,baju promo tu tak termasuk aksesori. Bila tanya kalau nak aksesori,kena tambah RM150.00. Lagi lah masa tu, mahalnyeeeeeee. Sampin pun diorang kira aksesori. Kasut sendirian berhad. Memang tak menguntungkan pelanggan.

Bila congak2 balik,sebenarnya bukan promo pun, harga sewa baju tu RM700.00. Cuma di ala-carte kan je.

Masa tu dah pandang muka mak,muka abah. Siap siku-siku lagi. Alih alih mak juga cakap sambil sengih2;

"Nanti kami datang ye, kami survey-survey dulu"

Bila dah turun,keluar dari kedai tu. Mak kata;

"Lorat nye butik tu,nak test pun kena bayar,kalau tak jadi,terbakar duit camtu jer,"

Aku pun balas la;

"Ha,ah la, memang lorat butik ni. Elok bagi nama Butik Melorat!" 

Lorat tu ikutkan kepahaman daku yg cetek ilmu ni, macam cerewet or kekwat camtulah.



2minggu kemudian....

Tetiba mak tanya;

"Eh,kawan mak duk cari kat fb butik melorat tu tak jumpa la! Penat dia cari. Betul kan nama butik tu?"


Aku pun terperanjat,

"Dia cari nama apa butik tu kat facebook mak?"

Mak balas;

"Butik Melorat laaaaa. Awat tak jumpa??"

T_______________________T

"Mak ni memang lurus betulla. Takkan la orang tu sengal nak pi letak nama tu. Memang TAKK la orang nak mai kan. Nama butik tu XXXXX la. Ape la mak ni"


"Oooo..Patutla kawan mak tak jumpa,berpeluh dia cari tau"

Hover sungguh mak ni kan? 

Join... Sekali lagi???

Assalamualaikum kawan-kawan!!

Jangan terkejut lagi ye kawan-kawan, dengan rendah hati & muka tak malunya saya mengaku saya ada join lagi contestttt.. Yeahhhh.. :P :P :P

Kalini contest ni berkaitan untuk memenangi video SAVE THE DATE bernilai RM3500.00 by Eddie PhotoVideo.. ala-ala mengiklankan walimah kepada kawan-kawan untuk menghadiri majlis kita :D Just mencuba nasib je kalau-kalau ada rezeki, dapatlah buat video ni. Nak buat saja-saja memang takde duit lebih nak spend,tak mampu :P 

Jadi, pohon kawan-kawan beri sokongan ye! 

(Memang tak reti serik budak ni,asyik join contest je keje dia,huh! :P)

Minta jasa baik kawan-kawan b2b untuk LIKE gambar saya ya.. Jasa korang amatlah dihargai :D

Terima kasih!! 

(kalau kawan-kawan nak join,silalah. Penyertaan masih dibuka)

Klik Gambar ini untuk direct LIKE ye :D
Lokasi gambar di Bukit Tinggi. muka masing2 P O Y O :P

Lepas korang dah LIKE gambar ni, jangan lupa tolong LIKE penganjur dia sekali ye, Eddie PhotoVideo :D

Mak sampai cakap, "Ko ni tak habis-habis dengan contest!"

Apa nak buat mak, anak mak ni suka benda percuma macam Ibu Misae :P

Sekian terima kasih,sayang korangs semua! :D

Thursday, March 14, 2013

Perkembangan Semasa Bahagian 2




12 bulan sebelum

1. Tentukan tarikh nikah, resepsi & tandang - done!
2. Booking tempat - done!
3. Booking MUA (Nikah) - done!
4. Booking MUA (Resepsi) - done!
5. Booking Jurugambar (Nikah) - done!
6. Booking Jurugambar (Resepsi & Tandang) - Dalam progress!
7. Booking Juruvideo (Resepsi & Tandang) - done!
8. Katering Nikah - done! 
9. Katering Resepsi - done! 

9 - 8 bulan sebelum

1. Lokasi nikah (Masjid,insya Allah) :D - In progress!
2. Lokasi Resepsi - Rumah jer :D
3. Tema Nikah - done!
4. Tema Resepsi - done!
5. Tema Belah Perempuan - done!
6. Tema Belah Lelaki - N/A

7 bulan sebelum 

1. List down hantaran - done!
2. Baju Nikah - dalam proses jahitan!
3. Baju Resepsi - belum lagik!
4. Baju tandang - dah book! Belum fitting lagi :(
5. Survey kad kahwin ( Patterns, jemputan) - dah siap! amik hujung bulan ni! :D

6 bulan sebelum 

1. Booking tok kadi - belum!
2. Survey doorgifts - In progress!
3. Selesaikan dokumen rasmi - belum lagi!

5 bulan sebelum 

1. Tempah the invitation cards - Dalam proses!
2. Tentukan pengapit untuk resepsi - dalam progress!
3. Tentukan pengapit untuk tandang - dalam progress!
4. List jemputan - dalam progress!
5. Tempah kasut untuk resepsi/tandang - DIY je kot nanti.
6. Pemilihan gadis2 munge & jejaka jambu - belum lagi! 
7. Survey kek - guna pulut bole? :p (rasa tak perlu kek kot? nak beli pun untuk malam2 masa buka hadiah)

4 bulan sebelum

1. Get tudung nikah/ veil ready - Menang GA Veil by Adria Cottage(dalam proses), tudung je xde lagi.
2. Plan honeymoon :D - Tix flight done! 
3. Booked / survey tempat tinggal untuk belah lelaki - tak perlu,dekat sangat.
4. Tukang buat hantaran - belum lagi! (Barang dah siap beli dah)

3 bulan sebelum

1. Make up bilik pengantin - belum (Maybe tak buat)
2. Tulis nama di invitation card -belum (kad xambil lagi)
3. HIV test - belum (minggu depan)
4. Hantar borang permohonan kahwin -belum (bulan 5)
5. Buat guestbook - DIY Jom ! 


Buat masa ni fokuskan kat atas tu,target untuk hijaukan semua checklist yang ada. Tunggu dah siap hijau semua apa,baru Hani list downkan senarai vendor. =D

p/s: Pening fikir duit =_=

Wednesday, March 13, 2013

Bikin Panasssss Jerrrr...


Assalamualaikum semua!

Dah lama tak update sebab pergi bercuti bersama family, tapi itu nak story mory di entry lain. 

Semalam berlaku insiden yang memang menghangatkan hati ini. Grrrr..


Kalau dulu di kalangan manusia (yela xkan haiwan kot? :P) mempunyai henpon lebih dari 1 (termasuk aku gak), sekarang, facebook pun ada yang memilikinya lebih dari 1.


Haaaaaaaaa! Jangan buat assumption yang aku ni feymes ames sampai nak lebih dari 1 facebook ye. Alasan aku ada facebook lebih dari 1 sebab facebook asal adalah untuk famili dan rakan-rakan, dan lagi 1 untuk member sekerja. 

Motif??

Menyenangkan kerja. Ada sebab aku buat begini. Taaaapi, Ada kawan universiti aku lagi hebat, masa Friendster tengah meletop,dia siap ada lebih dari 2 akaun Friendster! Katanya,dia buat tu untuk bezakan kawan sekolah, kawan universiti, kawan matriks dan bla-bla bla.. Tapi aku tak la hebat camtu sebab kawan aku taklah ramai sangat sampai perlu dipartition kan. Hehe.

Memandangkan Facebook untuk rakan sekerja ni gunanya untuk berhubung dengan member ofis,aku jarang guna. Kadang-kadang jer. Dan semalam,tengah aku nak log in Facebook tu, tiba-tiba keluar benda nih!

Menyirap tak?? Yang paling bengang nya,lepas tekan CONTINUE tu aku kena jawab kuiz sengal untuk confirm yang akaun aku ni bukan palsu,kuiznya macam kena cam kawan-kawan dalam fb tu.



Serius rasa macam.. haish.. bila di baca balik, rupanya ada orang buat report page aku ni tak real! Sapa yang report aku pon tak tahu. Biar Allah je yang tahu. Tapi kenapa laaaa page aku gak yang ko tak senang hati sampai nak report bagai? Facebook lagi 1 ni aku jarang guna & xkomen siapa-siapa lagi pun buat masa ni, perluke sakit hati dengan diri ini?

Dan Alhamdulillah, aku dapat akses semula setelah berjaya jawab kuiz sengal tu! 


Bila difikir-fikir, betul gak,tak semua orang suka apa kita buat. Mungkin aku kerap join contest lalu ada orang xsenang hati & buat camtu agar aku berhenti kot? Tapi aku tak kacau periuk nasi korangpun kan :(

So,aku sarankan pada tukang mereport tu, pergila report page ni! Lagi berfaedah dan dapat pahala ok?



Serius biadap dan kurang ajar siapa yang mereka page ni. 647 LIKES lagi tu!

Sedih betul, Default Picture siap meletakkan kaki di atas Kitab Suci Al-Quran. Memang tak boleh diterima!


Jadi kawan2.pergi kat page ni,kat sebelah LIKE tu ada bentuk setting, tekan pastu REPORT PAGE NI OK!

Yang paling sadis,dia up status yang sangat-sangat hina! Admin page ni menghina Allah & Nabi Muhammad S.A.W!



Page ni masih wujud dan berleluasa, ayat digunakan pun macam dari SEBERANGGGG jer. Ayuh kawan-kawan, REPORT PAGE ni!!

Semoga dalang page ni menerima balasan yang setimpal,amin..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails