Tuesday, July 28, 2009

student UM mati jatuh flat


Lembah Pantai 28 Julai 09:15a.m | Seorang mahasiswa Universiti Malaya (UM) dilaporkan jatuh dari bangunan flat rumah sewa dipercayai awal pagi semalam.

Mayat siswa tersebut yang dikenali sebagai Tan dipercayai hancur dan bersepai kerana jatuh dari tingkat 16 flat perumahan Vista, dekat sini.

Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya, Mohd Fadzil Jamal memaklumkan mendapat makluman berita tragis tersebut petang semalam dari beberapa kenalan berbangsa Cina.

Beliau bersama beberapa yang lain termasuk Yang di Pertua, Mohd Rizdwan Mohammed melawat tempat kejadian sejurus selepas mendapat berita tersebut.

baca lebih detail di sini.



xsilap aku, kawasan perumahan tu betul2 belakang stesen U. menurut kawan2 aku yang pergi sana waktu kejadian, habis merah dinding bangunan flat kat situ akibat percikan darah mayat tuh. mana xnya, dah bersepai jatuh dari tingkat 16.
kawan2,jaga diri anda masing2 yer, jangan terlalu ikutkan kata hati, banyak2kan berdoa terutamanya yang jauh dari ibu bapa.

off topic jap, skang ni banyak sangat kes jatuh bangunan. apa nak jadi dengan student2 di Malaysia ni?? hurm~ =|

WALLAHUALAM..

Saturday, July 25, 2009

satu hari yang penat =_=

semester kali ini boleh dikatakan semester yang agak merilekkan jugak kerana hari Jumaat xde kelas! yayyy kepada aku kerana hari Jumaat boley merendek2 dan berfoya2 sebelum exam tiba :P

dan hari Jumaat baru - baru ni aku bersama 2 org rakanku iaitu - Farah & Dira (tetap org yang sama sebab dekat kan:P) merayap ke banyak tempat antaranya :


Jalan Raja Chulan = makan - makan!!

Uda Holdings Bhd & BB Plaza + Sg Wang = ShoPPing!!

kenapa ya aku ke UHB lagi? adakah aku terlalu obesessed ngan UHB? teeettt.. silap! aku memergikan diri ke sana kerana hendak mendapatkan autograph dari manager aku utk meng'claim' tuntutan JPA Latihan Industri ku. adakah cukup 25 km? tape2.. janji apply kan? :) kalo ada, rezeki la jawabnyeeee dan leh open table! :D kepergian kami ke UHB telah memikat Dira utk meng'l.i' kan diri beliau di sana! bayangkan betapa hebatnya penangan aku meng'up'kan UHB sebagai tempat l.i aku yang paling besssst sgt! dah dah, jangan 'up' lebey2,kang ada org xsuke lak ;P

sebelum kami ke UHB, kami singgah makan jap di The Weld di Jalan Raja Chulan utk makan2 dan inilah makanan kami;

Bakso - aku punya

nasi kukus - Farah punya

soto - Dira punya

kesimpulannya pinggan mangkuk di Food Court The Weld besar tahap Dewa! mmg makan xhabisla jawabnye~ =_=

dan menyambung merayap ke Pasar Jumaat Jalan Raja Chulan dan aku berjumpa dengan ini ;

tidakkah anda merasa benda ini sangat kool?

benda ini menggunakan sistem solar untuk menggerak gerakkan 'anggota' mereka. nampak seperti hidupkan? aku pun ada satu di bilik dan ada di tepi tingkap bilik aku. kool bukan? ha-ha! :P murah ajer, RM10 sahaja(promote ni)

dan seterusnya, menjejakkan kaki ke UHB dan sambung shopping di Sg Wang Plaza. barangan shopping? tidak sempat di'capture' kerana bz memilih barangan di situ :P
what a day! penat bangat! kaki rasa nak patah!

dan maaf kepada kengkawan kerana di saat akhir aku telah mengalami migrain yang amat sakit, maaf maaf dan maaf ;( 

lain kali jom jalan - jalan lg! ;P

"Where is she been answering?"
"And who am I?
That's that secret i'll never tell
You know you love me
XOXO Gossip Girl"

damn, aku da gila kat GG! XP

Wednesday, July 22, 2009

Jackpot! u're busted!

sebenarnya aku dah lama nk story pasal satu benda ni. tp dah lama la berlaku waktu aku tengah2 praktikal. dan tak sangka, ia kuar gak dalam paper!

nak tau?

ok ok aku gtau ;p

satu petang yang hening dalam kul 5.30, aku menapak dari UDA ke stesen LRT Hang Tuah. oh ya, FYI, since aku eksiden jatuh moto (sila lihat entri lama ini) bapak aku melarang aku sekeras2nya pergi kerja naik moto. so, pergi bapak aku anto, balik nek LRT ( mcm budak skolah je kan ;p).

ikotkan aku naik MONOREL dari IMBI ke HANG TUAH. memandangkan aku ni seorang yang amat saving dan sayang kad Touch & Go ni menyusut nilainya, aku sanggup menapak ke LRT. dan selalunya kalo dari UDA, masuk Sg Wang Plaza, jalan ikut belakang Times Square (TS), naik jambatan, masuk TS, kuar TS, jalan kaki ke Hang Tuah (cuba bayangkan aku mmg seronok mencuci mata balik keje ;p)

tengah2 aku nak lalu kat jambatan, ade sekumpulan budak sebaya aku bertunggu tangga kat situ. pastu ade sorang budak pompan ni tahan aku. dia pegang kertas mcm sampul slip exam, suruh koyakkan. aku ckp "tak nak". tapi budak ni insist dan pujuk2, kata xkena bayar pun, cuma koyak jer. ok la fine, aku koyakkan. then, kat dalam slip tu ada gambar pompan tengah gedik angkat kaki sebelah ke atas, pastu ada perkataan "Special Gift". budak yang pujuk aku td tengok tiba2 melompat cam cimpanzi. aku pelik. pas2 dia berjabat2 tangan dengan aku, ckp aku bakal memenangi kereta. WTF? free2 dapat?

budak tu bercerita ceriti macam2, sampai menyembur2 air liur dia. eeee geli siot! dengan penampilan selekeh, kuku panjang xpotong. (wtf again??) aku dah rasa lain macam da. tiba2 pulak(sememangnya dirancang), bos budak tu telefon dia, budak tu suruh la aku ckp ngan bos dia. aku dengar pelat bos dia aku da tau da suara minah cina mana tah. aku pun malas nk melayan sebab xcaya, dan2 budak tu tunjuk keratan akhbar dari Berita Harian yang siap2 dah kena seal. WTF? agak2 la nak menipu aku budak oi! pas2 nak menambahkan keyakinan kat aku yang sememangnya xberapa nak yakin tu, budak tu suruh aku pergi kat satu alamat ni. Taman Desa mana tah. aku pun melayankan aje sebab aku nak cepat balik. dan akhirnya aku dilepaskan pulang.

ha, itu la cerita aku. dan tadi, aku browse Kosmo Online, aku nampak ni:

KUALA LUMPUR - Umpan mangsa pakai kad pengenalan!

Sindiket gores dan menang semakin terdesak sekarang dan mereka sanggup berbuat demikian untuk memperdayakan mangsa.

Taktik terbaru itu diceritakan sendiri oleh seorang mangsa, Cheok Yin Kiet, 22, yang mengalaminya semasa dia berada di gedung Berjaya Times Square di sini pada 19 Julai lalu.

"Pada hari kejadian, saya didatangi sekumpulan remaja berumur dalam lingkungan 20-an dan memberitahu saya telah terpilih sebagai salah seorang pemenang hadiah cabutan bertuah.

"Bagaimanapun, saya tidak percaya sama sekali sehinggalah salah seorang daripada ahli kumpulan itu menyerahkan kad pengenalannya kepada saya. Langkah ini dibuat untuk meyakinkan saya yang mereka tidak menipu sebelum membawa saya ke pejabatnya yang terletak di Taman Desa," katanya ketika ditemui di pejabat MCA Wangsa Maju di Danau Kota di sini semalam.

Menurut Yin Keat, ketika berada di pejabat itu, dia diminta membuat pembayaran sebanyak RM2,200 bagi mendapatkan hadiah bertuah tersebut.

komen aku: oo Apek, kalau wa jadi lu, bagi la spenda sebagai bukti pun aku xnak. ada ke nak bagi kereta free2? sedangkan nak masuk toilet pun kena bayar la beb! pengajarannya, jangan mudah2 percaya kat org luar, lebih2 lagi kat KL ni! banyak betol scumbags! watchout friends!!

pada hari2 terakhir aku praktikal, kumpulan budak2 ni masih ada lagi berleluasa memujuk org wat koyak dan menang. aku pelik. xde sapa nak pantau ka? gila banyak budak2 tu. dan akhirnya masuk paper pon da xguna. nasi da jadi bubur. dan alhamdulillah, aku xjadi mangsa penipuan sbb ada satu trick budak ni yang mmg aku detect dia ni SAH PENIPU!!

"akak dapat ini kereta, akak hanya perlu bayar insuran saja maaa. cukai pon xperlu bayar setahun. suma kami yang akan tanggung"

kepala hangguk ko. nak tipu pun, tanya aku awal2 aku amik course apa. silap besar la ko pilih org nak kencing. ko ingat cukai ni senang2 ko nak evade?? cett podahhh!! haha, maaf ter- emo jap ;p

eh,aku ada presentation sok. wish me all da best! :)

Saturday, July 11, 2009

selamat tinggal =(

akhirnya hari yang xnak ditunggu - tunggu telah tiba iaitu hari JUMAATday dimana hari terakhir aku dapat bermanja - manja ngan kengkawan2 kat UDA..=(

dan pada hari Rabu aritu Unit Internal Audit wat suprise farewell party + meeting kat bilik aku yang sememangnya besar tu.. bak kata bos- bilik GM( InsyALLAH i'll be there soon! )
sangat2 terharu okeh! dalam Unit IA hanya mempunyai 9 orang anggota sahaja, semua menyeleberetkan aku. terasa bagai anak emas la plak, aku kan satu2nya dak praktikal kat Unit IA, dalam erti kata laen, pelatih kedua Unit IA dalam UDA. weeeehuuu! sgt2 bangga! ^_^

pic2 semasa farewell party xsempat disnap tapi memory bersama mereka tetap kuingat smpi bebile(ececece)~

praktikal 2 bulan sangat2 la xpraktikal.. tapi walaupun tempoh yang agak singkat, banyak benda yang aku belajar di sini.. BIG THANKS to my TEAM! wakeup sofahani! kamu sudah mula kelas okeh! *dingdong*

sekalung ucapan trimas kuucapkan kepada Unit IA terutama Kak Masita, Pn Siti, Pn Awa, En Baim, En Sarkowi,En Ramli dan paling istimewa sudah tentu my team leader aka manager - En Roslan dan my big BOSS - Tn Haji Sazali ^_^. semoga anda bertahan & berjuang bersama UDA sampai bebila~

pasti akan kurindui laptop best + meja besar gedabak ini ~_~

..keadaan ofis yang penuh dengan keriuhan Unit IA + UDALAND = HaVoc!

thanx to all dat spend so much for this memorable farewell party.. =)

my team.. dari kiri - team leader (En Roslan a.k.a my manager), me, Kak Masita && EN Ibrahim (asst. manager).. sporting bangat! =)

Unit IA beserta sebahagian dr warga UDALAND.. thanx sume! =)))

perasan x korang yang aku SATU2nya ANAK DARA kat cni? sbb tu aku dimanja2 lebey sket.. ahaks~ =P

dah xde da nama haku di sini pasnie.. =,( sobssss~
dan aku adalah EX-UDA mulai arini..=(

** tiada dalam pic - Senior Manager ( Tn Hj Sazali), En Sarkowi dan En Ramli.. mereka ada kursus.. =,(

6bulan.. =))) dat means half year wif Encik Satu! =D

latest info:
33RD Bon Odori 2009 diadakan di Kompleks Sukan Negara 18 July 09. start kol 5pm. sape2 nak g? ajak aku leh? nak tgk cosplay! wahahaha~
xtau apa itu Bon Odori? sah anda bukan peminat manga. ^_^

Sunday, July 5, 2009

Arjun Rampal

Sabtu lepas aku tgk Panggung Sabtu kat tv3. xpernah2 tgk sejak pas skolah + tamatnya zaman kegilaan SRK(shah rukh khan), tbe2 je ati ni berminat lak tgk cte Yakeen tatkala lepak melepak di Pusrawi di samping mak & family aku. dan dengan yakinnya pon aku tgk la cter ni.

tiba2 aku minat lak kat Arjun Rampal. (sori SRK,kamu da tua sgt)aku mmg dah lama minat pon kat mamat ni. tapi baru aku perasan ke'hot'an beliau dalam citer ni. adakah aku minat hindustan balik? tettttt~

enjoy diz vid! luv it damn much!bapak HOT Arjun Rampal! sorry dear! =P LOL

cerita hindustan ni xSAH kalo xde babak atas bukit,tukar2 baju.. yang xtahan ngan klip ni, siap pakai sari lg kat kawasan salji. xsejuk @xmandike? hahahaha =))))))



sedikit sinopsis- seorang wanita curang(priyanka chopra) yang bercinta dengan pemuzik dan membunuh suaminya(arjun rampal) dan mereka kemalangan di kawasan perbukitan. kekasih wanita tersebut kehancuran teruk diwajahnya dan hilang ingatan dan dioperate supaya berwajah suaminya utk menutup bukti pembunuhan itu. apa kesudahannya? youtube2 sudeyhhhh =P

pengajaran: jangan curang2, setia pada yang satu. buat baik dibalas baik,begitulah sebaliknya =)

Saturday, July 4, 2009

cant wait for tomolo! lalala~

kebelakangan ni daku sgt2 laaa bz! al maklumlah sekarang aku menyandang tugas sebagai mak - memasak,membasuh,mengemas bla bla bla.. dan esok merupakan hari pendaftaran kolej! dan ati aku berdebar2 gile disebabkan kolej yang akan aku duduki ni bukan lagi kolej 10 yang aku setia duduki 3tahun yang lepas. kolej ni adalah kolej yang aku idamkan sgt! yaaa kalau dak2 UM msti tau kolej ape.. for sure kolej 12! yesssss! dpt duduk akhirnya! =D


dan sape2 peminat manga mesti tau kan kartun apa ni? yaaaa ianya SAILORMOON! mungkin Sailormoon R, dan tiba2 aku rindukan zaman kehandalan melukisku bersama kawan baikku, syimamoto. aku rasa aku nk sambung kembali melukis! wohooooo~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails