nak tau?
ok ok aku gtau ;p
satu petang yang hening dalam kul 5.30, aku menapak dari UDA ke stesen LRT Hang Tuah. oh ya, FYI, since aku eksiden jatuh moto (sila lihat entri lama ini) bapak aku melarang aku sekeras2nya pergi kerja naik moto. so, pergi bapak aku anto, balik nek LRT ( mcm budak skolah je kan ;p).
ikotkan aku naik MONOREL dari IMBI ke HANG TUAH. memandangkan aku ni seorang yang amat saving dan sayang kad Touch & Go ni menyusut nilainya, aku sanggup menapak ke LRT. dan selalunya kalo dari UDA, masuk Sg Wang Plaza, jalan ikut belakang Times Square (TS), naik jambatan, masuk TS, kuar TS, jalan kaki ke Hang Tuah (cuba bayangkan aku mmg seronok mencuci mata balik keje ;p)
tengah2 aku nak lalu kat jambatan, ade sekumpulan budak sebaya aku bertunggu tangga kat situ. pastu ade sorang budak pompan ni tahan aku. dia pegang kertas mcm sampul slip exam, suruh koyakkan. aku ckp "tak nak". tapi budak ni insist dan pujuk2, kata xkena bayar pun, cuma koyak jer. ok la fine, aku koyakkan. then, kat dalam slip tu ada gambar pompan tengah gedik angkat kaki sebelah ke atas, pastu ada perkataan "Special Gift". budak yang pujuk aku td tengok tiba2 melompat cam cimpanzi. aku pelik. pas2 dia berjabat2 tangan dengan aku, ckp aku bakal memenangi kereta. WTF? free2 dapat?
budak tu bercerita ceriti macam2, sampai menyembur2 air liur dia. eeee geli siot! dengan penampilan selekeh, kuku panjang xpotong. (wtf again??) aku dah rasa lain macam da. tiba2 pulak(sememangnya dirancang), bos budak tu telefon dia, budak tu suruh la aku ckp ngan bos dia. aku dengar pelat bos dia aku da tau da suara minah cina mana tah. aku pun malas nk melayan sebab xcaya, dan2 budak tu tunjuk keratan akhbar dari Berita Harian yang siap2 dah kena seal. WTF? agak2 la nak menipu aku budak oi! pas2 nak menambahkan keyakinan kat aku yang sememangnya xberapa nak yakin tu, budak tu suruh aku pergi kat satu alamat ni. Taman Desa mana tah. aku pun melayankan aje sebab aku nak cepat balik. dan akhirnya aku dilepaskan pulang.
ha, itu la cerita aku. dan tadi, aku browse Kosmo Online, aku nampak ni:
KUALA LUMPUR - Umpan mangsa pakai kad pengenalan!
Sindiket gores dan menang semakin terdesak sekarang dan mereka sanggup berbuat demikian untuk memperdayakan mangsa.
Taktik terbaru itu diceritakan sendiri oleh seorang mangsa, Cheok Yin Kiet, 22, yang mengalaminya semasa dia berada di gedung Berjaya Times Square di sini pada 19 Julai lalu.
"Pada hari kejadian, saya didatangi sekumpulan remaja berumur dalam lingkungan 20-an dan memberitahu saya telah terpilih sebagai salah seorang pemenang hadiah cabutan bertuah.
"Bagaimanapun, saya tidak percaya sama sekali sehinggalah salah seorang daripada ahli kumpulan itu menyerahkan kad pengenalannya kepada saya. Langkah ini dibuat untuk meyakinkan saya yang mereka tidak menipu sebelum membawa saya ke pejabatnya yang terletak di Taman Desa," katanya ketika ditemui di pejabat MCA Wangsa Maju di Danau Kota di sini semalam.
Menurut Yin Keat, ketika berada di pejabat itu, dia diminta membuat pembayaran sebanyak RM2,200 bagi mendapatkan hadiah bertuah tersebut.
pada hari2 terakhir aku praktikal, kumpulan budak2 ni masih ada lagi berleluasa memujuk org wat koyak dan menang. aku pelik. xde sapa nak pantau ka? gila banyak budak2 tu. dan akhirnya masuk paper pon da xguna. nasi da jadi bubur. dan alhamdulillah, aku xjadi mangsa penipuan sbb ada satu trick budak ni yang mmg aku detect dia ni SAH PENIPU!!
kepala hangguk ko. nak tipu pun, tanya aku awal2 aku amik course apa. silap besar la ko pilih org nak kencing. ko ingat cukai ni senang2 ko nak evade?? cett podahhh!! haha, maaf ter- emo jap ;p
1 comment:
haha mereng
dik, kalau aku, dah lama kene maki hamun kanak2 tu
aku ni mmg kurang sabar
hoho
-kudozu
Post a Comment