Friday, December 31, 2010

Kisah yang xberapa nak lucu disebalik kemenangan Malaysia



Masih belum terlambat untuk aku mengucapkan Tahniah kepada team Malaysia kerana berjaya mengungguli kejohanan Piala Suzuki AFF semalam.

Apa? Ingat perempuan cam aku xlayan bola ka? Layan OK! Satu rumah menjerit2 bila pasukan indonesia selalu nak menjaringkan gol ke rumah Malaysia namun pantas ditepis dan dikidnap oleh Penjaga Gol kita, Fahmi.


kredit pada facebook Malaya Tiger Football

4-2 seyyy!!

Apa-apapun, bukan itu aku nak ceritakan sebab dah basi, semua entry tak habis-habis pasal bola. Aku nak cerita pasal kejadian yang berlaku pagi tadi.

Mak aku pergi kedai, kedai tu namanya Kedai Aceh. Sebabnya pemilik kedai tu orang seberang (indonesia) dan tengah membeli barang tu, datanglah seorang makcik, orang Indonesia jugak ke kedai tu, kepoh.. Gini bunyinya;

" Semalam Indonesia Menang 2-1" dengan riak bangga dan menunjuk. dia taktau ke piala tu pasukan Malaysia dah angkut balik?

Mak aku malas nak menjawab,kang menjawab boleh jadi gaduh. Diam je la. Tiba-tiba orang kita menyampuk " Cik kak, bila masa Indonesia menang? Ikotkan aggregate, Malaysia menang, 3-0 di Malaysia,1-2 di Indonesia. So,jadi la 4-2. Malaysia yang menang"

Agaknya bibik tu dah malu, dia nak pertahankan jugak,"Tapi Indonesia tetap menang kok, 2-1 di Bung Karno"

Mak aku mendengar je. Lantak koranglah nak bergaduh. Bukan aku punya pasal. Mak aku toleh la kat tauke Aceh, nak bayar. Tiba-tiba tauke Aceh tu menyampuk, " Saya tidak sokong mana-mana."
Agaknya kalau dia kata dia sokong Indonesia, habis semua orang pakat xmo beli kat dia. Haha!

wajah kecewa fans Indonesia
ish ish ish, xbermoral!
kredit foto kepada thejakmaniacakra


Moral of the story: Sebelum nak keluarkan statement, buat research,selidik dulu! Kalau Indonesia menang 2-1 di tempat dia, kita pun menang 3-0 di tempat kita. Fair play rite??

kelakar, ada komen di page Piala Suzuki AFF bertulis, garuda dah mati dicengkam leher oleh Harimau Malaya, Garuda dah dibuat bakso! Adui,kelakar2.. jangan salahkan guwe,bukan guwe nulisnya..guwe nyampaiin aja! :p

kredit to Obefiend

p/s: jadi medan luahan cerita bolasepak pulak. heh. :p btw, irfan iras-iras nicholas saputra!

Tuesday, December 28, 2010

sleepy while typing this..


kalau sampai 7 hari tu..... (sila isi tempat kosong)

entah la, sampai sekarang masih ingat perkataan yang sangat2 mengguris hati tuh

ke aku yang emo lebih?

eh,mesti lah,aku kan perempuan.

kadang2,berubah menjadi lebih positif pun buruk padahnya,kan?

tapi tetap xmenyesal sebab rasa gembira diri ni mampu berubah jadi lebih baik berbanding sebelumnya.

=)

Sunday, December 26, 2010

Keluar Stesyen-3

Waduh.. sampai 3 episod aku wat entry ni ye.. xpe2.. meh aku pendekkan citer.. sebenarnya banyak lg aku nak merepek,tp tunggu next entry la yekkk..

Tiba di Ipoh agak lama jugak la, memandangkan bertolak dari Seberang Perai ambil masa tersangat-sangat la panjang, ditambah dengan kesesatan jalanraya, menjadikan kami tiba di Ipoh pada pukul 2! Keje xabis wat la jawabnye.. dahla berdua dengan colleague aku,kalau bertiga dalam sehari leh habis..

Tapi kan, Ipoh ni actually kecik je kawasan dia,tapi aku macam fening2 sikit la, sebab bersimpang siur jalannye..

Dan disebabkan kelambatan kami, maka keje pon habes lambaaaatt. Tapi menyempat gak aku nak gi Greentown Mall! Malangnye.. xberapa best,sebab xbanyak kedai dan barangan yang dijual sume sama.. Takde idea ke nak jual barang lain bang? kiri kanan gerai henpon.. atas gerai baju2 n tudung... boring!!

Dan kalau nak tau, kalini bukan check-in kat Hotel Sunway lagik.. This time di Tower Regency Hotel & Apartment.. Peh,wa cakap lu.. memang superb ar! Design macam kondo!

pintu belah kiri tu pintu masuk,pintu belah kanan tu pintu bilik air! Bilik air die.. memang terbaik la! Luas! Leh masuk empat orang dewasa! Hahaha =p

dalam wardrobe tu ada bathrobe.. memandangkan aku ni jakun dan kampung sikit, aku pon eksyen la semalaman pakai bathrobe tu! hehe..;p

suasana malap.. mau tido time ni.. memang romantik abes ar! nak honeymoon pon memang tepat ar!

Lapar lagik.. saje gatal2 usya menu kat sini plak.. Agak murah laaaa berbanding Sunway Hotel.. Tapi tetap sayang duit.. makan jajan jela.. ;p


dan malam tersebut xboleh tido... sejuk ya amat! entah kali ke berapa aku & roomate aku terbangun sebab sejuk giler. tido pakai sweater+selimut pun xleh tanding kesejukan bilik tu! Macam peti sejuk wei!
At last.. rupa2nya.. ada suis utama yang menutup aircond tu, itupon baru sedar waktu pagi2.. adui!! sengal!

Apsaaal la Tower Regency xde aircond remote control? kan aku dah tido xlena! huh! =(

bergambar sebelum pulang...

bye santa joget! :p

-the end-

p.s: lagu peberet aku skang ialah nelly-just a dream!

Saturday, December 25, 2010

Keluar Stesyen-2

Bersambung kembali di entry ini.. Ya.. Hari kedua, masih di Queensbay dan alhamdulillah, dapat menghabiskan kerja dengan pantas dan jitu! :-p

Dan seterusnya bergerak ke Seberang Perai dan hampir2 tersesat jalan kerana ketidak efisienan Google Maps. Oleh itu rakan-rakan, jika mahu berjalan jauh,sila lah beli henpon yang ada GPS ok! Serius bagus! Tapi jangan laa GPS yang berbayar, ambil yang install sekali RM30 tu je, Garmin xsilap aku.

Tiba je di Seberang Perai (SPC), terus buat kerja! dedikasi bukan? :D


Habis kerja cam biasa lah, 6 petang dan check in pula di hotel Sunway Seberang Perai. Alhamdulillah, breakfast di hotel ni jauh lebih sedap! :D

roomate berjimba di luar, tinggal aku sensorang. Layan Bintang Kecil je la. :D

Malam tuh, tido xlena. disebabkan aku ni penakut sikit, aku letak segala luggage aku kat katil sebelah. takot pulak kang ade 'benda' lain tumpang tido. Mak takut nox!

Perut lapar berkeriuk,tetiba rasa gatal tangan pegang buku ni; 
hambekkk kau!!

 

beger je RM22.00! Kalah Properity McDonalds! T_T

petua: lainkali tapow je makanan bungkus kat luar,bawak balik bilik. murah + sedap! tapi roomate aku xmakan malam. sobsss.........

nampaknya makan jelah potato chips + apollo layer cake nih. T_T

wuuuu.. malam2 tido sorang2! nak je aku ajak bellboy teman aku main pool kat lobby bawah! :p

Next station : Ipoh mali...!! :D

p/s: sebelah Hotel Sunway Seberang Perai ada Sunway International Shopping Mall. Boleh tahan gempaq seyh!

Wednesday, December 22, 2010

Keluar Stesyen??

Harluuuuuuu... Opsss.. Assalamualaikum rakan2 sekalian.. Udah lama tidak mengupdate ini belog kerana daku amat busy sekali..  Mengeluarkan diri dari stesyen.. Stesyen apekah? Sudah tentu stesyen kerja!

Selama 5 hari 4 malam aku berada nun jauh di KL.. di Pulau Pinang, Seberang Jaya & Ipoh. Juga check in di hotel sebanyak 3 kali. Bisnesman pon xcamni weh!! :p


Perjalanan pertama dimulakan dengan memandu ke arah utara yg paaaaaling jauh dulu iaitu di Pulau Pinang. Eh,sebelum korang terpinga2 ape yang aku merapek ni, aku kena kerja luar,maksud aku out-station. Dolu2 zaman kecit cinonet aku tau outstation tu xbalik rumah, pastuh cari spare part kat luar sebab jauh dari bini. Ish ish ish T_T

bila dah nak sampai jambatan tu, terasa over eksaited! rasa nak lompat2 sambil cakap yeay da sampai!

ni bukan kat Putrajaya @ Area Sunway k? Ori mariiii! 

Penat jangan cakap la, walaupun bukan aku yang memandu, tapi aku kena letak mancis kat kelopak mata sepanjang perjalanan, sebab kalau aku tido, kang xke naya colleague aku kat sebelah tu??

Sampai-sampai terus kena wat kerja. Oh ya,bertolak pukul 8.30 pagi, sampai Queensbay Mall pukul 12.00. Hebat x? Oh,bukan saya ye yang pandu ^^,

Dah habes segala mak enon kerja sampai kol 6, kitorang pon berangkat pulangle ke Hotel. Pehhhh! Penat sey! 

Hotel Sunway Georgetown menjadi saksi kedatangan aku ke sini.Ecewah!!


OK fine dah ngantok tengok katil ni. Dah la suasana malap. romantika pulak tuh. aishhh.


So far OK la,walaupon aku xpernah keluar jauh2 cenggini. Aku bersyukur selamat. Sebabnya,malam pertama hari aku tido kat sini, ada eksiden kat Jambatan Pulau Pinang. Mati rentung orang tuh. Patotla jalan jem!!

Kita jumpa di next entry! =D

Sunday, December 12, 2010

Kongretulesyen kak Eda!

Just a Quick & Simple Update..

Sekalung ucapan tahniah kepada Kak Eda Edlina kerana akhirnya berjaya menjejaki pelamin bersama Encik suami.. Dan entry ini menunjukkan bahawa aku sangat suka dengan theme wedding beliaw..

Sila lihat..

klik untuk lihat tumbesaran gambar ini..

Simple but Exclusive..
Jatuh cinta ngan kaler Pepel!!

Cumil kan tanglung bulat-bulat tu? Macam nak picit2 jer..

Ok,dah set untok majlis aku nanti
Sanding: Pepel +Merah
Nikah: Sesuci kaler ptuih.. eh! Putih!
Malam berinai: Kaler pink soft (kantoi da ske kaler pink,suke sikit je ok)

*tertakluk pada pindaan

errr.. masalahnye, dah jumpe ke sang arjuna yg bertuah sangat tu?
jeng..jeng..jeng!!

=p

Insiden lucu sepanjang majlis ini..

Nak duduk kerusi pelamin kena bayar 'TOL' weiii.. kesian kat pengantin lelaki tercegat berdiri kat situ hampir 5 minit.. dah la nampak nervous giler.. hahaha..

Kelihatan 2 flower girl beraksi macam bodyguard..=p

Makanan ni nampak pelik dan unik.. yang ade timun tu lerrrr.. apekah nama makanan ini kak Eda? 0_o

Papepon..kak Eda nampak lain & chanteque semalam! Tapi as usual..tetap kelihatan gagah! =p
Sorry la kasik adiah simple.. hik! ^^, turn saya kasik adiah gempaq tau!

Dan xlupa juga..


berjumpa dengan teman sebilik, seuniversiti tapi tak sekos dengan aku..

Bakal menjadi Puan juga pada bulan Februari tahun dpn..

COngrates akak berdua! =D

P.s: terimasey kepada kawan yang sudi ngantor g kenduri niyh.. naseb orang xde keter.. menumpang le jawabnyerrrr..

Wednesday, December 8, 2010

:: Karok sebentar ::


Dulu aku kau puja
Dulu aku kau sayang
Dulu aku sang juara
Yang slalu engkau cinta
Kini roda telah berputar

Kini aku kau hina
Kini aku kau buang
Jauh dari hidupmu
Kini aku sengsara
Roda memang telah berputar

Reff:
Mana janji manismu
Mencintaiku sampai mati
Kini engkau pun pergi
Saat ku terpuruk sendiri
Akulah sang mantan
Akulah sang mantan


Sakit teriris sepi
Ketika cinta telah pergi
Akulah sang mantan
Akulah sang mantan


Mana janji manismu
Setia sampai aku mati
Kini engkau pun pergi
Saat ku jatuh dan sendiri

eh,mamat ni dulu rambut kerinting kan? wah,sangat ketinggalan zaman T.T

Tuesday, December 7, 2010

Review: The Social Network.




Siapa pakai facebook? Aku rasa,semua yang membaca entry ni confirm pakai,kalau tidak pun,mungkin ada di kalangan saudara-mara korang yang ada akaun menatang ni.


Aku? Mestilah ada. See? Sampai begitu fenomena facebook ni sampai ayat 'mesti' tu ibarat sejenis rutin harian yang memang tak sah la kalau takde. Kalau takde, korang akan dianggap ketinggalan zaman.. atau kolot.... di KL. sebab kalau aku generalised semua,macam xadil sebab nenek aku pon takde. Kiranya generasi kini memang ada la. Adik sedara aku yang baru darjah 3 pun ada tau,itupun kena kelentong tahun dia lahir. heh.

kredit to Google search engine.

Ok,back to basic. Movie yang berdurasi dalam 2 jam lebih (tak silap aku la) baru je aku tonton tadi. Pada permulaan kelihatan macam menarik, dan bila di tengah2 cerita,agak serabut sebab aku bukan budak yang belajar networking, atau di fakulti kat tempat aku belajar dulu orang panggil Sains Komputer, so frasa-frasa format C++ ni aku tengok dengan Blank(kosong).

Cuma,filem ni aku nikmati macam tengok cerita perang,tapi perang zaman moden atau kita panggil perang siber antara pengasas Facebook terhadap kawan baik dan 'business partner'nya sehinggalah terciptanya Facebook sekarang ni.

Dan selebihnya,korang tengok la sendiri. Download je kat mana-mana xpun tunggu je lah keluar CD kat mana-mana kedai. Cuma aku nak ulas sikit;

  1. Dia xboleh jadi role model,sebab karakter dia sangat selfish. Dia rasa hanya dia sorang je bagus, orang lain xbagus. Tu pendapat aku la, korang mungkin lain kot.
  2. Orang kata dia genius, bagi aku dia seorang nerd. Sebab tu awek dia dump dia.
  3. Tujuan utama facebook ni pada asalnya untuk mendapatkan kenalan sosial untuk s***. Merujuk pada movie tersebut.
  4. Aku lebih kagum kat Eduardo,co-founder Facebook sebab dia seorang yang pentingkan semangat setiakawan.(bagi aku la)
  5. Mereka ni Yahudi a.k.a Jewish,sebab tu masing-masing sikap macam tutttt. Kawan baik pun boleh tikam belakang. =_=''
  6. Senang kata,punca facebook ni tercipta disebabkan awek dia tinggalkan dia,dia macam nak balas dendam dan hack semua server untuk buat perbandingan tahap keHOTan aweks di Harvard sampaila dia terkantoi.
Nak senaraikan PRO dan KONTRA Facebook ni banyak sangat. So,bergantung pada niat masing menggunakan menatang ni. Disebabkan facebook la suami-isteri cerai berai,disebabkan menatang ni la orang mati kena bunuh sebab sewenang2nya letak information kat situ.

Bintang aku kasi 4/5 la.


Dan paling penting,jangan add orang sebarangan.

Dan,aku suka quote ni;

Double meaning.

Last but not least, sokonglah millatfacebook. orang Islam yang buat. Hampir menyamai facebook. aku pun dah ada akaun da. Meh daftar ramai-ramai!


p.s: kadang-kadang wat status kat facebook pun boleh jadi isu. Kesian kat Maizawati.

Monday, December 6, 2010

Salam 1432 Hijrah!


Rasanya cukup-cukuplah pasal entry semalam tu. Bila baca-baca balik,nak tergelak pulak rasa, nak2 komen balas dari empunya pemfitnah tuh, aduiyai,sampai terkeluar air mata gelak sebab lawak sangat! Deyy, aku kan kerja,mesti la bukan 24-7 online,malam2 je kot aku leh approve komen. Dan,aku memang telus,nak maki ke,hamun ke,aku approve je,tapi kepantasan aku mengapprove tu,depends pada tuan punya availability. =)



Well,ini kan belog aku,aku punya suka la kan? Rasa macam nak je letak tagline BESAR-BESAR tulis, INI BELOG AKU, AKU NAK TAIP, AKU PUNYA SUKA LA NAK TEMPEK APA PUN,JANJI TAK FITNAH ORANG.(tapi nanti kawan aku terkejut pulak tengok perubahan drastik ni,nanti dia tanya,wei,sejak bila ko jadi BRUTAL ni?) opsssie again!
xpun kalo dah geli/nyampah sangat,lajukan cursor mouse anda ke belah kanannn, atas sekali. ha,nampak x simbol X tu? tekan laju-laju!

heeeeheeee.

Okeh, lupekan bab tadi,hari esok merupakan hari bersejarah bagi Umat Islam di seluruh dunia kerana kita bakal menyambut Awal Muharam. secara xlangsung cuti umum! Yeay!

Rasa macam xbest je bergaduh sesama umat Islam,nak2 kerana sang pakcik tu. sangatlah D to U to R to H! DURH!

kredit to dunia mistik blog's
Salam Ma'al Hijrah rakan-rakan semua~!

Sunday, December 5, 2010

Orang kata sijil aku xori, beli macam Dr Fazley. (Kesian Dr Fazley tercalit sama)


klik gambar ini untuk penglihatan yang lebeyh jelas




Alkisahnye begini, aku sedang mengikuti perkembangan seorang lelaki yang layak digelar pakcik yang sangat hawwwt sekarang, menghadapi tuduhan saman daripada bekas permaisuri yang kita amat sayang & sanjungi. Serius talk,aku memang mengikuti perkembangan belog pakcik tersebut. mula2 jadi silent reader, then aku memberanikan diri mengomen sebab aku tengok gelagat beliau sangat2 annoying. Kenapa?

kenapa panggil pakcik? Orang panggil dia dalam bahasa omputeh iaitu un**e, xnak la kasi link pulak,kang hot pulak dia. :D

Bagi aku dia boleh jadi punca orang xhormat institusi kerajaan. Dan, aku mengomen mengenai status keturunan dia yang orang sedia maklum mulia, tapi tercemar kerana mengaibkan orang. Tidak salah bukan? Yelah, sebagai contoh, bapak Ketua Polis Negara tapi anak jadi perompak. Tak sama ke perumpamaan yang aku bagi ni?

Dan aku rasa cousin/pengikut setia/adik (maybe) pakcik tu melenting. Siap memaki hamun. Wah,ini sudah lebeyh.

Bukankah semua umat manusia di dunia ni keturunan Nabi? Nabi Adam bukan? Dan siap ada 'ugutan' nak memijak perut aku. Walaweyh, dah la letak nick anonymous, pastuh nak pijak perut. Be gentle man, ko nak gertak2,tapi ko x 'bagi salam' siapa diri ko, kenapa? Takut ke? Oh,bukan ini niat entry ini untuk mencabar, tapi pemikiran dangkal manusia macam ni lah meramaikan populasi manusia bodoh kat dalam Malaysia ni.

Dan merujuk kat gambar tu, aku pakai sijil x ori. Pape jelah Labu, aku xmintak ko percaya pun sijil aku ori ke x. Tapi kalo ko membaca blog aku secara TOTAL, baru ko tau siapa aku. Jangan main sedap mulut je berkata2. So aku assume ko budak baru akil baligh tapi xbersunat. Sebab tu cakap ikut sedap pakai lutut, bukan pakai fakta tapi AUTA. Dr Fazley, kesian kamu, xpasal2 kamu dpt nama. Janji Dr Fazley tu berpendidikan. Ko ado? Nan ado kot?!?

Pasni malas dah nak mengomen kat ruangan pakcik tu. Sebabnya banyak orang ba wau da wau ha kat dalam tu mengomen tak pakai alif wau ta kof!

So,kepada yang memfitnah tu, pandai-pandailah ko minta ampun xpun jumpa di akhirat ok!

p/s: Fitnah tu lebih dahsyat dari membunuh. Need i say more? Sume orang tau kan? Oh,budak baru akil baligh maybe xtau pape. So,abaikan je. Secebis kuman je nih. :)

ini bukan kali pertama aku dapat komen camni. Well,xsume orang suka kita.peace!

Sunday, November 28, 2010

Pabila berniaga online pun mau kelentong

Kadang-kadang pelik dengan kerenah peniaga di blog. Barang harga murah, dijual dua kali ganda. Mujurlah aku bukan pelanggan peniaga tuh. Tapi sangat kesian jugak lah kat customer yang beli tu. 

Berlaku baru-baru ni, sebagai contoh ;
Jumpa shawl tu kat jalan TAR RM 12.00, dijual nya RM 20++. Wahhh! Sangat Over the Limit lah! Pastu di caj nya postage fee. Makin kena tipu lah sang pembeli tersebut. Nak jual pun, jangan lah sampai melampau-lampau. Orang yang meniaga kat jalan TAR tu lagi kesian, berpanas terik. Ish, unreasonable sungguh! Xcukup dengan tu, siap state kain tu high quality la, ape la. sebab tu kasi high price! Marah nih!


Terpikir gak nak wat business online, tapi lebih prefer jual product custom made, sebab orang takkan compare harga produk kita kerana hanya jauhari yang mengenal manikam! :)

nak tau siapa gerangan & alamat blogshop tu? Xpayah lah..Peringatan je untuk kaki blogshop yang ada hati nak kencing pelanggan macam kami!

Sunday, November 21, 2010

Coolblog? So Cool okay!



Current update: Baru pulang sudah dari Melaka!

Melancong? Naaaahh.. pergi hari,balik hari. Ada kenduri anak buah jiran. So,saje-saje turun padang pergi kenduri orang, nanti xde la orang xkenal bila haku plak naik pelamin. Opssss!!

Phew,penat teramat! esok pulak kena kerja. Ayayai, beginilah life sebagai buruh pekerja berdedikasi.

Oh ya, malas lah nak cerita pasal kenduri kahwin, dah muak sangat update belog tak habis-habis pasal kahwin,kahwin,kahwin, sudahnya,aku ni xnaik pelamin jugak! Bila multi billionnaire nak datang menimang meminang haku neyh? Lalala~

Dan sebenarnya, eh, terperasan Yuna pulak. Tadi singgah rehat R&R (tah,xingat di mana) dalam perjalanan pulang dari Melaka, terjumpa satu kedai peberet niyh. Wah,baru merasa sekali da perasan ini peberet saya. haha :D


Coolblog. Pernah dengar? Rasanya dah top gila kot. Cawangan dah bersepah. Paling dekat dengan tempat aku pon kat Times Square dan Sungei Wang.

Nama macam belog yang kita online ni, tapi ni nama kedai minuman. Ala, yang bubble tea tu.
Bubble tea tu apa? Ala,yang bulat-bulat tu, leh kunyah2 lagi sedap dari cincau racik2 halus oleh peniaga kedekut tu,haha.. :p

Coolblog ni macam-macam ada. cakap lah perisa apa. Jenis pun variety habis. Ice blended, Yogurt, Bubble tea? Cakap je. memang ada!


Tadi order ini dengan Honey Dew Ice Blended.(bubble tu sebenarnya kat bawah)

Yang bestnya, penutup dia bukan ala-ala pasar malam punya stail tau, siap seal kat atas. so,xde la istilah tumpah sebelum cucuk dengan straw. Peh,kool giler!

hah,ambik kau. rambang mata x? haaaaaa.. :p
baik ngaku cepat!

malas nak resize. nyeh nyeh


Kepada die hard bubble tea, i recommend this! Mmg sdap dan yummy. Tapi kalo salah pilih perisa,jangan salahkan shaye ok! :p

p.s: jual air pun boleh buat duit taw! Asalkan kena dengan caranya. *wink*

"Kerja part time leh tuka henpon baru"- Kata Bebudak zaman sekarang



Zaman dulu-dulu, budak sekolah kerja part time bila tamat form 5 sementara nak tunggu result SPM keluar..

bila ditanya kenapa kerja?

" Nak tampung kos belajar kalau masuk U/Kolej nanti"

xpun,

" Nak ringankan beban mak ayah kat rumah tu, daripada takde benda nak wat di rumah"

Sekarang...

bila ditanya kenapa kerja?

" Nak tukar henpon, dah xup to date la, sekarang orang pakai BB(Blackberry), Iphone, HTC, sebab tu saya kerja. Dapat duit boleh beli henpon baru"

*jatuh pengsan*

Geleng kepala bila dengar.



p.s : aku dulu kerja jugak zaman abes sekolah. tapi zaman tu henpon takat tiga-tiga sekupang. nak tukar henpon pun pikir beribu kali. sekarang dah kerja pun, xpernah tukar henpon lagi. haish,inilah nama taiknologi menguasai bebudak kini!

errrr.. tapi kan,cantik gak henpon pink ni. Weh!! apesal tiba-tiba aku minat pink?? Dem!

Thursday, November 18, 2010

Tulang dicekik dengan jaya nya

Harini sengaja merajenkan diri menghupdate belog memandangkan tiba-tiba terasa nak update. Boley x?

Sebenarnya nak cerita, tadi tengah aku syok makan ini :

bukan yang belah kiri tuh, kanan tuh laaa
Baru sesuap nasik, tiba-tiba:



xde la muka haku sampai jadi cenggini, tapi aku tercekik!

Baru satu suap kot!

nak kata baca bismillah.. tak.. eh silap! Baca! Doa makan siap tuhhh..

Muka dah kebiruan..
Pastuh bos pulak suruh wat presentation. Hadoi. Cakap la dengan suara tersyepit-syepit sambil sengih2. Pastuh xdapat nak bangkang boss padahal ku present okeh saje.. adui! Bad day sunggoh!

Korang kalo tercekik time tengah mencekik camne solution nye a?

Aku dah:-
  • Kepal nasi sambil telan
  • Minum air manyak-manyak
  • Telan Air liur manyak-manyak
  • Jentik leher berkali-kali
Xjalan gak!!
Akhirnya.. Nak tau camne die turun? Baru 10 minit tadi ha..Aku telan air liur+minum air non stop macam orang gila kot! Dah la petang tadi tiba-tiba demam kura-kura menyerang sebab tercekik tulang ikan. Exaggerate sangat bukan?

Korang de tips x??

Kredit pic kepada pakcik google.

Saya tau entri ni tahape-hape. Sekian. ^^

Sebenarnya, nak test kat gengblogger. baru perasan GB ni dah okay balik. Dulu ada malware aku tanggal banner tuh. Skang dah ok mula la nak tayang balik. Heeeee =D

Welcome GengBlogger!

Monday, November 15, 2010

apabila niat berblogging disalah ertikan~

Salam semua! Hari ini minggu ke dua aku bekerja di tempat baru. Tapi,bukan pasal kerja aku nk ulas di sini. Tapi pasal entry ini(klik) yang aku buat dalam bulan lepas. merujuk pada ayat pembukaan a.k.a opening di entry tersebut, aku telah membuat ayat yang sangat metafora dan sinis,namun xbermakna aku menyindir siapa-siapa terutamanya rakan aku. nak2 rakan yang baru aku pulihkan persahabatan.

Biasalah,entry aku ni kan sekadar suka-suka, sindiran sindiran kan penambah perisa. Macaaaaamlah xpernah baca majalah hiburan kat ruangan Cik Gayah dan Miss Joyah tu. Ha, camtula kekdah nye konsep belog aku ni.

Mungkin aku yang cepat perasan atau aku alert. Apa yang aku nk sampaikan, sepuluh jari dipohon, minta maaf andai terasa. tiada niat nak sindir,perli-perli sapa, dan entry tu LANGSUNG TIDAK TUJU KEPADA ANDA. ni kes cepat terasa lah ni, aku tuju kat tang lain, hat lain tu pulak sentap. Adoiyai.

Raya korban dah nak dekat. Mari lah bermaaf-maafan ya? (:

gelak sikit? heeee..


p/s: susah rupanya menulis blog ni. banyak hati pulak terasa,tembak orang lain,orang lain pula yang terasa! ^^

khusyuk membaca blog ini. siapa benci MLM baca ini!(klik)

Sunday, November 14, 2010

My roomate wedding!

Hah! Blog aku ni asyik citer pasal orang kahwin je kan? Yela.. yang kahwin tu pon kawan2 baek aku.. so kena la update! Stori baru-baru xde sangat,pic pon malas dah nk snap. Henpon tunggu masa ke alam baqa' je ni.. ;p

Nak dijadikan cerita, Ecah a.k.a merupakan roomate aku waktu zaman mudi mudi(hoho) kat UM. Satu sem je pun. TAPI.. kami kenal dah nak dekat 5 tahun,since matrik lagi. Cuma betul-betul rapat n BFF abis masa dua-dua menuntut di puncak menara gading(eceh) kat UM.

Berikut pic zaman muda mudi ronggeng2 dolu-dolu.
zaman kegemilangan kat KMKN

adoii..berpeluh nak cari pic si Ecah ni.. opsss.. hehehe..;p

dan di hari bahagianya aku telah datang. Konvoi ok! Senarai konvoi kami
  1. Megat
  2. Atip
  3. Eriza
  4. Sarah 
  5. Aku
  6. Naim
Terharu x ko Ecah? siap konvo 2 bijik kereta lagi tauu.. heeee ;p
cantik kawan aku sorang ni..hik hik!


berseri-seri muka dia... :D

teman-teman sematrik (KMKN)

teman seuniversiti (UM)


Dengan ini, saya mengucapkan Selamat Pengantin Baru, semoga bahagia hingga ke akhir hayat ye.. To encik suami,jaga kawan saya baik-baik!(macam die bace je kan..heh)
Eh,nanti nak pos adiah kahwin. Adiah xbeli gara-gara Atip! Die boley lupe belikan pulak.. adoi yai!

Ape adiah yang patot aku belikan eh? Sila bagi cadangan di kotak cadangan ok?



tolong yeeee? wakawaka.. ;p ;p

Tuesday, November 9, 2010

Ari pertama dan kedua: Ini kisahnya.

Sebenarnya aku dah kuyu-kuyu mata nak update,tapi xtau mane datang semangat nak mengupdate jugak. Layankan ajerkkk la~ 

Okeh, kelmarin aku dah mula melapor diri ke tempat kerja baru aku,dan macam biasa,kena induksi dulu. Alaa.. induksi normal ala-ala baca buku manual pastu terangkan. Xde la slide show gamaknye pon.

Kemudian, HR staff bawak kitorang pusing-pusing kat dalam HQ tu,and then tangkap gambo on the spot! Untuk apa? Untuk wat staff kad..nasib baik pakai santek arini.. pehhh..hehehee.. :p (Kad xdapat ditunjuk,takut disalah tafsir pule)

Dan satu perkara yang menarik kat tempat kerja aku ni, arrangement meja dan kerusi dia ala-ala japanese sikit.(Dah mmg kompeni Jepun kan? Apela aku ni). Konsep meja dia xde partition, yang uniknye head department xde bilik sendiri,just meja dia bertentang dengan kami. Paham dak ni? Alaaaa... kalo sape kaki tengok citer jepon,kalo scene kat bilik guru orang2 jepun tu lebih kurang camni la.. google kalo pandai cari,aku malas nk mencari.. hehe.. So,agak seronok la meja terbuka ni, dapat sembang2 sambil wat keje,disamping merapatkan silaturahim..ecewah!

Dan yang paling penting, manager aku ni so far ok la.. xnampak lak garang@menakutkan macam ex-colleague aku kate.. lagipun dia dah berumur sikit..aku tgk dia pon da macam ayah aku dah.. dan assistant manager aku ni Leng Loi siot.. comel sesangat.. sekali pandang macam artis jepon ade gak.. (aku masih straight ye)..

At the end of the 1st day,aku dapat staff kad tros! Memang efisien!! :D

Ok lah,dah macam diari lak aku tulis kali ni..mungkin sebab mata kuyu tapi paksa-paksa gak menulis.. nanti update lain ar.. ok.. daaaaa~

Sunday, November 7, 2010

Esok kerja di tempat baru. Tapi tiba2 cuak. Mengapakah?

Salam semua.. sejak bergelar bukan pelajar dan memegang status pekerja ni, blog ni tersadai camtu je..
bukan apa. xtau nak update ape.. kadang-kadang bila ada story,aku selalu update kat orang tertentu..

jadi, aku rasa cam agak alone sekarang,jadi aku dah mengdecide nak aktifkan belog ni balik dengan cerita-cerita aku yang xbest ni. Itu pon kalau ade orang nak baca lah kan?

-------------------------------------------------------------------------

Tak ramai kut yang tahu aku baru tukar kerja lagi. Ish,rasa nak je ketuk kepala sendiri,kenapa lah pendirian aku ni macam lalang. Kejap je berubah. Bila dah decide,terasa menyesal pulak. But, past is past kan? So,aku berazam kalini kerja yang aku menapak ni bakal jadi kerja yang paling lama aku hold. *Bbasyaa!*

Alkisahnya cenggini, di saat aku ber'FB',tiba2 ex-colleague audit firm tempat aku bekerja chat dengan aku. Then tanya aku kerja mana. *Actually audit firm tu tersangatla dekat dengan tempat kerja yang bakal aku tempuh sok*

K: apo khabor?
A: khabor baek
haha
K: ko kat ner krang?
A: kampung.
nape?
ade hot news ka
K: LOL... ngat ko kat KL..
krang ko kerjo ner?
kat KL ker?
A: hahaha
kg kat klang jer
mlm ni balik KL
keje kat XXX
hehehe
K: XXX ner?
A: Maluri meh
K: Tmaluri ker KL punye?
LOL

ddekat...
A: Taman Maluri ler
K: tak jak keluar pon?
A: LOL

ya la
jak ne?
K: LOL

ok tak? i dengar cam susah jer
banyak x colek u kerja situ but banyak resign
A: ha?
xpaham
maksud u?
K : excolleague
A : sebagai
K: a lot work there there but resign
A: sebagai pe dorang kerja?
K: accounts
A: owh
i amik internal audit
sbb pe dorang resign?
K: hahahaha
A: environment su* ka?
K: stress kot
A: stress sgt eh?
YYY(kompeni lama) pun kalah meh?
K: lol.. YYY ok
you belum tengok yang manager teruk dari man in aquarium
A: wow
maknanya kat XXX lagi dasyat la?
K: i think so
ko coba ler
hehehhehe
nanti kasi gua report yer
:P:P
A: hahaha
u ni saje tkotkan i nampak
K: lol... tak coba tak tau...
tak lah terok sgt klu ko ikut aje arahan boos u


**A: aku
K: ex-colleague aku
XXX: kompeni baru
YYY: kompeni lama

....dan ade la beberapa conversation yang malas nak dipaste sebab xde kaitan sangat,just casual talk jer.. dan ini telah membuatkan aku jadi 'cuak' esok. macammane kalo betol? Habislah aku, dah berangan nak develop career kat situ dah. Tiba-tiba boleh plak terdetik kan bagus aku xaccept tawaran kerja baru ni, sampai camtu sekali!

Aku termenung kejap. Pikir punya pikir,aku tanya pendapat abah aku. Then, nak tau ape bapak aku cakap?

"Ape motip die nak bagitau ko camtu? Die pernah kerja sana ke? Tah tah dia dengki kot kat ko."

Mak aku pulak;
"Sume tempat kerja sama je la,xde tempat kerja yang senang, best dan teramat selesa. Lain tempat kerja,lain environment nya. Anggap lah tu satu tanggungjawab ko."

OK. STOP. terus xjadi nak fikir negatif. Ape nak jadi,jadilah kan? Lagipun aku accept offer ni atas dasar minat. So,kalau aku buat bersungguh,xkan lah diorang nak treat aku teruk kan? Wah,thinking positif gile haku ni. Bile dipikir2,ade kawan aku tu lagi teruk kena,tapi dia still bertahan lagi. So,kenapa aku xboleh kan?

p/s: Rindu sesangat kat tempat kerja lama ni. The best tempat kerja pernah aku rasa. Apekan daya,jodoh xlama. hurmmm :(

Saturday, October 30, 2010

TOTALLY DOWN.





Itu je nak cakap.

Malas nak hurai sebab xnak meraih simpati.

Sekian. 


Friday, October 22, 2010

Mari beriadah melepaskan tension bekerja!


Ok kengkawan,kita lupakan sejenak kisah mengenai kerja, pejabat dan dokumen2 penting yang perlu disubmit. Fokuskan sahaja anak mata korang semua ke arah entry belog ini walaupun belog ini tidaklah popular dari segi followers mahupun like. yang pasti, inti pati belog ini ikhlas,tidak riak dan menunjuk-nunjuk siapa diri ini kepada pembaca semua! statement gila menikam kalbu!

Kalau diikutkan dari segi pembaca,kebanyakannya adalah sebaya dengan penulis, sudah bekerja mahupun mencari kerja yang sesuai macam aku! Dan tidak terkecuali ada yang masih belajar, ye idak? sila angkat tangan!

Tahukah anda semua, kerja adalah sejenis wabak berjangkit yang memfokuskan mangsa yang sudah bergraduasi,habis belajar dan praktikal. Xpercaya?

Makcik Enon: Anak hang blajaq lagi ka?
Makcik Kiah: Oh dak le, anak ceq baru jakk konvo minggu lepaih non oii..
Makcik Enon: La yaka, tahniah anak hang da habis mengaji. Mesti da gheja kan? Besaq xgaji?

Humangaihhh.. da nampak bukti?? Xnampak lagi??

Kiki: Wei, ko watpe skang? Dengar kata da nak grad bulan depan.(padahal tengok status kat fb dok keco2 nk grad,macam aku hahahaha)
Lala: A,ah btol le, hang ni ske beno mik tau sal aku kan? Nak kasik cekelat ka?
Kiki: Ah,buang duit aku jak! Eh,hang da keje ke?
Lala: Alamakk! Lom lagi. Nyeh nyeh. Ngah bizi apply kat Jobstreet la ni. Minggu depan 2 interview, 2minggu depan 4 interview bla bla bla..

Xnampak lagi??

Status update fb terkini:

Hamidah Cullen - Penatnye seharian kerja kat kompeni XXX! Best dapat meja besar & gaji besar! Kompeni besarlah katekan! *dengan nada riak*

Wah,status begini serius aku xrasa cemburu. sebabnya,kebodohan dia terserlah sangat2 sebab berjuta4 lemon manusia kat Malaysia aku jumpa kerja bapak bagak,tapi.. paham2 je la kan?kan?
*sambil tikam3 bantal xpuas hati*

oh,cukuplah setakat bukti sebanyak ini aku persembahkan,kerana aku nak mengajak korang menjamu mata gambaran-gambaran ini;


Tarikh : 16 Oct 2010
Lokasi: Skytrex, Taman Pertanian Shah Alam
Masa: Korang agak3???

bersiap siaga sebelum menaiki bas.

dalam bas. menuju ke destinasi!

wah,sudah sampai. masing2 memakai hanger di pinggang. *eh btol ke x ni?*

bayangkan ketinggian tangga tahap dewa tuh! kena naik tau!

ni aku panggil ZIG ZAG MAUT. mengucappp jela ko sepanjang di atas ni. =_=

Tahap ke horroran semakin terserlah!


serius aku xuka lalu kat benda bulat2 ni. wat aku tergantung2 ibarat digantung xbertali.


yang ni kacang panjang je. *sambil kesat peluh jantan*

ni lagi senang! *sambil menggigil2 pegang tali,ingat kuboq troih!*



laaaa.. harness ke nama dia? aku panggil hanger. hahahaha. XD


melompat kegumbiraan apabila misi selesai. oyeah!

Usai beriadah, jam da pukul 4 lebih. Pergi makan di Gerai Nasi Ayam Pak Mal. Dengar kata siap masuk Jalan-Jalan Cari Makan. Tapi xsedap mane pon.*ikhlas nye statement* abang2 kat gerai air tu yang keco lebih,pasar ikan pon xbising camtu.
Nasib air mangga ko sedap. haha.


Nampak menarik tak aktiviti hujung minggu kami? Bersiap sedialah untuk sakit badan satu hari pada hari keesokannya ye!


Yaaaaaaaaaayy! Inilah dinamakan riadah habis-habisan!


pi.es: sapa nak pergi,sila book awal2 ye. ^^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails