Salam semua!
haaaa..mesti korang tertanya2 kemana aku pergi kan? hehe..perasan sungguh daku ini,macam ade je orang nak tunggu entri aku(ade ke) dan entri aku kalini bukan pasal diri aku yer(tapi adela sikit2,da nama belog aku kan?)
ACHTUNG! ACHTUNG!
Misteri Video telah terungkai!! rupa2nya video tersebut kepunyaan rumetku a.k.a ecahcken dan video itu telah dirakam oleh bapanya ketika membersihkan pusara. dan kewujudan video itu telah dilakukan di bawah kawalan haku. hehe.
Puaka Video Klip Misteri Terbongkar!
Case Closed! :))))
----------------------------------------------
Terus terang aku cakap,aku cukup geli kalau tengok orang lain tangkap gambar syok sendiri pas2 senyum2(kira camwhoring la kan) pastuh letak caption "euwww sangat comel aku harini,mungkin ada jejaka hensem akan mendekatiku"->sila muntah sebanyak tujuh harkat!
ops! kalian jangan terasa kerana daku juga akan berketerampilan begitu dalam entri kali ini.
Saja je nak kongsi informasi. Mungkin dah basi kot.
Ok,(clear throat jap) ehem ehem!
Anda mempunyai MASALAH TUDUNG LENYEK atau MELEPET?
TENSION setiap kali lalu DEPAN CERMIN MESTI tengok KETAJAMAN tudung?
GERAM dengan tudung berGELORA?(ecah pinjam nama ko jap :p)
ANDA inginkan tudung anda BERDIRI MEGAH sentiasa?
aku ada jawapannya!(tajuk entry nak cam sayur je :p)
(ceh, intro cam mamat/apek jual suratkhabar xpon dalam iklan SMARTSHOP waktu zaman sekolah dulu2 bila balik dari sekolah sesi pagi. annoying kot. nak tengok kartun mak tukar channel SMARTSHOP. *ampun mak!*)
balik ke tajuk asal! T___T
mendalah ni penyelamatnya! :D(tolong abaikan meja aku yang bersepah ittew ok!)
(ok kalo yang dah tau awal2 tu sila jgn kutuk haku sebab haku baru je tau dalam bulan lepas :p)
Brand: Kiwi Kleen fabric starch
Harga: Around RM7.90 (rasanya)
Beli kat Mane: Supermarket la! Aku beli ni pon kat Mid je kot.
Memandangkan aku pengguna bendalah ni, aku rekemenla kat korang yang mementingkan PENAMPILAN especially gadis2 bertudung dan gemar memakai shawl. siyes berkesan! :D
Caranya:
1. Bukak Board Seterika.
2. Budget lipatan tudung dan anggar di belah mana tempat anda adjust tudung(area kepala&muka anda la sudah pasti kan)
3. Spray KIWI KLEEN FABRIC STARCH di tempat yang anda anggarkan.
4. Iron seperti biasa. tiada luar biasa akan berlaku ye.
5. Tadaaaa! Tudung tiba2 tegak sendiri di atas Board itu,ok tipu. :p Pastuh pakai tudung dan anda akan lihat hasilnya! :D
sangat berkesan atas tudung kain jojet,licin,dan especially kain shawl yang kita selalu pakai tuh. Masalah tiada lagi! :D (haha gila promote budget dpt royalti je :p)
ade gak produk cam gini selain daripada Kiwi Kleen ni tapi aku xberani la nak promote since aku baru je pakai yang ni.
XPERCAYA??
ni ha BUKTI
kan aku dah kata aku pun nak gak letak gambar perasan. ha nampak x? cool kan tudung tu pas menggunakan produk ittew? haha
euwww! tolong jgn gelak! :D :D
sekian! :) :)
5 comments:
Hai boleh personal text sye tak. Nk minta tolong beli bnde ni n pos. sye bank in duit. Ni no sye 0172603089
Me too, bole x bt pengeposan KiwiKleen Fabric Starch ni.. Dah merata cari.. Tapi xjumpa.. Ni no sy, bole wasap jew 017-6277881
kt mane ek awak beli ? sy cari kt mid xjumpe pun 😥
kt mne ek awak beli ? sy cari kt mid xjmpe pun �� harap membantu..
awak beli kt mid ? sy cari kt ctu xjmpe pun.. kt celah mane awak beli tu 😥
Post a Comment