Tuesday, June 22, 2010

Kempunan dehhh!!



Sebenarnya benda ni dah lama,tapi untuk memeriahkan belog disebabkan lama sangat dia ni diabaikan, aku update la cerita2 yang xberapa unnecessary nak diceritakan tapi nak juga diceritakan.(paham x?)

Oh ya, kehidupan selepas bekerjaya kini pada aku agak OK, on time 8.30 pagi,balik kol 5.30. tapi disebabkan malu nak balik awal sebab selalunya staff lama memang stay lambat,aku balik la dalam 5.45 ke, 6 ke,padahal dalam hati kalo bole nak balik on time jugak! :p

Biasala, dah nama baru nak berjinak2 dengan kerjaya. Walaupun pengalaman bekerja aku boleh dikatakan agak banyak,ye memang banyak, tetapi kebanyakannya kerja tidak professional iaitu kerja di Delifrance, GSC Times Square dan Borders. Dan kerjaya paling akademik bagi aku iaitu sebagai pelatih audit dalaman di UDA Holdings.

Dah2, lupakan seketika pasal kerja,stress dibuatnya! Baru-baru ini aku dan keluarga aku pergi berjalan-jalan di Putrajaya,saja-saja tiada kerja,dan waktu lalu ke kafe aku terjumpa ini;

iklan die cam cantek je air tu kan?


Yaaa cik adik cik abang cik kakak.. nama air ni 3 layer tea atau orang melayu panggil air 3 lapis.. setelah diamati dan dianalisis,

lapisan paling bawah ialah syrup@gula melaka@gula merah - yang ni paling manis
lapisan tengah ialah santan kelapa..ala,yang wat air cendol tu..
lapisan atas sekali ialah teh..

Jadi..siapa2 nak try kat rumah? heeee..

realitinya..

indah khabar dari rupa kah? (eh muka adik aku nyelit lak)

Sesungguhnya air ni xsedap dan xmanis langsung.. mamak tu xreti buat! Booooo! :p

Ok,tukar channel kejap.. sebenarnya TUJUAN UTAMA kami ke PUTRAJAYA adalah disebabkan abah TERINGIN sangat-sangat naik kapal persiaran kat Putrajaya tu.. namun terbantut apabila melihat ini;

poket kurang lebat!!*klik gambar ini,baru anda paham kenapa*

lalu kami balik,berlalu dengan sayu.. sobssss..kecewa!!

*bergambar kenangan* ^^,

Tolonglah kurangkan rate tersebut,kami xmampu! *nada sayu*kempunan mau naik!

pies: 3 hari cuti pada tarikh berlainan telah berjaya diapprove oleh bos. Syabas kepada diri sendiri! :D

2 comments:

6x6 said...

haha.. lawak gile air tue.. lain beno dgn gambar.. keh3..

asni said...

kesian ayah awak...nnti dah ada duit lebih...jgn lupa bawa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails