Assalamualaikum semua!
Hari ini 31 Disember merupakan hari terakhir pada tahun 2011. Seperti yang tahun-tahun sudah, ada jek azam akan diset padahal azam awal tahun haritu xjugak korang buat,ye dok?? (Aku pun same gak :p)
Bagi aku, 2011 penuh dengan suka dan duka. Itu aku la,tak tau la korang punya cmner kan? Tiba-tiba teringin nak share apa kenangan suka duka aku sepanjang 2011. Jom baca! :D
Antara kenangan paling best pernah aku lalui ialah aku dapat realisasikan ape aktiviti yang aku idamkan selama ni :-
Melancong ke Universal Studios Singapore.
Terima kasih kepada Encik Ej & kakak beliau yang banyak berjasa dalam perjalanan kami ke sana. Aku takkan lupa jasa korang! =)
Mendaki puncak Broga. Pun salah satu impian aku jugak, sebab aku ni jenis suka pergi merata tempat yang mencabar. Terima kasih kepada ex-colleaguemate AEON kerana berjaya membawa kami ke sini setelah beberapa kali asyik tertunda :D
Yang ni lagi BESTTTT! Menaiki ATV a.k.a All Terrain Vehicle. Serius best dan mencabar. Laluan hutan dia buat aku teringat kat aktiviti Ko-k kat Pusat Penyelidikan UM, Ulu Gombak tu. Terima kasih kepada Encik Syaaquan sebab menjadikan hajat saya menaiki bendalah ni tercapai! =)
Tapi ni tempat yg aku mengidam dr kecik lg nak sampai ke sana;
google
awak,kita kumpul duit sesama pergi sini eyh? eyh? :p
Dan yang paaaaaling best ialah.. aku telah menutup tirai 2011 ini dengan bekerja di tempat baru! Syukur Alhamdulillah dan terima kasih atas doa semua pihak yang tak putus-putus membantu & menaikkan semangat saya untuk mentransformkan diri ke tempat baru. Agak sedih untuk meninggalkan tempat yang byk berjasa,but what to do,i have to go for the sake of my own future. Got to go! ;)
~~~~~~~~~~~~~~~~
Tapi,takde yang buat aku lebih gembira iaitu aku dah jumpa "kegembiraan" aku yang sebenar. Terima kasih kepada kamu yang sudi teman saya di saat saya gembira mahupun duka teramat. U know who you are. Sayang kamu sgt. =) *malu*
Jadi,marilah kita meninggalkan tahun 2011 dengan kenangan manis dan mulakan 2012 dengan azam baru iaitu :
- Kerja keras untuk masa depan =)
- Kuruskan badan (xhabis2 azam ni,tahnye nak kurus aku pon xtahu.haha)
- Kumpul duit bebanyak (nak beli macam2)
- Membuat anjakan paradigma terbesar dalam hidup (jeng jeng jenggg!!)
Jadi, Selamat Datang Tahun 2012, Selamat Tinggal 2011. Semoga azam2 ni dpt dilaksanakan ye!
pi.es: Bab duka 2011? Xperlu nak bagitahu. Simpan dalam hati jela ye. Hehehehe.