Bila mood rajin datang menjengah, ini lah aktiviti aku, mengupdate blog dengan isu terbaru. Isu ke?
Kalini aku nak kupas isu makanan pula. Tak dinafikan memang blog ni asyik pasal makan. Sampai orang kata aku berisi la,tembam la,gemuk la. AAK?? (Ade Aku Kesah??)
Memandangkan esok puasa,malam ni TV3 akan menyiarkan secara langsung pakcik mohor besar mengumumkan esok raya puasa, meh baca cerita aku dulu. update waktu bulan puasa xmanis orang tgk. :p
Kami sedepartment telah merancang nak makan besar lepas dapat gaji bulan ni. Alhamdulillah seperti dirancang dan diidamkan,sampai juga kami di restoran ini. Restoran ini memang menghidangkan makanan Lebanon @ Arab. Camne rasanya ya? Selama ni makan Tarbush sedap gak.. Yang ni sedap x?
sibuk membelek majalah rupanya. ish ish
ha ni baru betul. belek menu
Pandangan dari atas. Oh ya, restoran ni dua tingkat ya =)
Tengah2 tu Juice Bar
Chandelier yang sangat WOW
Suasana di tingkat 2. feeling arab2 sikit
Lupa nak habaq ni restoran mana kan?
Al Rawsha ni bermaksud Batu. Memang hampir 100% binaan dia dari batu. Kayu adala sikit2. sebagai tiang seri menanti je =p
List harga. Tekan untuk lebih tumbesaran.
Tengok apa menu pilihan kami ;
Aku - Chicken Mandy : RM20.00
p.s: Bersama sambal belacan+yogurt(masam)
Komen: Sedap,tapi nasi banyak sangat.. Muak!
Adeq - Chicken Kebsa : RM 17.00
p.s: Bersama Kuah Dal
Komen: Lupa nak mintak komen.. Tp adeq kata kuah dal dia sedap. Dasar si sup-fetish. HUH! :p
Janeeta - Istanbul Kebab : RM20.00
p.s: Bersama garlic sos
Komen: Janeeta kata daging dia sedap,macam meatball punya rasa. Dan kenyang! Pita roti dia sangat tebal!
Kak Hamadah - Mansaf Al - Rawsha : RM22.00
p.s: Bersama yogurt(masam)
Komen: Nasi ini memang sedappppp. Tp xsesuai dimakan oleh orang yang mempunyai darah tinggi melambung.
Terkezut tak dengan harga dia? Kami pun terkezut. Tapi bila makanan dah sampai, tak terkezut. Nasi dia sangat banyak, boleh makan 2 orang.
Benarlah kata orang,makanan yang paling mahal tu lah paling sedap. Mansaf Al-Rawsha is the WINNER! Ada cebisan daging lembu digaul bersama nasi. Oh ya, mereka menggunakan beras Basmathi. So how dare u can say this nasi is very the mahal? Excuse my broken Manglish ya :p
Tuan tanah bersama makanan beliaw
Muka tekun nak membaham
Muka 'Sentap Hati Mak Nak'- makan tak habis,mengah!
Alhamdulillah, Al-Rawsha sediakan surau,cantik dan selesa, sampai ada orang sesat nak cari surau tu :p
Tiba2 mengenangkan keluarga di rumah makan beras wangi biasa je, rembat la nasi Mansaf Al-Rawsha sebungkus. *berpeluh keluarkan duit*
Nasi yang aku order tu pun tak habis, tapaw gak.
" Dik,tapowkan yogurt & sambal belacan sekali ye"
" Tapi kena caj RM3 ye kak"
*telan air liur*
"Xpela,cancel la dik"
info: Auditor memang berkira lebih2 lagi bab duit. duit sendiri je.duit orang lain xpe! :p :p
Sebelum balik, wajib posing dulu. Dengan topi tarbus! Baru la penyamun berbaju kurung tarbus! :p
Uncle tu kata ini digunakan untuk hidangkan kambing. ooooo...(buat mulut berbentuk O lagi)
Ini kedai jual baju. Buat duit betul..
Belum lagi puasa dah ada bufet dah.. Sesiapa berminat boleh reserve awal2. Dah tolong promote dah ni =D *nak komisen!*
Dua orang makhluk di hadapan restoran Al-Rawsha.. Besar gedabak macam Istana! =)
Oh ya, kalo nak tahu di mana sila google. Dekat dengan bulatan Kampung Pandan kalo nak ke Pandan Jaya. Betul2 tepi jalan jer.
Tamat sudah entri ini... Selamat Berpuasa semua! =)
Jom Terawih & Tadarus Al-Quran kawan2!! =)
2 comments:
cik epal pn bwt entri nie gak.. haha.. ak nk kena pegi nie mksdnya.. eh,adk keje JJ gak ke?
cik epal tiru aku..hahaha..
adik aku xkeje JJ,blaja lg..cuma dia part time kat Baskin Robbins JJ Maluri gak..heeee
Post a Comment