Hari nie merupakan hari kedua masuk bekerja di tempat baru. Maaf ler tak tersempat nak update pasal hari pertama kerja sebab balik jalan kaki,penat teramat sampai nak tatap PC pun macam xlalu.. Nilah penangan kalau dah lama xberjalan kaki jauh-jauh.. Manja sangat diri ni!
Cuma nk share 1 cerita yang menarik, oh ya bukan pasal kerja sebab kalau sebut pasal kerja mula lah urat kat tepi dahi ni naik stress,waktu pejabat sahaja leh bincang bukan di waktu lepas pejabat.. Hoho =p
Disebabkan peramah tak tentu hala aku ni,hari kedua pun leh jadi mesra alam kat staf yang masuk sebulan awal.. apa nak buat, gifted talent =p (bukan wanita yang melayan ramai lelaki macam didakwa Ustaz Azhar Idrus tu, peramah ada batasnya)
Tengah sibuk buat assignment untuk tugasan baru, senior (ya,tetap panggil senior walaupun dia baru masuk bulan 12) tiba-tiba bukak topik,
"Nanti dah nak kahwin buat la belanjawan macam ni"
Terkebil-kebil jap 10 saat. Dia pun tunjuk sesuatu kat PC dia,berupa jadual bulanan dari Januari hinggalah Disember bagi tahun 2012. Ohh, rupanya si senior ni nak kahwin dah, patotla dari tadi muka macam menahan kerut je, kerut sebab dah nak naik pelamin =p
Belek-belek, Jadual dalam excel format tu berwarna warni, siap ada peruntukan bersama (dia dan cik tunang) bagi bulan tertentu. Contohnya, bulan 1, nak saving RM1,500, tambah dengan cik tunang RM1,500 = RM 3,000. Kiranya ad kerjasama dari dua pihak dalam mengumpul duit bersama. Seems interesting.
Dalam kalendar bulanan pulak,ad bulan yang ditetapkan nak beli barang hantaran. Sempat jeling kejap, bulan Februari nak beli jam Hantaran, senior ambil Jam Tissot (fuhyoo) dan tunang beliau ambil Jam Guess (fuhyoo lagi). So budget memang kena adjust betul-betul kalau nak achieve target.
"Bila nak kahwin ni?" Senior mula tanya, sebab dia dah nampak wallpaper handphone ad wajah jejaka =p
" Tahun depan, InsyALLAH " sambil tersenyum. Bukan senyum konfiden, senyum bersyukur ada juga yang sudi walaupun rekod sebelum ni tak berapa nak 'cemerlang'.
Kalau sempat,nanti akan diupload camner rupa jadual belanjakawen yang dibuat oleh Senior tu. InsyALLAH.
------------------------------
Eh,lupa nak habaq mai, cek dah masuk pejabat baru semalam. So tugasan baru ceq;
Management Auditing
sesi otak terbakar dah bermula =_=''
2 comments:
harus, harus, harus sistematik..
bwt akaun bersama.. pehh! CIMB islamic tau.. dividen tggi.. :P
xnak la akaun bersama.. aku amik lgkah berjaga2..selagi xde ikatan sah selagi tu ak xkan combine pape ngan si dia.. pengalaman lalu mematangkan aku =) buat hal memasing sudah.. =D
Post a Comment