Assalamualaikum semua! Alang-alang tengah rajin ni, hani nak up lagi 1 entry. Nanti malam dah mula sibuk balik nak wat persiapan!
Wedding wishlist, pernah dengar? Selalu hani dgr wishing tree je, itu pun Krismas. Tapi hani bukan ikut budaya omputih ye, ini pun terpengaruh dengan rakan-rakan blogger yang lain.
Wedding wishlist ni actually banyak membantu kita sebagai Pengantin dan Tetamu yang nak bagi hadiah - sebabnya nak elakkan bagi hadiah yang sama, bagi hadiah yang pengantin xperlukan (padahal hadiah mestila bagi barang keperluan kan haisyy) ataupun hadiah idaman pengantin (wow!)
Actually sebelum majlis ni pun Hani dah banyak berhabis duit. Dan yang merisaukan ialah takde duit nak beli barang-barang keperluan lepas kahwin! Iyelah, nak prepare majlis sehari ni sakit kepala sampai berbulan-bulan, majlisnya 1 hari je pun, hadoi la..
Ok,stop bebel. Just straight to tajuk asal. Wedding wishlist hani (macam lah ade orang nak baca :P ok Hani pastikan semua orang baca entri ni :P) ialah :-
1. Barangan Perkakas Dapur
Nampak macam am sangat kan tajuk dia? Yelah, to be specific, hani kalau boleh nak diswashing rack xpun Set pisau atau sudu garfu (ewah banyak lak aku list kan ni :P)
2. Barangan Perkakas Memasak
Hani memang suka memasak kalau datang kerajinan. Apatah lagi kalau tengok blog masakan. Lagi best kalau dapat periuk nasi, kuali muali yang stainless steel (ewah!), senduk & sudip sekali. Kalau dapat set gas dapur lagi best! Ahaaaaa banyak cekadak si budak ni eh :p
3. Barangan Membakar
Dari masa bujang memang rumah tak pernah ada Oven. Sebabnya, parents hani xgemar memasak kek. Tapi anak dia pulak suka bereksperimen. Best jugak kalau dapat microwave oven kan? Nyehnyehnyeh
4. Cadar / Comforter
Selalu hani tgk gambar cadar tu mula la berangan-angan bilik macam gambar tu tapi hampeh je. Tapi memang peberet kalo katil hani yang QUEEN size ni bertukar-tukar baju.
5.Barangan Santai Hiburan Hujung Minggu di rumah
Incik bakal suami asyik cakap nak dvd bluray je, lagipun dia memang minat layan citer movie. Nak minta TV atau set home theatre memang melampau lampau la kannn :P
6. Pengisar Makanan a.k.a Blender
Ni wajib ada sebabnya, xlarat nak menumbuk pakai tangan kalo amaun bahan masakan tu banyak. Tapi kalo nak bagi lesung batu pon ok, buat sambal belacan je lah kan :p
7. Iron traveller @ Iron
Masa Hani keje AEON dulu, selalu usya kat bahagian iron tu, ada iron kecik boleh lipat untuk digunapakai masa outstation. Memandangkan hani & bakal suami ni kaki berjalan, sesuai kot pakai iron traveller. Pernah beli iron portable kat Mydeal tapi xboleh pakai pun :( Dia nak jugak iron gosok-gosok tu baru baju kemas & cantik (gediknyerrr :P)
8. Set gelas & Set pinggan mangkuk
Senang nak jamu tetamu makan nanti kan :P nak nak bila datang bulan Syawal taaaaaaak lamaaaaaaa lagi.
9. Jam Dinding berlagu merdu & riang
Hehe epic kan tajuk dia? Actually hani selalu bangun pakai alarm phone letak kat kepala.. macam tak elok je kan,pastu snooze je. Kalau ada jam berlagu ni boleh terus bangun tak payah snooze,ngeeee :P :P
10. Pembakar Ajaib
Ohhhhhhh ni hadiah yang paling kepinginnnn nak sangat. Yang palingg femes orang panggil tu AREIKAN kan? Nak grill pon senang. Handy pon handy.
Actually banyak lah jugak kan senarai, tapi setakat ni lah Hani bagi untuk rujukan kawan-kawan yang berhajat nak bagi hadiah nanti. Yang taknak bagi tu, bagi duit kocek untuk honeymoon kami pun jadik ler. Hahaha muka xmalu betol :P
7 hari lagi............................. dup dap..............................
2 comments:
hani!sy ada hadiah yg bkenaan wishlist hani tu.mmg nk bg pn.ble free?still dok ampang x?jom meet up eh.-aimi-
Yeke awak? Yup, sampai ari Selasa ni. Meh la jumpe~ waaaa dpt advance adiah ni, best2!! :P
Post a Comment