Sahaja aku update entri sia-sia ini pada masa bekerja tunai..
Kalau korang masih ingat lagi stori pasal aku hampir ditipu oleh makcik pemilik rumah sewa sebelum kawen tu, untuk makluman semua aku dah dapat rumah sewa yang lain.
Dan ofkos lah kadar nya jauh lagi mahal. Celah mana manusia hati baik sesuci ramadhan nak bagi sewa murah kat bumi Malaysia berdaerah KL ni? Cer cite kecuali rumah tu rumah mak apak korang atau sedara korang jangan nak gebang kat sini
Jangan risau, aku tidak ditipu, cuma lately aku rasa stress tahap gaban dengan lokasi rumah sewa aku duduk sekarang ni. Aku tinggal di daerah Puchong, dimana kalau sebut je PUCHONG - Oh tempat yang JAMMED tu eh?
Haah, memang jammed pun. Kepala hotak ni pon dah jammed dah.
Haah, memang jammed pun. Kepala hotak ni pon dah jammed dah.
Sejujurnya,aku rasa sedikit menyesal dengan keputusan aku nak duduk kat Puchong. Sebab apa?
Aku terpedaya dengan janji manis majikan aku dimana hampir setahun kecoh nak pindah PUTRAJAYA. Bila majlis aku dah pun selamat selesai, tak jadi pindah. So aku rasa sangat down dan bersalah dengan suami aku yang berkorban nak duduk situ jugak padahal kitorang boleh je duduk area Petaling Jaya tapi sebab dia utamakan jarak perjalanan kerja aku.
Hasilnya, ofis xjadi pindah, aku terpaksa menjalani kehidupan pergi kerja dalam keadaan stress merempuh jem! Malah, jarak perjalanan kerja suami aku jauh berkali ganda dekat berbanding aku, sejam perjalanan!
Nak pindah? Malang pak lebai, kontrak 2 tahun. Memang cepat tualah aku dalam tempoh 2 tahun ni!
Makanya aku sedang berusaha & berdoa agar aku dapat kerja yang MENJAMIN di kawasan berdekatan tempat tinggal aku. Lagi bagus kalau dapat Gomen dimana opis dia kat PUTRAJAYA.
Ataupun,aku berhenti jadi SURI RUMAH BERKELULUSAN IJAZAH.
Habis cerita.
Motif menaip? Saja nak release tension kat sini. Okbai!
Nanti2 jelah aku review vendor. Stress xhilang2 lagi nih.
2 comments:
assalam..Selamat Pengantin Baru =)
saya adalah silent reader, sebelum Sofahani kawen lagi. tapi dah lama dah tak buka ur blog
cadangan saya kalu nak online biz boleh start dengan jadi dropship agent dulu, tak perlu guna modal, just share tentang produk n ambil komisen. Selalunya dropship agent ni utk biz tudung atau mknn.
tapi kalau ada modal boleh try jadi agen supplement, sekarang kesedaran malaysian utk consume supplement sgt tinggi.
Jika berminat utk biz dan dpt bimbingan terus (utk yg nak berbisnes)boleh visit page saya.
Ni page biz saya:
www.facebook.com/bestbynature
(produk Treenea berasaskan minyak kelapa dara)
Utk tahu kelebihan minyak kelapa dara, boleh tgk kenyataan pakar2 kesihatan dan perubatan macam Dr Hamid Arshat. Atau boleh visit official page Treenea: www.facebook.com/Treenea
jangan stress2 okay :)
Post a Comment