Assalamualaikum semua! Semakin hari semakin hampir, dan semakin berdebor-debor rasanya.
13 Feb 2014 yang lepas, aku pergi untuk checkup sempena memasuki 25weeks. Macam tak caya je, dah 25 minggu!
Selalunya, appointment seawal pagi, la ni aku tukar waktu, minta petang. Seriussss tak ramai orang. Heaven, tak payah berebut cari seat nak duduk (itu belum lagi nengok bapak budak duduk selamber macam dia yang mengandung), so kesimpulannya aku xperlu menyumpah & membuat dosa kering di waktu pagi!
Appointment pukul 2 pm, kebetulan aku puasa dan tak perlu kelam kabut nak makan. Sampai je kat sana, siap lepak dalam kereta lagi. Klinik masih belum buka sebab diorang pun rehat.
ni lah klinik yang aku rajin kunjung tuh.
Dah buka je gate, aku terus meluru masuk. Dapat la no kedua terawal. Sempat la berfesbuk bagai sementara menunggu giliran.
Dan masa nombor dipanggil tu, aku dilayan oleh nurse yang lain. Cik ke puan, entahlah. Nama dia Rozana. Friendly & sentiasa senyum. Tak macam kunjungan aku sebelum-sebelum ni, muka serius, kalau tanya baru jawab, maybe sebab penat, so aku pun takde la nak minta dilayan macam VVIP khenn.
Check berat, check tekanan darah. Ujian air kencing tak boleh buat sebab takde bekalan air. Selamat tak perlu buat, aku xberapa gemar buat urine test sebab toilet dia sangat tak best. hehe.
Lepas tu, aku pergi scan baby pula. Alhamdulillah, scan kalini doktor kata xjumpa dah cyst (ketumbuhan) tuh. Digolek goleknya roller tu ke atas, bawah, kiri, kanan, dah tak jumpa. Baby sorok kot? =)
Cuma, yang sedihnya, uri masih lagi di bawah. Aku tak sempat tanya type berapa. Tapi agak down jugaklah masa dapat tahu tu. Sebab aku kepingin / berazam nak bersalin normal :(
Tapi doktor sedapkan hati aku, dia kata by 28 weeks mungkin akan naik. Ini kejadian normal, so tak perlu bimbang.
Taknak bimbang pun tak boleh jugak, sebab aku tak berapa happy lagi kalau uri tu masih di bawah.
Habis scan, masuk balik bilik nurse, jumpa nurse Rozana tu balik. Siap bagi pesanan, azamkan dalam hati nak menyusukan baby. Yep, itu memang niat aku. Insya Allah dipermudahkannnn.
Dibawanya aku ke makmal, dan aku diberi suntikan kancing gigi a.k.a Tetanus. Sepaham aku, suntikan ni berfungsi melindungi ibu-ibu saat melahirkan takut takut barang hospital tak steril akan bagi jangkitan kuman/bahayakan ibu.
Aku cuba berlagak tenang. Hulurkan lengan. Siap member dalam group cakap, buat rileks je lengan, confirm tak sakit.
Alhamdulillah tak rasa sakit sangat, mcm kena cubit. Drive pun mampu lagi. Cuma petang-petang dah mula rasa kebas, tidur pun tak leh menghimpit ke lengan yang kena suntik tu. Serius sakit :'(
Kebetulan pula, lepas habis inject tu, aku pun pergi la wat pemeriksaan gigi, dan memang kena buat pemeriksaan ye para-para ibu, gigi perlu dicheck. Masa 1st trimester aku pernah alami sakit gigi tahap gaban selama 5 hari, lepas tu lenyap dibawa angin lalu. Cuma masa doktor gigi tu check, dia nak scaling je la, dan ada 1 gigi tu patutnya kena cabut sebab dah tinggal separuh je, tapi aku fikir selagi gigi tu xsakitkan aku, aku biarkan je la. Sayang pula, dah la umur da lanjut, cabut gigi pula, jadi nek nek la pulak nanti. Hoho.
Dan alhamdulillah, servis di Klinik Gigi tu pun bagus, tak ramai orang (kebetulan sebab dah petang) dan pekerja dia semua baik - baik.
Alhamdulillah.
Hari tersebut rasa disayangi sangat.
Poyo!!
Hahaha, okbai & Assalamualaikum!