Friday, March 28, 2014

31 Weeks : Hati Sedih & Dilema

Assalamualaikum!

Ikutkan, banyak benda nak share. Tapi memandangkan sepanjang pregnancy ni ada je benda yang perlu difikirkan, hasrat nak share tu terbantut la gamaknyee. :(

Orang kata, ENJOY YOUR PREGNANCY!

Yes, memang aku enjoy pun, tapi dah mula risau, start scan baby masa minggu ke 18. Doktor scan kata uri di bawah.

Ok fine, masa tu xrisau lagi. Perjalanan masih panjang. Minta nasihat kawan-kawan, sujud lama-lama, sandar kaki ke atas rapat dinding, makan bendi. Dh buat.

Kemudian, dikejutkan pula dengan baby breech (songsang) masa scan 29weeks. Uri masih di bawah. Masa tu, perasaan Allah je lah yang tahu. Balik terus murung. Sampai rumah, nangis-nangis.

Mula lah menggoogle tips untuk baby songsang pula. Antaranya, sujud lama-lama, rebahkan diri bertentangan dengan posisi baby. Dah buat. Cangkung, pun dah buat. Cakap dengan baby? Hari-hari. Masa memandu, masa baring. Semua dah buat.

Semalam, check-up lagi. Doktor scan lagi. Alhamdulillah, baby dah berpusing ke bawah. Memang rasa bersyukur sangat! Malangnya, kawan baik si baby iaitu Miss Placenta tetap berada di bawah. Doktor kata maybe Placenta Previa type 2. Aku pun gugel lah ;



Type 1 - Low Lying = Uri berada di bahagian bawah rahim tetapi tidak berhubung dengan pintu serviks

Type 2 - Marginal = Uri berada di bahagian bawah rahim dan berada di pinggir pintu servik

Type 3 - Partial = Uri menutupi sebahagian pintu servik

Type 4 - Complete = Uri menutupi keseluruhan pintu servik

Masa kat Klinik Kesihatan tu, doktor assume aku punya PP type 2. Kawan-kawan yang berpengalaman kata, Type 2 masih ok lagi. Tapi masa doktor tu bagitahu, dia kata pada 31 weeks ni, agak susah nak naik kembali. Aku dah rasa down sangat-sangat. Siap bagitahu % harapan tu, 10% boleh naik.

Perasaan? Of course lah morale down habis. Walaupun disulami dengan berita gembira baby dah pusing, tapi uri tetap di bawah. Doktor siap pesan, jangan angkat benda berat, buat kerja berat. Nak kata benda berat yang aku angkat, takde lah pulak. Takkan la segelas air pun tak boleh angkat? T___T

Doktor dah bagi refer letter ke Hospital Ampang untuk set appointment supaya doktor leh diagnos & confirmkan which type Placenta Previa milikku.

Sekarang, tengah berkira-kira nak bedrest seminggu kat rumah. Taknak pergi opis, taknak fikir hal kerja. Isnin depan boss pulak last day sebab bersara, datang lah jugak. Bermula selasa lah kot nak mintak MC. Maaf geng carpool, kawan awak ni tengah lemah semangat sangat T___T


Usaha terakhir, doa,doa,doa. Pujuk baby sekerap mungkin. Harap-harap, naik lah ye!


Anak, kalau awak baca entry ni, hargailah ibumu ini ye.. kesian dia sepanjang mengandung duk risau je. 

Doakan saya ye kawan-kawan!

Ya Allah, permudahkanlah jalan untuk melahirkan zuriat kami. Amin :)

8 comments:

Princess Feyqa said...

Kak apa solution utk placenta previa ye? Bersabar kak insyaallah di permudahkan..

Honey Lalala said...

Solusi dia kalau di tahap akak ni kena banyak berdoa, sujud lama-lama & pujuk baby. Semoga keajaiban berlaku. Aaaamin =)

Unknown said...

semoga dipermudahkan..biasa baca pun orang suruh sujud lama2..semoga berkesan la...

Anonymous said...

Sujud lama2, light jogging or walking, then cakap dengan baby. InsyaAllah.


Liyana Anuar said...

moga semuanya dipermudahkan..ada jugak pernah terbaca pasal placenta previa ni..tp xpasti sangat infonya..

NurulAinEddihar said...

Assalamualaikum kak . datang singgah sini komen sambil follow . . akak cuba buat Dhuha, tahajjud dan istighfar bebanyak . mohon kepada Allah agar dimudahkan segala urusan . .

atau . .

in shaa Allah kita pun nak amalkan yang bawah ni ..



"jika seseorang perempuan yang bakal melahirkan anak ingin mengelak daripada kesusahan bersalin,hendaklah dia berpuasa 7hari,dan setiap hari ketika berbuka puasa ia membaca ketiga-tiga nama Allah Ya Khaliq,Ya Bari' dan Ya Musawwir sebanyak 21 kali , kemudian hendaklah dia menghembuskan ke dalam segelas air, kemudian dia berbuka puasa dengan air tersebut. Dengan demikian Allah akan memudahkan wanita itu bersalin"

in shaa Allah . Dia akan permudahakn segala urusan . sama-sama kita berusaha :)

ANIS SURYANIE said...

hye dear.. banyakkan bersabar ye.. anis faham perasaan tu.. hope semuanya selamat..

Syamimi Saad said...

sy scan masa 27week baby songsang. kpla kat atas sbb dia aktif.. uri elok kt atas. cuma risau klau dia x pusing je la..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails