Assalamualaikum!
Masih ingat entry yang aku tulis di mana aku menyuarakan kebimbangan tentang kehamilan aku, di saat minggu kehamilan ke 31, uri masih di bawah. Ingat? Tak ingat boleh tengok ENTRI INI
Tarikh entry tersebut, 28 March, hari JUMAAT. Masa tu, checkup di KK(Klinik Kesihatan), aku diberi surat refer letter ke HOSPITAL AMPANG untuk SCAN DETAIL mengenai kedudukan URI aku. Jadi, aku dapat appointment pada HARI ISNIN, 31 MARCH. Masa tu, memang hati tak tenang, mengadu kat suami. Yelah, uri di bawah, siapa tak risau. Masalah aku cuma itu je, yang lain semua Alhamdulillah OK.
Pada keesokan harinya, macam biasa pada hujung minggu kami berdua suami isteri memang akan balik ke rumah famili aku, yelah dah tinggal di rumah mertua, hujung minggu jelah masa untuk bersama famili aku pula, barulah adil & saksama kan?
Jumaat malam, sebelum berangkat, kami pergi UPTOWN SHAH ALAM, suami nak cari jersi tak silap. Jadi aku selaku isteri yang setia, mengikutlah suamiku bersama, jalan-jalan kat sana. Sampailah adik aku dapat tahu aku pergi UPTOWN, jadi janji kat bawa dia ke sana lagi (padahal tak sedar diri tu mak buyung kan?)
Esok, hari SABTU malam, pergi lagi. Teman adik cari jersi nak bercetakkan nama dia. Layankan jela. Padahal jalan dah makin lambat, masa tu rasa lenguh, mengah. 31 minggu kan, nak masuk 8 bulan lah kiranya. Peniaga kat situ pandang pelik dah, sarat pun sakan lagi jalan?
Ada aku kesah? Kehkeh..
Jadi Ahad kami pun balik lah ke rumah mertua balik. Yelah, Isnin nak kerja kan. Macam biasa, ibu mengandung tidur memang sangat tidak selesa. Baring kanan tak sedap, kiri tak sedap. Jadi memang aku suka tidur tak setempat.
ISNIN yang dijanjikan tu, aku pergi ke HOSPITAL AMPANG. Aku rasa keputusan refer ke HOSPITAL AMPANG adalah keputusan paling bodoh, sebab apa? Aku duduk di Shah Alam, kenapa tak minta rujuk Hospital Klang?? Aku pun blur..
Masa SCAN DETAIL, hati aku LULUH lagi. Doktor sahkan aku PP TYPE 4.
Ye, TYPE 4! Rujuk entri sebelum ni apa dia PP TYPE 4.
Hati sedih. Balik menangis-nangis sambil memandu. Aku telefon suami, nangis-nangis. Masa tu macam menyesal, kenapa lah aku sakan berjalan kalau dah tahu URI BAWAH? BODOHNYA AKU masa tu :(
Dan paling ralat, aku teringat kelmarin aku ter-berlari ke dapur sebab panaskan lauk lama sangat sampai naik kering periuk. Mungkin sebab tu lah dari PP Type 2 terus jadi Type 4. Memang CONFIRM kena bedah!
Doktor bagi surat rujukan, beralamatkan ke Hospital Pusrawi (asalnya nak bersalin di PUSRAWI). Doktor pesan, kalau ada pendarahan, terus bawa surat ni ke hospital. Tapi masa tu, memang sepanjang kehamilan tak pernah ada pendarahan.
Balik dengan hati yang resah, lepak je kat katil, malas nak buat apa-apa. Aku fikir, "Kena rehat ni. Aku taknak buat apa-apa lagi. Aku taknak masak. Aku taknak buat kerja apa-apa," Masa tu, baru lah nak fikir nak rehat. Sebelum ni aktif bukan main.
Dan malam tu, tidolah kami seperti biasa..
Pukul 4 a.m.. aku terbangun dari tidur. Aku rasa basah. Dalam hati fikir, eh? Aku terkencing ke? Jangan- jangan, air ketuban?? Tapi kenapa tak panas?
Aku pergi kat suis, buka lampu...
Ya Allah, DARAH!!!
Sambung pada next entry ye? To be continued...
3 comments:
assalamualaikum awak... penuh debaran sheila baca entri ni. cepat sambung lagi ya. sheila tak kerap berjalan, tapi hati ni risau gak sebab dua date dah dekat ni. Allahuakbar! doakan sheila dan baby ya. Semoga baby SS cepat membesar! comel tengok muka dia termenung tu ~~~
sambung cepat !!!!
Alhamdulillah... Hani dh selamat bersalin... Tahniah dear on your new baby born..
Post a Comment