Wednesday, November 25, 2015

Terbiar

Assalamualaikum semua!

Maaf la dah lama blog ni dikemaskini.

Sebenarnya macam - macam aku nak sembang, kongsi. Tapi masa menaip ni sangatlah terhad.

Dengan kerja di pejabat yang sangatlah infinity tak tahu bilanya nak habis.

Insya Allah kalau ada masa aku akan update juga k?

Latest news, aku tengah busy dengan assignment yang sangatlah havoc, bulan depan pula exam. Buku satu apa tak baca. Forum tak jawab.


Matilanak....




Thursday, July 9, 2015

Hobi Baru - Mengejus!

Assalamualaikum!

Dulu, hobi carry anak pakai carrier ergonomik. Sampai beli setiap jenis sebab nak merasa. Alhamdulillah dah jual balik sebab nak guna yang mana betul2 pakai je. (nanti akan kuupdate di entry lain)


Namun kini.. hobi baru. Yang mungkin tak bermusim. Sampai bila-bila kot?


Mengejus!




Jus Jambu Batu



Jus tembikai



Jus epal hijau + epal merah


Jus epal merah+pegaga+sawi

Jus ni bukan jus yang ditambah air ye, jus ni semua datang dari buah-buahan tu sendiri. Banyak kan dapat hasil? Kan best kalo kumpul stok susu banyak gilos macam ni.. :D


Tuesday, July 7, 2015

(REVIEW) Lacte Duet Bermasalah??

Assalamualaikum.. Ha.. kontroversi tak tajuk dia??

Biasalah.. sebut je masalah kemain laju orang semua nak tahu apa masalah polan si polan kan? Macam tu jugaklah dengan barang - barang..


Berikutan entry LACTE DUET PILIHANKU ni, ramai gak la bertanya mengenai pam ni. Almaklumlah tahun lepas tak banyak review lagi, sebab barang baru kan. Selalu orang suka rely kat barang yang well established macam MEDELA, AVENT sebab JENAMA dia dah lama..

Namun, aku ambil risiko! Sebabnya TUJUAN UTAMA aku ialah PAM MAMPU MILIK. 

Dan kebanyakan komen bertanya mengenai ke'BEST'an pam tersebut :


  • Salam sy nk tnye.. Sy pon berminat nk bli lacte.. Tp sy nk tnye.. Lacte ni bunyi die senyap cmne ye? Kalo sy pam dkt meja ofis, org dkt kiub sblah bole dgr ke?? Skang pam sy gune bsg sgt..


Okeh.. aku pengguna Lacte Duet ni nak dekat setahun lebih dah. So far memang senyap. Dan ya, aku memang pam di meja ofis (sejak ber-freemie ni), kalau cubicle yang rapat kecik kedekut tu dengar sikit2 jela, tapi xkuat! Bunyi brrrr.. (bergegar camtu je) tapi memang sangat minimum! Kat meja ofis aku kiri kanan lelaki, dah lali dengar bergegar halus tu. Sebab ianya tak annoying.
Tips: Nak elak bunyi bising, letak pam atas bantal. cover di atas dengan kain pape yang tebal & cushy. Macam ni ha.



  • As salam sis..nak tnya..lacte duet ni byk x part yg kena basuh?


Sebut pasal part ni. Kalau dibandingkan antara FREEMIE dan part HORN LACTE, HORN LACTE lagi banyak. Banyak pun takde banyak mana, just corong, salur susu, valve, botol. Cuma ekstra sebab dia ada silikon. Itu je. Tapi senang basuh. Banyak tu normal sebab ianya DOUBLE pump. So DOUBLE barang dia. Kalau beli freemie, memang xbanyak. Sikit je nak basuh. Itupun malas gak nak basuh. Huihui



  • Sakit x guna freemie ni sis? Ke ala2 lacte?


Bagi aku, tak sakit. Sama je macam pakai lacte. Beza cuma tak pakai horn dah. Senang. Cuma sangkut je cup tu dalam bra. Masukkan tube. Setel. Nak berjalan ke, nak memasak ke, boleh. Aku siap berlari-lari sambil ber-FREEMIE. cuma lari manja je la karang tumpah plak. Takde masalah.


Dan soalan - soalan lain seperti ...


  • Tak leceh ke powerbank besar gedabak tu?
  • Nak beli kat mana? Berapa harga?

Powerbank tu actually pinjam dari abah aku, ikutkan dari HQ GMTA kata powerbank setakat 8400 maH pun boleh guna. Tak perlu sampai 10000 maH. So beli je Powerbank comel kecil tu. Memang compatible dengan Lacte nih. 


so FAR takde masalah bagi aku pam LACTE DUET ni. Kita sebagai pengguna kena jadi kreatif dalam menyelesaikan masalah ni. Mana-mana BP ada masalah. Takde yang perfect tip top. So far LACTE pernah juga la rosak (sebab salah aku) sekali dan berjaya repair dalam tempoh waranti. Kalau nak cepat lagi elok pergi je kat HQ dia sendiri di Kinrara tu, setengah jam je dia repair. Kalau pos boleh, cuma bagi yang takde BP spare kesian gak la...

Nak beli? Boleh contact daku ye, xpun drop comments & details nanti ceq balaskan yea..  so far harga tak jauh beza.. naik sikit maybe sebab GST tapiiiii


FREE SHIPPING OKAY! :D


Apa- apa boleh emel ye? sofahani87@gmail.com atau hubungi Telegram @sofahani




Wednesday, June 17, 2015

Me'nate Steak Hub Belanja Kami Makan Signature Steak - Wagyu Tenderloin!


Me'nate Steak Hub. Ada sesiapa pernah dengar? Familiar tak?

Me'nate Steak Hub ni pernah popular dengan cerita kontroversi yang tidak diundang - mengenai bil nya yang bernilai RM9,388.50 (link)

Punyalah viral kes ni dan berbagai - bagai respon dari pelbagai peringkat & lapisan masyarakat masa tu. Dan sudahnya, Me'nate semakin terkenal secara tidak langsung!

Tempohari, instagram @menatesteakhub ada buat contest follow, tag & win. Terus terang aku xpernah pergi me'nate. Faktornya adalah lokasi. Sebab aku duduk kat kawasan Puchong, jadi bagi aku agak jauh nak ke sana. Kecuali korang penggemar daging tegar!

Tapiiii, encik suami ada bagitahu hasrat nak ke sana - belanja kami sekeluarga makan kat me'nate. Itupun sebab kawan baik dia dah pergi & melambung - lambung jugalah pujian dari member dia tu. Apelagi, berkobar-kobar la nak pi!

Dan kebetulan contest tu dah tamat, dan tup-tup nama aku terpilih! Alhamdulillah.. Tak sempat suami nak belanja, dah terpilih (tapi encik suami kena belanja juga, tak kira haha)

Pemenang akan dapat menikmati signature steak yang dimasak khas oleh pemilik me'nate tu sendiri. Wow, kalau nak tahu, pemiliknya Haji Mustaffa ni pernah bekerja di Istana Buckingham okeh! Bukan senang nak merasa air tangan pemilik sendiri yang masak. Nak-nak dah ada 3 cawangan.

Seperti yang dijanjikan, masa yang ditetapkan ialah pada hari Selasa, 16 June 2015 di Me'nate cawangan Setapak. So far, cawangan Setapak merupakan cawangan yang terbesar setakat ni.

Punyalah kami laki bini teruja, siap minta half day, pulang awal sebab nak bertolak dari Puchong, pada hari bekerja pula tu. Memang mencabar!

Gerak dari pukul 6.30 petang, acara start 8.30 malam. Nampak tak kegigihan di situ? Sebab nak elak jem punya pasal.

Tup-tup, sampai dalam pukul 8.00 malam. Sempat la juga solat dalam restoran ni. Surau besar, tandas pun bersih :)






Mula-mula, kami sangka mungkin setakat makan - makan biasa je. Sampai encik suami cakap, mungkin makan steak biasa je kut. yela taknak menaruh harapan sangat. Lagipun kami tahu daging wagyu tu bukan murah tau.

Macam tak sangka siap ada banner ni. Besar kot banner ni. Wah, terasa istimewa sangat. Kuikui.



Sementara menunggu pemenang yang lain. Ingatkan kami yang lambat, rupanya kami terdatang awal!
Lepak-lepak di meja dulu. Safiyah Sofia ni pantang tengok tempat luas semacam, tak boleh duduk diam!

Pemenang seramai 7 orang. Dan dibenarkan bawa bersama 1 rakan. Jadi encik suami lah peneman pada hari itu. Agak dalam 10 minit kemudian, datang yang lain.



Entree - dihidangkan creamy mushroom soup. 1st time hirup sup cendawan selepas 1 tahun 2 bulan melahirkan. Rasa dia.. memang sedap & lemak berkrim. Garlic bread tu kalau makan saja pun dah enak!

Kebetulan ada pemenang yang lain masih belum tiba sebab terperangkap dalam kesesakan, sempat la bersembang dengan pekerja menate yang peramah amat tu. Dan salah seorangnya adalah anak Haji Mustaffa tu sendiri.

 

Makanan anak jangan dilupa. 

Bubur stok ayam + bone broth stock. Campak-campak dalam slow cooker, siap!

Tengah enak bersembang, tiba-tiba datang kelibat seseorang yang kami kenal. Haji Mustaffa tu sendiri yang datang ke arah kami! Punya la peramah, siap datang bersalaman (patutnya kitorang yang pi kat dia). Memang merendah diri sungguh. Tak nampak macam dia ni orang ada-ada. Sempoi je.



Rupa-rupanya dia datang sebab nak ucap tahniah kat kami. Dan sambil tu dia bagitahu yang Signature Steak tu dia yang masak sendiri khas untuk kami.

Guess what??


Wagyu Tenderloin.

Sekeping tu je dah RM250. Steak paling mahal aku pernah rasa.

Paling mahal pun Tony Ramas Romas. Tu pun tak mencecah harga Wagyu ni tau!



 Tadaaaaaaaa..!!



Kasi close up sikit. Tengok merah-merah tu. Jus wagyu tu. Dimasak medium rare. (Sila lap air liur anda ye)

Aku masukkan sepotong ke dalam mulut. Pergh... rasa dia.. bak kata Haji Mustaffa, cara makan wagyu ni, masuk je dalam mulut, gigit, kemam dalam mulut kejap. Terasa jus-jus wagyu tu melalui celah-celah gigi lalu masuk ke dalam tekak. Daging dia.. lembutnya.. siapa yang biasa makan steak memang dapat rasa beza dia. 

So far, daging ni memang dimasak to perfectionist. Bak kata chef Manu & Pete dari My Kitchen Rule, cook perfectly. Kacang buncis tu memang manis.. terasa kesegaran dia. Mash potato memang sedap. Gravy dia a bit masin tapi masih kena dengan tekakku ini. 

Kalau bagi markah ala-ala My Kitchen Rules, aku bagi 9.5 out of 10.



Sambil makan tu sambil dengar Haji Mustaffa bercerita. Dari awal pembabitan kerjaya, keluarga, jenis daging dan macam-macam lah! 

Yang paling best, dia cakap masakan mak adalah terbaik. Disebabkan dia teringin nak makan telur goreng yang dimasak oleh maknya, dia sanggup terbang dari UK ke Malaysia. So imagine... T__T


Disebabkan si kecik bucuk Safiyah Sofia tidak dapat duduk diam walau sesaat pun, maka kami telah berkeputusan minta diri dulu. Rasa bersalah giler sebab minta diri tapi anakku tidak betah duduk diam.

Kesian encik suami kena makan stik sambil pangku anak. Haha daddy's little gelpren katakannn. Tapi sebelum ni ok ok je dia duduk kat kerusi baby. Harini je tantrum semacam. Mungkin dia saja nak suruh abi dia belanja kat sini lagi? Hint barangkali? Wakakaka~



lihat betapa stressnya si bapa memangku anak. Nak makan pun xsenang katanya -_-


Sebelum minta diri, ambil gambar kenangan bersama banner dulu >.<


Masa kami turun nak pulang tu, sempat la juga usya dedaging di bawah tu. Oh ya, daging matsuzaka adalah daging yang paling bagus dan lebih lebih bagus dari Wagyu. Dan harga dia minimum je dah RM1k++. (Sila nanges)

Yang merah2 tu daging biasa. Yang putih banyak lemak tu daging matsuzaka.

Nama daging ni matsuzaka bukan sebab dia adalah brand jepun ye, tapi daging ni adalah lembu yang dikacuk (aku lupa lembu apa) & lembu ni disembelih tanpa rasa stress. Dan yang mencipta resipi daging kacuk tersedap ni adalah Dr. Matsuzaka. Haaaa lebih kurang tulah yang diceritakan kepada kami. Boleh kata lembu-lembu ni manja la! Sebelum mati pun dia kasi manja dulu. Wahahaha~


sementara tu mak & anak posing dulu~ kasi chan aaaaa~




Suasana di kedai tersebut..



Maka.. berakhirlah sesi makan kami di Me'nate Steak Hub!

Aku & suami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua tenaga kerja Me'nate Steak Hub Setapak terutamanya Haji Mustaffa kerana berhempas pulas menjayakan sesi makan bersama pemenang contest ini pada haritu. Terima kasih belanja kami.. Lain kali nak lagi. Hihihi :P

Sangat berpuas hati dengan layanan yang mesra & best itu. Air minuman pun free flow & boleh tambah sesuka hati. Semoga Allah pertambahkan & limpahkan rezeki yang banyak kepada restoran Me'nate.

Oh ya, sebelum menutup tirai, Me'nate ada buat promo untuk buffet & hidangan berbuka serendah RM75.00. Boleh check instagram & facebook Me'nate dengan lebih lanjut!


Salam Ramadhan & Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam esok..



Yeay~ Balik kerja awal!! =D =D

Tuesday, June 16, 2015

Carpool : Idea Bijak atau Merugikan?

Assalamualaikum!

Pernah tak dengar istilah carpool? Tak pernah?

Kongsi kereta? Bukan beli kereta kongsi bayar ye.

Carpool a.k.a Kongsi kereta bermaksud menaiki kereta secara berkongsi untuk ke 1 destinasi yang sama. 




Apa kelebihan carpool ni?


  • Menjimatkan wang - Boleh kongsi belanja petrol dan tol
  • Boleh rehat memandu - Kalau 2 orang carpool, 2 kali sebulan je drive. Kan jimat perbatuan?
  • Ada teman sembang - Selalunya carpool ni bagi orang yang duduk jauh, keboringan dan kebosanan g keje sampai tahap mengantuk. Dengan adanya co-pilot di sebelah, boleh la hilangkan mengantuk!

Apa kekurangan carpool ni pula?

  • Tepati masa - bila dah berjanji bercarpool tu, kena ikut timing si pemandu tu. Jangan semedang je lewat, lewat setengah jam pula tu. Mau kena tinggal. Haha
  • Balik xberapa on time - kalau member terpaksa balik lewat, kena la tunggu. Tapi kat sini selalu semua balik on time. Kalau member department yang memanjang meeting. Nangis jugak lah. haha
  • Co-pilot tido - Haaaa. Bila co-pilot tido, mati kutu la member yang memandu tu. Tau2 bangun dah sampai destinasi. hahaha.
Ada banyak lagi, tapi malas nak fikir. Cukup la bagi 3 point kat setiap kelebihan dan kekurangan.


Namun............... harus diingat!

Nak bercarpool ni ada syarat! Wah, carpool je pun, bersyarat bagai??

  1. Lokasi - Selalunya orang yang bercarpool ni sebab lokasi dia berdekatan. Jangan ko duk Puchong, member duk Shah Alam nak bercarpool. Tak berbaloi. Melainkan 1 kawasan, anda park di 1 tempat yang sama, dan terus bertolak ke destinasi.
  2. Jangan berkira - Tak kisahlah korang ni jenis nak jaga rekod kedatangan ke pejabat tanpa ada rekod cuti, sampaikan Annual Leave, Emergency Leave, MC pun tak nak ambil. Tapi bila bercarpool ni kena bertolak ansur. Katakanlah minggu ni turn si A. Tapi pada hari Rabu, dia MC sebab tak sihat or anak dia sakit. Of course la korang kena drive sendiri kan? Tapi selalunya style aku, kalau aku ada cuti / lompong pada minggu tu, aku akan ganti pada minggu seterusnya. 
  3. Hati kental - biasalah, bila bercarpool ni, xsemua orang sama. Ada yang stok suka datang awal seawal alam, ada yang suka datang on time. Ada yang datang lmbt sikit. So, kita kena terima kelebihan & kekurangan orang tu. Kena ambil kira faktor kenapa dia lewat, mungkin anak merengek ke, kunci tertinggal ke. Jangan bila member tu lambat, tarik muka macam dia curi duit simpanan ko!
  4. Ada group whatsApp - Ye, group WhatsApp sangat berguna jika anda bercarpool. Kalau lebih 2 orang la. Kalau setakat 2 orang, tak payah. Buang masa je syok sendiri. Hahaha.
  5. Sekepala - Ye, ni lah salah 1 faktor penting dalam bercarpool. Kena sekepala. Kalau xberapa kenal boleh je berkenalan. Kan ke seronok bila dah kenal boleh bersembang-sembang. Karang xsekepala, bunyi cengkerik je dalam kereta tu. Haruuuu. Haha.
  6. Halaju Munasabah - Mungkin anda pemandu berhemah, bawa 60 km/j , tapi yang member ni memanjang lane kanan 120 km/j. Sila bawa berbincang, sebab ni melibatkan nyawa orang lain. Nak race, pergi race sorang2 yek. Haha.
  7. Terima seadanya - Kalau anda ni jenis redha & terima seadanya pemandu lain memotong & mencucuk angin, mungkin tidak pada member 1 lagi. Biasanya, adalah perkara normal kalau kita terasa marah / berapi bila dipotong semasa memandu sampai tahap mengeluarkan amarah semasa memandu. Rileks, perkara ini normal. Terutamanya di Kuala Lumpur & bandar-bandar sibuk. Semua nak cepat.


Pengalaman ber-carpool
Aku pun bercarpool juga. Dan sepanjang pengalaman aku bercarpool, terselit kenangan manis & pahitnya. Kenangan manis bila dapat bersembang, luahkan masalah kerja & berkongsi cerita sambil memandu. Perjalanan jauh terasa dekat je sebab masa dimanfaatkan sepenuhnya.


Tapi, pengalaman pahit aku adalah bilamana member se-carpool tidak boleh menerima kekurangan aku dan paling pedih bila dicanang kekuranganku kepada semua rakan pejabat. Tu lah risiko bila ber-carpool. Bila rasa dah tak suka, menyampah, dicanang segala serba serbi buruk kawan selama ni kat orang lain. Kan tak memasal boleh meruntuhkan hubungan?

Tapi, alhamdulillah, team carpool aku yang lagi 1 sangat supportive. Tak pernah merungut @ memburukkan orang lain sebab masing - masing ada kelemahan & tak sesempurna mana. Dan yang penting, jenis cakap terus terang! Kalau lambat tu, memang tegur direct "Kau lambat apesal? Kan dah jemmm," marah time tu je lepas tu ok dah, takde nak ambil hati sangat :D

Papepun, past is past. Kenangan hitam tu dah berlalu, lenyap sudah. Cuma entry ni aku upkan atas rasa nak memberi peringatan kepada pembaca yang lain supaya berhati - hati & pilih teman carpool dengan bijak!

Bak kata pepatah, tak guna jimat tapi stress. Biar jimat & senang hati. Itu yang terbaik!



Jadi.. anda pilih mana 1. Idea bijak atau merugikan??

Thursday, June 11, 2015

Safiyah Sofia : Ulang Tahun Yang Pertama!

Assalamualaikum!

Agak lama blog bersawang. Asal update je duk kemas sawang blog je kejenya. 

Rasa rugi sangat tak update pasal anak, xtahu nak mula dari mana. Kalau update kat rumah, busy melayan si kecik tu. So masa di pejabat je la aku gunakan (sekejap je) untuk update belog. Sambil kerja dah siap tu, bolehla update!

Ikutkan Safiyah Sofia sudahpun menginjak umur 1 tahun pada 8 April tempohari. Tapi disebabkan nak semua ahli keluarga berkumpul beramai-ramai maka ditunda ke tarikh lain yang sesuai.

Untung betul jadi si kecik ni, mentang-mentang dia cucu pertama di kedua belah pihak, perhatian memang banyak kepada dia je. Tak pe, kita kasi chan dulu. Nanti kalau adik yang lain menyusul, xmerasa lah.. hehe!



Lokasi sambutan ni di rumah family ku. (daku belum berumah lagi uhuk uhuk) dan antara menu-menu yang menjadi pilihan hati ialah:-

  1. Nasi ayam
  2. Ayam goreng Ahmad
  3. Mee bandung 
  4. Buah-buahan 
Selebihnya disponsor oleh nenek & atuk Sofia. Bagus juga kumpul reramai ni so memang ramai yang menolong kat dapur. Yang betul-betul aku buat memang nasi ayam lah. Mee bandung just guna perencah Adamie je. Tapi memang sedap sungguh tak tipu! Ayam goreng Ahmad tu memang dah macam ayam KFC di kawasan perumahan kami ni ha. Murah, sedap & halal!

Plan asal nak buat kek buah untuk Sofia. Dengan harapan tak perlu beli kek kat kedai kek sebab Sofia masih lagi baby, bawah 2 tahun. So rules no sugar no salt tu masih ada. Tapiiii. Nan hado je la. Hemaknye pemalas nau. 

Ni antara kek yang diangankan tu;






Memang kebanyakan guna tembikai untuk buat body kek tu. Terasa macam healthy sangat kalau buat kek ni. Tapi nan hadooo. Ummi is malas. :(


End up kek ni je la. Ini pun encik husband taja. Anak murid yang buatkan katanya. Yang kek coklat ni, pakcik Sofia belanja. Terimakasih pakcik Adam!

Tetamu pun tak ramai kami jemput. Setakat jiran 2, 3 orang, family belah encik suami & famili aku je. Sedara mara pun xjemput sebab buat sambutan kecil-kecilan je. Segan nak menjemput. 


Kepada anakandaku Safiyah Sofia, selamat ulangtahun ya. Semoga Allah lanjutkan pinjaman yang sementara ini untuk menjagamu & mendidikmu sehingga berjaya. Amin.

p.s abaikan gambar itu. Kt desktop dah rotate tah kenapa kat sini senget balik. Senget betol blogger ni!



Tuesday, March 17, 2015

Biskut Teething Homemade Untuk Baby - Mari Membiskut!

Assalamualaikum!

Korang pernah tak suatu masa dahulu tak reti buat sebilangan tugas, tup tup belajar sendiri eh aku berjaya buat sambil puji diri hebat? Aku pun macam tu.

Bayangkanlah dari tak pernah buat biskut raya boleh reti buat biskut bayi. Ok, biskut anak. Tsk

Ikutkan aku ni bukanlah baking person, malah sedari kecil memang oven kat rumah sekadar perhiasan sebab dah lama rosak. Jadi masa kenduri kahwin dapat pula hadiah oven pembakar, teruja jugak. Tapi tak tahu nak bakar apa masa tu. Paling hebat pun buat cheesekut. Itupun xperlu beroven bagai.

Jadi bila dah pegang takhta mak - mak ni, belajar itu ini, mula lah meluap2 nak buat sesuatu untuk si kecik ni. Sofia dah 11 bulan dan tiba masanya untuk dia makan benda selain bubur. Jadi aku cuba jaya la membuat biskut gigit untuk dia. Padahal gigi pun tarak. 





Maka berbekalkan oven hadiah kahwin jenama Pensonic aku pun mulalah mengorak langkah menjadi pembakar biskut yang berjaya. Kelasss kan. 

Mula-mula cari bahan asas. Since mak Safiyah Sofia ni jenis poyo / paranoid tak bagi anak makan makanan bergaram bergula buat masa ni, maka tepung atta yang dikira selamat menjadi pilihan. Oh ya, tepung atta ni anda boleh cari di mana-mana supermarket ya. Brand baba's pun ada. 



Percubaan pertama aku mulakan dengan buat roti keras. Sapu unsalted butter kemudian bakar. FAILED. Roti hangus keras kejung. Fine, mak dia memang tak reti baking. Tapi itu tidak bermakna aku akan menggantung apron aku sebegitu sahaja ya. Muahahahaa. Kucuba pula dengan pembuatan biskut.

ni rupa biskut selepas diacu. gigih beli cookie cutter kat Daiso bentuk gingerbread. Yang memanjang ada garis2 tu guna garfu jer.


Hasilnya. Nampak ada yang hitam? 


Sebenarnya percubaan pertama aku lupa nak snap. Hitam legam hoi. Dah macam biskut arang aku tengok. Kesian pulak aku nak bagi anak aku makan biskut legam gitu. 


Sebelum Safiyah Sofia rasa, memang aku la yang rasa dulu. Agak ketepungan & kurang manis. So aku agak perisa kurang banyak aku sumbangkan ke dalam acuan.



Minggu berikutnya, aku cuba jaya lagi. Dan Alhamdulillah menjadi!

Nampak tak ada pembaharuan? Siap ada bentuk dan lubang - lubang okeh!

Aku buat uji rasa. YES!! ada peningkatan. Dan aku bagi encik suami rasa, dia pun suka.


#babySS pun suka. Ummi laaaaagi berganda suka. Ngeeeeee





Tengok. Muka budak kecik makan pastu nak sedekah sikit kat ummi dia. Dasar pemurah hati macam ummi kan kan kan?


Nak resipi?


Biskut teething homemade perisa kurma & kismis

Bahan - bahan

Tepung Atta - 2 cawan
Tepung Jagung - 1 cawan
Tepung Kastard - 1 sudu
Cream Cheese
1 cawan unsalted butter
Esen vanilla
Puree buah 1 cawan - aku amik puree kurma & kismis sebab manis semulajadi


Pukul butter sampai kembang sekembang alam. Masukkan cream cheese, pukul sampai sebati jugak.

Kemudian masukkan esen vanilla, puree buah , tepung jagung & tepung kastard & gaul hingga sebati. 

Masukkan tepung atta ke dalam adunan, uli & gaul sampai padat & kenyal

Bentukkan acuan mengikut suka anda. pakai cookie cutter pun bole. Garfu pon boleh. Ikot daya kreativiti anda.

Preheat oven 150 darjah (kepanasan atas bawah). Masukkan selama 20 minit. Adjust takut terlebih bakar.



Biskut ni tak mudah pecah kalau pandai ejas sukatan. So far biskut Sofia xsenang pecah =)



Kalau dah cuba bagitahu la ye apa rasa dia!

Saturday, March 14, 2015

Klinik Gigi Mesra Alam : The Dentist Hub


Assalamualaikum semua!

Dah lama tak up post, dan kalini kembali dengan post review.

Harini kami sekeluarga (padahal 3 orang jerrr kot) pergi ke klinik gigi. Almaklumlah gigi dah berkarat barat, kekunun nak scaling la kan.

Sebenarnya ikutkan dah lama dah planning nak scaling ni, dari tahun lepas lagi. Tapi tak terbuat - buat sebab tak sempat. Setiap kali balik Shah Alam (rumah mertua) jer, mesti teringat nak buat, tapi tak jugak telefon & buat appointment.

Kemudian nak dijadikan cerita, pada beberapa minggu lepas kami pergi ke Grand Opening Fiska Shah Alam (akan ku up entry lain), masa nak naik lif tu, ternampak la iklan The Dentist Hub kat tepi pintu lif tu. Encik suami pun ajak la naik tengok.

Masa kami naik tu dah petang, kebetulan tak ramai orang. Kami pun masuk. Sembang sebaris dua kejap.

Rupanya klinik gigi ni baru je buka, jadi dia belum ada credit card merchant, cash basis lagi. Sambil tu isi maklumat dalam kad gigi, set appointment dan balik.



Tiba hari appontment, kami datang. Pukul 12 janji, 12.09 sampai. Dasarrrr janji melayu tul :P


Klinik ni berkonsepkan santai, butik & artistik. Tiada bau ubat gigi sepertimana klinik-klinik gigi tipikal yang biasa aku pernah pergi. 

Siap ada sudut membaca - sekali lagi, bukan buku / majalah tipikal seperti majalah wanita, elle dan seangkatan ye, majalah kisah-kisah nabi, pahlawan zaman kegemilangan Khalifah Islam.

Tak dilupa juga, sudut bayi bermain. 

Biar gambar yang berbicara. You decide. Chewah! :P






Sempat bergambar berlatarbelakangkan grafiti The Dentist Hub

Ini hanyalah lakonan semata-mata. #babySS pun pandai berlakon!

Encik Suami teruja bila buku permainan kegemarannya, LEGO ada di sini. 

Belakang tu ruang santai tengok TV. Betul-betul rasa macam di rumah sendiri.
 
Sebenarnya dia nak ke plug belah kiri tu. Haih tak paham sungguh ummi dengan awak ni T_T

Tiada momokan momokan yang menakutkan sementara menunggu giliran doktor panggil. Sempat menyusukan #babySS sambil tengok TV. 

Ni kaunter. Siap ada miniatur watak-watak superhero lagi untuk tatapan

Santai tengok TV rancangan Kalau Dah Jodoh- Ustaz Kazim Elias
Mula-mula, encik suami yang dipanggil. So sempat la lepak santai main dengan si kenit ni. Lupa, ada playard untuk kanak-kanak, sempat la bagi #babySS main gelungsur dua tiga kali. Teruja sungguh dia. Haha

Kemudian, turn aku pula. Sebenarnya, boleh request doktor perempuan, tapi disebabkan encik suami tukar appointment lebih awal, dia lupa nak ingatkan balik. Jadi aku pun OK je la dengan doktor lelaki. (Sebenarnya aku segan doktor lelaki tengok karat-karat kat gigi aku ni, hahaha)


Masa scaling tu, pergh. Ngilu wei. Kalau korang pernah pergi klinik gigi mesti la rasa benda yang sama kan? Tutup mata jek laaaa buat2 kool padahal ngilu kaki terangkat-angkat. kehkeh!


Selesai sudah, masa untuk membayar.


Encik suami buat scaling dan tampal gigi, aku pula scaling sahaja.


Oh ya, scaling ni dia sekali dengan polishkan gigi. 1st time gigi kena polish so agak jakun di situ. 


Caj dikenakan;

Encik suami - Scaling RM100.00, Tampal RM130.00

Aku - Scaling RM90.00





Suami - Kenapa ayang punya murah?

Aku - Sebab gigi ayang ni tak complicated macam gigi abang :P

Suami - Sampai hatiiiii T___________T



So far, layanan OK, mesra pelanggan. Oh ya, masa kami datang tu, kami berdua je yang ada. Memang cepat dan tak lama menunggu. Kalau menunggu pun tak kisah, leh layan TV, main dengan anak. Hehe.


Recommended sebab klinik gigi ni lain dari yang lain. Insya Allah, plan nak tampal gigi kat situ jugak, tapi next year la sebab peruntukan dah habis :D
Doktor pun ok, mesra & lemah lembut, tak garang & tak stress. Boleh buat sembang :D

Sesiapa yang berminat, boleh la hubungi mereka. Warga Shah Alam berdekatan dipersilakan :) :) :)

instagram - thedentisthub

Lokasi - Tingkat 2, satu bangunan dengan Fiska Shah Alam, Alam Avenue 2, Shah Alam. 

Kalau tak tahu apa tu Fiska Shah Alam, boleh tengok instagram fiskashahalam. Butik blogger terkenal Irine Nadia Marcello, bangunan satu kawasan dengan butik SBU (Sincerlybyus) dan AbstraxJingga.


Hingga ketemu lagi! Assalamualaikum.

*Ini bukan review berbayar, review ikhlas dari hati*




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails