Friday, April 21, 2017

Fitness Tracker Murah Ala FitBit


Assalamualaikum Korang!

Sementara nak kumpul bahan untuk cerita Rumahku Syurgaku Part III, aku nak share satu benda yang best ni. Rugi tak share rasanya kalo pakai benda ni sensorang. Kehkeh.


Mungkin ramai yang dah pakai kan? Korang kenal kan Fitbit? Yes, fitness tracker yang direka khas untuk orang bersukan. Macam aku yang baru reti nak insaf dan bersukan, sesuai la kan?Kalau korang perasan, model yang aku pakai ni sebijik macam model Fitbit Alta.


Masa nak beli fitness tracker ni, aku buat perbandingan dan survey dulu. Dan dah tentu la fitness tracker yang terkenal macam Fitbit ni menjadi idaman setiap orang. Tapi memikirkan harga dia yang sangatlah tak mampu milik, aku batalkan hasrat dan mencari alternatif lain.

Aku cari fitness tracker yang ada fungsi penting sahaja macam kira tapak perjalanan, pembakaran kalori, tempoh berapa lama penggunaan. Takat nak jawab call & SMS tu aku xberapa kisah sangat sebab bukan best pon jawab call guna jam. Haha

Dan kriteria yang aku cari adalah yang paling penting mesti ada paparan jam. Sebabnya aku taknak pakai dua jam. Cukup pakai FT ni, boleh tgk jam.

Alhamdulillah, FT ni menepati apa yang aku nak. Dan yang paling penting dia mampu milik!



Hah, ni dia. Banding dengan Fitbit, dah tentu la macam Beauty and The Beast kan? Dari segi kualiti, lebih kurang sama je. Cuma berdasarkan apa yang kawan aku selaku pengguna Fitbit, dia kata Fitbit lagi accurate. Tapi aku pakai ok je takde pulak masalah.

Ha, nak tahu apa kelebihan pakai FT ni?
  • Cas guna USB. Cabut je handle tepi tu, cucuk dekat charger atau USB laptop
  • Bateri tahan hampir seminggu
  • Boleh set target step, sebagai contoh target nak 10,000 step hari ni, kalau berjaya capai, dia akan vibrate dan keluar simbol piala, tanda ko berjaya capai target. So, rasa bangga la sket kan. Tapi jangan la setakat 1,000 ko set. Rendah sangat targetnya.
  • Pengganti jam. Siap ada tarikh lagi.
  • Boleh set alarm.
  • Boleh set timing nak buat senaman.
  •  Dan macam-macam lagi!
 Apa lagi, lekas-lekas ke LAZADA dan buat perbandingan harga! Yang penting murah & berfungsi!


Sunday, April 16, 2017

(RESIPI) Homemade Sos Versi Saya

Memandangkan lama sangat tak update dan bersiaran, maka ku keluarkan dua entry sekaligus!


Sejak jadi mak-mak ni, penyakit rajin mula menerpa. Tapi ikut angin la. Bila datang angin malas, penyakit rajin ketepi. Haha.

Sebut pasal sos-sos ni, kalau memasak, kita selalu guna sos untuk sedapkan masakan betul tak?

Sejak rajin baca label ni, rasa macam nak buat sos versi sihat. Maksudnya, tanpa pengawet. Bila tanpa pengawet tu dah tentu tak tahan lama. Paling kuat pun sebulan dalam peti ais belah chiller.

Di sini ku nak share kan bukti ku berjaya membuat sos homemade.




Resipi Sos Tomato

Bahan 
Tomato 2 biji*
Tomato Ceri 10 biji (taknak letak takpe, lebihkan tomato)*
Capsicum / Lada Benggala Hijau separuh*
Bawang Holland*
Gula Kabung
Garam Pink / Bukit
Cuka Epal
Tepung Jagung Non GMO

  1. Kisar Tomato, Tomato Ceri, Bawang & Capsicum. 
  2. Kemudian panaskan bahan kisar atas api sampai menggelegak.
  3. Bila dah menggelegak lama, masukkan gula kabung & garam bukit.
  4. Kemudian masukkan Cuka Epal, didih sampai pekat.
  5. Bancuh tepung jagung dengan air siap-siap, masukkan dan kacau sampai adunan pekat, kemudian tutup api.
  6. Sejukkan & Simpan dalam bekas. Insya Allah ketahanan 2 minggu bergantung kepada pengendalian.

Resipi Sos Tiram

Bahan
Kepala Udang 
Molasses
Garam Bukit

  1. Rebus kepala udang.
  2. Kisar kepala udang bersama air rebusan, tapis airnya.
  3. Panaskan air tapisan dan masukkan molasses & garam bukit.
  4. Bancuh tepung jagung dengan air siap-siap, masukkan dan kacau sampai adunan pekat, kemudian tutup api.
  5. Sejukkan & Simpan dalam bekas. Insya Allah ketahanan 2 minggu bergantung kepada pengendalian.

Resipi Sos Cili

Bahan
Cili Merah 5*
Tomato Ceri 10*
Bawang Putih 3 ulas*
Garam Bukit
Gula Kabung
Cuka Epal sesudu teh
Tepung Jagung Non GMO

  1. Kisar cili, tomato & bawang putih. 
  2. Panaskan sampai menggelegak, masukkan cuka epal.
  3. Masukkan garam bukit & gula kabung.
  4. Bancuh tepung jagung dengan air siap-siap, masukkan dan kacau sampai adunan pekat, kemudian tutup api.
  5. Sejukkan & Simpan dalam bekas. Insya Allah ketahanan 2 minggu bergantung kepada pengendalian.

Selamat mencuba!

Rumahku Syurgaku - Part 2 (Survey?)

Assalamualaikum!

Nampaknya ini tempoh paling lama blog ni tak dikemaskini. Dah 7 bulan!

Dan, masih menyambung cerita pasal rumah. Masa ditawarkan harga rumah tu, kami sebenarnya dah riki dan survey harga market menerusi beberapa laman seperti iproperty, ibilik, mudah, lelong dan macam - macam lagi. Rata-rata harga lebih kurang.

Rumah ni basic je. Kipas ada tapi dah uzur. Bilik air bocor teruk, dua-dua pula tu. Dengan pintu sopak lagi, dinding usah cakap la, berwarna warni dah macam taska aku tengok.

Sebenarnya nak kata lama ambil keputusan tu tak la lama sangat. Memikirkan beberapa faktor seperti :
  • Lokasi- Blok ni betul2 berhadap dengan Pejabat JMB. Kira kawasan tumpuan orang. So takde la rasa keseraman kalau encik suami lambat balik.
  • Keadaan rumah - macam aku cakap sebelum ni, basic unit & banyak defect. Disebabkan defect tu agen kasi diskaun 2k dari harga asal. Menengokkan grill tingkap dan grill beranda dah ada, ada la sikit penjimatan di situ.
Maka dengan pantasnya, esoknya terus setuju. Cuma beberapa perkara aku rasa ralat disitu :

  • Sepatutnya aku nego harga lagi murah sebab bila dah cakap setuju tu, aku baru nak kira kos pembaikan rumah tu. Paling busuk, bilik air yang bocor tu dah makan RM5 ribu jugak la. RM2 ribu diskaun tu hanya lepas untuk repair satu bilik air sahaja. Bila tanya nak nego, agen tu kata tak boleh dah sebab kami dah setuju dekat harga asal. Nak taknak terpaksa la redha (pengajaran)

Dan, aku mula bayar 3 peratus deposit booking rumah dahulu untuk sahkan bahawa aku ni pembeli yang betul-betul berminat. Masa tu dah mula cari bank untuk buat pinjaman perumahan. Agen tu siap nak bagi nombor pegawai bank lagi, tapi aku tolak sebab aku nak usaha cari sendiri & survey mana bank yang bagi tawaran yang menarik.

Antara bank yang aku pergi adalah :
  • CIMB
  • Maybank
  • Bank Islam
Kenapa tiga je? Sebab ketiga-tiga bank ni paling dekat dengan pejabat, jadi urusan jadi mudah kalau ada apa-apa perkara mustahak. Riki punya riki punya riki, akhirnya Bank Islam menjadi pilihan. Kenapa?

  • CIMB - Diorang tak terima rumah Subsale yang tiada hakmilik strata. Rumah aku nak beli ni masih lagi belum keluar title. Jadi agak susah di situ. Kemudian peratusan dia agak tinggi.
  • Maybank - Sama seperti CIMB. Rate pun tinggi.
  • Bank Islam - Pilihan. Kebetulan Bank Islam ada promosi Rumah Pertamaku. Jadi boleh buat 100% loan. Yang paling best, walaupun harga rumah ni xgah (yela bawah 200k) tapi pegawai dia melayan dengan sangat baik. Tak pilih bulu macam 2 bank di atas ni. Sangat helpful dan boleh tanya macam-macam sampai puas hati. Korang kalau nak cari pegawai bank untuk loan rumah nanti, cari Encik Shamsul Fahzill di Bank Islam Cawangan Kompleks MARA. Terbaik.



Tips untuk buat pinjaman perumahan

  • Survey semua Bank. 
  • Cari Bank dekat dengan lokasi rumah / tempat kerja anda.
  • Pastikan anda dapat pegawai yang bukan setakat nak kejar sales, tapi bantu anda bagaimana nak beli rumah tanpa masalah (akan ku coret di next entry)
  • Pastikan pinjaman anda islamik, bukan konvensional.
Rasanya cukup sampai sini dulu aku coretkan pasal bank ni. Nantikan entri seterusnya tak lama lagi. Hihi.

Till then, Assalamualaikum~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails