Thursday, March 22, 2012

Nak jugak jadi macam Rina ni =)

Harini saja tergerak nak jenguk rumah jiran bloggerku, Rina. Sebabnya tertarik dengan entry beliau ni  ;

Rezeki nak kahwin agaknya..boleh menang contest..syukur


Pantang sikit tengok perkataan 'kahwin', dah gatal kot ;p

so belek punya belek, wahhh.. Tahniah Rina sebab menang contest by Pameran Pengantin Malaysia !!

Tetiba jeles datang menyerang. Bukan jeles dengki busuk hati tu, jeles sebab Rina bertuah sebab rajin sangat-sangat join kontest. sila tunjuk ajar *sambil ikat kain putih kat kepala ;p*

Jadi uols semua,kalau ada masa lapang tu, sila-sila la ringankan tangan join online kontest macam Rina ni, who knows nasib kamu pulak menang kalini kan?

Kini Rina dinobatkan sebagai blogger idola sebab kerajinannya menyertai kontest. (sponsor dah banyak tu,bukan senang dapat penaja ok)

Nak dekat hari bahagia ni kena 'rajin' sikit, dapat saving cost kalau bertuah kan ;p

p/s: Kena mula merancang dengan lebih teliti dan konsisten. Sedang menunggu proposal bajet dari Encik Akauntan ;p

Sunday, March 18, 2012

Renovation in Progress!

Hari ini melawat rumah baru keluarga di Puchong,sudah ada perubahan dari ini :

xjumpa gambar rumah ni secara solo,maaf kerana mencapab sama :p

kepada ini:


ya,rumah ini masih dalam renovation, insya Allah awal tahun depan boleh fully occupied dah rumah ni. =D *gembira*




kegedikan anak tuan rumah jelas kelihatan :p

Sambil menyanyi girang :-

Bertahun dan berzaman sudah ke menunggu dirimu.. akhirnya kau menjadi milikku.. lalala~

Banyak tuan rumah nak jual rumah sebab rumah ni dah 8 tahun terbengkalai termasuklah rumah ni,huhu. Kalau kat KL paling koman pun 400k, kat sini end lot (tanah lapang) pun boleh dapat dengan harga 300k jer. baru je update status kat fb;


klik utk lebih tumbesaran 

Okay,aku leh jd broker rumah dah sekarang :p

Sunday, March 11, 2012

Siapa berminat nak join Kelab Isteri-Isteri Pertama?



Ok. Aku tahu tajuk takde kena mengena pun. :p

Sekarang demam Korea menjadi jadi, kalau zaman sekolah dulu sibuk dengan demam Bollywood,kini demam Korea, Xcukup dengan drama, lagu K-Pop dan group2 K-Pop pun dah jadi kegilaan bebudak zaman sekarang ni walaupun hakikatnya mereka xtahu apa yang mereka nyanyikan kan? Opsss..

Aku pun tak terkecuali, minat jugak kat Korean Drama ni, kalau sesiapa ada Astro Beyond, mesti ada channel 393 ni,iaitu ONE HD. Terbaik wok! Tengok drama puas hati beb! 

Minat,minat jugak, dan ada satu drama yang betul-betul menarik minat aku iaitu drama 104 episod ; First Wives Club atau dibahasamelayukan menjadi Kelab Isteri-Isteri Pertama. Dan bila aku tonton drama ni,sedikit sebanyak aku dah paham budaya orang Korea ni macam mana. 

Oh ya,meh aku menyinopsiskan cerita ini sebelum kita berpindah ke hujah pasal budaya mereka =) Zasss~
-------------------------------------------------------------------------
Versi BM:
Bok Soo menyara kehidupan suami dia utk sambung pelajaran dalam peringkat kedoktoran dengan menjadi penjual ikan. Tapi suami dia xbersyukur malah memandang rendah kat si Bok Soo ni. Dia membacking abangnya yang berkahwin dengan bff nya, Hwa Sin dimana abangnya mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain tetapi bffnya cuba berpura-pura bahagia. Apabila dia dpt tahu yang suaminya rupa2nya ada affair dengan ex-gf nya,barulah dia sedar betapa peritnya dicurangi. Dan mak Bok Soo juga menjalani perkahwinan yang xbahagia disebabkan ditipu dek kecurangan suami,dan berkomplot untuk mengajar suami mereka yang curang ittew. 

Versi BI:
Bok-soo (actress Kim Hye-sun) put her husband through medical school by earning a living as a fish seller but her husband does not feel grateful about it and looks down on her instead. She learns that her brother, who is married to her best friend Hwa-shin (actress Oh Hyun-gyung), is having an affair with another woman but she tries to cover it up. When she learns that her husband, Ki-jeok (actor Oh Dae-gyu) is having an affair with a former girlfriend, she finally empathizes with her friend's plight. Her mother, who had to endure an unhappy marriage due to a cheating husband, joins Bok-soo's and Hwa-shin's plan to get revenge on their unfaithful husbands. 
-------------------------------------------------------------

Budaya orang Korea berdasarkan pemerhatian Drama FWC:-

1. Curang
Orang Korea ni kalau salah seorang pasangan berlaku curang, pasangan yang setia ni boleh heret pasangan dia yang curang ni masuk mahkamah dan dipenjarakan. Hebat x? Jadi kemungkinan kalau diorang nak berlaku sumbang/curang pun,buat senyap-senyap. Cuma dalam FWC ni,sang isteri sayang bangat dengan laki dia, laki dia curang depan mata pun dia terima je walaupun dalam hati dia pedih teramat. 

2. Kahwin
Ha, yang ni memang normal kat seluruh dunia kot. Suami kalau dah kahwin, akan bawa isteri pindah rumah keluarga si suami tu. Kemudian, kebanyakan cerita Korea ni kan,ibarat masuk umah mertua ni macam masuk neraka pulak. Asyik kena buli tak pun jadi hamba sahaya kat dalam rumah tu. So,mesej yang nak disampaikan kat dalam FWC ni once ko dah masuk alam perkahwinan,bersiap sedialah jadi hamba. Salah tu!

 

3. Perempuan Simpanan
Menurut hasil tontonan aku dalam FWC ni, kalau dah curang, si lelaki ni leh bawa makwe baru pindah bersekedudukan bersama-sama. Ala-ala suami isteri gittew(sakit hati aku tengok). Dan sang isteri yang dicurangi ni kena la halau merempat la ko di mana-mana. Ini tidak adil! =( Dan si makwe tu pun ambil la alih tugas macam point no.2 ni, jadi la 'isteri' dan hamba kat rumah tu. Yang sadisnya lagi,bapa si lelaki tu pun curang gak,juga ada perempuan simpanan. Maknanya anak dah besar sampai dh berkahwin pun kalau masih berstatus 'perempuan simpanan' ni pun diorang xkisah. Sebab orang Korea ni tak boleh poligami. So,ber'madu' tanpa ikatan sah. What deeee~~.......

4. Penceraian
Hah,yang ni haku konfius sesangat. Orang Korea ni bila dah cerai, dan dah dapat surat pengesahan penceraian/pembatalan perkahwinan, boleh batalkan balik penceraian tuh. Dalam FWC ni, si suami yang curang tu dah bercerai dengan isteri dia, kemudian tetiba dia gila talak nak balik kat ex wife dia padahal ex wife dia dah xnak dia, dia pun pergila ke mahkamah batalkan penceraian tuh tanpa pengetahuan ex wife dia,padahal ex wife dia dah jumpa orang lain dan nak kahwin dah. Habis tu susah la ex wife dia nak kahwin sebab status isteri tu dah 'melekat' balik setelah penceraian tu dibatalkan. Aiyooo~ soooo complicateddd!

hensem kan? Auwww~ :p


love the moustache! droool~ *_*


Dan kebanyakan Korean Drama yang aku tonton banyak berkisar pasal kisah kecurangan dan penceraian. Hubungan luar nikah tu jangan cakap lah,dah macam budaya mereka je tu. Nak tengok boleh,ikut jangan. =)

P/s: Perkara yang tak boleh dimaafkan dalam sesuatu perhubungan ialah kecurangan & penipuan. Curang ni ibarat rumah yang dah tak de tiang. Sekali ko cantas tiang tu, robohlah rumah tersebut,dan bila rumah tu dibina kembali,takkan sama macam rumah dulu tu. =)

 

Oh ya, tengah sibuk nak menggoreng telur, terjumpa ini. Telur kembar namanya. =) Teringin nak anak kembar, Opsss =P #gatal

Sunday, March 4, 2012

Jerejak Outing

Sape tau Pulau Jerejak kat mana sila angkat keyboard! 

Mostly kalau aku tanya, semua akan jawab "Pulau Jerejak? Katner tu?"

T___T

Pulau Jerejak ni lokasinya kat Pulau Pinang, kecil je pulau ni, dulu dikatakan tempat 'brainwash' orang-orang 'wanted',ala-ala ISA gitu.. xtau ISA tu ape? g Google sendiri!

Ini Outing bersama kakitangan department aku,baru tiga minggu lepas sudah,harini baru rajin nak update,hehe. Jadi mari nikmati gambar-gambar yang sempat aku capture ni. Oh ya, outing ni 4 hari 3 malam. Phew!









permandangan dari feri. dekat je pulau ni. seploh minit sampei la.

Keadaan Executive Chalet kami. Jeng jeng jeng!

King Sized Bed. aku tido kat katil ni,heh.

Ruang santai menonton TV

bilik lagi satu, dua single bed


Kemudahan yang terdapat di Jerejak Rainforest Resort & Hotels

Kancil modify jadi xde pintu. Sekali tengok macam caddy car untuk pelanggan golf. Cuma downgraded version la. Kehkeh

  Swimming pool. Xberani cuba sebab banyak makhluk tuhan paling tak seksi berendam.



dalam training room. saja mencapab :p


Eh, tersesat pulak Mee Udang Mak Jah kat entry ni. Saja singgah dalam perjalanan balik ke PD. Balik je dari Jerejak, straight ke PD. Non stop journey.

 To be continued *kalau aku rajin*

Sunday, February 19, 2012

Ulu Yam : Team Building


Seperti yang sudah tercatit dalam entry sebelum ini, aku sedang sibuk dengan program kursus induksi bagi kakitangan baru dan peserta Skim Latihan 1 Malaysia @ lebih senang dipanggil SL1M. 


info: SL1M dahulunya dikenali sebagai SPP(Skim Pelatih Pengurusan)

Jadi, pada bulan lepas aku ke Nur Laman Bestari di Ulu Yam bersama peserta SL1M untuk kursus Team Building selama 3 hari 2 malam.


Di sebelah, kak Wiza dan di belakang, kak Ida. Dua2 dah ada anak. Aku je belum lagi :p kami bertiga ye aweks kakitangan. Yang lain semua aweks SL1M.
*muka teruja nak menuju ke Ulu Yam*


setibanya di sana. Tengok, beg masing2 besar. Termasuk beg aku. Nyohoho.

Nur Laman Bistari ni memang tempat yang sesuai untuk buat team building. Buktinya, Line maxis/digi/celcom etc takkan ada kat dalam ni! Dan korang memang akan fokus sepanjang team building ni. 


Malam Pertama di Ulu Yam : Kena buat topi, logo, bendera dan cheers kumpulan. 


Ni lah nama Group aku. Synergy Warriors @ lebih mesra dipanggil SW =D
Oh ya, logo tu adalah inspirasi dari Logo Proton. Sanggup diorang snap pic kereta Proton di luar untuk lukis logo Pak Belang ni. 


Masih mengekalkan ciri-ciri kemelayuan di sini. Topi direka menjadi bentuk Tengkolok. =)


Ni bukan game cium cium punggung ye =p. Game ni macam rantaian tangan. Kena selesaikan sampai membentuk bulatan manusia kembali. 

Kalau ikotkan, group kakitangan baru ni 7 orang je. Selebihnya peserta SL1M. Terasa menyibuk gak la. Tapi bila dah join group dengan mereka ramai-ramai, perasaan 'penyibuk' tu dah hilang. Rasa kami macam satu family je. =)

Antara yang menarik sepanjang haku di sana:


Explorace. Cari semut la, masak telur la, tiup gula dalam tepung la,macam2!! 


Acara berendam dalam lumpur *WAJIBULGHUNNAH*. Haku mandi sental berus dawai badan sampai 3 kali kot! Segala air paya+lumpur masuk dalam segenap sudut badan ni. Telinga sampai tersumbat dek lumpur masuk dalam. Chessss. Tapi lumpur ni memuluskan kulit la. Cuma bau dia xbest, macam bau stokin rendam. Ahaks.


Jeng!!


Paint Ball. Stylo x ceq? =p =p



Group kami! =)


Selamat Tinggal Ulu Yam! Memang Lekat di hati jawabnye.

Oh ya. Nak tau cheers SW camner?

SW di manaaaa?
SW di sana.. SW di sini..
tatarattatera (2x)
swa (2x)
SW!!

Dan kalau nak counter group yang poyos poyos =p

SW... panas kerrr?
P A N A S...
Tepuk..tepuk panas!
Hot Hot (2x)
Psstttt..(ala-ala bunyi air berasap)

Poyo kan cheers ni? Agak gedik tapi best woooo! Sampai jd trademark tu =p

p/s: Tak boleh lupa insiden kena masuk dalam paya. Dalam tak hengat!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails