Monday, February 10, 2014

Masjid Tanah, Klebang & Coconut Shake!

Assalamualaikum semua!

Memandangkan mood update masih lagi rajin, maka terimalah post terbaru dariku!


Minggu lepas, terima 1 panggilan dari iHeal Medical Centre, kami dapat free medical checkup untuk 2 orang. Kiranya pemenang bertuah la ni, kebetulan rezeki isi form masa pergi pameran expo baby kat Mid Valley tempohari :)


Hari yang dijanjikan,  bangun semangat. Tup-tup, tak jadi sebab perut lapar sangat (oh by the way kena puasa 6 jam sebelum), appointment pula pukul 11 tengahari.


Oh the road dah pukul 11.15 a.m. Haha, gila janji Melayu kan? (sila jangan contohi kami)

Tak jadi ke sana,terus pecut pergi kenduri kahwin kawan di Melaka. Melaka ko! Kalo dalam kawasan boleh terima lagi kan?

Mengenangkan pasangan pengantin ni pernah hadir di kenduri kami, kami pun pergilah. 

(Oh ya, kalau orang pernah datang kenduri, memang kitorang usaha pergi, kalau orang tak datang kenduri kami pastu jemput, fikir banyak kali jugak la, nak-nak kawan terdekat. Sorry!)


Kendurinya di Masjid Tanah. 

Tahniah Zul Feqar & Nadia Syazana!

Pasangan pengantin ni kami kenal dari pertandingan Gerbang Cinta Musim ke -4. Masa tu kitorang dah top 10. Bila jumpa balik, terkenang-kenang je. How time flies!

Oh ya, yang baju merah & oren tu, dari Gerbang Cinta Musim 4 jugak, pemenang tempat ke - 3, Izzat & Anis Rahayu. Pun mak buyong gak. :D

Kebetulan pergi ke Melaka, memang ceq tengah teringin nak rasa Coconut Shake Klebang Original punya, Alhamdulillah, Izzat & Anis yang sememangnya orang jati Melaka, bawa kami ke sana. Memang tak rancang! Ikotkan nak je redah pakai waze kan? Heheh~


Sesampai di sana tuh, memang ramai! Pukul 2 xsilap. Masa tu ingatkan coconut shake ni gerai tepi jalan jer, rupanya ada kedai makan sekali! Alhamdulillah, rezeki anak, sampai2 terus dapat parking kebetulan ada 1 kosong, cari tempat duduk pun tak sampai setengah jam (Sempat la jeling amoi yang nak rampas tempat duduk kat situ, tapi dia mengalah sebab takut haha)

Info : Nak dapat tempat duduk memang susah, tips nya cari kat meja yang agak-agak orang tu dah nak habis makan, berdiriii je depan dia sampai dia habis makan. Nak orang tolong tunjukkan tempat memang bercinta la korang!

Dah dapat tempat, kebetulan para lelaki tolong beratur belikan makanan.


Dapat la merasa coconut shake yang famous tu kan. Dan kebetulan Nasi Lemak dia agak sedap, ditambah pula dengan kuih apam cekelat (tiada gambar sebab dah ngap), sedap!



Celet aiskrim coconut shake tu atas apam cekelat tu, makan. Pergh heaven!!



Demimu wahai secawan Coconut Shake. Sedap! Sekali sedut penuh mulut dengan ekstrak kelapa hancur tu :D

Setelah puas melayan kehendakku, akhirnya kami pun bergerak pulang :D




Bakal mak-mak kena posing sopan dah sekarang, dah tak boleh posing gonjeng lagi hokeh!



Terima kaseyyy orang Melaka! Izzat & Anis :D



... Last but not least ;


Kami berdua. Nak jugak menyelit hokehhh :D 

Aku yang makin melebau dan incik suami yang makin menembun nak-nak tang pipinya itu. Dua-dua berlumba gemuk nampak. Hoih.

Sekian update untuk minggu ini. Assalamualaikum! :D

Tuesday, February 4, 2014

Ke Tanjung La Kita :D

Assalamualaikum semua! See, bila dah ada mood menghapdet belog kembali, memang nak updateeee je memanjang kan?

Sekarang ni office pon dah tukar operation hours kepada 8.30 pagi, so sempat la luang masa kat belog buchuk ni untuk update pape yang patut :D

Dalam tempoh cuti CNY baru-baru ni, korang ada gi memana x?

Mcm aku, YES, aku balik kampung. 

Kampung suami aku. Hahaha. 1st time okeh!

Ni actually kampung bapa mertua ku, bukan di Pulau ye, di seberang je (:

Kiranya pemergian aku ke Penang ni untuk memperkenalkan aku sebagai ahli keluarga baru di sana, bermesra-mesra dengan sedara mara di sebelah suami.

Kalau diikutkan, Penang aku agak biasa juga sebab aku memang ada saudara - mara kat sana, pernah juga pergi Pesta Pulau Pinang suatu masa dahulu.

So, xde la kekoks sangat :D


haaa. Ni la rupa kampung ku. Memang suasana kampung habis, lupa nak ambil laman belakang, luas kemain mcm padang bola. Siap ada macam-macam jenis pokok, pokok Durian, pokok Daun inai, pokok Mahkota Dewa malahan pokok Durian Belanda pun ada!


Pagi-pagi memang panas membahang sikit lah. Tapi kalau dah masuk malam, sejuk kemain! Tidur tak payah ON switch kipas, memang sejuk!



Jadi.. masa ke Penang ni lah bermulanya jalan-jalan cari makan lepas pergi kenduri sedara - mara kat sana!

Kitorang memulakan pencarian makanan di Padang Kota, so antara makanan yang sempat dijamah ialah ;


rojak


Pasemboq Tersemboq :P


Kerang rebus


Sotong Kangkung


Sotong Bakar


Fuhhhh! Puas hati dapat merasa. Aku makan bukan banyak pun, setakat rasa sampai ke tekak pun jadi la. Dolu-dolu pernah gak singgah di Padang Kota masa habis matrikulasi, tapi xsempat nak merasa sebab dah nak malam masa tu, dan dah lewat sangat :(

p/s: kat Medan Selera Padang Kota memang tersangatlahhh ramai peminta sedekah. So sesiapa yang nak ke sana, bersiap-siap la duit pecah RM10 dalam RM1 sekeping. Kalau tak, naya jer takde duit pecah. Ahaks!

Pastuh kitorang ambil angin jap di Padang Kota. Seronok tengok ramai orang bersantai kat sini.


Bersama mak mertua. Gemuk seyh! Memang kena diet 100 hari la pasnih :(


Incik suami pun tak kurang gemuknye :P

Ni pulak masa ke kenduri sedara di Kampung Tobiar ;


yang takde dalam pic : adik Ipar Adam & Amin. 


Sebelah aku tu pon mak buyong gak. Sama due dalam bulan May ni Insya Allah :) 

GEMUKKKKKKKKKKK!! (ilusi optik je tu korang, sila jangan percaya :P)


Dalam banyak-banyak makanan, ada dua makanan dalam list yang tak sempat dijamah :( balik-balik je nanges2 leleh dah kat rumah. Woi tak pernah oke sedih tak dapat makan. Selalunye kalau tak dapat makan, aku akan cari je kt KL. Ni dah sampai murung seharian. Incik suami dah pening.


Nasi Kandaq Deen & Mee Udang Sg Dua. Ni semua pic instarepost. Leleh2 tgk gambo ni. 

Terus incik suami ajak gi minggu depan naik bas. Bahahaha teruk betul penangan jadi mak-mak ni! Layankan jela ye binikmu nih :P Bila lagi nak mengada kan? Nasib baik binikmu ni tak mengidam Rantai Emas Habib Jewels ke, Galaxy Tab ke kan? Kan?



Bersyukurlahhhh~~ :P

Wednesday, January 29, 2014

Ekspo Baby Bulan February 2014

Sementara mood rajin menaip & mengupdate ni ada, nak kongsi info dengan kawan-kawan blogger & pembaca yang bakal menimang cahaya mata.

Ekspo baby pada bulan Februari ialah;

Mombaby Bazaar
8-9 Februari 2014
Lokasi : SACC Mall Concourse Area
10.30 am - 10pm


Motherhood Expo 2014
28 Feb - 2 Mac 2014
KL Convention Centre


Encik suami siap kata, masa kita bertunang sibuk ke pameran pengantin, masa lepas berkahwin nak ada anak pula sibuk nak ke pameran baby.

Hehe, biasala, ekspo ni sebenarnya memudahkan kerja kita nak mencari barang dari A - Z tanpa perlu bersusah payah nak ke 1 kedai ke 1 kedai. Dan yang penting kena pandai survey barang. Macam pakaian bayi aku tengok banyak offer yang murah. Kalau nak cari stroller baby @ carseat baby better pergi kedai khusus sebab banyak pilihan. Lagipun vendor yang jual barang murah banyak baju baby sebab persaingan harga :D

Oh ya, nak share checklist baby utk memudahkan rujukan korang. Checklist ni dapat dari kawan facebook dalam forum. Helpful sangat! :D


double click untuk lebih jelas. :D


Perjalanan Kehamilan Daku - Part 1

Hai & Assalamualaikum!

Setelah sekian lama menyepi. Dan akhirnya aku kembali!

Woah, sejak nak menjadi mak mak ni, memang busy to da max! Bukan busy kerja, tapi busy dengan kehidupan berumahtangga :D

Tajuk tak menahan kan? Macam rajinnnnn je nak update siap ada Part-Part.



haaaa. bagi yang dah jadi mak-mak, mesti dah kenal sangat dengan buku ni kan? (Maafla xboleh rotate, padahal masa upload pic ni cantik je tegak. Konpiyus den)

Buku Merah a.k.a Buku Rekod Kesihatan Ibu ni dibuka seawal usia kehamilan. Kiranya masa check ujian air kencing disahkan positif, dan gembira sambil berpelukan dengan suami, bolehlah pasang hajat buka Buku Merah ni. Paling lewat pun 12 minggu la. Nanti kena bebel free je dengan nurse tu.

Info: Aku buat checkup kat klinik kerajaan & swasta. Klinik Kerajaan yang kena buka awal. Kalau swasta (jika plan nak bersalin di sana) bila-bila masa boleh buka buku & checkup.



Tahu kenapa nurse bising? Sebab dalam checklist buku ni dah state siap-siap, minggu 1-12 ialah 1st trimester. Kiranya seawal tu dah kena monitor. Macam aku, aku buat Buku Merah masa minggu ke 11. Malas nak pergi awal sangat, nanti kerap pula follow-up checkup.

Ubat yang KKIA (Klinik Kesihatan Ibu & Anak) beri ialah

  • Asid folik (alternatif; Horlicks)
  • Obimin
  • Zincofer
  • Iron (alternatif ; Kerang, sayur bayam, hati ayam)
So far, yang tu aku dapat. Ikutkan kena konsisten makan. Tapi disebabkan aku tak boleh sangat hadam ubat ni, aku ganti dengan makanan alternatif.


Dan orang yang terawal tahu berita gembira ni ialah sahabat baik aku, Nurul Izzah. Laju je dia hidu berita ni. Biasalah, ibu 2 anak yang berpengalaman memang dah cekap dah nak dibandingkan newbies macam aku ni. Hehe :D

Dan diagram berikut adalah makanan tambahan yang perlu aku ambil sepanjang kehamilan ;





Haha, banyak bukan? Tapi aku ni takdela hadap 100% semua tu. Banyak pun minum susu, kurma, air orange peel fresh, sayur bayam, kerang untuk tambah darah since aku kekurangan darah & cepat pitam masa 1st trimester tu. Minggu depan nak buat susu badam pulak. Susu badam pun elok untuk Ibu mengandung tau!


Resipi dia senang je. Ini pun dapat dari kawan- kawan :-

Resepi Susu Badam (Almond Milk)

1-satu cawan badam *Boleh sangan / sangai badam dulu jika mahu 


(goreng tanpa minyak)

2-Rendam semalaman 


3-Tapis kacang badam atau kalau rendam guna air masak boleh terus 


letak dalam blend 

4-Blend kacang yg direndam dengan sukatan 4 cawan air


5- tapis air dgn kacang yang di blend td 


6-Boleh tambah kurma, kismis atau madu untuk tambah sedikit rasa 


manis... tak nak tambah apa-apa pun boleh


Selalu boleh tahan 3-4 hari jika simpan dalam peti sejuk




gambar terbaru 4 Januari 2014 (masa ni 19 minggu) - Tahniah Syaza dah jadi tunangan orang! :D

Oh ya, rumusan sebagai ibu mengandung ialah ;

  • Berat memang naik berkilo-kilo 
  • Pipi mula mengembang
  • Badan mengembang (sampai baju tshirt biasa pakai dah tak muat)
  • Baju kurung masih muat, tapi kain kena zip separuh dah sekarang T__T
  • Perut dah naik
  • Emosi (ya, memang beremosi. Kadang-kadang orang selalu kata xbaik emo2, kesian baby. Tapi nak buat macam mana, nanti nanges je baby keluar kuat nangis pulak. Kadang2 kalau dah sampai tahap xtahan memang meletus gak la kan :P)
  • Badan tak selesa (ya, memandangkan perut dah besar, tak boleh tido menelentang sangat, huhu)
Oh anak, keluar secara normal ya sayang? ;)

p.s: sekarang sudah 22 minggu.Doakan semoga segala-galanya berjalan lancar ya? Aaaamin!


Friday, December 27, 2013

Good Things To Be Shared!

Maaf, rasanya (macam) memang banyak entri tertunggak yang masih belum ditunaikan. Bukan apa, tuan punya tanah kedaung ni busy. 

Busy kerja?
Busy hidup berumahtangga?

Ya.. dan yang terbaru ialah..

kini busy menyambut kehadiran bakal orang baru.. (Insya Allah)

Jadi, jika ada kelapangan / kesempatan ikutkan memang la nak hapdet, tapi P1 Wimax kat rumah ni memang menguji kesabaran sungguh! Bayar bulan-bulan RM138.00, tapi servis macam pakai USB Broadband yang paling murah! Bulan 2 nanti, memang akan ku POTONG kau wahai Wimax! Iklan kemain bagai cakap suh POTONG, POTONG, alih2 servis kau tu yang sepatutnya dipotong!

Opsss.. teremo jap, haha. Jadi dalam fasa nak memasuki alam baru selepas alam sebagai isteri ni, banyak benda kena belajar especially nak bagi nutrien & zat yang berkualiti pada si kecik ni ;)



Oh ya, bagi menjawab pertanyaan S.Faezah yang baru sahaja bertanya mengenai Bahulu Kek Tapah tu, facebook link dia xde, cuma yang ada contact no akak tu 

Nurul   013 - 4591 395

So far, seperti yang direkemen dalam entri lepas, kek ni berupa bahulu pecah yang orang biasa-biasa bagi masa kenduri, cuma kelainan dia ada jem strawberry dalam tu. Yang penting sedap & berbaloi!

Pandangan depan kotak kek. Ni design yang aku pilih, simple je. Kotak tu siap cetak, yang tulisan nama pengantin pun dicetak sekali, sekali nampak macam tampal kan?

Kalau rasa kreatif, boleh hantar design kat dia.

Jadi kalau berminat contact je akak ni ye!


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails