Thursday, December 24, 2009

aku lihat engkau

Salam Semua!

hari ini aku telah bersepakat dan berkeputusan untuk berjalan jalan dan beronggeng sakan setelah hampir seminggu aku memerukkan diri seperti jeruk di dalam rumah. pendek kata, GIRLS DAY OUT!

pada awalnya, macam xjadi disebabkan ketidakpastian antara masing2 dan akhirnya jadi pada hari ini. dan akibat keterlewatan aku & Syimah tiba di Petak Masa, Fatin telah menggunakan masa beliau yang ada dengan menonton Chipmunk! dan aku mati matian ingat beliau punya henpon sudah dicuri! cis bedebah...:P :P

lupakan insiden itu! dan tajuk entry ini berkisar tentang TAGLINE sebuah filem yang telah aku tonton bersama Syima dan filem itu bertajuk AVATAR. Guess what? kami sanggup masuk Premiere Class semata mata mahu menonton filem itu memandangkan seat biasa sudah fullhouse!

sudah menjadi tabiat aku, tidak gemar membaca sinopsis filem mahupun poster wayang, dan mindsetting aku membayangkan filem ini mengenai...

dalam bentuk realiti! 0_o

sudahnya,sampai ke tengah cerita aku xnampak si botak comel ini dan rakan rakannya. aku mula menggaru kepala. bila budak ni nak muncul? comel ke x? apesal avatar ni kaler biru? diorang silap wat filem ke?

aku pun tanya la Syimah..

"Avatar ni bukan citer kartun yang airbender ke?"

Syimah jawab..

"Bukan la,ni Avatar laen la yang"

Laaaaaaaaa...*tepuk dahi kejap* 0_o''

tapi nasib baik aku mengembalikan tontonanku ke landasan yang betul dan aku paham cerita ni! kesimpulannya, teknik CGI nya memang super superb! best dan powah! dan penggunaan bahasa asing yang direka nampak sangat sangat real! namun avatar kelihatan sangat seksi walaupun berkulit biru.kenapa?tengooook sendiri..:P
berapa bintang ya??

9/10 bintang aku kasi! :D

dicadangkan anda melihat bersama sama rakan taulan mahupun keluarga handai.*apekah*

p/s:sempat pulak laaaa kapel Melayu wat 'onar' di depan seat kami.get a room larrr!=(

dan terima kasih kepada syimah & syaza kerana meluangkan masa bersama-sama! cuma xsempat shopping cuz malam ni jalan ditutup kerana sambutan malam Chritsmas Eve kat Jalan Persekutuan. dayum!

bestie since standard 4 SRK Puteri Pandan 1. we both loooooove Sailormoon! ^__^

dah lama xwat review kan?

"I see You"

synopsis: Jake Sully,lelaki yang kecacatan kaki merupakan bekas ahli marin dan ditugaskan untuk mengemudi tubuh alien iaitu 'avatar' untuk mengkaji kehidupan mereka sekaligus menjalankan misi yang diarahkan oleh majikannya. namun misi itu terbantut apabila Jake Sully telah jatuh cinta dengan Neytiri,anak puak Na'vi. apakah misi yang perlu dilakukan oleh Jake dan apakah nasib Puak Na'vi? tengooooook sendiri....=p

*sangat kelakar tengok trailer Legion, nenek mengganas di kafe sambil bergigi taring..NENEK ROCK! :D :P*
*Sherlock Holmes cambest jer.. ade sape2 da tengok? ;-)*

dan sudahpun menukar avatar di YM kepada ini..
avatar juga kan? *banyak maksud* ;-)

2 comments:

amsaac said...

mule2 aku dga tajuk dier pon aku igt airbender tu. macam excited. tapi pas tgk trailer baru tawu lain. but still excited. kawan aku kata worth dwet tgk citer tu. hehe. next week nak g tgk!

missy.hunny.lalala said...

haha.mmg worth pun tgk.ak siap tgk prmiere lg.best dowh.hehehe.ajak la encik tunang ye! :P

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails