Tuesday, December 22, 2009

kerja oh kerja

A : pas habis SPM ni kau nak sambung mana?

B : aku? maybe aku apply kerja kerajaan je kut. malas la nak sambung masuk Uni. kalau dapat dua - dua,aku rela amik kerajaan. masuk Universiti susah nak dapat keje.

A : ???

Pertama kali aku mendengar situasi sebegini. Lulusan U xdapat kerja? biar betul? tapi kadang - kadang, ada juga benarnya kata kata si B. ya,memang sekarang susah sangat sangat nak dapat kerja. nak nak pula zaman kegawatan ekonomi sekarang ni.serius susah! (takut siot )

Tapi, jika dapat tawaran masuk ke Universiti, bukankah lagi bagus? menurut kursus softskill yang aku pergi baru-baru ini, jika kita mula bekerja pada umur 23 tahun, maknanya,kita mengabdikan diri kita di alam pekerjaan selama 32 tahun! [katakanlah pencen umur 55 tahun].
maka,jika habis SPM terus kerja, cuba bilang berapa tahun masa kita diabdikan untuk kerja?? hitung sendiri!

Nabi Muhammad S.A.W pun pernah bersabda, belajar hingga ke Negara China. xkan disebabkan takut xdapat kerja, tawaran Universiti sanggup ditolak? what a waste..!

cuba katakan jika semuda itu masuk alam pekerjaan,xmustahil jodoh juga bertemu awal,sudahnya, nak berbakti kepada ibu bapa pun susah[sudah ada tanggungjawab].ini berlaku pada sekeliling aku. baru 2-3 tahun kerja, da kahwin, tahun depannya,ada anak! kesian mak bapak, nak merasa gaji anak pun xpuas..!

kesimpulannya,bagi aku, seeloknya sambung lah belajar. xkisahla Universiti,Kolej-Kolej Swasta. Ilmu ada di mana-mana.xrugi kalau menuntut ilmu. rugi kalau menolak ilmu!

peace! =)

------------------------------------------------------------------

sebenarnya, aku kurang sihat hari ini. selsema + bersin tiap masa. sudahnya xkeluar mana mana pun. duduk rumah pun nasib baik ada makhluk bernama "INTERNET" ni,kalau x,mati kebosanan laaaa lepas memasak! oh ya,aku sedang sibuk menjadi surirumah! hehe..

tahniah kepada adikku, sarah yang berjaya masuk ke GiatMara untuk belajar menjahit sementara menunggu keputusan SPM. sekurang2nya xla terbazir masa di rumah. ada la jugak hasil! =P boleh akaknya nk merasa pakai baju fesyen cantik2! =D

kalau aku rajin,aku kongsi resepi sempoi ye! =D

tweet
** minggu depan sudah mula semester baru. oh sebaknya tinggal satu sem je lagi. ex-boss kat UDA pun sudah mula bertanya result examku.*gulp*
** sudah mula mengupdate resume untuk memohon kerja. ^_^

1 comment:

wan said...

"cuba katakan jika semuda itu masuk alam pekerjaan,xmustahil jodoh juga bertemu awal,sudahnya, nak berbakti kepada ibu bapa pun susah[sudah ada tanggungjawab].ini berlaku pada sekeliling aku. baru 2-3 tahun kerja, da kahwin, tahun depannya,ada anak! kesian mak bapak, nak merasa gaji anak pun xpuas..!"

stuju!! at least berbakti dulu pada ibu bapa 3-4 tahun baru kawen. =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails