Saturday, December 5, 2009

CompTIA A+

salam semua!!

oh ya. kelekaan aku mengikuti kursus CompTIA A+ telah menyebabkan aku lupa menghupdate blog ni. maafkan aku wahai blog! aku tidak bersalah! sila salahkan Mr Mark Ervin Afuang yang berjaya melekakan daku mengabaikanmu!

cukup cukuplah merepek.kursus CompTIA A+ sudah memasuki minggu ke-2,dan presentation mengenai Gaming Desktop sudah berjaya aku lalui. 2hari bersengkang mata semata -mata mencari Motherboard,CPU,RAM,Hard Disk dan komponen2 yang sesuai! dan Alhamdulillah,aku berjaya dengan bantuan rakan2! =) terima kasih daun keladi kuucapkan.=)

namun,keputusan siapa memenangi Windows 7 Premium masih dalam tanda soal. Mr Mark sangat2 pening memilih siapa yang layak.namun aku tidak kisah terpilih kerana gender lelaki sememangnya sangat pakar dalam dunia perkomputeran.=)

hanya dua keping pic sempat aku tangkap sepanjang kursus ini berjalan,kerana aku xterpikir nak snap pun(aduh menyesal!).tapi yang pasti,sebelum Mr Mark berangkat pulang ke Filipina,akan ku pastikan picnya dicapture utk tatapan kalian semua!beliau sangat best,sporting dan cool! =D

Mr Mark pada hari pertama pembelajaran.aku tangkap secara senyap.kurang jelas sebab takut kantoi.=p


kami belajar membuat wire side A dan side B untuk menghubungkan network antara dua PC. kata kunci- PING!

p/s- aku telah belajar perkataan yang paling best dari Mr Mark. "No Mandaraya"* ini kerana kami suka 'tolong menolong' waktu test 601 berlangsung.=p bila dengar beliau bercakap,mcm tgk cerita Pangako Sa Yo jer. XD

*maksud=jangan menipu yeeee.=D

attention: result PSA, Advance Audit, Consol, MA3, English, Employment dah pun keluar. alhamdulillah semua selamat. tinggal dua subjek sahaja utk aku berperang sem depan.tiba2 sebak je rasa nak meninggalkan alam universiti. =(

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails