Sunday, February 27, 2011

Kecantikan lelaki & Kegagahan Wanita


Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa
fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik
adalah :

1. Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk
ingatan
2. Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3. Lelaki yang memberi madu setelah menerima
racun

4. Lelaki yang tenang dan lapang dada
5. Lelaki yang baik sangka
6. Lelaki yang tidak pernah putus asa



Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.
Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad
adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

=====================================

Kegagahan Wanita
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal
otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan.
Perempuan yang gagah adalah :-

1. Perempuan yang tahan menerima sebuah
kehilangan
2. Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3. Perempuan yang tabah menanggung kerinduan
setelah ditinggalkan

4. Perempuan yang tidak meminta-minta agar
dipenuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman.
Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah
adalah kegagahan sempurna bagi seorang
perempuan.

Kenapa kita perlu menangis kerana gagal mendapatkan cinta daripada seorang manusia, sedangkan kita tidak menangis kerana tidak berusaha mendapatkan cinta daripada Allah s.w.t & Rasullullah s.a.w? Sesungguhnya aku adalah hambamu yang lemah ya Allah..

1 comment:

Amieynna Amin said...

aku harap kempat empat cii wanita gagah ada dlm diri kau..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails