Tuesday, February 15, 2011

Mari elakkan penyakit mengikut cara Rasulullah s.a.w =)

Salam semua! Memandangkan hari ini cuti umum,maka aku dengan senang hatinya mau mengupdate belog ini setelah 2,3 hari menghilang!

Semalam dah berlalu hari yang tak patut disambut, dan masih kedengaran pendapat-pendapat dangkal mengatakan "TAK SALAH KOT SAMBUT HARI CINTA,TAK PAYAH LA INGAT PADERI TU"

Entahlah,kalau dah benda haram tu,tetap jugak orang nak buat kan? Siap ada yang mengeluarkan pernyataan bodoh sombong; "KALAU V DAY TU HARAM DISAMBUT,MAKNANYA TAK LEH LA AKU NAK UCAP WISH BIRTHDAY KAT KAWAN AKU ESOK KAN? SEBAB ESOK BIRTHDAY DIA"

Nak kata bodoh, tak. Pandai je main facebook,siap berbalas taip. Tapi pemikiran dia macam orang xpernah belajar agama! Kalau birthday kawan, apa salahnya sambut hari kelahiran teman. Cuma haram menyambut Valentine's Day. Ada paham? Maulidur Rasul ko xnak sambut pulak kan? Hisy.



 

ha, LOVE macam ni la yang betul. Bukan Valentine Day yang HARAM tu!


Lupakan semua itu, cuma sempena Maulidur Rasul iaitu Hari Kelahiran Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w pada hari ke-12 bulan Rabiulawal Tahun Gajah, kita seharusnya menyambut dan mengUTAMAkan sambutan ini, bukan sambutan V Day yang menggalakkan maksiat!  So,aku nak share sikit mengenai Rasul kita;

Jom hayati sama-sama!

CARA  RASULULLAH (s.a.w.) MENGELAK & MENYEMBUHKAN PENYAKIT

Petikan dari buku ‘ Cara Rasulullah S.A.W. mengelak dan  menyembuhkan penyakit ’ (Disusun Oleh : Ibnu Qaiyum)

*   PENYEBAB ROSAKNYA BADAN
Perkara yang menyebabkan rosaknya badan Iaitu perasaan  runsing,
gelisah, lapar dan tidak tidur malam (bukan tujuan  qiyamullai)

*   MENERANGKAN PENGLIHATAN

Perkara yang boleh menerangkan pandangan dan menyejukkan hati
iaitu melihat pada warna hijau, melihat air yang mengalir, melihat orang/barang yang disayangi dan melihat buah (dedaun). Perkara yang boleh menggelapkan pandangan iaitu berjalan tanpa alas (berkaki ayam), menyambut waktu pagi dengan  wajah murka (masam), banyak menangis dan banyak membaca tulisan yang  kecil-kecil.

*   PENYEBAB WAJAH BERSINAR

Perkara yang boleh menyebabkan wajah kelihatan kering  (hilang cahaya) iaitu berdusta, tidak mempunyai perasaan malu, banyak bertanya tanpa ilmu dan banyak berbuat dosa. Perkara yang boleh menyebabkan  wajah bersinar iaitu menjaga maruah, jujur, dermawan dan takwa. (so banyak-banyakkan bersedekah OK!)

*   PERASAAN BENCI

Perkara yang menyebabkan perasaan benci iaitu sombong, dengki, berdusta dan suka mengadu domba.

*   PERKARA YANG MENDATANGKAN DAN MENYEKAT REZEKI

Perkara yang boleh menyebabkan datangnya rezeki iaitu  Qiyamullail
(beribadah di waktu malam selepas tidur), banyak membaca  istighfar
di waktu sahur (masa sebelum masuk waktu subuh), bersedekah dan
berzikir di waktu pagi dan petang. Perkara yang menyebabkan rezeki tersekat iaitu tidur di waktu pagi, sedikit mengerjakan sembahyang, malas dan khianat.

*   KEFAHAMAN DAN INGATAN
Perkara yang boleh menyebabkan rosaknya ingatan dan kefahaman
iaitu sentiasa makan buah yang masam ( sebab tu aku tak suka makan asam ),tidur pada tengkuk (belakang
kepala), hati sedih dan fikiran runsing.Perkara yang menyebabkan  bertambahnya daya ingatan dan kefahaman iaitu kegembiraan hati, sedikit  makan dan sedikit minum, mengawal makanan dengan sesuatu yang manis dan  berlemak serta mengurangkan kelebihan yang memberatkan badan.

Sekian, Wassallam.

Maksud firman Allah: “ Dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi
Neraka jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu ibarat sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang  lalai. (Al A'raaf:179)

Renung-renungkan dan selamat beramal! 
Salam Maulidur RasuL! =)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails