Salam semua!
Hoit.. hoit.. hoit! Jangan salah faham pulak dengan tajuk entry kali ini, tidak berbau lucah mahupun rasis ok!
Bermula hari bekerja setelah syiokkk giler bercuti memang melemaskan. Nak-nak aku yang bercuti semenjak ari Rabu lepas. Rasa naaak je kerja dari rumah, berhubung dengan Manager pakai emel jer. Memang kena kick out la jawabnya kalau aku berani buat perangai camni kan?
Sebut pasal Manager a.k.a bahasa cincai orang sebut - "Bos". Korang pulak? Panggil pe? Bro? Tuan? Puan? Errr paling sempoi sekali panggil nama? Tu pon kalo korang 10 tahun lebih tua dari bos korang la kan? :p
Masuk bulan ni, esok genaplah tiga bulan aku bekerja kat kompeni ni. Kompeni apa? Rahsia.. takmo lah kecoh-kecoh. Cuma aku leh bagitahu, aku kirija under nippon. Terasa macam ayat era penjajahan la plaks. Uhuks!
Dan isu yang aku nak kupas kali ni, pasal budaya kerja yang berbeza-beza. Sebelum ni aku kerja dengan Bos Cina, kemudian Bos Melayu dan kali ini Bos Jepun.
Dan bila diperhatikan, lain tempat bekerja, lain sungguh cara mereka bekerja.
Dulu aku kerja dengan Bos Cina, memang tak dapat la ko nak garu ketiak kalo gatal tahap sederhana. Kalo gatal ketiak tahap kronik baru la dibenarkan. Motif sebut ketiak? Oh, ketiak aku gatal sekarang. *garu jap*
Tu maknanya, memang FOKUS 100% betul-betul kat kerja. Bangsa Cina pun korang sedia maklum, mereka ni kan kalo bab kerja, FOKUS HABIS! kol 8.30 start, ko jangan berani la nak main Digimon atau Tamagotchi kat meja!
Kemudian, aku beralih ke Bos Melayu pulak. Yang paling penting, Melayu Islam. Yang ni memang menepati citarasa aku lah. Teringat zaman belajar kat matrikulasi. Sebelum mula kerja, baca doa dulu. Kalau hari Jumaat, pagi-pagi mesti baca surah Yassin, pastuh ada Jamuan makan-makan sat. Pastu berbulu je customer kat luar tunggu bila Bank nak bukak nih. Bab kerja pulak, memang rileks dan tak de tekanan langsung. Tekanan nak kejar target (aku yang cipta tekanan tuh sebenarnya :p)
Beralih ke apa yang aku sedang kerja sekarang. Ya, bos Jepun a.k.a Nippon. Budaya diorang, macam pernah aku baca kat buku teks Management waktu 1st year. Setiap minggu pertama setiap bulan mesti ada morning assembly. Pastu diikuti dengan nyanyi lagu Negaraku, lagu kompeni,baca slogan kompeni (ala-ala ikrar gitu) dan disusuli dengan morning exercise. Dan yang membezakan orang Jepun dengan orang Malaysia ni, walaupun dah bertahun-tahun duduk Malaysia, diorang masih tak fasih cakap bahasa asing. Aku sampai kena dekatkan telinga kalo Project Manager kompeni aku nak komen audit finding aku. heh :p
Oh ya, budaya orang Jepun, tempat kerja memang tak de partition. Open table. Bukan open table belanja makan tu. Ala-ala babak citer GTO ( Great Teaher Onizuka) kat bilik guru tuh.
designation office aku takdela buruk & busuk sgt macam citer ni :p
Kalo korang tanya bos mana lagi best? Mestilah bos Melayu! Aku prefer kerja bercirikan Islamic, so rasa berkaaaaaaaat je apa yang kita buat. Bukan tak baca doa walaupun da kerja tempat lain, tapi ka ba ro ka alif ta nun tu lain sesangat rasanya! Kalo xperlu travel naik motor sensorang dah lama aku stay da =)
;)
orang lain buat kerja, aku dok berangan
p.s: pasni nak try kerja under Bos Mat Salleh takpun Bos Negro pulak. :p Mcm berani. eh tak tak tak :p
4 comments:
oh begitu rupanya cerita bos2 ni ya...
based on my experience.. ;)
laju2 aku klik post ko nyah...ingatkan apela tadi...hahaha :p
bab kaf ba ro kaf alif ta nun tu aku setuju! hehe...
hahaha.
motippp sangat ko nak laju2 click kan? otak kuning telur tol! :p
Post a Comment