Tup tup, tinggal 2 hari je nak bermulanya "hari bersejarah" tersebut.
Apekah hari yang bersejarah sangat tu?
Nak tau? Korang musti dah tau kan?
pakck google mekaceh!
OK.Aku nak cerita sikit(tak habes2 dengan cerita aku kan?). Zaman sekolah dolu-dolu, memang takde pendedahan pasal hari Valentine ni. tak silap aku waktu tu aku di Sekolah Menengah,dan of course la sekolah bercampur,sebab sek rendah dulu aku sek perempuan. Dan bila masuk sekolah bercampur ni,keterujaan tu lain macam sikit. Mulalah naluri nak berkenalan dengan jantina lain tu baru nak berkembang (eceh!).
Dipendekkan cerita, ada persatuan (aku dah lupa) di sekolah aku, wat dedikasi hantar bunga, cekelat,lolipop sempena hari Valentine. So, dari situ automatik aku rasa " Oh, boleh sambut la ye,". Aku masih ingat lagi, berduyun2 la bebudak kelas aku isi borang, yela, memasing nak hantar kat SECRET ADMIRER, aku takde :(. Tapi,aku pun nak jugak tau!Aku pun isi la borang, dan pilih lolipop Chupa-Chups untuk kawan baik aku (perempuan ye, bukan lelaki) =_=''
ha,lebih kurang macam ni lah.
pakck google mekaceh!
Dalam lagi sehari sebelum Valentine's Day tu, maka sampai la barangan dedikasi tu ke kelas-kelas, dihantar oleh AJK persatuan tersebut. Dan, aku dapat bunga! (serius tak sangka. sebab aku memang gengster ya amat kat sekolah dulu, kejar budak lelaki sambil ketuk dengan stapler kot :p) dan korang jangan nak kata aku ni POYO lak. Rupa-rupanya bebudak kelas perempuan dok pedajal aku,CIS! :p (yela, aku xHOT cam korang :()
oh,itu kisah 10 tahun lepas ye! zaman kesedaran masih xmuncul!
_____________________________________
Back to future! Ops, current year. 2011 ok!
Tengah sibuk menyiapkan report;
XX: Hani, eh.. Honey(aku saje menambah perisa :p), u sambut tak valentine's day?
Aku: Errr.. tak! (Jawab laju-laju)
XX: Why? Kan hari itu special,Kasi lah hadiah ke kat your loved ones?
Aku: (nak jawab camne nie? Kang aku xplain kat dia, dia cakap aku ni alim la, taboo la. Yela, yang tanya ni bukan Islam. So,aku taknak la buat dia anggap yang agama aku ni leceh,tapi sebenarnya mulia dan indah)
Ermm.. Bagi saya, setiap hari ialah hari kasih sayang, tak perlu tunggu 14 Feb nak berkasih sayang, hari2 pun boleh jugak
XX: (terdiam) Ya lah, betul juga cakap u!
Aku trus pandang member sebelah, sengih-sengih.
sejak sambung belajar,aku mula mempelajari apa yang salah,apa yang betul. Termasuklah V day ni.
_____________________________________________
Kalau korang yang masih tak tahu apa di sebalik Hari Valentine ni, meh aku bagi sinopsis ringkas sikit ye;
Valentine adalah nama seorang Paderi yang giat menyebarkan agama Kristian yang telah ditangkap oleh Raja Rom semasa menyebarkan agama tersebut. Di kalangan orang Kristian, Valentine dianggap mulia dan setaraf dengan Jesus kerana ketinggian nilai kasih sayang beliau dengan sesama manusia. Maka, 14 Feb telah dipilih sempena memperingati beliau. Nah, sampai camtu sekali. Info lebih lanjut, sila lawat belog nurjeehan
So, dah paham kan? Kenapa dalam Islam tak boleh sambut dan HARAM disambut?
Realitinya, Islam adalah agama yang praktikal, bukan mengongkong. Islam agama yang mengatur kehidupan dengan lebih sempurna. Islam tidak pernah menyekat hubungan kasih sayang di antara umatnya.
Dalam Islam ada tiga kategori kasih:
- Pertama, kasih Pencipta (Allah Subhanahu wataala) kepada hamba-Nya;
- Kedua, kasih hamba kepada Pencipta dan
- Ketiga, kasih makhluk sesama makhluk.
Jadi, say NO to VALENTINE DAY OK?
Dari korang dok berkasih sayang dengan orang yang tak de ikatan sah , baik berkasih sayang dengan kucing ke, ikan masin ke, ayam KFC ke,lagi berpekdah kan?(eh,baru perasan dok sebut makanan. OK saya lapa! DIET kot!)
Tengok macam aku ni, berkasih sayang dengan manusia jugak. Mahram tau! Siap leh muwah muwah d pipi lagi you!
I Luv U lah Abah! Daddy Cool~ :p
~i love u, i love u ~( gaya R2 Raja Lawak 5) =D
*sila muntah*
p.s: sori entry panjang. balas dendam. heh :p
1 comment:
btol2.. dulu2 tak tahu.. skg dah taw..
eh, sebut pasal R2, muke ayah ko mcm yg jd MJ laa.. hehe
Post a Comment