Sunday, February 6, 2011

Lesson Learnt - Membuat Passport Kali Pertama

Salam semua!

Dulu, aku tak pernah percaya, yang kompleks @ bangunan kerajaan seperti JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) dan sewaktu dengannya senantiasa penuh. Sebab apa? Waktu aku first time gila-gila nk wat IC, bapak aku ambil cuti, temankan aku, dan, menunggu pun setakat setengah jam camtu. Biasalah, kaedah nombor giliran kan.

Kemudian, aku tukar IC aku yang berlaminate macam laminate sijil tu kepada MyKad waktu mula-mula kerajaan umumkan perubahan rupa paras IC baru, tak silap aku waktu tu aku Form 3, dah tu waktu nak tukar tu free sebab evolusi IC baru. Berduyun-duyun lah aku pergi. Eh, tak ramai pun.

Dan kali ini, aku nak wat passport waktu cuti ganti rabu lepas. Budget raya cina jatuh hari khamis so mesti ari rabu ramai kerja. (Bodoh plak rasa fikir camtu, mesti la orang amik cuti straight direct waktu cuti Wilayah tu kan).

Budget nak ke Wangsa Maju, sebab dekat giler dengan rumah haku. Tak la dekat,kena la menempuh MRR2 yang marabahaya tuh. Sesampai je kat Wisma Rampai, (berkat sesat sampai ke setapak) tepat pukul 11.30, nombor giliran dah habis. Gila weh, dah habis tu!

Dan nak dijadikan ceritera, aku terserempak dengan kawan-lama-gilers-kat-matrik-tapi-tak-rapat-langsung-kot kat situ jugak. Dia yang bagitau nombor giliran dah habis, pastu cakap kena pergi Putrajaya. Aku fikir, naik skuter, pergi Putrajaya, mau mengengkang aku kat sana sebab jauh kots nak ke sana.

Alhamdulillah,dia secara sukarelawan menjemput aku ke sana gak. Alang-alang dia pun nak pergi sana sebab Passport dia hilang,dia ajak aku join sama.

Sekali sampai ke sana, ramai wooo! (Tiru gaya Epi Raja Lawak 5)

hambek ko. sekarang pukul 12.52, nombor semasa 1137,nombor giliran aku 1317. 1317-1137 = 180 orang woooo!

dah macam mati kutu aku kat sana. Member yang temankan aku xleh proceed ke next step sebab dia lupa bawak surat beranak dia. Aku dah rasa bersalah gilers sebab dah la menumpang, pastuh dia kena menunggu aku wat passport.

"Lek ar.. Xde hal ar,," Kata beliaw


Sesiapa dah tahu, passport siap 1 jam selepas pembayaran. Ni pembayaran pun xbuat lagi, baru nak menunggu giliran, camna tuh??


Melepaks la kami ke Alamanda sampai pukul 2.30 petang, kira 2 jam la aku melepak kat sana. Sebab akhirnya aku percaya pejabat kerajaan memang ramai gilers orang sebab semua orang kaya raya nak melancung ke luar negara. Aku? Errr.. aku sesaja je, nak ke negara jiran.. X de la jauh mane pon.. heeee *sengih*

muka kenyang makan A&W. Oh ya, ni senior aku. dia pun join sama nak wat passport. Kak nuwul namanya. Single lagi. Nak ngowat?

Sampai ke Jab Imigresen balik pukul 2.45, masih lagi tinggal 50 orang.. aduiyai. Menunggu lagik! Kesian member aku tak pasal-pasal jadi tukang tunggu.

At last, siap akhirnya passport yang diidamkan pada pukul 4.30 petang. Dipanggil ke kaunter, pukul 3.15, wat pembayaran pukul 3.30, Passport siap, 4.30. Memang 1 jam betolll la! Tapi nak menunggu nama dipanggil, SUNGGUH SEKSA!

kredit pic kepada tuan blog bernama di dalam gambar itu
ni namanya, Passport Biometrik.

Dan kami yang telah berjaya menyiapkan passport balik dengan hati yang girang dan gumbira. Member aku tu pulak, mesti benganggg jer. Dah la kerja hari tu,tak pasal-pasal kena tunggu kitorang yang tah sape-sape ni tok menyiapkan passport. Ni nama nya rejeki!

Mekasih Aep! ngaaaaaa~

Pengajaran kalau nak berurusan di pejabat kerajaan;
+ Bangun seawal yang buleh. Kalo boleh, bangun pas subuh, berkampung di depan gate/pintu pukul 7 pagi. Gerenti dapat no giliran pertama!
+ Pastikan anda ada kawan-kawan yang bekerja di sektor kerajaan. Senang siket~~ Ni yang dinamakan Kabel Tanpa Wayar!
+ Pastikan dokumen anda lengkap sebelum ke sana. Kalau tak,sia-sia la datang

dan..
+ Amik cuti sehari KHAS untuk urusan tersebut. Sebabnya korang pun tau kan? Rakyat Malaysia memang ramai!

Info : Pembayaran Passport;
2 tahun, RM100
5 tahun,RM300

aku mestila amik yang murah punya. Nak renew? Kiosk kan ada! Takpun lawat website Jab Imigeresen ye!

p.s=abah kata, kalau pergi obersea, pasport tu dah jadi nyawa kita. Kalau hilang, silap haribulan kena penjara sebab dianggap PATI!

9 comments:

gabanMorka said...

2tahun: rm1oo ek?

bole la ke singapore...hahahahaha

Honey Lalala said...

yezza... moh ke kota singa! hahaha..

muhamad redzuan said...

2 tahun = RM100
4 tahun = RM200
6 tahun = RM300

lebih baik renew 2 tahun sekali berbanding bayar RM300 utk 5tahun shj. ;)

ika radiusite said...

hani nak g singapore eh? :DD ika tak penah pg lagi.hihih..best2!! nanti jgn lupa uplod gambar XD

Honey Lalala said...

redzuan: wah, akauntan yang bijak! sep tangan! ;p

ika: a,ah,tp xsure bila. pape xbook lagi. baru wat passport. gila lembs kan? kikiki. ok.will do! ;)

a.n.y.s.s said...

hani, mmg btol.. kte blajar kat jb kan, lg ramai wat passport sbb dekat dgn spore.. nak wat passport tahun lepas, pukul 5.30 bertolak okay! sampai sane ingat jadi org 1st, rupanya ramai dah beratur! nasib baik tangkas mencilok, dpt la giliran ke-10..hehe :D

Honey Lalala said...

wow, anyss da wat passport time blajo g! hebat arrr! :D
wah,pantas nye dpt no 10! mmg cpt siap ar~

miszes ugly said...

wow..bestnye bercuti.
tak pernah wat pasport ni.
masuk thailand pun secara haram je.
ahaha..ngeee~

Honey Lalala said...

waaaa..beraninye kamoo ! +_+

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails