Sunday, February 27, 2011

Malam Ini

Malam ini panas semacam.
Cuaca pon beremosi macam aku ek?
Dan aku masih demam.
Harap-harap esok boleh lah pergi kerja.

Sekian. Mahu tido

~ Assalamualaikum wbt ~

Kecantikan lelaki & Kegagahan Wanita


Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa
fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik
adalah :

1. Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk
ingatan
2. Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3. Lelaki yang memberi madu setelah menerima
racun

4. Lelaki yang tenang dan lapang dada
5. Lelaki yang baik sangka
6. Lelaki yang tidak pernah putus asa



Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.
Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad
adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

=====================================

Kegagahan Wanita
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal
otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan.
Perempuan yang gagah adalah :-

1. Perempuan yang tahan menerima sebuah
kehilangan
2. Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3. Perempuan yang tabah menanggung kerinduan
setelah ditinggalkan

4. Perempuan yang tidak meminta-minta agar
dipenuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman.
Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah
adalah kegagahan sempurna bagi seorang
perempuan.

Kenapa kita perlu menangis kerana gagal mendapatkan cinta daripada seorang manusia, sedangkan kita tidak menangis kerana tidak berusaha mendapatkan cinta daripada Allah s.w.t & Rasullullah s.a.w? Sesungguhnya aku adalah hambamu yang lemah ya Allah..

Kita pasti dirisik..


Kita pasti dirisik..
Pertunangan sejak azali..
Di hujung hidup nanti..
Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut..
Hantarannya..sakit dan nazak..
Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis..
Pengantin dimandikan..
Dipakaikan baju cantik putih..
Wangian gaharu dan cendana..
Keranda jadi pelaminan..
Pengantin bersanding sendirian..
Di arak keliling kampung..
Berkompangkan azan dan kalimah kudus..
Akad nikahnya bacaan talkin..
Berwalikan liang lahat..
Saksi pula nisan-nisan..
Siraman air mawar..
Keluarga terdekat menepung tawar..
Tiba masa pengantin..
Menunggu sendirian..
Malam pertama bersama KEKASIH..
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan Dia menuntut janji..
Sucikah kita tatkala berpadu..
Pernahkah taubat sepanjang hayat..
Atau terkubur bersama dosa-dosa...
Dan Dia Kekasih itu..
Menetapkanmu ke syurga..
Atau melemparkan dirimu ke neraka
Renung-renungkanlah bersama.....

Jika kamu....

Renungkan....
 Hayati dan fahami....



 Jika kamu memancing ikan....
 setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu
 mengambil terus ikan itu....
 janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam
 air begitu sahaja....
 kerana ia akan sakit
 oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin
 ia akan menderita selagi ia masih hidup.

 Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan
 kepada seseorang...
 setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga
 hatinya....
 janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu
 sahaja....
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan
 mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia
 mengingatimu....

 Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu
 mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
 begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu....
 Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu
 menampalnya semula....
 akhirnya ia dibuang....
 sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih
boleh digunakan lagi....

 Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terima lah
 seadanya....
 Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu
 menganggapnya begitu istimewa....
 anggaplah dia manusia biasa.
 Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah
 bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu kecewa
 meninggalkannya.
 Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan
 kamu akan berterusan hingga ke akhirnya....

 Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu
 pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.
 Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang
 lain..
 Terlalu ingin mengejar kelazatan.
 Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh
 memakannya.
 Kamu akan menyesal.

 Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang
 insan.....
 yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu.
 Menyayangimu. Mengasihimu.
 Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan
 yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan.
 Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi
 milik orang lain
 Kamu juga yang akan menyesal.....

Saturday, February 26, 2011

Ayat renungan di malam hari

Tengah belek-belek External Hard Disk, terjumpa beberapa potong ayat.. bukan ayat al-Quran, ayat2 pujangga..
Macam mendalam maksudnya dan kena pulak pada empunya diri ni kan..

"Biar kita tidak dihargai, tapi masih ada harga diri daripada hilang harga
diri demi untuk dihargai"
 
"Jangan menjanjikan sesuatu yg sukar utk mengotakannya.Janganlah kita mengharap segunung harapan yang kita citakan akan terhasil.Hari ini,Tuhan berikan secebis kasih sayang.Mungkin besok hari, tuhan campakkan rasa benci.Hargailah kasih sayang hari ini. kelak besok,kita mungkin hilang nikmat kasih sayang.Janganlah terlalu menyalahkan diri sendiri atas kekecewaan.Kita bertemu dan berpisah kerana Allah.Kepada Allah jua kita kembali."
 
Dan yang paling bermakna jatuh kepada....
"Kalau besar yang dituntut dan mulia yang dicari, nescaya banyaklah kepayahan dan kesusahan melaluinya, panjang jalannya dan banyak rintangannya."
-- Imam Al-Ghazali



pi.es: Standard la perempuan, Emosi kadang-kadang tak menentu.. Sabar subur,xsabar masuk kubur la yer.. hahahaha..

Friday, February 25, 2011

GiveAway EdY : KATA KAU!

Salam semua!

Memandangkan aku rasa macam malam ni tak dilayan & dimanjakan walaopon aku sakit nazak, so aku membawa lemak diri dengan melawat blog ini setelah 2 hari tak update pape. Ayat sedih*



Oh ya, tadi aku keracunan makanan setelah makan di gerai dekat opis dan tanx kepada rakan sedepartment yang sudi membelikan sepeket air garam, meminjam minyak cap kapak dari Admin dept dan AM yang sudi menawar diri menghantar diri ini ke klinik. Terasa dihargai di tempat kerja walaupun tidak di rumah =')

__________________________________________________________

Oh ya, tadi baru perasan cik blogger Amieynna Amin telah mengetag aku untuk Give Away yang beliau join. Macam tau2 je kan? Saling tag mengetag. Ok, jom buat GA ni.



Syarat2 beliaw yang aku dah penuhi:

1. Sudah jadi follower beliaw
2. Dah letak pic ni, dah LINK dan meletak caption entry mengikut arahan beliaw
3. Dah pilih gambar bertuah beliaw yang mempunyai border unik iaitu pic di bawah ini :


"UM always be the number ONE in my heart forever"
- alumni UM :p

4. Dah letak caption mengenai gambar ini yang tidak melebihi 10 patah perkataan
5. Dah TAG orang yang bertuah untuk menjalankan susur galur GA ini, orang yang bertuah adalah Siela Hasila!
6. Sudah tinggalkan LINK entry haku pada komen di entry beliaw

pi.es: esok nak pergi wedding Kak Sharmi. Tak sabaaaaaaaaaarnya! My 2nd roomate dah naik pelamin! My 3rd roomate pulak bulan 9 ni! Yayyyyyyyy~!

Monday, February 21, 2011

Give Away dari Magrib


 Rasanya dah tahap ketagih kot aku join Give Away ni.. Tapi kalo tahap ketagihan ni melampau sangat,aku wat blog baru khas untuk Give Away jela..kehkeh..

Dan kali ni aku join GA dari Magrib.. dan segala peraturan yang beliau tetapkan aku da turut.. tinggal turunkan tangan menadah mintak hadiah berkat pulak *muka xmalu*

Dan orang yang aku nak TAG untuk join GA ni ialah.. Cik Aminah Amin.. sebabnya aku rasa dia pun suka join GA ni.. tol x? Jom join same2.. =p

cepat2 join ok.. tarikh last 28 Feb ni..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails