Monday, December 31, 2012

Alhamdulillah.. Rezeki Lagi =)


Berakhir sudah contest PIPE Edisi ke 2 pada semalam dan guess what?

Aku menang tempat KeTIGA! Alhamdulillah.. At least Top 3 =)


Kami bergambar mengikut turutan nombor pemenang.. Semua peserta sporting bangat! Siap leh lepak2,snap pic sesama sebab 3 bulan contest berlangsung kan?

Sekalung tahniah kepada Juara! Hadiah mantap wooo.. Cuma pikir katering je... Yang lain dah setel.


Kami? Banyak lagi kena pikir ni.. =D Xpe,sementara ada lagi masa, masuk je mana yang sempat ;)

Next entry nak komen sikit pasal PIPE.. Sekarang tengah mode sibuk memikir idea =D

Thursday, December 27, 2012

Bride To Be Alert: Wedding Dress MEFA Contest

Kepada bakal-bakal suri sekalian!

Sesiapa yang mempunyai tahap kekreatifan menulis yang paling ohsem, marilah uji diri anda dalam contest ni :-


Diri ini tak boleh la nak join, sebab tak berkahwin dalam range bulan April-Julai 2013 ni T__T

Ari Couture punya dress serius meletop! Tak percaya? Masa pergi Pameran Pengantin kat PWTC dulu,ada la tersnap pic baju pengantin Ari Wedding Couture ni. Sangat gorgeous!

cantik kan??

So,join la kawan-kawan,hadiah dia agak lumayan ok, 1 Busana Perkahwinan Eksklusif.. Sound like to be yours forever! Boleh simpan dalam almari pastu feeling2 pengantin setiap tahun. Soooo damn jealous! =(


Good luck kawan-kawan! ^_^

Fffuhhhh... Lega Den!

Alhamdulillah.. Akhirnya tamat sudah segala-galanya yang dimulakan pada hujung Oktober & tamat pada (semalam) 26 Dis 2012. Oh, sungguh mencabar oke! :D

muka lega tahap selenge

--------------------------------------------------------


Jadi kawan-kawan, jom jumpa saya di SACC Mall, Shah Alam pada Sabtu & Ahad ni.

Kenapa ya?? Ada apa kat sana??



Ye,ada Malaysia Wedding Festival, Pameran Pengantin terbesar pada hujung tahun 2012,kira closing year of 2012 juga la. Banyak penganjur & vendor yang datang.


Antaranya:-

Photographer & Videographer yang ada di sana;



Wedding Planner & Busana Pengantin + Pelamin;



Berbagai-bagai jenis vendor katering yang anda boleh temui ;


Tak lupa juga buah tangan/doorgift vendor;





Sebelum nak menjemput tu,kena bagi kad jemputan yang comel-comel ;



Teramat lah ramai vendor di sana ok, jadi mohla beramai2 ke sana! Pilih jangan tak pilih!


Antara tips-tips berguna untuk bakal-bakal pengantin yang nak bernikah pada tahun 2013 ni ialah :-

  • Cepat2 lock date untuk katering. Kalau boleh,lepas bertunang terus cari katering. Seawal 8-10 bulan. Mcm aku,aku book setahun awal. Tapi ni kes nak grab harga 2012 punya pasal :P
  • Cepat2 book photographer. Paling terbaik jika photographer/videographer tu besfren korang. Boleh kawtim harga :D

Setakat tu je kot yang boleh disuggest sebab hal2 yang lain ceq xsetelkan lagi :P



Jom tengok sat video ku yang agak amatur ni,jangan gelak ok! Ni task ke 11 :D



Video sungguh selekeh,biasala bila orang akaun membuat perkara-perkara IT. Fail habis.. ahaks! Sila abaikan adikku yang serabai tu ye? :P

Jumpa di sanaaaaa! 

maklumat lanjut,like fanpage MEFA ok :D

Wednesday, December 26, 2012

Tolong Like Pic Saya Ramai-Ramai.. Plishhhhhh :D

Assalamualaikum korang semua! ya,agak lama tidak menghupdate belog ini since sibuk dengan bermacam-macam benda :-


  • Interview
  • Preparation nak kawen
  • Contest

Yaaaa.. paling membuatkan aku busy gila-tahap-mengadap fesbuk 24jam ialah sebab contest ni! huuuu sabor jela.. tp demi nak dpt gelaran pemenang (xkisahla pemenang ke berapa kan? Opkosss la nk yang pertama weii) sanggup ku harung waktu senggangku mengadap fesbuk T___T

Minggu ni minggu last contest Malaysia Wedding Festival (MEFA) ni, jadi nak memohon jasa baik kawan-kawan blogger ESPECIALLY yang ada Facebook tu silela rajinkan diri tekan LIKE kat pic ni.. LIKE je xsusah pon :)


Like dulu fanpage MEFA ni yea.. Tekan LIKE je taw

Kemudian baru like pic kami nie..


link dia di sini yea

Task kalini agak mencabar sbb persaingan semakin sengit.. yela last task kan.. so mmg nak sangat dapat sukses task last nie.. So kawan2,tlg sapot diriku ini! (Bentang banner) 

Semua orang mati2 ingat cheq keje butik Pengantin.. Siap cakap nak diskaun!

Oh tidak tidak.. Cheq makan gaji ja.. Tangan gila tak berseni ada hati nk buka butik pengantin? Sila gelakkan saya ;)

Jadi u ols! Tlg la yeeeeeeeeee.. Ni tugasan last a.k.a Task ke 10.. Mari LIKE ramai-ramai ye! 

Thankssss =)))

Thursday, November 22, 2012

Tugasan ke 5 bermula! Tolong Daku Kawan-Kawannn =)

Assalamualaikum w.b.t kawan2 semua!!

Korang mesti masih ingat pasal permohonan (ecewah sopan plaks ayat) untuk ajak kawan2 semua mengJOIN event bagi tugasan MEFA yang ke 3.. Ya,Tugasan ke 4 dah berlalu,tak sempat nk update kat blog sebab teramat la sibuk beroutstation..

Dan tugasan ke 5 pula menjengah! Ya,kalini ia sama sekali tiada kena mengena dengan SHARE,LIKE mahupun JOIN..

Betapa bijaknya MEFA mevariasikan tugasan mereka dengan bagi tugasan yang lebih mencabar pula.. Ya,agak mencabar bagi aku!

Apa dia ya??

Ok,tengok dulu pic tugasan ke 5 kami ni dulu ya ;D




Seri Sireh merupakan salah seorang penaja pertandingan MEFA.. Jadi,apa yang perlu aku lakukan ialah...

Masih perlu mendapatkan bantuan rakan2 sekalian ok? Pls help me ya dear friendssss??


Simple easy step only!


Langkah 1

Like fanpage MEFA di sini --> http://www.facebook.com/mefaevent

Langkah 2

Komen di gambar kami. Apa sahaja komen,seolah2 FORUM. So,aku akan membalas komen2 korang,berinteraksi dengan korang di bawah gambar pic tersebut.

Link pic kami KLIK SINI


Itu sahaja!

Tapiii! Tapiiii.....


Aku nak bagi contoh :-

Contoh Komen 1 - Pasangan serasi la koranggg. Auwww :P

Contoh Komen 2 - Wah,all the best ya!


Ya,komen sebegini aku amat galakkan. Tapi jangan komen camni plak :P

Contoh Komen 3 - Ingin kurus? Sila dapatkan produk jamu pelangsingan badan kami di www. dot dot..

Contoh komen 4 - Done like! Please like our pic back at www. bla bla bla..




Ya,komen berunsur promosi produk xdibenarkan sebab tujuan komen bawah pic kami ni nk buat ala-ala FORUM. So,interaksi dari kawan2 dan aku. Itu je. So kalo terkomen camtu gak,markah komen xdikira la disitu.

Oh ya!! Penting juga diingatkan, markah dikira begini ya, 

1 komen User FB = 1 Markah.


 Kalo orang sama komen balik,dah xdikira. Ok kawan2??




----------------------------------------------------


Jadi....... Tolong kawan2! Minta bantuan sesangat,sebarkan kepada yang lain ye?? Mudah & Simple je.. Just LIKE Fanpage MEFA kemudian KOMEN pic kami.


ITU SAHAJA.



Semoga Task ke 5 ini dipermudahkannya Ya Allah.. Amin.. Mohon sokongan kuat dari kawan2 sekalian ;)



Oh ya, tarikh tutup kiraan markah tugasan berakhir pada Rabu ni,21 November 2012. Jadi,mohon ya kawan2, SHARING IS SEXY! :)


Jutaan terima kasih kepada korang yang sudi mohon bantuan rakan2 yang lain ;)

Friday, November 16, 2012

Terlalu awalkah untuk berfikir mengenai ini?

Walaupun terlalu awal untuk difikirkan,tapi tak tahu mengapa, aku memang terus jatuh cinta tengok busana ni. Too early maybe? Tapi at least bukan last minit preparation kan?





Oh ya,nama designer dia Irna La Perle. Dari Indonesia. Memang kagum dengan Indonesia,syurga fesyen muslimah. Almklumlah orang Islam kat sana ramai.

update: ada jugak jumpa yang lain..



dipetik dari blog Shakina Farhan

ni pon untuk disewa.. tapi bukan warnaku..camno nih? cerewet plaks..dush dush!


Ada kedai yang sewakan baju pengantin style gini x?

Serius nakkkkK!

Kalo sewa dengan tempah,better sewa kan? 

Memang agak rugi sewa sebab one time off cost.. tapi kalo tempah pula bila pula nak pakai lain kali?

*Pening*~~

Sorry bos,terupdate time office hour.

Wednesday, November 14, 2012

siapa nak makeover rumah secara percuma, yayy! :D


Assalamualaikum korang! 

Tadi kan,tengah rajin2 godek2 blog orang,ternampak la satu entry menarik kat blog rakan b2b gak iaitu Warariesb2b.. Well aku memang sensitif dengan perkataan Giveaway,Contest sejak kebelakangan ni 0_o''

Jadi,dengan terujanya I'M IN! Siapa taknak bilik yang dah dideko dengan sebegitu cantik dan yang penting ianya disponsor oleh pemilik blog yang baik hati iaitu NadiaFarahida (Kipas baik punya :P)

link di sini [klik]


ha,camnila rupa bilik yang dideko itu. Cantik dan ceria! :D

Sebelum aku memulakan langkah,aku nak share sikit apa hadiahnya. Nak bagi korang yang lain teruja sangat2. Sharing is sexy tau! Gitteww :P

Hadiah Utama:-
Dinding pembaca blog yang terpilih akan dimakeoverkan SEPENUHNYA oleh Wall Makeover By Na  secara F.O.C bernilai RM299.00

Bukan itu saja,ada hadiah lain gak uols!

5 hadiah tambahan dari NadiaFarahida
5 perhiasan/peralatan rumah

5 hadiah disponsor oleh Wall Makeover By Na
5 stensil polkadot bernilai RM350.00 setiap satu. Wow!!

Berminat x? Mesti teruja tak sabar nak join kan? =D



Ok jom! Kita join sekali ok? Langkah dia mudaaaaaaaah saja! 

Step 1 - Buat satu entry dekat blog korang bertajuk siapa nak makeover rumah secara percuma, yayy! :D dan letakkan sekali gambar ni  - done!


Step 2 - Sambungkan ayat ini ; saya nak nadia pilih rumah saya untuk di makeover oleh wall makeover by na keranaaaaaaaaaaaa saya sememangnya berminat dengan deko-deko di wall dinding dan memandangkan saya tiada skill yang mahir dalam mendeko rumah,maka Puan Nadia adalah orang yang tiba dan hadir tepat pada masanya dalam memilih dan melantik tetuan wall makeover by na bagi mendeko bakal rumah baru saya ini. Wah,bakal tu? Sebab baru nak memulakan hidup selepas berumahtangga. Pasti pagi saya sentiasa ceria bila bilik ini indah dihiasi oleh wall makeover by na! Jadi saya amat mengalu-alukan kedatangan Puan Nadia & Wall Makeover By Na untuk datang sekaligus mendeko rumah saya ya? ;) 


Step 3 - Like page Wall Makeover By Na dan tinggalkan link entry korang kat situ - done!

Step 4 - tinggalkan nama, link entry, dan facebook korang dekat comment entry NadiaFarahida done!

Ok,semua dah setel! Ooooo lupa tarikh tutup nya ialah 

24 November 2012


Oh ya,kebetulan ia adalah tarikh majlis kahwin member seopis aku, Azrul nama dia.

kepada Azrul & pasangan, Izyan Mukhtar. Tahniah diucapkan! Selamat pengantin baru & moga kekal hingga ke Jannah. Amin =)

Saturday, November 3, 2012

Alhamdulillah!!

Assalamualaikum wbt semua! 

Rasanya masih sempat lagi untuk aku berkongsi berita gembira ni kat blogreaders & bloggers sekalian (macam ada orang baca je kan)~

Alhamdulillah, blog ini menang dalam contest Urban Vibe Hottest Blogger Contest!!


Dan yang paling menggembirakan sekali, TEMPAT PERTAMA! 

Memang tak jangka.. Ya,walaupun penyertaan tak seramai contest tahun lepas, tapi peserta-peserta boleh tahan hebat & kreatif! Dan yang penting sekali inilah contest blog writing pertama yang Hani pernah join. I mean, contest berangkai,berepisod-espisod (give away tak termasuk yea..)

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.. Thanks penganjur, Urban Vibe Event! Hani anggap ni rezeki kami nak membina masjid =)

Dan,

Disebabkan terlalu teruja, Hani mengupdate status kat facebook berbunyi begini ;

Alhamdulillah... Syukur.. Terima kasih byk2 ye Pameran Pengantin Malaysia - by Urban Vibe Event!! Rezeki nak membina masjid.. =)

Kebetulan pula, tugasan ke-3 Contest MEFA sedang berlangsung dan Hani memang tengah gigih mempromote kat facebook (Maaf ye kawan-kawan andai anda semua menyampah :P). Tak semena-mena, status tersebut dihujani dengan pelbagai ucapan tahniah, mati-mati diorang ingatkan Hani menang wedding package bernilai RM15,000.00 tu!

Apa-apa pun,amin amin,Hani anggap itu doa la kan. Terpaksa la buat disclaimer kat status yang itu untuk kemenangan blog writing dan bukannya MEFA. Tak pasal2 jer dah buat kontroversi. :P

Papepon,teruskan menyokong Hani dalam contest MEFA ni ye! Pesertanya boleh tahan juga, sebab tu perlu sokongan padu dari kawan-kawan semua sebab semua boleh tahan hebat juga! :D

Jadi,itu jela stori mori nak update. Happy bangat. Sudah lah menang contest, Lunch haritu akak ofis belanja plus pula dengan adik belanja wallet baru sebagai hadiah harijadi. Thanks adik!

So,korang semua, bagi yang baru perasan entri ni, esok merupakan hari last untuk click JOIN di event http://www.facebook.com/events/519497824741635/.

Korang perlu klik je JOIN kat situ,tak perlu pening-pening ok?

Yang peningnya Hani la sebab nak kejar markah JOIN tu berapa ramai. Malas nak tengok peserta lain punya markah sebab taknak stress sangat :P

Till then,assalamualaikum! =)

jom layan pic DD bergelar ratu sehari, Tahniah DD & FK!


pic kredit to Rotikaya

Tuesday, October 30, 2012

Oh Mama Saya Mahu Kahwin Free!

Masih ingatkah anda entry ini dimana sesiapa yang baca pasti akan mati-mood-nak-kahwin-kenapa-mahal-doh!

Entri ini dah bertahun 2009 dimana haku telah mencongak-kira kan bagi korang semua .

Total cost pada tahun 2009: RM 17,110.00

Ya,tahun 2009.

Sekarang? 2012 ye hakak hadik sekalian.

Ditambahkan dengan harga gula meningkat naik sekaligus meningkatkan semua harga bahan-bahan sedia ada. Tak percaya?

Kerana gula, kos katering meningkat. Siapa nak makan tawar hebeh? Bak mai datang.

Kerana gula,harga goodies bag/doorgift meningkat. Dah berazam nak bagi gula-gula terus tak jadi #tetiba

Dan banyak lagi.



Jadi,dah nampak sangat kan tajuk ni desperate-tahap-menggeletis kan? :p



No No No. bukan Kahwin Free yang anda fikirkan tu. Tangkap basah/kering tak mau takmau. Siapa mau sila terjun lombong okay. Ini kahwin yang memerlukan pengorbanan masa/kesudian kawan-kawan.

Kenapa sebut kawan-kawan?

Ok la,terus terang je la ye :D

Ingat tak entri Ini Serius Bukan Cobaan tu?

Ya,sebenarnya aku ada join contest perkahwinan. Dan kalau menang boleh dapat pakej perkahwinan bernilai RM15,000.00 sebagai HADIAH. Sila cakap siapa taknak kahwin dengan menjimatkan kos sebegitu banyak?


Task 1 - Buat event dan ajak kawan2 tekan JOIN - dah sudah

Task 2 - Ajak kawan2 fb share photo beramai-ramai di wall masing2 - sudah (kurang cemerlang sebab jatuh sakit,langsung tak tgk PC 2,3 hari)


dan kini Task ke 3 - Juga buat event bagi penaja,dan invite kawan-kawan klik JOIN.


Ye, klik JOIN je sebab markah haku bergantung kepada seberapa ramai bilangan rakan-rakan yang sudi JOIN.


Jadi,dengan rendah hatinya nak meminta tolong rakan bloggers & blogreaders sekalian terutamanya yang mempunyai facebook;

Tolong,Tolong & Tolong.. Klik event ni -->



paparan sebegini akan muncul

Kemudian tekan je butang JOIN kat belah kanan atas tu. Nampak x?


Ha,dah tolong besarkan dah. Ada dua button,JOIN atau Maybe.

Untuk haku mendapat markah,JOIN hanya dikira. Maybe tidak akan dikira. Jadi.. Tolong kawan semua, tekan JOIN ye?


Jangan risau,anda tidak akan rasa terbeban atau wajibke aku tekan JOIN nanti aku kena pergi sana pulak. Oh tidak ye rakan-rakan. Tekan butang JOIN ni sebenarnya nak membantu & melihat berapa ramai yang respon mengenai program ini yang berlangsung. Itu je =)

Pihak penganjur nak memantau samada kami ni betul-betul serius dalam pertandingan ini. Dan,ya,haku memang serius. Sangat. :)


-----------------------------------------------------------



Jaaaaaaadi. Minta korang semua luangkan masa 2 minit sahaja.


2. Klik JOIN event. Mudah kan? 


Task ke-3 ini berlangsung selama seminggu,akan tamat pada Isnin hadapan. Jadi aku kena kejar bilangan yang sebanyak yang boleh. Pesaing semua hebat-hebat belaka. Tercabar jekk rasa tauuu. Heee =D 


Tolong ye kawan-kawan? Membantu kawan-kawan membina masjid besar pahalanya. Duit bukan segala-galanya,sokongan dari kawan-kawan tu lebih bernilai dari duit. Percayalah. Nanti bila tiba saat kawan-kawan semua dalam kesusahan,insya Allah Allah akan balas kembali pertolongan kita tu. Aminn :)


Thanks sebab sudi membaca. Teruskan menyokong diriku! :)



Sunday, October 28, 2012

Bila Mintak Tolong Pun Jadi Isu

Aku ada situasi menarik nak share dgn korang. 

Halijah merupakan kawan baik anda. Tiba-tiba,dia nak minta pertolongan. Sebelum meminta pertolongan tu,ada dua opsyen aku akan bagi kat korang. Sila pilih ye :-

a. Pertolongan tanpa duit
b. Pertolongan menggunakan duit

Mana satu korang akan pilih? 

Aku rasa mostly akan pilih A. Sebab apa? Tak payah pakai duit pon kan? Seperti contoh,sokongan moral instead of pinjamkan duit RM 1,000.00 sebab zaman sekarang duit sangat bernilai kan?

Tapi,aku berani cakap, ada juga jenis insan yang jangankan duit,tanpa duit pun xsudi nak hulurkan bantuan. Paham x? Walaupun kawan dan kenal rapat,tapi bila kita susah,berkira nak menolong. Serius tak paham. Bukan minta duit,cuma sedikit sokongan moral & yang penting tak merugikan korang pun kan?

Kalau tak nak menolong tak mengapa,ini dibaginya pula 'ayat pedih' lagi. Sentap!

Tak nak tolong,its okay,paham la sibuk ke,ada masalah ke. Tolak cara baik,aku pon paham. Tapi tak perlu kot nak menolak ditambah pula nak menyakitkan hati orang lain. Macam hidup dia senang lenang 100% atas usaha sendiri,bukan atas orang lain.



"Aku takleh nak share2 bagai nih.. Lagipun aku masuk pertandingan like2 ni aku xpernah suruh org like2 kan..sori ar eh"

dan;

"Ko kan tahu,aku tak gemar nak like2 nak share kat facebook ni.. kecuali dibayar"





Aku tak tahu la suatu hari nanti keluar pula ayat ni:-


"Nape ko tak jemput aku weh,sampai hati ko kan?"



Kalau aku jahat & kejam sangat,nak je menjawab:-


"Aku wat majlis kenduri ni aku xpernah guna duit ko kan.. sori ar eh"

atau ;

"Ko kan tahu,aku hanya undang orang yang betul2 kawan aku... kecuali ko bayar"



Tapi,perlu ke aku wat camtu? Maaf,aku tak berminat nak samakan level aku dengan manusia jenis di atas tadi. 



Moral of the story:-

Kita takkan berjaya kecuali ada sokongan manusia lain dan;

Manusia Melayu mudah lupa bila dah berjaya.

p/s: Masa untuk update bilangan kawan2 di Facebook. Nak delete yang bukan kawan. Bukan apa,nnt ada yang mengaku kawan pdahal... kawan ker?? Oh ya,aku memang join contest wedding.. Harap korang dapat la bagi sokongan moral.. Just guna fb,xsusah pon ;)



attention to all b2b's! Semua dijemput hadir beramai2 ye :D

Saturday, October 27, 2012

Bersama DegreeChef Honey Lalala: Nuget Tofu Lembut!



Hi olss! Opssss assalamualaikum semua!

Hari ni mood rajin datang melanda,alkisahnya nak update hari-hari lain, tapi bila dapat beberapa berita seronok+teruja,maka haku merajenkanlah diri ini mengupdate entry ini. 

Kenapa tajuk entry ni agak gedik sedikit? Kalau Masterchef,xlayak lagi rasanya sebab belum lagi ambil master,baru je sampai takat degree. Jadi haku pon letak la nama itu :P

Kisahnya bermula pada 2 minggu lepas sudah,tengah banyak masa terluang,haku pon belek la fb sorang kawan ni,memang rajin memasak,plus dia dah kahwin. So teruja di situ,kalau tengok fb dia,dah macam fb resipi masakan,cara memasak bergambar! Maka semua resipi tu disimpan dengan azam alakazam hendak memasak pada hujung minggu dan turrah! Tiba-tiba teringin nak memasak :-

Nuget Ayam Tofu Lembut

Ok,meh kita lihat bahan-bahan yang diperlukan ye. Ayuh!

Oh ya,bahan -bahan terbahagi kepada TIGA bahagian:-

Bahan A

Daging Ayam Kisar (berlambak kat Tesco jenama Ramly)
1 kotak tofu lembut (Cari yang ada cop halal okeh!)
lada sulah
lada hitam
2 sudu kecil baking powder a.k.a soda bikarbonat
garam secukup rasa (bagi ada masin sikit)

Bahan B
2 cawan serbuk roti (bread crumb)
1-2 biji telur

Bahan C
Serbuk roti (bread crumb) secukupnya
Sedikit black pepper
3-4 biji telur (pukul dengan garfu)



Selingan sikit,antara bahan-bahan diperlukan


Serbuk Roti bercampur ngan black pepper. Adela gak aku campur ngan black pepper McD sikit. Hihi ;p


Aku beli Bread Crumb jenama Nago, yang penting halalan Toyyiban :D


---------------------------------------------------------------------------

Bermulalah perjalanan mencipta nuget sendiri!

Step 1

Satukan BAHAN A dan GAUL SEBATI. Gaul sampai semua bercampur gaul ok?


senang guna loyang aloi cam aku buat ni ha

Step 2

Masukkan BAHAN B kedalam loyang. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Dat means jangan pi pecahkan telur siap2 masuk dalam mangkuk. Pecahkan satu demi satu. Sebab apa? Nak mengelakkan gaulan tersebut terlalu berlendir sebab banyak sgt telur jadi tak leh nak membentuk nuget pulak. Pepandai korang la ye! Jika perlu,tambah lagi telur ekstra.

Step 3

Ha,langkah ke 3 ni memerlukan kesenian menguli. Tapi aku yakin korang semua pandai bab uli menguli ni. Sebab kecik2 mesti main Playdoh. Takkan menguli tak reti plak kan??
Bulat-bulatkan dan leperkan sedikit bahan2 tersebut. Pastu celup dalam telur (BAHAN C).
Dah celup dalam telur, salut pulak kat Bread Crumb. Kiranya isi nuget ada bread crumb,luaran pun ada gak bread crumb nih.


Memula uli bentuk cam gini


Hasil lepas digolek2 kat bread crumb 


Siap sedia semua! :D


Step 4

Dah siap semua, korang boleh goreng dalam minyak 3/4 masak untuk dijadikan frozen nuget. Kalau nak goreng terus pon bolehhhh..




TARA!!!!

Siap sudahhhh ;D



Kat dalam mangkuk ni dah macam chicken chop pun ade haku nengoknye.


#Tips:
Jangan uli besar2 macam bentuk nuget asal. Sebabnya bila digoreng,ia akan mengembang sebab kita dah letak soda bikarbonat dalam BAHAN A. Uli wat bentuk comel2 je dah =D

Komentar:-

Abah - Dah macam ayam Uncle Bob. Bila nak open gerai?  (Abah,tu nuget la -_-'')
Adik - ada wat stok banyak x? Nak bawak pi skolah ni!
Encik BH - Alaaaaaaa.. xpuas la bawak sikit sgt. Lainkali masak banyak sket =P



So... Dah boleh kahwin dah kan? Kan?

Till then,assalamualaikum! =)

p/s: I'm just a cookery beginner ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails