Wednesday, December 30, 2009

kesimpulannya?

haih,sudah lama rasanya aku xupdate blog ni.pejam celik pejam celik,da nak masuk tahun 2010.

korang xrasa apa ke?

aku rasa.

rasa TUA.=(

kedut da nampak da kat muka (mmg tipulah kan,haha)

kalau masuk 2010,maknanya officially umur aku da 23 tahun la kan? alamak. yela. aku da tua. nampaknya aku da xleh main main da. kena bersikap matang lepas ni. XD

2009. selamat tinggal. 2010. selamat datang. apa pendapat korang? azam tahun 2009 da laksanakan belum? lebih bertambah baik atau bertambah buruk?

apa yang anda rasa seronok tentang 2009? kenangan manis? bagi aku, 2009 ni banyak benda yang berlaku. banyak benda yang buka mata aku. banyak pengajaran. yang utama, tahun 2009 banyak mengajar aku mengenal pasti sapa kawan dan sapa lawan. sapa ye? u know urself la kan?;)

sweet moment of 2009?lets take a look...*sowi ein,tiru sket style u* :P


pic 1


bermula pada awal tahun, aku saja saja nak menambah duit + mengisi masa lapang waktu cuti. dan kebetulan I FEST dianjurkan dan habuannya agak lumayan. memang best! :D
kesimpulannya,aku belajar bagaimana hendak berkomunikasi dengan dunia luar.


pic 2

aku paling suka saat ini. aku masih ingat. ain ajak aku join acca um workshop dan kitorang ingat hanyalah worksyop duduk dalam dewan kuliah saja.rupa2nya explorace! hampir2 menarik diri tetapi berjaya meneruskan dan hasilnya,hubungan kami bertambah erat! walaupun kalah&dapat tempat terakhir,tetapi memang best! sume xpressure.enjoy jer.;)


pic 3
semester lepas merupakan semester yang bagi aku agak tough. gambar ini? gambar ini ditangkap selepas semua berjaya menghabiskan sesi interview pada minggu terakhir sebelum exam. dan cuba bayangkan aku sorang amik subjek ni dalam kelas ini,yang lain sume aku xkenal.(selalunya aku amik dengan kawan kawan) dan hasilnya,aku berjaya menambah bilangan kawan yang selama ni xakrab bertambah akrab.:)


pic 4


ha. yang ni rumet aku,aini. sekarang dia dah xsebilik dengan aku da sebab dia praktikal ke brunei dan semester ini aku duduk seorang je la kat bilik.=( aku fakulti akaun dan beliau pula pusat kebudayaan.kenal melalui kempen derma darah waktu 2nd year dan xsangka jd bestie sampai sekarang.walaupun dia 2tahun tua dari aku,aku panggil dia aku-kau jer.hehe. banyak banyak rumet,die la paling best! mana xnya,apa apa masalah sume dikongsi dan apa2 pun kitorang kongsi. sampai ada sumting pon kite kongsi kan? syhhhh =p
all da best dengan praktikal di Brunei ya! insyALLAH aku akan datang menjenguk! green lite dr family da dapat da ;)


pic 4


oh ya,ni gambar kami berkonvoi beramai ramai beraya ke rumah Miza dan Badar. siyes memang best! dengan hampir 5 biji kereta (kalo xsilap) dan happening! sebelum ni, aku cuma biasa2 jer ngan diorang, dan xsangka,hubungan kami bertambah erat.:)


pic 5


ok ni pic last. ni pic terbaru di mana aku menghabiskan cuti semester dengan mengambil kursus ini. walaupun xde kaitan dengan akaun,tapi berguna kalau nk beli komputer,nk jadi konsultan dalam pembaikan komputer. kadang2 xboleh la fokus 1 benda jer. kena la multitasking.x gitu? ;p
hasilnya,kami lulus cemerlang!! =))

kesimpulannya, tahun 2009 banyak mengajar aku erti KAWAN dan PERHUBUNGAN. sapa KAWAN,sapa LAWAN. tapi xkisahla, hidup kena berkawan banyak, kalau x,digelar kera sumbang.:) sebenarnya banyak lagi gambar aku nak upload,tapi xterlarat nak cerita kat blog ni,jadi panjang pulak.ni je la yang aku sempat bebel.:)

aku mengharapkan,tahun 2010 membawa sinar baru kepada aku. semoga kegelapan yang merundung aku setiap kali nak ke fakulti menghilang dengan cepat.winkwink! ;)

gudbye 2009.welcome 2010. daaa~

p/s: korang ada pape x nak share pasal 2009 yang korang lalui? meh story sikit. aku pun nak baca! :) apekah kesimpulan korang? kesimpulannya??

2 comments:

Nur Farahin said...

yeyehhh..
2009 tahun yg besh..
kn kn kn..

hehe.

sonok tetiba*

Anonymous said...

Hello. And Bye.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails