Sunday, January 31, 2010

Pabila kawan sekolah masuk tv :D

salam semua!

dah lama xberbelog. biasalah. xde cerita. mau belog apa? kan? kan? oh ya, minggu ni a.k.a bulan ni memang banyak sangat2 aktiviti di UM dan kolej kediaman aku.. kolej kediaman ke -12 di mana minggu lepas starting ari Jumaat lepas ada bazaar ala2 pesta konvo kat Kompleks Perdana Siswa..dan sorry kawan kawan! dah habis dah semalam(sabtu). Jangan marah! :D

dan latest story.. kat kolej kediaman aku ada event yang dinamakan Frenster 12.. Macam pernah dengar kan? mestila.. aplikasi @ laman jaring sosial yang kita selalu guna waktu zaman-zaman sekolah rendah dulu. aku ingat lagi, akaun frenster aku dicipta waktu aku form 1. haha.. ni la padahnya kalo pergi sekolah keje monteng jer.. :-p eh tak tak tak!

ok,berbalik pada Frenster 12.. ni adalah event tahunan kolej ke -12. dan kali ini aku rasa agak meriah kerana sound system mereka sangat2 laaaaaa kuat.. yela, bilik aku betol2 berhadapan dengan khemah2 Frenster ni. Frenster ni akan buka gerai banyak2, dan macam event ada.. dan macam2 barangan yang akan dijual e.g makanan,pakaian dan macam2 lagi..
dan yang menarik sempena Frenster ni ada PC Fair kat Dewan Gemilang kolej 12.. so rajin2kanlah diri anda ke kolej daku ini! :-)

maklumat lanjut sila ke sini :-)

oh ya, ada pertandingan photography..hadiah menarik! sapa tertarik? :-)

masih belum terlambat untuk aku ucapkan syabas dan tahniah kepada rakan sekolah aku, Maisarah Ismail kerana berjaya ke Top 3 My Starz LG.. dan sememangnya aku tak terkejut dia masuk TV kerana sememangnya bakat dia memang dah ditonjolkan dari sekolah lagi kerana dialah penyanyi kami waktu event sekolah dulu dan untuk majlis graduasi sekolah kami.. SMK Cochrane.. :-)

** aku ada pic dengan si Sara ni waktu sekolah dulu..tapi tah kemana tah.. (motif meletakkan pic kawan yang menjadi artis?)**

Tahniah Sarah walaupun dapat tempat ke-3! :-)

p.s : td Dato CT & KD nyanyi kat MyStarz LG.. sorry Dira..kureng di situ..tetttttt.. :-p

Blogger Templates

Blogger Templates



Thursday, January 28, 2010

geli hati

hahahaha.

hahaha.

haha.

ha.

ok2 xnak gelak dah. tapi siyes kelakar.baru bukak satu belog ni.die buat lawak la.sebab lawak sangat aku gelak.

=)))))))))

ok stop.

p/s: Penulis blog Aduka Taruna telah ditahan reman kerana menghina Almarhum sultan Johor.haih,sana sini kes. kes hina la,kes saman menyaman la. ish ish ish. manusia zaman sekarang suka wat statement sesuka ati je.belajar tinggi tapi IQ rendah.pelik pelik.Allah kan MAHA melihat walau manusia lain xdapat melihat =).

Wednesday, January 27, 2010

slurrrp

hari ini tiada posting menarik aku nak kongsi. biasalah kelas hari isnin dan selasa je. rabu hingga ahad cuti. gila bosan. part time? eh xnak la. serik. bahahaha.(xde motif tol aku ni) tapi aku nak kongsi satu klip video menarik ni. korang tengok k?

tengok la.

plis.

tengok ek?

betol ni?

yes. tenkyu. :)

aku tau Twilight new moon da expired da. tapi saje nak kongsi gak. ah xkire. :D




panas x? :D :D :D

slurrrrpp.. :))))

p/s: angin angin lintang memberitahu maybe 27&28 presentation SoftSkill.rumours sahaja. jika ada halangan,insyALLAH trip ini akan dibincang sekali lagi. sapa2 lagi yang xamik SoftSkill?

Thursday, January 21, 2010

sila terima akibat jika kamu buat status begini di facebook

"aku bengang betulla,nape pompan ske sgt menggatal dengan laki aku?"

kalo bengang sgtpun jgnla sampai ckp cmtuh. kan da ada group DELETE *** FROM FACEBOOK,group ANTI dia pun ada gak, haisy xpasal2 jer nama jadi busuk. ish3 *geleng2 kepala sampai teleng*.

dan ada kes terbaru dalam minggu ni, pelajar ASWARA ditahan reman/didakwa sebab komen kat facebook berkenaan kes kontroversi baru2 ni mengenai "penggunaan nama Allah". sebab beliau nak offer baling bomb je dah kena dakwa. haish! setiap ketukan keyboard di hujung jari tu berisiko tau x?

pengajarannya;

*kalo wat status,jangan igt kamu seorang yang baca status tu KECUALI friend kamu ZERO dalam facebook.miahahaha.
*kalo emo,jangan kaitkan suku sakat sape2. Malaysia kan berbilang kaum.Peace! =)
*kalo bengang sgt whatever sekalipun, jangan MENCARUT. ish,nak2 lagi perempuan. xmanis la dipandang. cuba sensored sikit. xtau? meh aku ajar. "wei,mulut ko cam l***k*** la!" paham ke idok ni? ;p
* berbudi bahasa budaya kita. watpe nak emo2 dalam status. nanti orang/kawan2 kita mesti pikir, eh budak ni hari2 nak emo. period ke ape? heh :p

dan sedikit tips honeylalala nak kongsi;

*kalo aku tengah marah,aku akan dengar lagu kuat2.hak3.xbaik untuk pendengaran sebenarnya.lebey baik daripada cari penyakit lain.:p
*luahkan amarah secara membuta tuli akan menampakkan kamu ni negatif. cuba kalo marah wat status "HEY SABO JE LA!" xpun "BAWAK BERSABAR,BBASYA!" so,kawan2 anda xdela memprovok anda supaya anda lagi naik marah dan mencarut xtentu pasal.
*anda sudah besar dan sudah tentu tahu menilai mana yang baik & buruk kan? ^_*

eh eh aku ni macam bgus sgt je nasihat orang kan? :D
kdg2 aku emo aku ade je wat status emo kat fb. hik3. cakk!! :p

p/s: kadang2 bila nafsu marah menguasai,orang sekeliling pun xdipeduli.. status dishoutout pun ikut sesedap rasa..dan akhirnya bila da nampak akibatnya,baru nak menyesal..=S

Sunday, January 17, 2010

i got a final warning !

udah seharian aku tidak mengupdate belog. ini semua gara-gara kertas survey yang aku dok tangguh2 dari bulan 12 aritu. benarlah kata emak

"kerja bertangguh xkan menjadi"

dan akhirnya dalam tempoh kurang dari seminggu berjaya juga aku siapkan key in data survey mendalahpfft ni sume(manual pulak tuh!!). haish naik bengkak bengkak mata aku ni,dah cam panda. 0_o''

persetankan ia,bukan ini menjadi persoalan aku dalam entry kali ini, cuma mahu berkongsi dengan kalian mengenai 'surat amaran' yang aku terima sebaik sahaja kaki aku menjejak ke bilik D308 dan jengjengjeng..

notis pertamanotis ke 2

yang hairan bin ajaib aku dapat dua2 notis ni btol2 kat bawah kaki sebaik sahaja tapak kaki aku memasuki bilik nih. eh eh? setau aku bilik ni mmg dak2 sekolah duduk waktu cuti sem baru2 ni,eh xkan la pulak dak sekolah ni warning aku? biar betik??

*repetition from the notes*

if you took the blanket which is white colour with pattern of bear & pillow cover yesterday. please return them to balcony soon.They are not belong to you. Dont keep them & wait until we knock your door!!!

Why you still want to keep my blanket & pillow cover? Please return them to bacony immediately.Otherwise I will call the police. This will be the final warning. Please think carefully about the result.



sah budak sekolah.

T_T

aku cek almari,cek bwh meja,cek bawah ketiak(ok ni tipu) dan cek punya cek punya cek, takdepon bendalah yang budak ni tulis dalam nota. ke die distribute nota ni banyak2 kat satu aras?

yang xmenahannya,siap nak panggil polis tu. aikkk..polis layan ke kes selimut corak2 beruang yang hilang? buang masa jerk dik nun oi.. >_<

ari pertama..serabut!! @_@ banyak tu..>200 forms dowh!

dah kemas dah.. alhamdulillah dah siap gak arini! ^_^

namun agak sedih kerana xdapat balik minggu ni semata mata nak habiskan mende ni.. huuu windu ika! T_T

hak3 perasan puteri gunung ledang tol la adekku ini! >.<

dah sahkan subjek?

Thursday, January 14, 2010

survey menyervey

hah. amik kau. 2 post dalam sehari. ni la akibatnya kalo xbekerja. asik nak wat posting je. pastuh ade je cerita yang tertinggal xdiheboh2kan di dalam alam maya ni. hihi. budget cam adela org nak baca kan? (ade ke?)

ok,hari selasa lepas dalam minggu ni,aku dan kawan2 aku menjalankan tugas menyevey(mensurvey) tempat percutian yang bakal diadakan. hak ila macam la gempak siut.

berjanji pada pukul 7.45 pm. dan setelah dijangka apabila melayu berjanji. sampai la di 12th pukul 8pm. heh. 15 minit je pun.perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah. perjalanan MALAM ye. dan menggunakan Honda Jazz kelolaan Nurul Aida dan ditumpangi oleh 3 makhluk parasit yang lain - Yus, Arm dan Honey(nama aku!)

sesampai jer,perut dah buat bunyik. hey perut,ko jangan banyak bunyik la! maka sampai la kami dengan penuh kegirangan di :-

*mari berjimat weyh!*

hidangan hidangan:

burppppp~~ kenyang weyh!

marilah memendekkan cerita. tujuan kami hanyalah nak memantau tempat ni ok ke x. hasilnya? dak batch 0607 accounting students Malay.. lihat sini! ^^,

Glory Beach Resort Apartment
hey hey hey kaki siapakah ini? *_^
arm busy menjadi penyelam professional. aku,aida dan yus mampu melihat jer. tsk
dalaman apartment. besar x? ok la,takat tido semalam je kan? ^_^

balik2 ke UM je dah penat gila. tros g kelas advance AIS pukul 2-4, tutor advance AIS 5-6, kerja 7-8pm. gempak x?
balik je trus bobom! +_+

setelah dirunding dan dipinda.
fees RM65.(termasuk duit minyak+tol utk driver)
*pape pindaan akan dimaklumkan ASAP*

what say u?

aku sudah..

haha. sudah apa? baru je dua entri yang lepas aku bergembar gembur mengenai mencari kerja di dalam UM (ok Pusat Niaga Siswa) dan hari ini memegang title jobless dalam tempoh kurang 24 jam! miahahaa. nampaknya menjadi seorang penjaga cyber cafe bukanlah jawatan yang sesuai untuk aku. jawatan yang sesuai untuk aku ialah bed guardian. eh, masih xpaham? ok la, penjaga katil/pentidor/pembuat taik mata.:p


ha tu la ko honey,beriye2 nak keje sangat waktu sem akhir. alih2 terkontang kanting dalam bilik mengupdate blog. heh. nampaknya pengaruh rakan sebaya memainkan peranan besar dalam perletakan jawatanku ini.(eceh macam CEO punya jawatan la pulak kan.hehe)

nak tau ke kronologi aku meletak jawatan ni? xnak ye? ah aku peduli ape. nak bgtau jugak. eh tulis.:p



Hari:Khamis yang Hamis
Tarikh:14 Januari 2010
Tempat:CC KPS
Skrip diolah oleh: honeylalala


Scene 1: Honey(Watak Utama) bangun pagi gosok gigi blablabla dan tau2 jer da sampai kat cc tepat kul 9. ok yang ni aku tipu. mestyla naik moto skuter ego ungu kesayangan yang tank minyaknya dah sampai E tuh tapi xreti2 nak isi sebab stesen minyak kat lua.hish malasnya aku!

Scene 2 : Menjalankan tugas dengan penuh berhemah bersama abg trainer(nama terpaksa dirahsiakan untuk mengelak diri dari disaman bertubi2)

Scene 3: Lambakan manusia tak kira foreigner atau unforeigner(cis sah bi fail ni) telah memberi tekanan kepada watak utama. Lantas watak utama pun kerapkali membuat salah dalam memprint dokumen2 dan abg trainer hanya sempat/mampu menggeleng kepala sambil menepuk dahi berkali2. haih!

Scene 4: Honey dilepaskan setelah jarum jam berdetik pukul 2. berdetik ke masalahnye? sampai ke moto. bukak2 mesej. kandungan mesej perlu disensor. dan sudahnya. aku menghantar mesej ke abg trainer mau berhenti.

adui,bersalahnya aku! mesej dihantar: bermaksud hendak berhenti kerana banyak komitmen. banyak komitmenkah kau honey?

ok tunggu dia balas ke x..

1 minit..

2 minit...


senyap..


(-_-'')> Phew!lega! (perlu ke lega?)
lega sebab xkena marah je. hihi. :D

pengajarannya: jangan campur aduk keje+blaja. eh eh tapi kalo aku nak sambung ACCA sambil keje cmne eh? +_* *bengong jap*

mulai sekarang,aku adalah student fulltime dan bolehla aku fokus pada assignment. eh alamak! survey Questionnaire Pak Erwin masih belum disiapin! Mampus aku dong!!T_T

End.

Saturday, January 9, 2010

kena tipu

baru tadi, aku terbukak page kak eda di FB dan tertarik dengan 1 blog ini.

kira kes tipoo between Wedding Planner dan client. yang wat blog ni,of cos lah client. da outspoken client di antara berpuluh2(xtau berapa dah kena tipu dek dis WP) yang lain. :(

yang menariknya,dia nak kawen 30 mei ni dan xpasal2 kena tipu. kes dia masih belum selesai. bila baca blog dia macam baca kisah perjalanan dalam novel pulak. but its a true story. dan dia akan update sehinggalah kes dia selesai.

tapi bila baca kesian jugak la. kena tipu sebanyak RM3.5 k out of RM18k(bayaran penuh).baca dengan lebih detail kat sini (baca jangan xbaca)

jadi bg sape2 yang dah nak kahwin tu terutama rakan2 terdekat aku tu, kalo nak hire wedding planner tu,ambil sikap curiga+waspada dulu k. dan bagi sapa2 yang ada blog, sila sebarkan untuk mengelakkan dari lebih ramai umat manusia yang mengidamkan majlis sekali seumur hidup kucar kacir ibarat dilanda tsunami.

p/s: baru aku tau blogger ni ada online shop shawl Radiusite.

papepon,semoga blogger tersebut tabah menghadapi dugaan.:)

Friday, January 8, 2010

Ketagihan

ketagihan aku terhadap aplikasi Fesbuk ini bermula dari cuti semester yang lepas. oh ya,sewaktu kursus CompTIA bermula. ini semua gara-gara Mr Mark memperkenalkan Cafe World di pertengahan kelas sewaktu beliau mengajar.

tettt!

itu bulan Disember yang lepas.kini aku tidak ketagih lagi. cuma di CAFE WORLD sahaja ya.


lihat? masih di takuk Level 11. ranking paling rendah sekali pula tu! sebabnya? aku malas nak tunggu masakan siap lama lama. logikkah ayam panggang spitfire dimasak selama 2 hari? wadehel? xlogik xlogik.. (geleng geleng sampai teleng)

Tapi ketagihan aku bertukar kepada aplikasi lain pula. eh eh.
Standard hujung dan awal sem,assignment xberlambak,kerja lagha ni la jadi sasaran.>_<

FarmVille. heheh. Level 22 sudah! tunggu nak bawak masuk rumah ladang dan bangunan2 yang lain. ada sesiapa bermurah hati nak bagi gift? nak2 bagi haiwan peliharaan. dairy farm aku ni banyak lagi kekosongan. ^__^

alamak! mesti ada ingat aku masih budak2 kan? taklah. ni la salah satu cara dan
teknik2 menjadi petani moden. mula2 wat secara virtual dulu. mana tau tercapai betul2 kan? :-p

sekarang mula belajar menjadi pemilik haiwan tegar melalui PetVille pula. Best gak. boleh hias2 rumah binatang peliharaan kita. eceh. macam betul2 la pulak.

sedang membelek status update terkini dari rakan-rakan, ada seorang rakan aku jd peminat utk fanpage ini.


wow. ini pun ada ka? boleh tahan jugak la kutukan2 mereka. (xkena saman ke?)0_o''
p/s: peminat Fasha Sandha mesti marah2 ni. =_=''

its been a year.. but..






blurry update

Everything's so blurry
And everyone's so fake
And everybody's empty
And everything is so messed up
Pre-occupied without you
I cannot live at all
My whole world surrounds you
I Stumble then I crawl

You could be my someone
You could be my scene
You know that I'll protect you
From all of the obscene
I wonder what you're doing
Imagine where you are
There's oceans in between us
But that's not very far


Can you take it all away?
Can you take it all away?
When you shoved it in my face
This pain you gave to me
Can you take it all away?
Can you take it all away?
Well you shoved it in my face

Everyone is changing
There's no one left that's real
So make up your own ending
And let me know just how you feel
'Cause I am lost without you
I cannot live at all
My whole world surrounds you
I Stumble then I crawl

NOOOOOO!

This pain you gave to me

This pain you gave to me

Take it all away

Take it all away

This pain you gave to me

This pain you gave to me

Take it all away

This pain you gave to me

just a quick update:
*Lalala~ got a call from Pusat Niaga Siswa & got training there after classes. phew! its gonna be a long long day this Monday. hopefully can clear things up my mind. InsyALLAH. =)
*I've decided to take three subjects this sem.bro,its sucha boring when u have only 2 subjects and dunno what to do especially in this very final sem. durh!
*hopefully can make it!vacay to PD! yay! :D
(but how am i supposed to go if i have to go to work on that day? *sigh*)

Monday, January 4, 2010

cerewet? naaaah..

*terjumpa dalam enjin pencarian gambar*

salam semua!

oh ya,harini kelasku bermula pada pukul 2. aku sangat seronok kerana xperlu bangun awal.:p dan kelas aku pada hari ini ialah Islamic Finance di dewan kuliah 6. dewan kuliah 6 hanya mampu memuatkan seramai 60 orang [dalam anggaran]. dan nasib baik aku sampai awal.dapatla tempat duduk tapi kesian jugakla tengok student lain terpaksa ambil kerusi dari luar.

pengajarannya: datang awal 15minit sebelum kelas untuk mendapatkan seat yang selesa!

usai kelas,aku pulang lalu mandi. dan aku saja2 usya twitter artis kegemaran aku, iqram dinzly. dan terbaca twitter antara beliau dan diana danielle. kemudian tertarik dengan twitter seorang mamat MRx_Lonely dan barulah aku tau,beliau adalah salah seorang penulis blog Oh!Artis. dan aku suka baca blog itu kerana blog tersebut berwarna warni. dan selidik punya selidik,beliau ada blog peribadi sendiri iaitu blog Oh! Blur. dan aku baca isi kandungannya. satu topik yang agak tertarik menarik da bomb bila dibaca.

perempuan lebih cerewet dari lelaki? klik sini

beliau kata,perempuan cerewet bila gosok baju.
beliau tambah,perempuan cerewet bila bershopping.
beliau juga tulis,perempuan cerewet bila pilih tempat makan.

saya mau jawab bole? baik ini jawapan saya on behalf perempuan.

Mari Baca dengan lebih lanjut


perempuan cerewet bila gosok baju.

ini kerana kami tidak mahu pergi ke majlis rasmi/appointment/temuduga dalam keadaan tidak kemas.cuba bayangkan kaum adam yang pergi? sudah tentulah kaum hawa terpilih kerana kekemasannya.walaupun pepatah mengatakan dont judge book by its cover,pepatah ini hanya valid jika berkenalan/bercintun tetapi tidak valid kepada pencarian kerja/job hunting/majlis rasmi.

perempuan cerewet bila bershopping.

ini kerana kami mahu mendapatkan barang yang lebih murah dan sekaligus dapat menjimatkan duit.cuba bayangkan budget hanya seciput,xkan mahu beli barang dengan harga 10bucks? xlogik bukan? pemilihan barangan ketika bershopping bagi kami meliputi kualiti,harga dan kesedapan mata memandang.lagipun,siapa yang tak mahu lepaskan year end sale?:p

perempuan cerewet bila memilih tempat makan.

siapa suka makan makanan yang sedap dan bersih? siapa2 pun suka kan? tetapi, jika nampak macam sedap,tapi tandas restoran tu xpernah cuci. lalu ke nak makan kat kedai tu? tandas mencerminkan kebersihan kedai makan. lagipun,sememangnya tempat makan 'ada kelas' menjamin kebersihan dari segala aspek. xpercaya? sila pergi ke toilet mereka. =D

ya, saya akui perempuan memang cerewet.lelaki? lagilah cerewet. nak contoh? ok,aku bagi satu contoh.

lelaki high taste dalam memilih pasangan hidup.

sape xsetuju sila angkat keyboard? haaaa.xdekan? ambil contoh di kalangan artis.xpernah dengar artis lelaki kahwin dengan perempuan yang xcantik/bentuk badan kurang menarik. semuanya cantik2 bukan? tengok artis perempuan. xhensem pun jadi lah.xde pun nak mintak muka macam tom cruise. nak contoh? xleh bagi contoh. nanti kena saman. bahahaha. :p kalau rakyat jelata yang biasa2 jer. nak yang muka cam leng loi la, nak yang pandai bergaya la,nak yang badan macam model la. haish. kesian kaum kami yang xtersenarai dalam list tu.xkahwin la jawabnya! lelaki boroi kami xkisah pun? :p

haaaa.tu baru satu contoh.lom banyak lg.nak lagi?xnak kan?hehe.

jangan marah ye lelaki. perempuan kan diciptakan dari tulang rusuk lelaki.kalau kamu kutuk pun ibarat kamu ketuk kepala lutut kamu sendiri.kan dah sakit.:p
jangan gado2.xde lelaki,xdela perempuan.kita kan pelengkap.ehe,saja tulis2 sebab terasa nak membidas segala dakwaan yang 50% xbenar tuh.:p

sekian.;-)

Sunday, January 3, 2010

2010

Mungkin belum terlambat lagi utk aku mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010!

apa ada pada 2010 bagi aku?

1. Semester akhir yang paling relaksss! dua paper sahaja yang perlu diperangi - Advance Accounting Information System dan Islamic Finance

2. Semester akhir di mana aku tidak mempunyai rumet kerana rumetku habis last sem dan kini beliau berada di Brunei untuk menjalani praktikal di Radio Televisyen Brunei. Syabas! namun,kesunyian tidak melanda kerana aku mempunyai idea bijak! apa dia? sheeeessshhh..:-p

3. Semester akhir yang membuatkan aku rasa perlu untuk membuat part time job. ini kerana hutang ptptn perlu dibayar atau aku akan diblack-list jika mahu ke luar negara. ceh,macam mampu jer.;p

4. Semester akhir di mana aku boleh balik rumah tiap-tiap minggu! kelas sampai hari rabu je, the rest memang rest gila2 lah! :D

5. Apa lagi ya? oh ya..semester yang dimana aku kena push untuk mencari kerja mulai sekarang! *phew nasib baik resume dah diupdate online di JobsDB*

____________________________________________________


31 December 2009. hari terakhir pada tahun 2009. aku bersama rumet tersayang menghabiskan masa bersama sama sebelum beliau berangkat ke Brunei semalam(Sabtu). dan antara aktiviti kami lakukan ialah:

1. Mengepau Lecturer ASK beliau di KL Sental iaitu set makan tengahari di Kenny Rogers.
2. Ke Jalan Duta menghantar borang LI beliau. namun silap tempat dan terpaksa pulang ke UM dengan hampa. *_*
2. Menuju ke One Utama -menonton wayang dan bergambar sakan.


Menonton wayang -Alvin and the Chipmunk. komen aku? biasa biasa aja. bingit dengan sorakan dan ajukan suara chipmunk oleh kanak-kanak sekolah dan sememangnya mereka sungguh teruja dengan binatang 3D itu! Jalan cerita yang mudah dijangka dan kalau nak tido pun boleh! nasib baik Theodore comel. Layan jelah. Hehe.

akhir sekali,melawat logo UM terchenta kerana pada keesokan hari 2009 akan bertukar ke 2o10! tanpa berlengah masa aku bergambar sakan bersama logo kesayangan tersebut! :-p

Sememangnya kami telah menutup tirai 2009 dengan berbagai-bagai aktiviti! Dan Oh Ya,aku xsambut New Year pada malamnya. Xsilap aku 2kali aku pernah sambut New Year. Di Alor Setar bersama rakan matrikulasi dan di Times Square sewaktu aku kerja part time di the Chicken Rice Shop. Kesimpulannya,sambut dengan family lagi best! ^_^ [aku orang KL yang sederhana :-p]

Selamat Menyambut Tahun Baru Kawan Kawan! :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails