Saturday, May 28, 2011

Jim Carey tiru Nabil???

Siapa-siapa yang tengok Maharaja Lawak semalam minggu ke 9, mesti tau prestasi Nabil minggu ni kurang memberansangkan. Pendapat aku la. Macam kehabisan idea pun ada gak.


ada dakwaan mengatakan Jim Carey meniru Nabil!! Mariah Carey tolong sound sket si Jim ni! :p nama pun dah dekat2.


Ada sedikit persamaan bukan? Xkisah la, selama ni ada juga peserta yang tiru dari majalah Mastika, lawak-lawak dari internet, kadang-kadang lawak recycle pun masih digunapakai sampai da bosan tengok. Sebagai contoh, Hantu Karipap. So, janji mereka ada buat research sebelum buat lawak bodoh macam sesetengah pelawak yang xlawak. Paham-paham sudah la ye.

Apa-apa pun,calon favourite aku ialah:

  • Sepah
  • Jambu
  • Jozan

Lawak terbaik minggu ni aku nobatkan kepada........... JAMBU!!




p.s: suka lelaki pakai baju pink.. bukan semua kaum lelaki yang berani pakai kaler tu.. hihi..~

Waspada rakan-rakan! Penipuan cara terbaru!

Membacakan belog blogger terkenal Ben Ashaari mengenai kes penipuan di bus stop BTS, serta merta aku teringat panggilan yang aku terima waktu lunch hour semalam, yang sememangnya panggilan palsu! Dan ini merupakan modus operandi penipu yang agak kurang profesional kerana mereka TERpilih orang yang berumur lebih dari 18 tahun, sudah tentu aku reti membezakan mana yang betul dan salah!

Tanpa buang masa, meh aku huraikan lebih details apa penipu tu buat;

  • Mendakwa dari syarikat terkenal ( e.g; mereka mendakwa dari syarikat POWER ROOT. WTH??)
  • Dialek penggunaan bahasa dalam perbualan kurang fasih ( e.g; lelaki yang bercakap tu ada slang indonesia dan percakapan langsung tidak profesional)
  • Menggunakan nombor yang tidak boleh dijejak (e.g; aku dpt panggilan dari private number a.k.a withheld, so ini menyenangkan kerja mereka untuk tidak dijejak oleh sesiapa untuk rujukan)
  • Mendakwa membuat cabutan bertuah ke atas nombor Celcom dan nak bagi hadiah berupa wang tunai kepada pengguna Celcom yang bertuah. Yeke???
  • Tidak mengetahui siapa nama aku, main random cakap aku ni pengguna Celcom, ulang nombor henpon aku. Ooooooohh I'm not buying it!
  • Percakapan yang memang TIDAK meyakinkan!
Dan, sewaktu dia call aku tu, dia kata, " Cik, anda merupakan pemenang yang bertuah kerana kami dari Syarikat POWER ROOT telah membuat cabutan bertuah untuk pengguna kad sim Celcom bla bla bla.."

Dan aku selama ni xpernah minum air dari Syarikat minuman tu, Pearl Kacip Fatimah ke, Tongkat Ali tu pun tumpang minum abah aku punya kejap. Tapi xpernah la pulak dengar POWER ROOT buat kontest menang hadiah wang tunai. kontest saya MENANG MOTOR memang aku pernah dengar.

Dan sambungnya," Cik nak datang ke tempat kami untuk ambil wang tunai sebanyak RM5,000 ke? tak perlu bayar, tiada syarat,cuma datang ambil hadiah dari kami"

Ini memang menakutkan.

Buat nya kalau aku terpedaya, aku datang sana, kemungkinan tinggi:
  • Culik
  • Rogol
  • Bunuh
  • Liwat
  • Pukau
So aku jawap "Takpela, saya tengah kerja la. Awak bagi jelah duit hadiah kepada orang lain yang lebih layak ye, saya xberminat. Lagipun saya xpernah masuk pertandingan dari POWER ROOT ni,"

Dan lepas dengar aku cakap camtu,dia terus putuskan talian.


Ape pendapat korang? Dah sah penipu kan? 

Friday, May 27, 2011

Tiada Tajuk





Aku yang kehilangan
Dalam diri sendiri
Terkurung dalam bayanganmu

Gelak ketawa engkau
Bagai bertahun dulu
Menyeretku ke syurga kita

Itu mimpi yang terkenang
Membuat aku terbuang
Tika memapah semangat
Yang masih ada

Cerita silam ini
Menjadi racun bisa
Dan kini aku pun melara

Terlemas di dataran
Dilambung ombak hidup
Pun aku masih menantimu

Akan tersingkapkah cinta
Yang telah sekian lama
Kita dodoikan bersama
Di mimpi ngeri

Biarpun masih tergagah
Menjulang cinta yang patah
Sebenarnya aku kesepian
Dan aku masih cinta

Diri ini penuh luka
Yang tidak akan tertutup


Meskipun ada pengganti
Seiras wajah

Monday, May 23, 2011

I'm Lovin it!


Tak tahu nak update apa. Nak update pasal Nur Kasih the Movie review, Mieynna da tolong updatekan. Btw, kita watch the same movie at the same day lah! Fanatik kan? :p

Meh sini nak tunjuk sesuatu yang aku teruja sangat!


Aku xde la minat pink sangat. Tapi bila dapat can coca cola ni, trus jatuh cinta! :) Ok la, i love pink jugak la. a bit (:

Tapi agak mahal la kalau nak dapatkan can ni. Kena beli McValue Large + Sundae. Approximate RM19.20++ la kena bayar. Janji dapat can ni. Bukan senang nak kumpul. Lemak pun terkumpul. hnss hnsss. ):



Buat masa ni dah kumpul kaler biru & pink. Kaler pepel kegemaran ku dah sold out. Terlupa tarikh availabilitynya. Padahal MCD bawah opis je :p

Nak simpan kat rumah, rumah dah sempit. So put on my office desk je la. Xde sapa nye nak curi. Weeeehu! Kool. Meja luas gila sebab jiran sebelah xde. Waiting for da new colleague mate this July. Jangan pe'el dia sama macam mamat psycho tu dah la. Dang!


Tengok, penuh kan kalendar tu dengan my schedule kerja. Sape kata aku xbusy? Busy meh! :p
Rajin tol jiran meja sebelah aku lipatkan baju kertas tu. Terima kasih gak laaaa. lalala~

M.O.D.E : considering of new haircut. 

Thursday, May 12, 2011

Nama aku disebut-sebut dalam lagu terbaru Avenged Sevenfold ini!

Never feared for anything.
Never shamed but never free.
A laugh that healed the broken heart with all that it could

Lived the life so endlessly.
Saw beyond what others see.
I tried to heal your broken heart with all that I could

Will you stay?
Will you stay away forever?

How do I live without the ones I love?
Time still turns the pages of the book it's burned.
Place and time always on my mind.
I have so much to say but you're so far away.

Plans of what our futures hold
Foolish lies of growin' old
It seems we're so invincible, the truth is so cold.

A final song, a last request
A perfect chapter laid to rest
Now and then I try to find a place in my mind

Where you can stay,
You can stay awake forever.

How do I live without the ones I love?
Time still turns the pages of the book it's burned.
Place and time always on my mind.
I have so much to say but you're so far away.

Sleep tight, I'm not afraid.
The ones that we love are here with me.
Lay away a place for me
'Cause as soon as I'm done, I'll be on my way
To live eternally.

How do I live without the ones I love?
Time still turns the pages of the book it's burned
Place and time always on my mind
And the light you left remains but it's so hard to stay
I have so much to say but you're so far away.

I love you
You were ready
The pain is strong enough to despise
But I'll see you
When He lets me
Your pain is gone, your hands are tied.

So far away.

And I need you to know

So far away
And I need you to,
Need you to know...


Kipas susah mati harus menghayati lagu ini! Fresh baked from oven, baru je 5 hari lepas diupload!

Mane leh tahan, nama aku asyik disebut-sebut jer, WAJIB layanzZ! Oh ya, lagu ni khas untuk The Rev, bassist AV7x yang dah mati dipercayai disebabkan dadah. Ilang seri sudah.

Tribute from Dear God's song episode yang aku pernah post dahulu kala. You know who you are.

Penggemar Ayam Kena Lihat Ini

Hahahahaha!!

siapa kata hanya manusia je yang bersunat? Bukan setakat manusia jer yang bersunat tahu? Binatang pun tak mahu ketinggalan!





Pastinya Ayam bersunat rasanya lebih sedap dan juicy! Hot chick!

Tuesday, May 10, 2011

I Stalk Your Profile (When I Miss You)


Cuma ada certain part je yang betul. Yang lain tu, memang tak la.

Camner nak stalk kalo profile tu dah xde? 

Hmmmmmmmmmmmmmmmmmmm.

*thinking*


Suara budak lelaki ni mmg sedap. Macam glenn fredly pun ada.=)

Sunday, May 8, 2011

KLCC, Hari Ibu dan Kamera

Assalamualaikum w.b.t semua!

Ya, hari ini sememangnya hari Ahad. Nama je hari Ahad, tapi tak de maknanya nak duduk rumahnye. Bukan bermakna aku ni kaki jalan, tapi ada je aktiviti yang aku kena buat setiap kali cuti ni. Dan sahabat sematrikulasi dan seuniversiti aku datang dari Perak, dan tuan rumah takkan xturun jenguk kut?


Lokasi: KLCC,Kuala Lumpur,Malaysia


Muka Dira nampak berseri. Almaklumlah sejak 2 menjak jadi tunangan orang ni kan.. Darah manis la katekan.. nyeh nyeh


Hencek tunang kepunyaan Dira merangkap abang aku yg bernama John.Dira kata sebab personaliti kitorang sama;suka bercakap dan merapik. Nasib ko la Dira, dpt "abang" aku. hehe


Pabila tangan John pegang kamera. Terus jadi Parkinson tiba2.
Oh ya,di tengah itu adalah adik Dira. Not available ya. :D



Gegaran pemegang kamera. Sorang nampak ada misai, double chin ngan eye bag!

Sempat teman mereka membeli Perfume untuk hantaran kahwin diorang. Pasni tak payah kelam kabut, dah tau da camner nak cari perfume yang best-best. hehe :p

Dira dijangka melangsungkan perkahwinan pada Bulan September ni. Tapi clash pulak dengan tarikh kahwin Aini. InsyALLAH aku dtg la ye! Nama je satu noghogi tapi satu kat Kuala, satu kat Hutan Melintang!

Btw, Selamat Pengantin Baru In Advance ok! :)

-----------------------------------------------------------------------

Tutup buku pasal pagi tadi. Malam tadi, aku makan di luar. Yela, kata Hari Ibu, takkan mak kena masak kut? Anak dara dia reti masak, tapi kan arini dia keluar. Tak caya tengok atas jap. Haaaa. kan? Kan? :p

Lokasi berdekatan rumah je. Saving da fuel!

Lokasi: Tesco Ampang, Kuala Lumpur,Malaysia


Potraiture anak beranak


Biasalah. Typical pose kalau nampak cermin kan. Macam korang tak pernah buat?


Restoran Santai ni sangat full pada hari ini. So telur dadar dia pun buat ala-ala Fast Five punya style.



Pencuci Justin Bibir selepas makan. Purrrfect!





Mula-mula kalau korang perasan pic ni macam gelap, sebab aku disable flash. Pastu abah komen, "gelap xnampak,cuba ko kasi ada flash." sekali dua snap ada flash, ok. kemudiannnnnnn... jadi cam gini pulak daaaaaa...



Kalau tak nampak tu memang lagi berapa Jumaat la korang. berbelang2 macam kuda belang! Kamera ni mogok mintak pengganti!!

Abah, DSLR boleh? *mata bersinar-sinar*



Lupa nak letak ucapan penutup. Selamat Hari Ibu kepada ibuku yang tersayang. Terima kasih kerana melahirkan kami berempat ya. (selebihnya taknak la expose, segan kot) Saaaaaaiyangggg mak! XOXO. Tak tau XOXO? bukak vid clip ni meh korang meh

dozing off. bye!

Saturday, May 7, 2011

(INFO) Istimewanya Jadi Wanita =)


Sudah cukup entry yang bersifat keseronokan sahaja, mari kita baca benda-benda yang berilmiah pada pagi yang mulia ni ya =)


Kalau ada yang xbersyukur dilahirkan sebagai seorang wanita, kemudian berjinak-jinak nak jadi pengkid atau menyerupai lelaki, fikir-fikirkan sejenak ye;

Berikut adalah keistimewaan dilahirkan menjadi wanita atau Kaum Hawa.

carian google

1. Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."


2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.


3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.


5. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.


6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah- olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.


7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa." ; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.


8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku(Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga.


9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adala syurga.


10. Daripada Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka merekaakan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."


11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.


12. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.


13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.


14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya).


15. Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab baginda, "Suaminya" "Siapa pula berhak terhadap lelaki ?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Ibunya".


16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.


17. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).


18. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.


19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.


20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.


21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.


22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.


23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.


24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.


25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.


26. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yangdiberikannya.


27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), makamalaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.


28. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.


29. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.


30. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila diahiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.


31. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya,bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.


32. Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginyalapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.


33. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya,memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya,tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.


34. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siangdan malamnya menggembirakan suaminya.


35. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihatisterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.


36. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.


37. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan medapat pahala jihad.


38. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tolaemas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.


hiasan semata-mata :p

39. Dari Hazrat Muaz : Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.


40. Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanyayang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).



41. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat ?" Jawab mereka,"Tidak"Sabda Baginda "Seeloknya kamu sekelian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.


42. Wanita yang memerah susu binatang dengan 'Bismillah' akan didoakanoleh binatang itu dengan doa keberkatan.


43. Wanita yang menguli tepung gandum dengan 'Bismillah', Allah akan berkatkan rezekinya.


44. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.


45. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan mebinakan 7 parit diantara dirinya dengan api neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."


46. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."


47. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat."


48. "Wakai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."


49. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya,menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."


50. Sabda Nabi s.a.w. : "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."


51. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.


52. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.


53. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.


54. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.


55. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya,cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).


56. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.


57. Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

Credit to Mutalib Kassim atas informasi yang sangat bermanfaat ini . Oh ya, takziah kepada Amieynna Amin atas kehilangan bakal ibu mentuanya itu. Harap kamu tabah ya. =)

psssst, esok Hari Ibu, korang ada buat apa-apa x?

Santai Hari Keluarga : PD

Walaupun cerita ni dah agak basi, aku tetap nak post gak. So what? Belog aku. Ada aku kisah? :p

Bulan lepas, Kompeni tempat bapak aku kerja menganjurkan Family Day kat PD. Eh twwweeet, pada asalnya plan nak pergi Langkawi, tapi memandangkan budget burst, terus tukar ke tempat yang 10 kali ganda dekat. Port Dickson je la *sedih*

So, malas nak ulas panjang, let the pictures talkkkkk............ :D
Lokasi: Tiara Beach Resort & Apartment, Port Dickson.









 
Ini baru pagi punya cerita. Mari kita tengok malam punya cerita.

FYI, baju merah tu ialah baju Bank Islam waktu aku kena wat promotion TAP dolu-dolu. Seeee! Wat aktiviti dengan CIMB Bank, tapi anak pekerja pakai baju BIMB. Berani mati ok :p









Bila boring melanda diri. Ni lah jadiknye.
 

Guess what?? Malam tu abah menang set Theatre. Memang sengih sampai ke telinga! Walaupun tak dapat TV LCD Sony, Theatre pun jadik lah!

 Perasan tak baby yang aku dok pegang kat gambar sesi pagi dan malam? Anak colleague bapak aku. Gila comel, mata besar dan bulat. Nanti nak anak mata bulat la sebab bapak dah hensem, mata mesti ikut mak nye (perasan :p).


 Sedih gila, baby tu sampai hati berak kat atas baju aku. Nasib baik aku da alert awal2. Patotla 'wangi' semacam budak tu time berdukung. Eee okk ye ko eh!


Kesimpulannya, penginapan ok. Tapi nak buat pakej bulan madu, pikir dua tiga kali la ye. Aircond kurang sejuk. Xbest :p
Tapi yang spesel kat sini, diorang jual serbuk Koko dari Sabah. Memang sedap dan lazat. Kalau datang beli la satu. Sorry takde pic :p

p.s: Teringat kenangan waktu pergi PD dengan member2 universiti. Rinduuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu..... ='(

Thursday, May 5, 2011

FroYo yang sejuk & Kuih Ketayap yang Hot!

Kalau sesiapa baca tajuk ni mesti blur-blur dengan apakah yang aku nak sampaikan sebenarnya. Dan, aku sebenarnya dah lama mengidam nak makan satu benda ni, tapi tak berkesempatan disebabkan kekangan masa dan kesibukan rakan-rakan untuk ditemani. Aiceh, macam bisneswoman pulak. Ngaku jelah,kau ni takde kawan. Dem!

Berbalik pada topik utama, hari ini, aku sengaja balik awal. Lantaklah boss nak marah, dah dalam surat tawaran pun siang-siang dah bagitau keje pukul 9 pagi sampai pukul 6 petang. Yang kau rajin nak derma masa lebih buat ape? Bukan dapat OT pun. Harap-harap boss tak tahu aku ada blog, amin.

_______________________________________________________



Di tempat yang dijanjikan, Times Square,aku dah berjanji nak dating ngan seorang budak ni. Selalunya aku spent masa dengan dia. Tapi sejak dia duduk jauh ni, dah xde masa bersama. So,disebabkan rindu yang teramat, aku pun ajak laaa. Melepas rindu la katakan.

Dan mujur dia ni sekapal dengan aku. Orang kata,kalau sekepala,memahami. Ada jodoh kan? Nyum nyum, selera dia pun sama dengan aku. Bahagianya aku mengenali ko.......







Siti Fatin Omar! haaa. Ingat pakwe ke ha? :p

Ni lah makanan yang kitorang mengidam sangat tu.


Oooo.. Tutti Frutti namanya ye.



Bersama hasil dekorasi makanan idaman.

Mula-mula datang ke TF ni, agak blur jugak. Macam rusa masuk kampung gayanya. Camne nak makan ni? Rupa-rupanya, ada panduan tau;


Ni ha panduannya. Sila klik untuk lebih tumbesaran.

p.s: Froyo tu Frozen Yogurt ye, a.k.a Yogurt Sejuk. Sekian


Pilih jangan xpilih!
Antara yang berjaya aku pilih;




Tiga perisa je dah la. Jangan tamak2. silap haribulan mabuk kau.


Masa untuk pilih topping!


Banyak sangat. Tak tau nak pilih mana.


Ni aku punya. ada Mangga+mixed cherry.


Fatin letak Dragon Fruit. Peminat Dragonball kut :p


Ni propaganda je. 10gm RM0.58 sen. Tapi tau x aku kena charge berapa??

Aku: RM18++

Fatin: RM19++

Mau terbeliak bijik mata aku bila cash register tu Ka-ching! Budget makan seminggu lari kotttt! T__T *sedih*

Pastu cik Fatin tak kenyang lagi. diajaknye aku g gerai depan Tutti Frutti ni ha.



tak nampak?


Sempat capture hot je. Roll tah ke mana.


Antara menu yang kelihatan menggiurkan. Ada jenis crispy, paratha dan capati. Aku pilih paratha, Fatin pilih crispy. Yeh bebeh, come to mamma!


Dah siap! Aku punya kecik dari Fatin. Saving. RM 3.90 jer. Takde GST ye. Nama dia Paratha Pizza. Fatin amik Crispy Black Pepper Beef. Tapi xde gambar. Lagi besar dari aku punya, so lagi mahal la. RM5.90. Rangup!


Close up sket!
Kalau mak, mesti dia cakap ni kuih ketayap tapi versi kaler putih. nyeh nyeh.



Sedaaaaaaaaaaaaap! Bila cheese panas2 masuk dalam mulut tu yang tak terkata nikmat tuh. Terbaaaaaaaaaaekk!!


Yummeh!

Sambung merayap sekitar TS. Jalan2 kat area gerai baru bukak. 1st Avenue tak silap aku. Inner design dah macam stail Genting Highlands aku tengok.

Pastuh terjumpa ni pulak. Memang dasar tak boleh jumpa makanan sungguh! HUH!


Tapi tak tau nak sahkan HALAL ke tak,sebab logo halal dia bukan JAKIM punya. Kalau ragu-ragu jangan makan.


Display item dia nampak cantik tertarik da bomb!


Tapi mahal banyak dari Hot & Roll. Sebab dia sumbat kek la,aiskrim la,buah-buahan la. Terus tak lalu.


Epic Win! Thumbs up for the decoration bebeh! Buat popiah dalam van. Schomel!

p.s: Pekerja kedai Shimino ni tak reti cakap melayu. Aiii, saving labor cost ke? Double tak lalu!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails