Aku rasa dah berzaman gajah dah aku tak kotakan janji-janji manis aku nak update.
Sahaja aku mengupdate entry ini pada waktu pejabat setelah ketensionan meeting tunai..
Makanya aku mahu mengembalikan maruah blog aku yang dah semakin tercalar gara-gara lambat sangat nak bagi review. Bukan apa, kebizian melanda sangatlah sukar ditepis. Ditambah dengan jawatan baru aku sandang iaitu isteri bekerjaya! Sumpah rasa nak berhenti kerja pastu kerja menghadap laptop sambil buat bisnes. Hade ke orang nak beli? Kbai.
Mari kita mulakan dengan review yang indah lagi manis. Kita mulakan yang ringan-ringan dulu.
Pelamin
ES Gallery
Ni sebenarnya bisnes jiran sedara aku. Memandangkan masa aku bertunang dulu aku ada guna khidmat dia, makanya aku malas banyak songeh dan banyak fikir aku ambiklah dia jugak. Aku hanya amik Pelamin & aksesori sahaja sebab baju sanding aku ambil kat orang lain. Ni semua gara-gara mak aku yang cerewet! Eh aku pon cerewet jugak.
Ni pelamin masa bertunang. Hover sangat bertunang nak pelamin bagai. Tapi majlis ni kecil2an je makanya aku takdelah nak mengheboh kepoh bertunang, cukup untuk famili aku syok sendiri sesama sendiri je.
Ni pulak rupa pelamin masa aku sanding. Tak jauh beza pon. Cumanya aku lebih suka pelamin bertunang aku sebab lagi cantik. Takpelah, aku yang request macamni cuma xmenepati 100% yang aku idamkan. Ceq xcerewet. Huntong dapat customer macam aku kan? Padahal sedara sendiri malas nak bising2 sebab dapat murah kot
Yang bestnya ES Gallery ni dia pasang awal-awal. Dan mak aku ada request sekali hiasan bilik tidur. Punyalah aku gasak bergaduh dengan mak aku xnak hias bilik tidur tapi tewas gak. Layan kan jekkk. Cuma gambar bilik full takde.
Baju Pengantin
Butik Matahari
Andaman
Yatie Kahar
Ni ha rupa baju pengantin yang aku ambil dari Butik Matahari. Butik ni kat Kampung Baru je, dia ada sekali Katering tapi aku dah book katering setahun lebih awal (nampak tak betapa gelojohnya aku nak berlaki?)
Tang baju ni memang aku gila cerewet. Mak aku 10 kali ganda cerewet. Asalnya aku nak baju ala-ala dress labuh sebab aku taknak nampak gumuks & seksi, tapi mak bantah. Ni dah butik ke berapa tah kitorang usya, mak terus berkenan dan tak bagi aku final word untuk say YES or NO. Makanya aku setuju dan kebetulan warna MERAH ni kaler peberet aku.
Lagipun sekarang trend orang pakai songket balik. Tapi aku suka dengan wedding dress style jubah ni. Takdela nampak shape body aku kan :D
Tudung adalah atas inisiatif diri sendiri. Aku beli online & aku dah banned pon kedai tu sebab owner dia berlagak gila lepas aku nak buat 2nd purchase. Oh ya, inner tu pun asing,aku beli kat online gak dan ianya super selesa & cantik! Butik Matahari ada bagi tudung tapi ianya tak menepati citarasa aku & aku xsuka ada bling-bling kat kepala since veil tuh dah cukup sarat meleret ke bawah dah. Yang sebelah pakai tudung pink tu mak andam aku merangkap kakak sedara aku. See, nampak tak macammana aku jimatkan kos di situ? :p
Cumanya yang tak best ialah, baju sanding belah lelaki tidak dialter kecik sikit dan telah menyebabkan encik suami bising kata baju tu longgar la, panas la. Kakak butik tu pemalas. Nasib laaa baju cantik, orangnya kurang best pulak. Layan jelah kan.
Oklah, next entry aku akan ulas pasal vendor lain pulak ye? Stay tuned!
3 comments:
Warna baju tu memang cantik la...sya pun mau pelamin macam tu....
finally sofa!!
penat aku tunggu entry dr pengantin ni.. tang tudung tu aku cam taw je penjualnya.. hehehehe
cantik la baju awak! jeles pulak..haritu songket style dress ni kt butik kitoran tu mostly luar de mcm lace so kne pki bju inner..xbest...cantik kot bju ni...rse nk kawin lg skli..hahah
Post a Comment